kajian literatur obesiti - gwork

18
Abstrak Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan social dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.Aspek kesihatan merupakan salah satu fokus utama .kajian yang dijalankan adalah mengenai Amalan Gaya Hidup Sihat . Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka dimana kajian ini bertujuan mengumpul data atau maklumat mengenai gaya hidup mereka dari aspek pemakanan hingga senaman dan menentukan pola atau corak gaya hidup. Bilangan peserta yang dikaji adalah seramai 20 orang ( 10 Lelaki dan 10 perempuan )keturunan melayu, berusia diantara 20 sehingga 50 tahun dan keatas. Kaedah kajian mengunakan borang soal selidik dan instrument kajian ambilan data maklumat peserta prosedur pengumpulan mengunakan program word, dan Excell.Dapatan kajian melalui pemerhatian,dan boring soal selidik.Adalah duharap agar kajian ini mempunyai nilai rujukan dan mampu menjana pemikiran bagi sesiapa yang membaca. Diharap kajian ini akan digunapakai dalam menentukan taraf kesihatan masyarakat amnya. 1

Upload: ina-osman

Post on 24-Nov-2015

197 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • Abstrak

    Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat

    pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.

    Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat sebagai suatu

    keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang

    penyakit.berlandaskan keadaan social dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status

    gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,

    cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.Aspek

    kesihatan merupakan salah satu fokus utama .kajian yang dijalankan adalah mengenai Amalan

    Gaya Hidup Sihat . Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka dimana kajian

    ini bertujuan mengumpul data atau maklumat mengenai gaya hidup mereka dari aspek

    pemakanan hingga senaman dan menentukan pola atau corak gaya hidup. Bilangan peserta

    yang dikaji adalah seramai 20 orang ( 10 Lelaki dan 10 perempuan )keturunan melayu, berusia

    diantara 20 sehingga 50 tahun dan keatas. Kaedah kajian mengunakan borang soal selidik dan

    instrument kajian ambilan data maklumat peserta prosedur pengumpulan mengunakan program

    word, dan Excell.Dapatan kajian melalui pemerhatian,dan boring soal selidik.Adalah duharap

    agar kajian ini mempunyai nilai rujukan dan mampu menjana pemikiran bagi sesiapa yang

    membaca. Diharap kajian ini akan digunapakai dalam menentukan taraf kesihatan masyarakat

    amnya.

    1

  • 1.0 Pengenalan

    Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaanmahunpun pihak swasta bagi

    melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan

    oleh gaya hidup sedentari. Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat Malaysia

    terutamanya remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Empat komponen utama yang

    menjadi teras konsep gaya hidup sihat ini ialah: (1) peningkatan pengetahuan dan amalan

    pemakanan; (2) peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres; (3) peningkatan

    pengetahuan dan amalan anti-merokok; dan (4) peningkatan pengetahuan dan amalan sukan

    dan rekreasi. Walaubagaimanapun, keberkesanan kempen ini mampu mempertingkatkan tahap

    kesihatan di kalangan rakyat Malaysia. Namun kekurangnya penyelidikan khusus untuk menilai

    keberkesanan kempen ini selain peningkatan bilangan pesakit hipokinteik membuktikan bahawa

    keberkesanan kempen ini boleh diragui (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004; Penang Cancer

    Registry, 2000)

    1.1 Latar belakang kajian

    Kajian ini akan dijalankan disebuah Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka dengan latar belakang

    sekolah pinggir bandar. Bilangan pelajar yang mencecar 1200 orang serta bilangan guru 60 + -

    dengan pelbagai peringkat umur memudahkan kajian ini dijalankan . Kajian yang dijalankan

    berdasarkan jumlah guru/peserta yang terpilih seramai 20 orang ( 10 Lelaki dan 10 perempuan )

    yang mewakili guru-guru sksc. Guru yang terpilih mempunyai pelbagai latar belakang

    pendidikan berbeza, status usia, berat badan seta ketinggian dan juga aktiviti luar yang

    berlainan.

