kajian motivasi intrinsik&extrinsik 2011

5
KESAN MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EXTRINSIK KE ATAS PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 5 SMK. KHIR JOHARI SUNGAI SUMUN Fakulti : Pendidikan dan Pembangunan Manusia Pengkhususan : Rekabentuk Instruksional dan Teknologi Pensyarah : Dr. Goh Swee Choo Kursus : UKP 6033 Kaedah Tinjauan Pelajar : Khairuddin bin Nisa (M20101000240)

Upload: fadhli-mohd-yusof

Post on 30-Dec-2014

26 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kajian tindakanmotivasi intrinsik dan ekstinsik

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Motivasi Intrinsik&Extrinsik 2011

KESAN MOTIVASI INTRINSIK DAN MOTIVASI EXTRINSIK KE ATAS

PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 5 SMK. KHIR JOHARI SUNGAI SUMUN

Fakulti : Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Pengkhususan : Rekabentuk Instruksional dan Teknologi

Pensyarah : Dr. Goh Swee Choo

Kursus : UKP 6033 Kaedah Tinjauan

Pelajar : Khairuddin bin Nisa (M20101000240)

Page 2: Kajian Motivasi Intrinsik&Extrinsik 2011

1. Masalah Kajian

Pencapaian pelajar dalam pelajaran merupakan fokus utama bagi semua sekolah di

Malaysia. Sering kali pihak sekolah amat mengutamakan latihan-latihan yang berbentuk latih

tubi dan kelas tambahan sebagai elemen penting dalam menentukan pencapaian pelajar dalam

pelajaran. Perkara yang sama turut diamalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari

Sg. Sumun (SMKKJSS). Walaupun pihak SMKKJSS telah berusaha mengadakan latihan dan

kelas tambahan secara intensif namun usaha tersebut masih belum dapat meningkatkan

pencapaian pelajar kumpulan pencapaian sederhana dan pencapaian pelajar lemah secara

maksimum. Pihak Kaunseling SMKKJSS telah mencadangkan agar kumpulan pelajar

pencapaian sederhana dan lemah ini diberi suntikan motivasi supaya mempunyai semangat

untuk meningkatkan pencapaian mereka. Antara program motivasi berkenaan ialah memberi

wang dalam bentuk kupon kepada pelajar yang dapat meningkatkan markah mereka dalam

peperiksaan. Contohnya jika pelajar tersebut dapat meningkatkan 15 markah semasa

Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) berbanding Ujian Selaras 1, pelajar terbabit layak

mendapat kupon RM0.50 bagi setiap mata pelajaran yang meningkat dan kupon tersebut

boleh digunakan di kantin atau koperasi sekolah. Daripada 49 pelajar yang menerima kupon

semasa PPT, 38 pelajar telah berjaya meningkatkan pencapaian mereka semasa TRIAL. Sila

lihat Lampiran 1, Jadual perbandingan pencapaian pelajar selepas pemberian kupon.

Sungguhpun keputusan ini telah dapat membuktikan kejayaan program pemberian kupon

tersebut, namun begitu saya masih tidak bersetuju. Hal ini demikian kerana masih terdapat

faktor lain yang berkemungkinan telah membantu peningkatan pelajar terbabit. Contohnya

faktor kesedaran pelajar tentang kepentingan mendapat keputusan yang baik dan keazaman

pelajar untuk berjaya juga berkemungkinan membantu peningkatan pencapaian pelajar

terbabit. Masalah ini telah mencetuskan minat saya untuk membuat kajian adakah pencapaian

2

Page 3: Kajian Motivasi Intrinsik&Extrinsik 2011

pelajar ini hanya didorong oleh pemberian kupon oleh pihak kaunseling sekolah atau

mungkin juga disebabkan oleh faktor-faktor lain.

2. Persoalan Kajian

2.1 Adakah terdapat perhubungan antara motivasi intrinsik dengan pencapaian pelajar

Tingkatan 5 SMKKJSS ?

2.2 Adakah terdapat perhubungan antara motivasi extrinsik dengan pencapaian

pelajar pelajar Tingkatan 5 SMKKJSS ?

3. Tinjauan Literatur

Motivasi bermaksud kesungguhan dan ke arah untuk mencapai usaha-usaha, di mana

kesungguhan merujuk kepada kuantiti usaha-usaha yang dibuat, manakala ke arah untuk

mencapai merujuk kepada apa yang akan anda kehendaki (McCullagh, 2005). Terdapat dua

jenis motivasi utama iaitu motivasi intrinsik dan motivasi extrinsik. Kedua-dua jenis motivasi

ini dikatakan amat dominan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar.

Motivasi intrinsik bermaksud melakukan sesuatu aktiviti kerana kepuasan bukan

disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang lain. Apabila seseorang itu telah didorong oleh

motivasi instrinsik, mereka akan melakukan sesuatu perkara kerana rasa gembira, minat dan

kepuasan dan bukan disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan dan ganjaran (Ryan &

Deci, 2000).

Definisi bagi motivasi extrinsik pula sangat berlawanan dengan maksud motivasi

intrinsik. Motivasi extrinsik bermaksud seseorang melakukan sesuatu bukan disebabkan oleh

faktor-faktor dalaman individu seperti rasa gembira, minat dan kepuasan tetapi

melakukannya disebabkan oleh faktor luaran seperti tekanan daripada pihak lain atau

disebabkan kerana inginkan ganjaran. Contohnya pelajar sekolah menyiapkan kerja rumah

3