kajian pendaraban

Upload: anonymous-xgcif6o

Post on 03-Jun-2018

284 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 kajian pendaraban

    1/5

  • 8/12/2019 kajian pendaraban

    2/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    154

    METODOLOGI

    Fokus kajian

    Murid-murid menghadapi masalah dalam beberapa aspek dan merangsang pengkaji untuk mencari alternatif

    penyelesaian. Antara masalah yang dihadapi ialah tidak memahami konsep nilai tempat, tidak memahami

    konsep pengumpulan semula dan lemah dalam penguasaan fakta asas darab.

    Objektif kajian

    (i) Objektif umumMeningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan darab sebarang nombor 4 digit dengan nombor 2-digit

    dengan menggunakan kaedah lattice dan menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran matematik.

    (ii) Objektif khusus(1)Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menyelesaikan soalan operasi darab nombor 4-digit

    dengan nombor 2-digit dengan menggunakan Kaedah Lattice.

    (2)Mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menyelesaikan soalan pendarabannombor 4-digit dengan nombor 2-digit dengan menggunakan kaedah lattice.

    (3)Mengenal pasti bagaimana Kaedah Lattice membantu murid dalam menyelesaikan soalan operasidarab.

    Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan untuk mengkaji tentang kemahiran mendarab nombor 4-

    digit dengan nombor 2-digit dengan menggunakan kaedah lattice bagi murid-murid Tahun 4 Ibnu Abbas,

    Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Kuala Terengganu, Terengganu. Kajian ini melibatkan 20 orang

    responden yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 13 orang perempuan. Ke semua responden dipilih

    berdasarkan kepada kepada pemerhatian awal yang dibuat terhadap murid-murid semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran yang lalu. Selain itu, responden juga dipilih berdasarkan pemeriksaan buku latihan dan

    lembaran kerja murid, keputusan Ujian OTI, dan keputusan Ujian Diagnostik yang dijalankan. Kajian ini

    dijalankan dengan menggunakan instrumen ujian iaitu ujian pra dan ujian pos, analisis dokumen dan temubual.

    Instrumen yang digunakan ini adalah untuk melihat pencapaian responden dalam kemahiran mendarab nombor

    4-digit dengan nombor 2-digit dengan menggunakan Kaedah Lattice. Data-data yang dikumpul, dianalisis bagimelihat penggunaan kaedah lattice dalam meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam pendaraban.

    DAPATAN KAJIAN

    Soalan kajian 1 : Adakah terdapat peningkatan terhadap pencapaian murid dalam menyelesaikan

    soalan operasi darab nombor 4-digit dengan nombor 2-digit dengan menggunakan Kaedah Lattice?

    Berdasarkan kepada ujian pra dan ujian pos, terdapat peningkatan terhadap pencapaian murid dalam

    menyelesaikan soalan operasi daran nombor 4-digit dengan nombor 2-digit dengan menggunakan kaedah

    lattice. Rajah 1 di bawah menunjukkan perbandingan min markah dan sisihan piawai dalam ujian pra dan

    ujian pos. Berdasarkan kepada min markah ditujukkan, min markah ujian pra ialah 27.5% manakala min

    markah ujian pos ialah 98%. Terdapat peningkatan sebanyak 70.5%. Manakala sisihan piawai dalam ujian pra

    ialah 31.31904 dan dalam ujian pos ialah 5.622957. Terdapat penurunan dalam sisihan piawai. Nilai sisihanpiawai semakin mengecil menunjukkan peningkatan positif dalam penguasaan kemahiran mendarab nombor

    4-digit dengan nombor 2-digit. Nilai sisihan piawai yang semakin kecil menunjukkan bahawa serakan markah

    (perbezaan markah) bagi murid-murid ini adalah kecil. Dengan itu, tahap penguasaan murid adalah dalam

    tahap yang lebih kurang sama

  • 8/12/2019 kajian pendaraban

    3/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    155

    Rajah 1 : Perbandingan Min Markah Dan Sisihan Piawai Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pos

    Soalan kajian 2 : Apakah pola kesilapan yang dilakukan murid semasa menyelesaikan soalan pendaraban

    nombor 4-digit dengan nombor 2-digit dengan menggunakan Kaedah Lattice?

    Berdasarkan analisis yang dibuat terdapat tiga jenis pola kesilapan dalam pendaraban nombor 4-digit dengan

    2-digit dengan menggunakan Kaedah Lattice yang dapat dikenalpasti. Antara pola kesilapan yang dilakukan

    oleh murid ialah kesilapan konsep pengumpulan semula (penambahan), kesilapan fakta asas darab dan

    kesilapan menyalin soalan. Jadual di bawah menunjukkan pola kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid.

    Soalan kajian 3 : Bagaimanakah Kaeaah Lattice membantu murid menyelesaikan soalan operasi darab

    nombor 4-digit dengan nombor 2-digit?

    0

    100

    200

    UJIAN PRA UJIAN POSPERATUS

    UJIAN

    PERBANDINGAN MIN MARKAH & SISIHAN PIAWAI

    DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN POS

    MIN

    SISIHAN PIAWAI

    Jenis pola kesilapan Contoh pola kesilapan

    Konsep pengumpulan semula (penambahan)

    Kesilapan fakta asas darab

    Kesilapan menyalin soalan

  • 8/12/2019 kajian pendaraban

    4/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    156

    Pengkaji telah menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklum balas secara jujur daripada

    murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 5 orang murid telah dipilih secara rawak. Instrumen

    temubual ini adalah separa berstruktur, iaitu interaksi dalam situasi terbuka, fleksibeliti dan kebebasan.

    Temubual yang dilakukan telah ditranskripkan dan dikategorikan mengikut kod-kod tema yang dipilih.

    Kebanyakan murid-murid menyatakan bahawa pendaraban menggunakan bentul lazim adalah sukar, memakan

    masa yang lama, dan cenderung untuk mendapat jawapan yang salah. Berdasarkan kepada respon daripada

    responden mengenai penerimaan terhadap pendaraban Kaedah Lattice, ramai murid yang menyatakan kaedah

    lattice adalah senang, mudah dan menjimatkan masa berbanding pendaraban dengan menggunakan bentuk

    lazim. Melalui pendaraban Kaedah Lattice, mereka lebih yakin untuk membuat pendaraban. Jawapan yang

    diperolehi juga betul dan tepat. murid-murid masih mengingati kaedah dan teknik pendaraban yang diajarkan

    oleh guru. Mereka dapat menceritakan satu persatu cara-cara untuk membuat pendaraban menggunakan

    Kaedah Lattice ini. Murid-murid juga dapat memahami konsep pengumpulan semula dan konsep nilai tempat

    dengan baik berdasarkan hasil temubual yang dibuat.

    PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    Melalui dapatan kajian yang diperolehi, terdapat peningkatan dalam pencapaian ujian pos. Seramai 17 orang

    murid mendapat markah 100%, 2 orang mendapat 90% dan seorang mendapat 80%. Siti Aishah Sheikh

    Abdullah (2006), menyatakan bahawa, kebolehan untuk menguasai matematik sebenarnya bergantung kepada

    kaedah yang betul untuk mempelajarinya. Farah (2006) menyatakan perubahan kaedah menyelesaikan soalan

    darab dari kaedah biasa (bentuk lazim) kepada Kaedah Lattice memberi kefahaman yang lebih tentang konsep

    darab. Kefahaman murid terbukti meningkat selari dengan peratusan ujian pos yang meningkat sebanyak

    70.5% iaitu dari 27.5% kepada 98%.

    Analisis pola kesilapan murid-murid mendapati hanya tiga kesilapan yang dilakukan oleh murid-

    murid. Kesilapan yang pertama ialah kesilapan konsep pengumpulan semula kesilapan menyalin soalan dan

    tidak menguasai fakta asas darab. Oleh itu, kaedah lattice ini mampu mengatasi masalah kesalahan nilai tempat

    semasa pendaraban terutamanya pendaraban yang menggunakan bentuk lazim. Ini dibukutikan dengan kajian

    yang dibuat oleh Wenyuan Gu (2001), kaedah ini dapat membantu murid-murid daripada melakukan

    kesalahan nilai tempat dan kesalahan dalam konsep pendaraban. Arahan yang jelas juga dapat mengurangkan

    murid-murid mengulangi kesalahan yang sama dalam pendaraban. Farah (2006), menyatakan murid tidak

    mengingati fakta asas darab dan melakukan kecuaian yang mendorong mereka mendapat jawapan yang salah

    dalam pendaraban. Secara keseluruhannya, kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid perlu diatasi segera

    agar tidak diulangi pada masa akan datang. Terdapat banyak kaedah yang dapat digunakan oleh guru untuk

    mengatasi masalah ini. Penggunaan pendaraban Kaedah Lattice diharap dapat membantu murid-murid

    mengelakkan kesilapan lain seperti kesalahan dalam nilai tempat. Perkara penting yang perlu diambil perhatian

    ialah, murid-murid mesti menguasai fakta asas darab dan menguasai konsep pengumpulan semula dengan

    baik.