    1.2 Ciri kajian

    Kajian ini dibina berdasarkan garis panduan perlaksanaan aktiviti dan objektif kajian. Kajian ini

    berasaskan kepada gaya hidup peserta kajian.Kajian ini merangkumi pemakanan, dan senaman

    yang diamalkan. Dalam kajian ini analisis

    2

  • 1.3 Tinjauan literature

    Kajian Thatcher dan Rhea (2003) pula mendapati bahawa media massa, keluarga dan rakan

    sebaya merupakan pengaruh utama terhdap stail pemakanan pelajar

    Konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan

    masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya

    hidup sedentari. Sasaran utama kempen ini ialah semua golongan rakyat Malaysia terutamanya

    remaja dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Empat komponen utama yang menjadi teras

    konsep gaya hidup sihat ini ialah: (1) peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan; (2)

    peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stres; (3) peningkatan pengetahuan dan

    amalan anti-merokok; dan (4) peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.

    Walaubagaimanapun, keberkesanan kempen ini dalam mempertingkatkan tahap kesihatan di

    kalangan rakyat Malaysia boleh diragui. Kurangnya penyelidikan khusus untuk menilai

    keberkesanan kempen ini selain peningkatan bilangan pesakit hipokinteik membuktikan bahawa

    keberkesanan kempen ini boleh diragui (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2004; Penang

    Cancer Registry, 2000).

    Kangar, Perlis (Malaysia) Kira-kira 1.8 juta atau lapan peratus daripada 26 juta rakyat negara

    ini menghidap kencing manis atau diabetis, satu angka yang amat membimbangkan Kementerian

    Kesihatan. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan memperhebatkan kempen gaya hidup sihat

    termasuk pemakanan yang betul dan berkhasiat menerusi Dapur Sihat Masyarakat yang

    dilancarkan kementerian sejak 2004

    Wetter, Goldberg, King, Sigmant-Grant, & al (2001) pula menegaskan bahawa pelbagai

    usaha telah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan amalan masyarakat Amerika

    Syarikat terhadap amalan pemakanan dan sukan serta rekreasi. Malangnya pengetahuan ini

    kurang diamalkan dalam kehidupan seharian. Dapatan yang sama juga dilaporkan dalam

    kajian Morrow, Krzewinski-Malone, Jackson, Bungum, & Fitzgerald (2004

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental

    dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.Anda boleh

    3

  • membuat beberapa ujian atau saringan untuk mengetahui adakah anda sihat atau tidak Ujian

    saringan adalah ujian atau penilaian untuk mengesan awal penyakit atau keadaan luarbiasa bagi

    memudahkan rawatan.Sebagai contoh, jika kita dapat mengesan lebih awal penyakit darah tinggi

    atau kencing manis, kita boleh mengawal keadaan tersebut untuk mengelakkan komplikasi

    seperti angin ahmar dan serangan penyakit jantung.Untuk menilai kesihatan fizikal, anda

    dinasihatkan untuk membuat ujian saringan berikut:

    Kegemukan (Obesiti)

    Tekanan Darah Tinggi

    Kencing Manis

    Paras kolesterol dalam darah

    http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa

    Namun, statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun

    2005 mencatatkan 27% atau setiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai

    masalah berat badan yang berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asiapanel tidak

    lama dahulu mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat

    berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia

    Online, 2007). Dalam laporan yang dikeluarkan oleh U.S Centers for Disease Control and

    Prevention (2002), Amerika Syarikat dan beberapa Negara lain, didapati bahawa dunia sedang

    mengalami epidemik kegemukan. Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 60% populasi dewasa

    adalah gemuk atau obes manakala 20 hingga 25% golongan kanak-kanak dan remaja adalah

    gemuk atau obes

    2.0 Metadologi/ kaedah kajian

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka dimana kajian ini bertujuan

    mengumpul data atau maklumat mengenai gaya hidup mereka(guru/Peserta) dari aspek

    pemakanan hingga senaman dan menentukan pola atau corak gaya hidup. Bilangan peserta yang

    dikaji adalah seramai 20 orang ( 10 Lelaki dan 10 perempuan )keturunan melayu, berusia

    diantara 20 sehingga 50 tahun dan keatas. Kaedah kajian mengunakan borang soal selidik dan

    4

  • instrument kajian ambilan data maklumat peserta prosedur pengumpulan mengunakan program

    word, dan ExcellBab ini akan membincangkan kaedah kajian yang dijalankan. Tumpuan akan

    diberi kepada reka bentuk, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, populasi dan sampel

    kajian, prosedur kajian dan analisis data.

