kajian kuantitatif

5
KAJIAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN GABUNGAN KAJIAN KUANTITATIF Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Jenis-jenis kajian kuantitatif: i) Kajian Deskriptif ii) Kajian Korelasi iii) Causal Comparative iv) Kajian Eksperimental KAJIAN KUALITATIF Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif. Jenis-jenis kajian kualitatif: i) Kajian Tindakan ii) Kajian Kes

Upload: jeya-bala

Post on 17-Sep-2015

129 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KAJIAN KUANTITATIF, KUALITATIF DAN GABUNGANKAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kuantitatif:i) Kajian Deskriptifii) Kajian Korelasiiii)Causal Comparativeiv) Kajian Eksperimental

KAJIAN KUALITATIF

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif.

Jenis-jenis kajian kualitatif:i) Kajian Tindakanii) Kajian Kesiii) Kajian Lapanganiv) Analisis Dokumen

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIFKAJIAN KUALITATIF

Data berbentuk angka yang boleh diukur.Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIFKAJIAN KUALITATIF

Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIFKAJIAN KUALITATIF

Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut.Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIFKAJIAN KUALITATIF

Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu.Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian

KAJIAN KUANTITATIFKAJIAN KUALITATIF

Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian

Penyelidikan kuantitatif Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.

Penyelidikan kualitatif Kajian kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan di mana pengkaji bergantung kepada pandangan peserta, menanyakan soalan yang luas dan umum, mengumpul data dalam bentuk perkataan atau teks daripada peserta, menjelaskan dan menganalisa perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk tema-tema serta menjalankan inkuiri dalam bentuk yang subjektif dan bias.

KAJIAN RINTIS Kajian rintis Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai atau dikekalkan (Mohamad Najib, 1999). Kajian rintis juga dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Menurut Mohd. Majid (1998) dalam Siti Noorshahliza (2002), tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur tetapi kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan. Bagi menjalankan kajian rintis, soal selidik ini diedarkan kepada 12 orang pelajar sebelum soal selidik sebenar diedarkan kepada subjek kajian. Pelajar-pelajar bagi kajian rintis ini terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan daripada kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Set soal selidik diedarkan secara rawak di mana semua pelajar mempunyai peluang untuk dipilih bagi menjawab set soalan kajian rintis ini. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan, didapati nilai pekali Cronbach Alpha adalah 0.94 (> 0.60). Ini menunjukkan item bagi soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan.