kaedah pengeluaran batu dari kuari dan kegunaannya

13
Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya Kamarudzaman Abdullah ABSTRAK Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai kaedah pengeluaran batu dari permukaan kuari sehingga batu yang telah diproses dapat digunakan. Biasanya pengguna akan memesan jenis batu serta saiz batu yang hendak digunakan dari kedai yang menjual peralatan pembinaan. Jika pengguna ingin membaiki jalan menghala ke rumahnya maka batu jenis 'crusher run' yang akan dipesan dan jika untuk menjalankan kerja-kerja konkrit atau membaiki rumah, batu jenis 'aggregate' % inci pula yang perlu diperolehi. Penggunaan batu dari kuari bukan setakat untuk membina jalan raya dan mendirikan bangunan sahaja malah penggunaannya adalah lebih meluas. Tanpa disedari, sebenarnya sumbangan aktiviti ini kepada pembangunan negara adalah besar. Pendahuluan Penggunaan batu bermula sejak kewujudan manusia itu sendiri. Kita pemah membaca sejarah mengenai era zaman batu di mana manusia menggunakan batu sebagai alat untuk memenuhi tuntutan mereka seharian. Makam raja-raja Firaun di Mesir, Tembok Besar Negeri Cina, pembinaan Angkor Wat di Kemboja dan banyak lagi sejarah tamadun kemajuan manusia dari seluruh alam ini adalah sebahagian dari contoh-contoh yang dapat dikaitkan dengan penggunaan batu. Batu Bersurat yang dijumpai di Terengganu dan pembinaan Kota Melaka adalah sebahagian daripada tanda-tanda sejarah penggunaan batu di negara kita. 91

Upload: others

Post on 30-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeluaran Batudari Kuari dan Kegunaannya

Kamarudzaman Abdullah

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi maklumatmengenai kaedah pengeluaran batu dari permukaan kuarisehingga batu yang telah diproses dapat digunakan.Biasanya pengguna akan memesan jenis batu serta saizbatu yang hendak digunakan dari kedai yang menjualperalatan pembinaan. Jika pengguna ingin membaikijalan menghala ke rumahnya maka batu jenis 'crusherrun' yang akan dipesan dan jika untuk menjalankankerja-kerja konkrit atau membaiki rumah, batu jenis'aggregate' % inci pula yang perlu diperolehi.Penggunaan batu dari kuari bukan setakat untukmembina jalan raya dan mendirikan bangunan sahajamalah penggunaannya adalah lebih meluas. Tanpadisedari, sebenarnya sumbangan aktiviti ini kepadapembangunan negara adalah besar.

PendahuluanPenggunaan batu bermula sejak kewujudan manusia itusendiri. Kita pemah membaca sejarah mengenai erazaman batu di mana manusia menggunakan batu sebagaialat untuk memenuhi tuntutan k~dupan merekaseharian. Makam raja-raja Firaun di Mesir, Tembok BesarNegeri Cina, pembinaan Angkor Wat di Kemboja danbanyak lagi sejarah tamadun kemajuan manusia dariseluruh alam ini adalah sebahagian dari contoh-contohyang dapat dikaitkan dengan penggunaan batu. BatuBersurat yang dijumpai di Terengganu dan pembinaanKota Melaka adalah sebahagian daripada tanda-tandasejarah penggunaan batu di negara kita.

91

Page 2: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kamarudzaman Abdullah

Dalam sejarah pembangunan negara, batu yangdihasilkan dari kuari adalah untuk pembinaan jalan rayadan juga untuk mendirikan bangunan. Aktiviti ini telahmula menampakkan perkembangan yang pesat sekitartahun 80-an dan 90-an. Pada akhir tahun 2003, terdapat322 buah kuari di Malaysia dengan 217 buah terletak diSemenanjung dan 105 buah lagi terletak di Sabah danSarawak.

Jaduall: Kedudukan Kuari di Malaysia

Negeri JumJah Granit Batu Kuartzit Lain-Kapur lain

Perlis 6 5 I

Kedah 12 4 4 3 1

Pulau Pinang 16 16

Perak 65 15 50

Selangor & WfP 26 23 3

Negeri Sembilan 23 18 I 4

Melaka 6 4 2

Johor 33 33

Kelantan II 10 I

Trengganu 9 4 5

Pahang 10 8 2

Sarawak 33 4 9 20

Sabah 72 5 67

JUMLAH 322 144 74 7 97PERATUS (%) 100% 4.7% 23.0% 2.2% 30.1%

Sumber: 'Mining and Quarrying Directory 2003/4' yang di keluarkanoleh 'Malaysia Quarries Association, Institute of Quarrying Malaysia& Malaysian Chamber of Mine'.