    2.1 Reka Bentuk Kajian

    Reka bentuk penyelidikan yang dijalankan adalah bukan eksperimen dengan menggunakan

    kajian tindakan. Teknik pengumpulan data yang dipilih adalah secara mixed methods iaitu

    pendekatan yang mengabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Menurut Creswell (2003),

    gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif mampu memberikan kekuatan kepada dapatan kajian.

    Dalam konteks ini, pengkaji memilih strategi gabungan secara Sequential Explanatory di mana

    keputusan yang tidak dijangka melalui kaedah kuantitatif dapat dikenalpasti melalui kaedah

    kualitatif secara mendalam. Kajian tindakan ini berpandukan kepada model Kemmis dan Taggart

    (1992) di mana pengkaji

    membuat tinjauan, merancang tindakan, melaksana untuk mengkaji, mengumpul data akhir

    sekali membuat refleksi.

    Kajian ini dijalankan menggunakan teknik soal selidik dari instrumen yang diadaptasi dari

    Burton (1999). Nilai kebolehpercayaan instrumen ini ialah r: .86. Instrumen ini mengandungi

    lima bahagian iaitu: 1) Demografi pelajar, 2) Status fizikal/kesihatan pelajar, 3) Tahap

    pengetahuan gaya hidup sihat, 4) Tahap amalan gaya hidup sihat, dan 5) Bahagian aktiviti sukan

    dan riadah pelajar. Bahagian demografi pelajar mengandungi iitem berkaitan jantina, bangsa,

    umur, pekerjaan sebelum ke menjadi guru, taraf perkhawinan, kelulusan akademik, dan lokasi

    penempatan. Bahagian status fizikal/kesihatan pelajar mengandungi maklumat berkaitan dengan

    maklumat kesihatan responden seperti berat dan tinggi, jenis penyakit yang dihidapi, status

    merokok dan kekerapan merokok.Bahagian pengetahuan pemakanan gaya hidup hidup pula

    mengandungi 20 soalan yang memuatkan 10 item. Setiap item ini menggunakan skala likert

    lima skala iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju,tidak pasti, setuju,sangat bersetuju. Bahagian

    amalan senaman gaya hidup sihat juga mengandungi 10 soalan yang memuatkan enam item

    5

  • dalam empat subskala iaitu merokok, sukan dan rekreasi, makanan dan stress. Skor keseluruhan

    dan subskala setiap item instrumen dibahagikan kepada lima tahap seperti di jadual 1

    Jadual 1: Ranking skor keseluruhan

    Skor Tahap

    80 100 Sangat tinggi

    60 97 Tinggi

    40 59 Sederhana

    20 39 Rendah

    1 19 Sangat rendah

    2.1 Pengumpulan data

    Pengumpulan data berasaskan borang soal selidik yang mana disertakan maklumat peserta.

    Kajian ini mencari nilai BMI bagi setiap perserta dan di cari penilai bagi setiap

    katogeri.maklumat peserta akan disaring mengunakan perisian excel dan diambil julat

    permarkahan bagi tujuan petunjuk kadar yang dilampirkan.

    2.2 Analisis data

    Data yang disertakan dianalisis mengikut BMI dan petunjuk kecergasan

    BMI Categories:

    Underweight =

  • Skor markah Tahap keberkesanan80-100 cemerlang60-79 bagus40-59 Baik 20-39 lemah0-19 gagal

    Peserta dianalisis melalui jisim badan unggul dimana kebarangkalian peserta yang menpunyai

    nilai < 18.5 dikatogerikan sebagai kurus manakala = 18.5 24.9 dikatogerikan sebagai normal

    serta nilai = 25 29.9 sebagai gemuk dan obesity bagi nilai 30 keatas. Penilaian bagi kumpulan

    obesity dan gemuk bakal mungundang pelbagai masalah kesihatan berkait dengan jantung, buah

    pinggang, strok dan sebagainya.

    Petunjuk aliran data adalah mengelaskan peserta mengikut kumpulan jisim badan unggul bagi

    analisis kesihatan.Kekerapan senaman memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan

    keupayaan anggota tubuh badan. Kerana senaman mengundang penyakit kardiovaskular seperti

    jantung saranan adalah 3 kali seminggu selama 20 minit.

