kajian literatur

18
ISI KANDUNGAN TAJUK MUKASURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 METODOLOGI 2 3.0 PERBINCANGAN 3.1 ANALISIS 1 3.2 ANALISIS 2 3.3 ANALISIS 3 3.4 ANALISIS 4 3 3 4 5 6 4.0 PENUTUP 7 LAMPIRAN 9 RUJUKAN 13 1

Upload: ahmad-ruzaidi

Post on 17-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sebagai rujukan untuk membuat analisis daripada aritikel-artikel yang berkaitan. Ini adalah contoh sahaja. terima kasih

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Literatur

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 METODOLOGI 2

3.0 PERBINCANGAN

3.1 ANALISIS 1

3.2 ANALISIS 2

3.3 ANALISIS 3

3.4 ANALISIS 4

3

3

4

5

6

4.0 PENUTUP 7

LAMPIRAN 9

RUJUKAN 13

1

Page 2: Kajian Literatur

1.0 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang ulasan literatur berdasarkan kajian terdahulu.

Sebanyak empat artikel terdahulu yang telah dipilih. Kajian terdahulu ini akan membantu

sedikit sebanyak dalam menjalankan kajian penyelidik. Artikel ini merangkumi kajian-

kajian yang telah di jalankan berdasarkan tajuk penyelidikan iaitu “Penggunaan Komik

Digital Sebagai Media Pembelajaran Subjek Sejarah di Peringkat Sekolah Menengah”.

Artikel-artikel atau kajian terdahulu membincangkan potensi komik sebagai bahan

pendidikan, penggunaan komik merupakan cara baru dalam pendidikan, kekuatan komik

itu sendiri, senarai rujukan yang boleh didapati, organisasi yang membantu para

penyelidik dalam menjalankan kajian terhadap komik, konsep dan aplikasi media

pembelajara dan kepentingan kreativiti. Keseluruhan isi yang dinyatakan akan

dibincangkan dalam bab ini. Perbincangan ini merupakan rumusan daripada keempat-

empat artikel tersebut.

Penyelidik memilih empat artikel ini berdasarkan kesesuaian dengan tajuk penyelidikan.

Artikel-artikel atau kajian terdahulu yang dipilih merupakan bahan rujukan mengenai

penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik. Kajian terdahulu ini dapat membantu

penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang komik digital sebagai media

pembelajaran. Bukan itu sahaja, penyelidik memilih kajian terdahulu daripada empat

artikel ini kerana kesesuaian tajuk dengan artikel kajian terdahulu di dapati mempunyai

hubungan rapat. Hal ini akan menguatkan lagi sokongan terhadap kajian yang

dijalankan. Selain itu, penyelidik dapat menambahkan lagi maklumat di dalam kajian

yang dijalankan.

Penyelidik mendapati hasil kajian terdahulu mempunyai hubung kait dengan

penyelidikan yang dijalankan. Sebagai contoh adalah kepentingan kreativiti. Dalam

penghasilan komik digital, kreativiti amat penting. Hal ini kerana kreativiti mampu

menarik minat pembaca terutama pelajar sejajar dengan tajuk penyelidikan. Tarikan ini

akan membuatkan pelajar dapat membaca atas dasar minatnya sendiri.

2

Page 3: Kajian Literatur

2.0 Metodologi

Metodologi merupakan satu kaedah dalam menjalankan kajian. Menurut Mahdzan Ayob

(1993:44) menetapkan kaedah kajian sebagai segala langkah atau prosedur untuk

mencapai segala objektif. Dalam menjalankan dan menganalisis kajian terdahulu,

pendekatan yang digunakan adalah dengan mengunakan format yang dinyatakan oleh

pickard, 2007.

Rujukan SepenuhnyaSkop

Tujuan

Metod Artikel

Dakwaan Dakwaan Sebab KelayakanBeliau menjelaskan beberapa ciri dalam menganalisis kajian terdahulu. Pendekatan

yang digunakan oleh beliau memudahkan penyelidik membuat kritikal analisis tentang

kajian terdahulu. Di dalam format yang dinyatakan beliau mengandungi, rujukan

sepenuhnya iaitu tajuk kajian terdahulu diikuti dengan skop, tujuan dan metod yang

terdapat dalam artikel yang dipilih. Kesemua ini ada di dalam kajian terdahulu tersebut.