Bahan batu boleh diperolehi melalui pemprosesanbahan seperti granit, batu kapur, kuartzit, dan sebagainya.Jadual 1 di atas menunjukkan 44.7% kuari di Malaysiamengeluarkan bahan batu berasaskan granit. Batu granitadalah keras dan mempunyai ketahanan untuk

92

Page 3: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeillaran Balli dari Kllari dan Penggunaannya

menghadapi hujan dan panas berbanding dengan batukapur yang tidak mempunyai sifat yang sedemikian. Olehkerana sifat ketahanannya yang tinggi maka pengusaha­pengusaha kuari cuba sedaya upaya untuk mendapatkankawasan kuari yang mempunyai bahan granit. Perusahaanini memerlukan pelaburan yang agak besar. Untukmembuka sebuah kuari yang sederhana besarnya, iamemerlukan pelaburan mencecah RM5 juta.

Secara kasar sesebuah kuari yang sederhana besarmemerlukan sejumlah lebih kurang 50 orang pekerja tetapdan 20 orang pekerja sambilan. Pekerja sambiIanbennaksud pekerja yang dibayar secara kontrak sepertipeletup batu, pemandu lori yang menghantar batu kepadapelanggan atau pun pengguna. Dengan adanya 322 buahkuari di seluruh Malaysia dan diandaikan sebuah kuaridapat menyediakan pekerjaan kepada 70 orang, inibennakna terdapat seramai 22,540 orang yang terlibatdalam sektor ini. Jika seseorang pekerja mempunyai 5orang tanggungan maka sektor ini memberi penghidupansecara langsung kepada seramai 112,700 orang. Sesebuahkuari yang sederhana besar mampu memproses· batudalam lingkungan 360,000 metrik tan setahun. luibennakna sebanyak 115.92 juta metrik tan batudikeluarkan dalam tempoh setahun. Jika purata harga batudari berbagai saiz yang dijual di pasaran ada1ahdianggarkan RM13 semetrik tan, nilainya adalahsebanyak RMl,506.96 juta. Berdasarkan angka-angkayang diberikan tadi dapatlah kita mengetahui betapabesarnya sumbangan kegiatan ini kepada ekonomi danpembangunan negara.

Kegiatan kuari di Malaysia diusahakan secarabersepadu oleh syarikat-syarikat besar saperti syarikatmilik Kumpulan Sungei Way yang telah lamaberkecimpung dalam bidang ini. Penglibatan kaumBumiputera dalam bidang ini adalah melalui syarikat­syarikat yang mempunyai kepentingan oleh KerajaanNegeri atau Persekutuan. Hanya segelintir individuBumiputera terutamanya orang Melayu yang melibatkandiri dalam aktiviti ini. Adakah mereka masih belum sedar

93

Page 4: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kamarudzaman Abdullah

tentang pulangan yang sangat lumayan dalam aktiviti ini,atau masih beranggapan kolot bahawa bekerja di sektorini adalah terdedah kepada kotor, penuh habuk, kelasbawahan dan tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan?Oleh itu tidak hairanlah, dalam budaya orang Melayu,batu dikaitkan dengan konotasi negatif yang terdapatdalam simpulan bahasa, peribahasa, dan cerita saperti'Kepala Batu', 'Batu Api', 'Batu Loncatan', dan 'ZamanBatu'. 'Untung Sabut timbul, Untung Batu Tenggelam','Lempar Batu Sembunyikan Tangan', dan 'Batu BelahBatu Bertangkup' .

Pemilihan Tapak KuariPemilihan tapak kuari yang sesuai memainkan perananyang penting dalam menentukan kejayaan perusahaan ini.Bukit berbatu yang kecil dan tidak terlalu cerun adalahsesuai untuk dijadikan tapak kuari. Kedudukannyamestilah paling hampir dengan kawasan pembangunanyang sedang dimajukan. Pelanggan dan pengguna akanmengambilkira bukan sahaja harga batu yang akanditawarkan tetapi kos pengangkutan yang akan dikenakandari kuari ke tapak projek pembinaan masing-masing.Selain daripada itu jenis batu juga memainkan perananyang penting dalam pemilihan tapak kuari. Yang terbaiksekali adalah jenis batu yang dinamakan granit atas sebabyang telah dimaklumkan di atas.