    3.0 Dapatan Kajian

    Kaedah kajian mengunakan borang soal selidik dan instrument kajian ambilan data maklumat

    peserta prosedur pengumpulan mengunakan program word, dan Excell

    3.1.1 Analisis soal selidik

    Respondan lelaki

    Bil

    Resp.

    opsyen umur berat tinggi BMI Kekerapa

    n

    pendapata

    n

    minat penyaki

    t

    7

  • senaman1 2 27 68 156 27.9 1 2 1 22 1 29 78 148 35.4 2 2 2 23 3 30 75 163 28.2 2 3 1 24 4 32 56 155 23.3 2 3 2 25 2 32 76 162 29.0 2 3 2 26 1 38 56 154 23.6 1 3 2 27 1 45 68 150 30.2 1 3 1 28 3 46 50 145 23.8 1 3 2 29 4 50 86 148 39.3 2 3 2 110 2 52 62 168 22.0 1 3 2 1

    Purata kebanyakan guru SKSC mempunyai nilai BMI melebihi jisim badan unggul iaitu lebihan

    berat 2 orang responden mempunyai perkadaran badan ideal iaitu 20% manakala 4 responden

    iaitu 40% mempunyai berat badan berlebihan dan 3 responden atau 30 % obesti.

    Respondan perempuan

    Bil

    Resp.

    opsyen umur berat tinggi BMI m/p

    diajar

    Kekerapan

    senaman

    hobi penyakit

    1 2 24 68 156 27.9 1 2 1 22 1 27 78 148 35.6 2 2 2 23 3 31 75 160 33.3 2 3 1 24 4 33 66 155 27.5 1 3 2 25 2 35 76 162 29.0 2 3 1 26 1 38 46 154 19.4 1 3 2 27 1 45 68 150 30.2 2 3 1 28 3 46 55 145 26.3 1 3 2 29 4 51 86 148 39.3 2 3 2 1

    8

  • 10 2 52 62 146 27.m 1 3 2 1

    Purata kebanyakan guru SKSC mempunyai nilai BMI melebihi jisim badan unggul iaitu lebihan

    berat 2 orang responden mempunyai perkadaran badan ideal iaitu 20% manakala 4 responden

    iaitu 40% mempunyai berat badan berlebihan dan 3 responden atau 30 % obesti.

    3.1.2 peratusan keseluruhan bagi kadar BMI

    BMI lelaki perempuan jumlah< 18. - - -18 24.9 2 1 225 29.9 4 5 930 + - 3 4 7

    Purata kebanyakan guru SKSC mempunyai nilai BMI melebihi jisim badan unggul iaitu lebihan

    berat 2 orang responden mempunyai perkadaran badan ideal iaitu 20% manakala 4 responden

    iaitu 40% mempunyai berat badan berlebihan dan 3 responden atau 30 % obesti

    3.1.3 Peratusan keseluruhan aktiviti senaman

    Kekerapan senaman

    ( 30 mnt ) sekali sesesi

    lelaki perempuan jumlah

    1 2 5 72 5 4 9

    Lebih 2 3 1 4

    Purata kebanyakan guru SKSC mempunyai melakukan senaman dalam perkadaran 30 minit

    sekali senaman.kekerapan responden lelaki 2 manakala perempuan 5 dengan nilai jumlah 7

    orang iaitu 35% melakukan senaman sebanyak sekali seminggu. kekerapan responden lelaki 5

    manakala perempuan 4 dengan nilai jumlah 9 orang iaitu 45% melakukan senaman sebanyak 2

    kali seminggu. kekerapan responden lelaki 3 manakala perempuan 1 dengan nilai jumlah 4 orang

    iaitu 20% melakukan senaman lebih 2 kali seminggu ini menunjukkan purata guru SKSC kurang

    melakukan senaman dan implikasi terhadap kesihatan adalah tinggi

    9

  • 3.1 Hasil Analisis soalan soal selidik pemakanan dan senaman

    Hasil daripada analisis data yang diperolehi didapati purata guru mempunyai tahap gaya hidup

    yang baik dan lemah terutamanya bagi golongan peserta wanita yang mana mempunyai

    kepelbagaian peermasalahan.

