kaitan jenayah, konflik ancam keselamatanpublic.adk.gov.my/edrugsnews/upload/kaitan jenayah konflik...

4
RENCANA»Muka 10 Rabu, 2 Ogos 2017 | 6:32am KONFLIK bersenjata kekal sebagai masalah terbesar dunia. - Foto hiasan Kaitan jenayah, konflik ancam keselamatan Oleh Yuri Fedotov WhatsApp Share KONFLIK bersenjata kekal sebagai masalah terbesar dunia, manakala mencegah konflik adalah harapan terbesar kita untuk mengekalkan keamanan. Tetapi, jika kita tidak membanteras jenayah dan menguatkuasakan keadilan, kedua-duanya terus menjadi cabaran yang perlu diselesaikan.

Upload: ngonhu

Post on 13-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaitan jenayah, konflik ancam keselamatanpublic.adk.gov.my/edrugsnews/upload/Kaitan jenayah konflik ancam... · aktiviti pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan jenayah lain

RENCANA»Muka 10 Rabu, 2 Ogos 2017 | 6:32am

KONFLIK bersenjata kekal sebagai masalah terbesar dunia. - Foto hiasan

Kaitan jenayah, konflik ancam keselamatan

Oleh Yuri Fedotov

WhatsApp

Share

KONFLIK bersenjata kekal sebagai masalah terbesar dunia, manakala mencegah konflik adalah

harapan terbesar kita untuk mengekalkan keamanan. Tetapi, jika kita tidak membanteras jenayah dan

menguatkuasakan keadilan, kedua-duanya terus menjadi cabaran yang perlu diselesaikan.

Page 2: Kaitan jenayah, konflik ancam keselamatanpublic.adk.gov.my/edrugsnews/upload/Kaitan jenayah konflik ancam... · aktiviti pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan jenayah lain

Sejak lebih satu abad lalu, jenayah melalui proses transformasi. Kumpulan jenayah lebih

berkemungkinan kini adalah anggota lembaga pengarah syarikat; pemecah pintu keselamatan dan

pemandu kumpulan penjenayah kini digantikan oleh akauntan dan peguam licik.

Pada abad ke-21, wang bernilai berbilion dolar diubah melalui pusat kewangan dunia. Kajian oleh

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) mengenai

aliran wang haram itu menunjukkan perolehan keseluruhan jenayah mencecah AS$2 trilion (RM8.55

trilion).

Jika jenayah itu seumpama sebuah negara, lokasinya adalah di antara Itali dan India jika berdasarkan

kepada kedudukannya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Itu bermakna mereka mempunyai wang yang cukup bukan hanya untuk merasuah dan menyogok

pegawai penguat kuasa undang-undang atau kastam tetapi juga memasukkan ke dalam poket orang

tertentu di negara yang lemah. Penjenayah juga gemar jika aktiviti mereka dibiarkan berleluasa tanpa

sekatan.

Jenayah berupaya berubah mengikut keadaan

Sikap tak ambil peduli, memberi tumpuan di tempat lain hanya membolehkan kumpulan jenayah

terancang melintasi sempadan, semakin kuat tersebar dan aktif. Aspek paling dikhuatiri ialah bukan

hanya masalah daripadanya tetapi keupayaan jenayah berubah mengikut keadaan.

Seperti juga dubuk mengekori singa kerana berharap mendapat makanan, jenayah membayangi

konflik. Bukanlah satu kebetulan bahawa konflik di Iraq dan Syria menjadi faktor menggerakkan

aktiviti pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan jenayah lain di Asia Barat, Afrika Utara

dan merentas Mediterranean. Cuma, jenayah tidak hanya menjadi mudah kerana konflik tetapi turut

juga menjadi penyebabnya.