Kemudian, adalah dakwaan, bukti, sebab dan kelayakan. Dakwaan adalah isi yang ingin

disampaikan dalam artikel tersebut manakala bukti merupakan ayat sokongan daripada

dakwaan tersbut. Setelah itu, nyatakan sebab-sebab atas bukti yang dibuat. Kelayakan

adalah petikan daripada ahli-ahli ilmiah yang menyokong kesemua ayat yang

dikeluarkan. berikut

Rajah 1

Kesemua data yang terdapat di dalam empat-empat artikel di masukkan dalam jadual

tersebut. Seterusnya penyelidik membuat rumusan tentang kesemua jadual yang telah

dibuat. Rumusan tersebut berdasarkan isi-isi yang telah dinyatakan di dalam jadual

tersebut. Penyelidik akan merumuskan secara keseluruhan daripada keempat-empat

daripada kajian terdahulu yang telah dipilih. Dengan ini, penyelidik dapat membuat

rujukan dengan efektif.

3

Page 4: Kajian Literatur

3.0 Perbincangan

3.1 Analisis 1

Dalam laporan ini penyelidik telah membuat analisi berdasarkan format yang telah di

kemukakan oleh Pickard, 2007. Kajian terdahulu yang telah dijalankan oleh

Vassilikopoulou Marianthi seorang guru merangkap calon PhD bersama Michael

bolodakis, seorang lepasan graduan dan symeon retails, penolong profeser, adalah

bagaimana mereka menggunakan komik digital dalam pendidikan. Tajuk artikel yang di

jalankan adalah “ From Digitised comic books to digital Hypermedia Comic books : Their

Use in Education”.

Walaupun bukan komik digital yang digunakan, tetapi mereka masih menggunakan

konsep komik sebagai media dalam pendidikan. Skop kajian terdahulu ini adalah untuk

menyatakan konsep buku komik dan nilainya dalam pendidikan. Penulis mendakwa

bahawa komik berpotensi dalam pendidikan dan sesuatu kajian yang bernilai. Hal ini

dapat dibuktikan dalam artikel beliau, pada awal tahun 40-an, sudah ramai pendidik di

Amerika Syarikat seperti WWD Sones (1944) telah mengadakan satu kajian tentang

penggunaan buku-buku komik dalam pendidikan. Hal ini kerana mereka ingin mengkaji

dan ingin mengetahui sejauh mana komik dapat membantu pendidik dalam

pembelajaran dan pengajaran.

Dakwaan seterusnya adalah pendidik di semua peringkat sedang merancang cara baru

dalam pembelajaran melalui kaedah penggunaan komik. Hal ini dapat dilihat oleh Keogh

dan Naylor (1999) telah menggunakan konsep kartun untuk memperluas jangkauan

strategi pedagogi, menyampaikan satu set idea-idea alternative mengenai konsep ilmiah

dalam bentuk visual. Maksudnya, Keogh dan Naylor menggunakan kaedah visual

(komik) dalam penyampaian makna ilmiah. Hal ini menyokong aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dengan menjana perbincangan, merangsang penyelidikan dan

menggalakkan penglibatan pelajar dan motivasi.

Di dalam artikel ini juga telah dinyatakan beberapa kekuatan komik yang mampu

membantu dalam pengajaran. Antaranya ialah dapat memberi motivasi, bahan bacaan

berkonsepkan visual, satu kaedah yang tetap, sebagai perantara dan membangunkan

4

Page 5: Kajian Literatur

kemahiran berfikir. Kesemua kekuatan ini mampu menarik minat pembaca terutama

pelajar dalam pengajaran.

3.2 Analisis 2

Dalam analisi seterusnya ialah satu artikel yang ditulis oleh Leslie Bussert. Artikel ini

membincangkan tentang sumber-sumber yang boleh didapati oleh penyelidik-penyelidik

lain dalam penyelidikan tentang komik. Artikel ini menyatakan bahawa komik dan novel

grafik telah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat. Hal ini terjadi dengan

perubahan pemikiran masyarakat yang lebih terdedah dengan teknologi. Oleh itu, aritkel

ini membantu para pengkaji untuk mendapatkan sumber maklumat tentang komik.

Pertama adalah daripada sumber internet. Sumber internet yang dinyatakan adalah

sumber yang ilmiah. Dalam rajah yang terdapat dalam laporan 2 telah dinyakan pautan

ke laman sesawang untuk mendapatkan maklumat. Laman sesawang tersebut adalah

hasil kumpulan data yang dikumpulkan oleh Michael Lavin, seorang ahli pustakawan

daripada Universiti New York di Buffalo.