    Dapatan data dinyatakan seperti dalam carta dibawah

    Soal selidik pemakanan

    Respondan lelakiBil

    Resp.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    total

    1 3 2 3 3 3 3 3 3 4 3 302 3 2 3 3 3 3 3 3 3 3 29

    3 3 3 3 3 3 3 4 3 3 3 314 2 3 2 3 2 3 3 4 2 3 275 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 306 4 3 4 4 4 4 4 4 4 4 397 3 4 3 3 3 3 3 3 3 3 318 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 399 3 5 3 3 3 3 3 3 4 3 3310 3 4 3 3 3 3 4 3 3 3 32

    Respondan perempuanBil

    Resp.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    total

    1 3 3 4 3 4 3 3 3 4 3 322 3 3 3 3 3 4 3 4 3 4 33

    3 4 3 4 3 4 3 4 3 3 3 344 4 3 4 3 4 3 3 4 4 3 355 3 4 3 4 3 4 3 3 3 3 33

    10

  • 6 4 3 4 4 4 5 4 4 4 4 407 3 4 3 4 3 4 3 3 4 3 348 4 5 5 4 4 4 4 4 4 4 429 3 5 3 3 4 3 4 3 4 3 3510 4 4 3 3 4 3 4 4 3 3 35

    Dapatan kajian mendapati responden lelaki kurang mementingkan aspek pemakanan berbanding

    responden wanita yang lebih mementingkan pemakanan terutama bila mengjangkau usia emas.

    Responden lelaki lebih suka makan daripada mengawal pemakanan

    Soal selidik senaman

    Respondan lelakiBil

    Resp.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    total

    1 3 3 4 3 4 3 3 4 4 4 362 3 3 3 3 3 4 3 4 4 4 35

    3 4 3 4 3 4 3 4 3 3 3 344 4 3 4 3 4 3 3 4 4 3 355 3 4 3 4 3 4 4 3 4 3 356 4 3 4 4 4 5 4 4 4 4 407 3 4 3 4 3 4 3 3 4 3 348 4 5 5 4 4 4 4 4 4 4 429 4 5 3 3 4 3 4 3 4 3 3710 4 4 3 3 4 3 4 4 3 3 35

    Respondan PerempuanBil

    Resp.1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    total

    1 3 2 3 3 4 4 3 3 4 3 322 3 2 3 3 3 3 4 3 3 3 30

    3 3 3 3 3 3 3 4 3 3 3 314 2 3 2 3 2 3 3 4 3 3 285 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 306 4 3 3 2 3 3 4 3 4 4 337 3 4 3 3 3 3 3 3 3 3 318 3 2 3 3 3 3 3 2 3 3 289 3 2 3 3 2 2 3 3 4 3 2810 3 2 3 3 3 3 3 2 2 3 27 Hasil kajian mendapati responden lelaki lebih mementingkan mementingkan senaman apabila

    meningkat usia manakala responden wanita kurang mementingkan senaman ekoran kesibukan

    menguruskan hal rumah tangga.11

  • Responden lelaki

    Purata nilai pemakanan dan senaman mengikut umur

    Bilangan purata umur Pemakanan ( % ) Senaman ( % ) Jumlah ( % )20- 29 tahun 29.5 35.5 6530 39 tahun 35 37 7240-49 tahun 35 42 7750 keatas 32.5 36 68.5

    Dapatan kajian mendapati responden lelaki lebih mementingkan pemakanan apabila meningkat

    usia namun berkurangkan apabila mencecah 50 keatas disebabkan factor kemerosotan nilai

    pemakanan berkhasiat manakala semakin meningkat usia semakin kerap bersenam untuk

    penjagaan tubuh badan.

    Responden perempuan

    Bilangan purata umur Pemakanan ( % ) Senaman ( % ) Jumlah ( % )20- 29 tahun 32.5 32.5 6530 39 tahun 37 31 6840-49 tahun 38 30 6850 keatas 35 27.5 62.5

    Dapatan kajian mendapati responden perempuan lebih mementingkan pemakanan apabila meningkat usia mencecah 50 keatas disebabkan factor kemerosotan penjagaan tubuh badan manakala semakin meningkat usia semakin kurang bersenam untuk penjagaan tubuh badan ekoran sibuk menguruskan keluarga namun keputusan Analisis responden keseluruhan didapati bahawa kebanyakan responden mempunyai gaya hidup yang sedarhana dan lemah ini didapati melalui perolehan data hasil min keseluruhan justeru itu responden dicadangkan mendengar atau mwndapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan dan senaman bagi tubuh yang sihat dan berkualiti.