    Kaedah Lattice dapat membantu murid-murid dalam pendaraban nombor 4-digit dengan nombor 2-

    digit. Jika dahulu, dengan menggunakan bentuk lazim, murid-murid sering melakukan kesilapan dan

    kesalahan. Namun, dengan penggunaan Kaedah Lattice, murid-murid dapat membuat pengiraan dengan baik

    dan tidak melakukan kesalahan yang biasa dilakukan dalam pendaraban bentuk lazim. Ini terbukti melalui

    hasil temubual yang diperolehi. Len Goodman (2010), mengatakan bahawa walaupun proses dalam lattice

    amat berbeza dengan kaedah bentuk lazim yang sering diajarkan kepada murid, kaedah ini sebernarnya amat

    mudah difahami dan memerlukan masa yang singkat untuk dipelajari.

    Kajian dan sesi rawatan yang dijalankan menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Dalam

    memastikan kajian ini dijalankan dengan lancar dan berkesan, terdapat beberapa penambahbaikan dan

  • 8/12/2019 kajian pendaraban

    5/5

    SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN PISMP 2010

    Mu

    kaSurat

    157

    cadangan yang boleh dilakukan dan diambil perhatian. Antara ialah tugas guru adalah mempelajari dan

    memperkenalkan keistimewaan kaedah ini kepada murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

    Penglibatan pihak sekolah termasuklah pihak pentadbir terutamnya guru besar adalah perlu dalam

    memperkenalkan kaedah ini. Pihak panitia matematik di sesebuah sekolah juga boleh berganding bahu

    memperluaskan penggunaan alat bantu mengajar ini. Pihak panitia boleh menyediakan Lattice Board atau

    Papan Lattice dan mengedarkan kepada semua murid dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam pendaraban.

    Selain itu, Kaedah persampelan juga boleh dipertingkatkan lagi dengan mengambil kumpulan sasaran

    yang lebih besar dan melibatkan kumpulan rawatan dan kawalan serta mengambil kira sekolah-sekolah harian

    biasa yang berada di bandar, pinggir bandar, luar bandar, dan sekolah-sekolah agama. Pengkaji yang akan

    datang boleh menggunakan pelbagai instrumen seperti borang pemerhatian tingkah laku pelajar dan soal

    selidik bagi mendapatkan lebih banyak data untuk dianalisis. Seterusnya, guru juga boleh mengaplikasikan dan

    memperluaskan pendaraban kaedah lattice ini dalam tajuk-tajuk lain dalam matematik seperti dalam tajuk

    pendaraban nombor perpuluhan. Akhir sekali, diharap kajian ini akan dapat dijalankan dalam tempoh jangka

    masa yang lebih lama supaya proses pelaksanaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan dengan lancar,

    kemas dan sempurna.

    Kesimpulannya penggunan Kaedah Lattice dapat mempertingkatkan pencapaian murid-murid dalam

    pendaraban nombor 4-digit dengan 2-digit. Di samping itu, terdapat tiga pola kesilapan yang dikenal pasti

    dalam menyelesaikan soalan pendaraban ialah kesilapan fakta asas darab, kesilapan penambahan

    (pengumpulan semula) dan kesilapan menyalin soalan. Melalui kajian ini juga dapat dilihat, Kaedah lattice

    dapat membantu responden dalam mendapat jawapan yang tepat, betul dan cepat dalam pendaraban nombor 4-

    digit dengan nombor 2-digit.

    BIBLIOGRAFI

    Azizah binti Salim (1993). Kesilapan-Kesilapan Dalam Operasi Darab Dengan Mengumpul Semula BagiMurid Tahun 4. KDP 14 Minggu Pemulihan Dalam Matematik. Maktab Perguruan Kuala

    Terengganu, Batu Rakit.

    Farah binti Hj Mohd Ariffin. (2006). Meningkatkan Penguasaan Operasi Darab Melalui Pendaraban Kaedah

    Lattice. Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu.

    Kassim bin Ibrahim @ Mat Salleh. (2009). To improve the multiplication understanding for the pupils in lower

    class. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan Pendidikan Matematik 2009.

    Khatijah Binti Abdullah (2009), Amalan Kemahiran Berfikir Di Kalangan Guru Amtematik Di Sekolah

    Kebangsaan Rengas Bekah Dalam Tajuk Berat Dan Jisim: Satu Kajian, Kuala Lumpur: Fakulti

    Pendidikan Dan Bahasa. Open University Malaysia.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Integrated Curriculum for Primary School, Curriculum

    Specification (Year 4). Curriculum Development Centre, Ministry of Educational Malaysia. Kuala

    Lumpur.