Penulis juga menyenaraikan beberapa organisasi yang menyokong dan membantu para

penggiat komik terutama menerapkan komik sebagai bahan dalam pendidikan. Antara

organisasi yang terlibat ialah Comic Book Legal Defense Fund (CBLDF). Organisasi ini

melindungi hak-hak terpelihara penulis komik dan memantau isi komik antarabangsa.

Segala unsur negatif atau lucah akan ditapis. Mereka juga dapat meningkatkan

kesedaran dalam isu-isu sensor di dalam komik. Organisasi lain adalah International

Comic Arts Association (ICAA). Organisasi ini menyokong dan memperkukuhkan

industri komik dalam pelbagai program dan projek. Organisasi seterusnya adalah

National Association of Comic Arts Educators (NACAE). Organisasi ini membantu untuk

memudahkan pengajaran dalam penggunaan komik. Para penggiat komik yang baru

akan di latih dan diberikan pendedahan awal oleh organisasi ini.

5

Page 6: Kajian Literatur

3.3 Analisis 3

Kajian terdahulu yang seterusnya adalah “ Konsep dan Aplikasi Media Pembelajaran”.

Kajian ini membincangkan konsep media pembelajaran serta aplikasinya terhadap

pembelajaran dan pengajaran. Media pelajaran merupakan satu sistem dalam sesuatu

metod atau cara dalam pembelajaran. Hal ini dapat dikaitkan dengan tajuk penyelidik

iaitu”… sebagai media pembelajaran subjek sejarah…” . pendekatan ini dapat

menerangkan lagi makna media pembelajaran dalam penyelidikan ini. Dalam artikel ini,

Penulis bernaman adalah Cepi Riyana. Penulis mendakwa bahawa pembelajaran

merupakan satu proses komunikasi. Hal ini adalah bermaksud komunikasi antara dua

pihak iaitu pelajar dan guru. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, hanya

terdapat dua pihak iaitu guru dan murid. Kedua belah pihak ini perlu saling

berkomunikasi agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Interaksi ini akan

memudahkan lagi kefahaman pelajar serta menaikan lagi kemahiran pengajaran guru.

Seterusya adalah berkaitan dengan sistem. Sistem merupakan komponen yang saling

berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Perkaitan ini sangat

rapat dan menghubungkan antara komponen. Hal ini adalah bertujuan untuk mencapai

objektif yang ditetapkan.

Dalam pada masa yang sama, media mempunyai erti perantara atau pengantar.

Menurut Heinich,1993 kata media berasal daripada kata Latin, yang merupakan bentuk

jamak dari kata “medium”. Banyak tokoh mendefinasikan kata media antaranya ialah

Scram, 1977 yang mengatakan bahawa teknologi pembawa pesan yang dapat di

gunakan untuk keperluan pembelajaran yang merupakan guru menjadi perluasan

media. Bukan itu sahaja, NEA, 1969 mengatakan bahawa sarana komunikasi dalam

bentuk cetak mahupun audio visual, temasuk teknologi perangkat keras. Media tersebut

dapat dipertimbangkan sebagai media pembelajaran jika membawa pesan dalam

rangka mencapai tujuan pembelajaran.

6

Page 7: Kajian Literatur

3.4 Analisis 4

Dalam analisis yang ke empat ini, penyelidik memilih artikel yang bertajuk “Komik

sebagai Media Komunikasi Visual Pembelajaran”. Artikel ini di tulis oleh pensyarah

Pereka Komunikasi Visual daripada Fakulti Pereka dan Seni di Universiti Kristen Petra,

Heru Dwi Waluyanto. Penulis menekankan bahawa kreativiti itu penting. Manusia

memerlukan kreativiti untuk mewujudkan sesuatu produk yang baru. Kreativiti dapat

membantu seseorang atau pengiat komik dalam menghasilkan komik yang berteraskan

pendidikan. Bukan itu sahaja, penghasilkan komik mengikut kreativiti sendiri dapat

menghasilkan satu kaedah yang membawa kebersanan dalam pembelajaran. Komik

yang kreatif dapat membantu pelajar dalam konsep daya tarikan membaca buku.

Kreativiti dapat membantu seseorang itu menjana idea dalam penghasilan produk atau

komik. Penulis juga menyatakan bahawa orang yang kreatif menghasilkan idea yang

kreatif. Idea yang kreatif membantu seseorang menghasilkan produk berdasarkan

ideanya tersendiri. Hal ini dapat melindungi seseorang itu daripada unsur plagiat.