    12

  • 3.2 Perbandingan antara guru lelaki dan perempuan

    Perbandingan yang boleh dinyatakan adalah kebanyakan responden lelaki lebih menitik beratkan

    senaman diusia emas berbanding tabiat pemakanan yang mana mereka lebih mudah menjamah

    selera daripada memikirkan resiko penyakit.Responden perempuan lebih menitik beratkan nilai

    pemakanan yang mana ini dilihat berdasarkan pendangan mereka yang terlibat dalam penyediaan

    makan namun lebih suka mengelakkan diri daripada melakukan senaman di usia emas.

    Graf perbezaan peningkatan senaman dan tabiat pemakanan mengikut usia bagi responden lelaki

    05

    1015202530354045

    20- 29 tahun 30- 39 tahun 40- 49 tahun 50 keatas

    pemakanansenaman

    Graf perbezaan peningkatan senaman dan tabiat pemakanan mengikut usia bagi responden

    perempuan

    05

    10152025303540

    20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun 50 keatas

    pemakanansenaman

    4.0 Perbincangan

    13

  • Aktiviti fizikal memberi banyak faedah dari segi kesihatan tubuh badan, sosial, dan emosi serta

    boleh mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Penyertaan dalam aktiviti fizikal yang

    kerap dapat menyumbang ke arah pencapaian kecergasan yang lebih baik dan kesejahteraan

    keseluruhannya.Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras

    yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia yang bersesuain mengikut usia:

    Paras 1

    o Nasi, mi, bihun, roti, bijirin dan produk bijirin lain serta ubi-ubian

    Paras 2

    o Buah-buahan dan sayur-sayuran

    Paras 3

    o Ikan, ayam & itik, daging dan kekacang

    o Susu dan produk tenusu

    Paras 4

    o Lemak, minyak, gula dan garam

    Justeru itu pemakanan dan senaman saling seiring dengan keperluan tubuh badan makan

    pemakanan yang lengkap namun berkhasiat mampu melahirkan insan berkualiti dan

    cerdas.Kealpaan dan pengabaian pemakanan yang baik dan sihat mengakibatkan diri terdedah

    pada serangan jantung, stress , strok dan pelbagai komplikasi yang lain.

    4.1 Dapatan Kajian

    14

  • Hasil dapatan kajian ini menunjukkan petunjuk tahap pengunaan dan pemakanan kesihatan

    masih lemah dikalangan guru walaupun mereka merupakan antara golongan yang mempunyai

    pengetahuan asas yang agak luas tentang pemakannan dan kesihatan. Kajian ini menunjukkan

    kurangnya atau pengabaian aspek pemakanan kesihatan ekoran situasi mudah sedia iaitu bagi

    golongan suami isteri yang berkerja aspek pemakanan kurang dititik beratkan akibat kesuntukan

    memasak.

    rumusan dapatan adalah

    4.1.1 pengabaian penjagaan pemakanan akibat penghidupan social yang meningkat

    4.1.2 Pengetahuan dan pengamalan yang masih lemah terutama pemakanan bagi

    keluarga

    4.1.3 senaman yang diabaikan akibat kesuntukan masa

    4.1.4 nilai senaman yang tidak berkualiti.

    4.2 Implikasi/kepentingan

    Kepentingan kajian

    Kajian ini diharap dapat menghasilkan suatu petanda aras bagi menentukan tahap gaya hidup

    atau trend hidup masa kini yang sibuk dan cepat. Dapatan kajian ini juga diharap menjadi

    rujukan bagi pemikir memikirkan satu kaedah atau makenisma mengalakkan golongan tertentu

    menjalankan gaya hidup yang sesuai mengikut usia melalui cara dibawah:-

    Makan secara sihat - Pelbagaikan makanan. Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal

    anda.

    Sentiasa aktif - Sentiasa aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,

    20 - 30 minit setiap kali. Ia dapat mengekalkan IJB dan meningkatkan tahap kecergasan.

    Tidak merokok - Merokok boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan

    jantung, angin ahmar dan kanser (barah). Sekiranya anda merokok, cuba berhenti. Sila

    rujuk doktor anda.