Page 3: Kaitan jenayah, konflik ancam keselamatanpublic.adk.gov.my/edrugsnews/upload/Kaitan jenayah konflik ancam... · aktiviti pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan jenayah lain

UNODC menganggarkan bahawa pergerakan Taliban mengumpul AS$150 juta (RM641.7 juta), 50

peratus pendapatan keseluruhan mereka, daripada cukai dan pembabitan dalam urus niaga candu.

Kumpulan Boko Haram pula terbabit dalam penyeludupan heroin dan kokain selain memperdagang

manusia serta sumber asli di seluruh Afrika Barat. Keuntungan besar sedang dibuat di Afrika Timur

yang mana kumpulan Al-Shabaab bekerjasama dengan lanun Somalia dan meraih berjuta-juta dolar

dengan menyeludup arang.

Tiada negara mampu tangani jenayah sendirian

Kumpulan seperti ini menggunakan dana hasil daripada aktiviti jenayah untuk membawa huru-hara,

pertumpahan darah dan kemusnahan. Aktiviti mereka menjejaskan banyak negara, melemahkan

kepatuhan kepada undang-undang dan membawa kemusnahan tidak terperi.

Adalah berbahaya jika tidak menghiraukan aktiviti mereka selain memberi kesan sampingan kepada

usaha membantu golongan miskin dan menderita. Jika jenayah berubah, begitu juga dengan

pandangan kita mengenai kaedah menghadapinya juga perlulah berubah.

Perubahan yang terkandung dalam agenda bagi Pembangunan Mapan 2030 menekankan

pentingnya menyekat jenayah sebagai langkah memperbaiki hidup masyarakat.

Perkara paling utama ialah matlamat nombor 16 mengenai mewujudkan masyarakat aman damai dan

inklusif melalui usaha menamatkan impak buruk jenayah.

Sehubungan itu, kita perlu mencari jalan bekerjasama, pendekatan utama menghadapi permasalahan

dunia dan sejajar dengan pengiktirafan bahawa tiada satu pun negara dapat menyelesaikan jenayah

terancang merentas sempadan secara sendirian.

Pandangan lalu bahawa jenayah adalah satu isu nasional sudah bertukar kepada langkah

bekerjasama lebih rapat peringkat antarabangsa dan menggunakan instrumen perundangan

Page 4: Kaitan jenayah, konflik ancam keselamatanpublic.adk.gov.my/edrugsnews/upload/Kaitan jenayah konflik ancam... · aktiviti pemerdagangan manusia, penyeludupan migran dan jenayah lain

universal seperti Konvensyen PBB menghadapi Jenayah Terancang Merentas Sempadan dan

Konvensyen PBB menentang Rasuah.

Berikutan itu, kita mempunyai instrumen, kerjasama dan senjata menangani jenayah. Apa yang

mungkin tidak ada ialah kesediaan menyelesaikan persoalan ini - Bilakah jenayah wajar ditangani?

Masa terbaik untuk menangani jenayah rentas sempadan bukan selepas setahun, sebulan mahupun

sehari selepas keamanan dipersetujui.

Menangani jenayah, memperkuat penguatkuasaan undang-undang dan menegakkan keadilan tidak

boleh ditangguhkan. Semua itu perlu dicapai serentak. Jika tidak, masalah akan timbul kemudian.

Mungkin contoh terbaru menggunakan pendekatan bersama ialah di Colombia apabila persetujuan

damai dengan kumpulan FARC, termasuk merangka strategi menghadapi penanaman dan hasil

pokok coca.

Di Colombia, usaha untuk mewujudkan keamanan, membina keadilan dan menamatkan jenayah

dilakukan secara holistik. Oleh sebab itulah saya sarankan pendekatan ini di seluruh dunia.

Konflik perlu ditamatkan bagi menyekat berjuta-juta manusia menderita supaya kebaikannya dirasai

semua. Pun begitu, dalam usaha mencapai keamanan, jangan lupa gigitan dubuk juga berbisa.

Penulis ialah Pengarah Eksekutif, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai

Dadah dan Jenayah