Bahkan, idea kreativiti tersendiri merangsang minda yang menghargai produk yang

dihasilkan.

Penulis berpendapat bahawa komik membantu meningkatkan kreativiti. Hal ini

disebabkan oleh penghasilan komik yang kreatif dapat mendorong pembaca untuk lebih

kreatif. Unsur grafik yang wujud dalam komik merangsang minda pembaca kerana

penggunaan teks yang kurang dan hanya visual semata-mata. Seseorang itu akan

belajar secara maksimum jika dia belajar kena akan caranya. Hal ini dapat dilihat dalam

konteks cara pembelajaran. Sebilangan pelajar berasa malas untuk membaca bahan

rujukan yang menggunakan teks berlebihan tanpa visual grafik. Hal ini membuatkan

pelajar berasa bosan. Secara tidak langsung, pelajar tersebut hilang “mood” untuk

membaca buku. Dengan wujudnya komik dalam pembelajaran, sudah pasti dapat

menarik minat pelajar untuk membacanya kerana gaya bacaannya pelajar tertumpu

kepada komik. Jadi , seseorang itu akan berasa senang dengan kerja yang dilakukan

atas minatnya tersendiri.

Oleh dasar itu, penulis menekankan bahawa komik boleh dijadikan sebagai bahan

medium pembelajaran. Hal ini demikian kerana komik mewujudkan hubungan antara

7

Page 8: Kajian Literatur

pelajar dan komik. Hubungan ini dimaksudkan adalah interaksi dan komunikasi antara

pelajar dan komik. Pelajar dapat berinteraksi dengan komik melalui cara pendedahan

yang terdapat dalam komik. Pelajar dapat lebih memahami sesuatu isi itu dengan cara

penyampaian yang kreatif.

4.0 Kesimpulan

Secara Keseluruhannya, komik sama ada komik digital dapat membantu pelajar dalam

pembelajaran. Sejajar dengan tajuk penyelidikan ini, komik digital dapat membantu

pelajar dalam pembelajaran subjek sejarah di Malaysia. Pendidikan Sejarah telah

menjadi di ambil berat dengan perubahan keputusan oleh Kementrian Pendidikan

Malaysia yang membuat syarat Sejarah wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malysia.

Pelajar perlu mendapat alternatif dan di beri pendedahan awal kepada komik digital.

Sepertimana yang kita ketahui, subjek sejarah adalah subjek yang menyatakan banyak

fakta dan peristiwa yang harus diingat. Pelajar memerlukan kelainan dalam

pembelajaran mereka. Dengan adanya komik digital, pelajar dapat memahami dengan

lebih jelas tentang matapelajaran ini.

8

Page 9: Kajian Literatur

Rujukan Sepenuhnya FROM DIGITISED COMIC BOOK TO DIGITAL HYPERMDIA COMIC BOOKS : THEIR USE IN EDUCATION

Skop Menyatakan konsep buku komik hypermedia dan nilainya dalam pendidikan

Tujuan

metod ARTIKEL

Dakwaan Bukti Sebab KelayakanPotensi komik dalam pendidikan adalah kajian yang bernilai

Pada awal 40-an, ramai pendidik di Amerika Syarikat seperti WWD Sones (1944) telah mengadakan satu kajian tentang penggunaan buku-buku komik dalam pendidikan, menyediakan data dan kegunaannya

Ingin mengetahui sejauh mana komik dapat membantu pendidik dalam pendidikan

Pendidik di semua peringkat sedang merancang cara baru dalam pembelaran melalui kaedah penggunaan komik

Keogh dan Naylor (1999) menggunakan konsep kartun untuk memperluas jangkauan strategi pedagogi, menyampaikan satu set idea-idea alternative mengenai konsep ilmiah dalam bentuk visual.

Menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menjana perbincangan, merangsang penyelidikan dan menggalakkan penglibatan pelajar dan motivasi.

Kekuatan komik Memberi motivasi

Visualisasi

Tetap

Perantara

Menarik minat pembaca

Grafik dan karakter dalam komik merangsang pelajar

Grafik yang tetap dan tidak berubah

Komik mengajar pembaca berdisiplin

9

Page 10: Kajian Literatur

Membangunkan kemahiran berfikir

Mengajar pembaca dalam pemikiran kritis

LAMPIRAN

ANALISIS 1

ANALISIS 2

Rujukan sepenuhnya

Comic book and graphic novelsDigital resource for an evolving form of art and literatureLeslie Bussert

Skop

Tujuan Memberi senarai rujukan dan senarai organisasi yang boleh membantu penyelidik membuat penyelidikan tentang komik

Metod ArtikelSumber internet

Dakwaan Bukti Sebab KelayakanPenulis mennyenaraikan senarai bahan rujukan dan panduan kepada penyelidik

Buku komik : Sumber Internet

http://ublib.buffalo.edu/ libraries/asl/guides/comics.html.