    Menangani tekanan (stres) - Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan

    15

  • Setiap individu memerlukan pengambilan dalam jumlah yang berbeza mengikut umur dan

    jantina sebagaimana yang disarankan didalam saranan pengambilan nutrien untuk Malaysia

    2005Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara Memupuk semangat patriotism

    Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing Mampu mengukuhkan

    perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat Salah satu cabang integrasi nasional dan alat

    penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara. Amalan

    gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri,

    organisasi dan Negara Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain

    dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif. Kesihatan mental akan lebih stabil di samping

    tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.Secara tidak langsung

    amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas

    pertama.Berdasarkan dapatan kajian ini maka cadangan-cadangan berikut dikemukakan bagi

    manafaat serta panduan di dalam aspek pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat juga bagi

    tujuan penyelidikan pada masa hadapan :

    1. Kajian-kajian yang akan datang perlu ditumpukan terhadap sampel dan situasi yang lain

    yang lebih besar dan menyeluruh bagi mendapat hasil yang lebih lengkap, tepat dan lebih

    signifikan, misalnya terhadap masyarakat di sebuah negeri atau melibatkan populasi pada

    peringkat nasional.

    2. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan di sekolah-sekolah perlu diberikan penekanan dan keutamaan sama seperti

    mata pelajaran lain di sekolah. Ini kerana mata pelajaran ini sangat penting bagi

    perkembangan jasmani, emosi, rohani dan juga intelek pelajar dan yang utama bagi

    mencapai matlamat yang digariskan

    3. Masyarakat mestilah memberikan sepenuh sokongan dan membudayakan gaya hidup

    sihat ini di dalam kehidupan seharian mereka.

    16

  • 5.0 Penghargaan

    Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang memberikan keutamaan kepada amalan hidup yang

    aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit.

    Bukanlah menjadi satu kemustahilan bagi seseorang itu menikmati kesihatan yang berpanjangan

    dan mengalami kehidupan yang selesa. Melalui gaya hidup sihat segalanya bukan mimpi dan

    mampu dicapai oleh sesiapa jua. Gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap orang tanpa

    halangan usia, latar belakang kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka.

    Melalui hasil kajian ini sedikit sebanyak memberikan gambaran dan memaparkan kepada kita

    tentang sejauhmana tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat sebahagian masyarakat di

    negara kita atau secara tepatnya di kalangan pelajar universiti yang menjadi responden kajian ini.

    Apa jua dapatan yang diperolehi sekurang-kurangnya berupaya menjawab beberapa persoalan

    yang dikemukakan oleh penyelidik. Namun demikian, penyelidik beranggapan yang kajian ini

    adalah merupakan permulaan ke arah penghasilan banyak lagi dimensi kajian yang perlu

    dilakukan pada masa-masa yang

    17

  • RUJUKAN

    Al-Isa AN. (2004). Factors associated with overweight and obesity among Kuwaiti kindergarten

    Female teachers. Nutrition Health. 18 (1), pp 67-71.

    Bucher, C. A. (1999). Foundation of physical education (13th ed.). St Louis: C.V. Mosby.

    Creswell, J. W. (2003). Advanced mixed method research designs. Handbook on mixed

    methods in the behavioral and social sciences. Thousands Oaks: Sage Publications,

    209-240.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. Rekod Kesihatan dan Perkembangan Kanak-kanak KKM

    disesuai daripada Carta National Center for Health Statistics USA.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku Panduan Kempen Cara Hidup Sihat. 1997.

    Jabatan Perangkaan Malaysia. (2004). Buku tahunan perangkaan 2004. Kuala Lumpur:

    Percetakan Nasional Berhad.

    Jas Laile Suzana (1998). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Jones, D. H., Havel, Y., & Lewinson, R. M. (1992). Living arrangements: Knowledge of health

    risks and stress as determinants of health risk behaviour among college students.

    Journal of American College Health, 41(2), 43 - 48.

    Neff, M. (2002). NHLBI study links teenaged girl's weight concerns with smoking. American

    Journal of Health Education, 52(2), 21 - 24.

    Penang Cancer Registry. (2003). Penang Cancer Registry report: 1994 - 1998 (No. 6). Penang:

    Penang Cancer Registry. Reader, E. G., Carter, A., & Crawford, A. (1998). Smoking,

    knowledge, attitudes and behaviours:

    A study with university student. Health Education Journal, 47, 125 - 127

    18