Panduan penelitian ini berisi dijelaskan sumber buku komik secara online yang disusun oleh Michael Lavin, Seni dan Ilmu Pengetahuan Pustakawan di Universiti New York di Buffalo.

Penulis menyenaraikan senarai organisasi yang dapat membantu dalam penyelidikan komik

Comic Book Legal Defense Fund (CBLDF).

International Comic Arts Association (ICAA).

Meningkatkan kesedaran dalam isu-isu sensor di dalam komik

Sebuah organisasi yang menyokong dan memperkukuhkan

10

Page 11: Kajian Literatur

National Association of Comic Arts Educators (NACAE).

industry komik dalam pembagai program dan projek

Membantu untuk memudahkan pengajaran dalam penggunaan komik

ANALISIS 3

Rujukan Sepenuhnya

KOMIK SEBAGAI MEDIA KOMUNIKASI VISUALPEMBELAJARANHeru Dwi WaluyantoPensyarah Pereka Komunikasi VisualFakulti Pereka dan Seni – Universitas Kristen Petra

Skop

Tujuan

Metod Artikel

Dakwaan Dakwaan Sebab KelayakanPenulis mementingkan kreativiti

Manusia memerlukan kreativiti untuk mewujudkan sesuatu produk yang baru

Orang yang kreatif menghasilkan idea yang kreatif

Kemampuan pemikiran kreatif dapat melahirkan idea mutlak

Kreativiti dapat membantu seseorang menjana idea dalam penghasilan produk

Idea yang kreatif dapat mewujudkan sesuatu yang kreatif.

Idea mutlak yang dihasilkan menjadikan seseorang itu berpandangan jauh

Komik membantu meningkatkan kreativiti

Seseorang akan belajar secara maksimum jika dia belajar kena akan caranya

Seseorang akan berasa senang dengan kerja yang dilakukan atas minat sendiri

11

Page 12: Kajian Literatur

Komik sebagai medium pembelajaran

Proses komunikasi pelajar dan komik

Komik bahan bacaan yang menarik

Model pembelajaran komik merupakan satu jenis alat berfikir untuk menyelesaikan masalah kreatif dalam komunikasi visual

Mampu mengekspresasi diri dalam perkembangan kreativiti

Rujukan Sepenuhnya

Konsep dan Aplikasi Media PembelajaranMAKALAHDisampaikan pada kegiatan Pengabdian Pada MasyarakatOleh : Cepi Riyana, M.Pd.NIP.132296884

Skop Konsep dan Aplikasi

Tujuan menyatakan konsep dan aplikasi media dalam pembelajaran

Metod artikel

Dakwaan Bukti Sebab KelayakanPenulis menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses komunikasi

Pembelajaran melibatkan dua pihak iaitu pelajar dan guru.

Dua pihak ini dapat berinteraksi ketika proses pembelajaran berlangsung

Sistem merupakan komponen yang saling berkaitan dan saling mempengaruhi satu dengan yang lain.

Di dalam sistem mengandungi komponen yang saling berkaitan.

Untuk mencapai tujuan yang ditetapkan

Media mempunyai erti perantara atau pengantar

Teknologi pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pembelajaran. (Schram,1977)

Media tersebut dapat dipertimbangkan sebagai media pembelajaran jika membawa pesan dalam rangka mencapai tujuan pembelajaran

12

Page 13: Kajian Literatur

ANALISIS 4

Rujukan

Comic Book and graphic novels, Digital resource for an evolving form of art and literature: Leslie Bussert

FROM DIGITISED COMIC BOOK TO DIGITAL HYPERMDIA COMIC BOOKS : THEIR USE IN EDUCATION

Kathy Howard Latrobe, Englewood, Colo : Libraries UNlimited, 1998

Komik Sebagai Media Komunikasi Visual Pembelajaran: Heru Dwi Waluyanto

Konsep dan Aplikasi Media Pembelajaran : Cepi Riyana

Macmillan Publishing Company, Jan 1, 1993 - Audio-visual education - 463 pages

Robert Heinich, Michael Molenda, James D. Russell

The Emerging School Library Media Center: Historical Issues and PerspectivesAug

13