Pengusaha tidak dapat lari daripada berurusandengan jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain pihakberkuasa sebelum sesebuah kuari dapat beroperasisepenuhnya. Antara jabatan kerajaan tersebut ialah sepertiPejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah & Galian Negeri,Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, JabatanMineral & Geosains Malaysia, Jabatan Timbang danSukat dan Jabatan Kerja Raya. Selain daripada jabatan­jabatan yang disebutkan di atas, pengusaha juga perluberurusan dari masa ke semasa dengan Pihak BerkuasaTempatan (Majlis Perbandaran), Jabatan PengangkutanJalan dan juga Jabatan Perangkaan. Pengusaha juga perlu

94

Page 5: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Penggunaannya

menyediakan tempat yang sesuai bagi mendirikan StorBahan Letupan yang memerlukan kawalan keselamatan24 jam. Pengeluaran batu tidak akan dapat diusahakantanpa penggunaan bahan letupan.

Kadangkala kawasan kuari yang dipilih terdapatbahan batu yang banyak dan sesuai tetapi diselaputi olehtanah 'overburden' yang tebal sebelum bahan batu bolehditerokai. Keadaan seperti ini sangat tidak dikehendakidan tentunya melibatkan kos yang tinggi untuk kerja-kerjapembuangan selaput tanah. Kos yang tinggi terpaksaditanggung secara berterusan oleh pihak pengusaha.Pengusaha hendaklah berhati-hati dan memastikankelulusan dari jabatan-jabatan yang disebutkan tadidiperolehi terlebih dahulu sebelum memulakanperusahaan ini. Kewujudan pengusaha lain atau pesaing dikawasan yang dicadang untuk diusahakan sertakemampuan mereka perlu juga diambil kira.

Kaedah Pengeluaran BatuDi dalam kawasan kauri, proses pengeluaran batumelibatkan dua tempat yang berasingan. Tempat pertamadinamakan sebagai Permukaan Kuari. Di sini, kerja­kerja penyediaan kawasan bagi mengorek lubang danmeletup batu dilakukan bagi menyediakan bahan batuuntuk diproses ke peringkat kedua.

Fotograf 1: Pemukaan Kuari

95

Page 6: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Tempat kedua merupakan Kawasan MesinMemproses Batu. Di sini terdapat mesin-mesinpemamah batu yang akan memproses batu kepada saiz­saiz yang dikehendaki.

Fotograf2: Kawasan Mesin Memproses Batu

Kaedah pengeluaran batu bolehlah disamakandengan proses memakan makanan yang dilakukan olehmanusia. Pertama makanan perlu disediakan terlebihdahulu. Di sini bahan batu perlu disediakan di pemukaankuari dengan cara mengorek lubang-lubang ke dalambatu-batan dan mengisi bahan letupan ke dalamnya.Letupan akan dilakukan oleh mereka yang mempunyaikelulusan dan pengalaman dalam bidang letupan. Letupanbiasanya dilakukan antara satu atau dua kali seminggupada waktu tengah han dan dalam keadaan cuaca yangbaik. Biasanya bagi setiap letupan yang dilakukan dengansempurna pengusaha akan memperolehi batu besar yangsaiznya tidak menentu dalam lingkungan 7,000 ke 10,000metrik tan. Mesin-mesin yang diperlukan untuk kerja

96

Page 7: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Penggunaannya

letupan bagi mendapat bahan batu ialah Mesin Pengorek'Crawler Drill', Pemecah Batu 'Boulder Breaker', MesinPemuat 'Shovel/Excavator' dan beberapa lori pengangkutbatu dari pemukaan kuari ke tempat kedua atau tempatmemproses batu. Jauh antara Pemukaan Kuari (tempatpertama) dengan Kawasan Mesin Memprosas Batu(tempat kedua) biasanya adalah antara Y2 hingga 1kilometer. Kawasan Mesin Memproses Batu hendaklahtidak terlalu jauh tetapi selamat dari batu yangberterbangan akibat letupan yang dilakukan di permukaankuari. Batu-batu yang berterbangan semasa letupan adalahsangat merbahaya dan boleh membawa maut. Jika terlalujauh, kos pengangkutan yang tinggi terpaksa ditanggungoleh pengusaha.

Batu yang diangkut dari pemukaan kuari ke mesinpemamah batu hendaklah tidak melebihi ukuran rahangmesin Pemamah Utama 'Primary Crusher'. Kebanyakanmesin pemamah batu di Malaysia mempunyai rahangberukuran 36" x 48". Terdapat juga yang menggunakansaiz 24" x 36". Penggunaannya agak berkurangan buatmasa ini kerana ianya tidak begitu ekonomi. Untukpenerangan selanjutnya pemamah batu berukuran 36" x48" akan digunakan dalam kaedah memproses batu. Jikaterdapat batu yang telah diletupkan di permukaan kuaridan melebihi ukuran 36" x 48", maka ianya perludipecahkan terlebih dahulu dengan menggunakan mesinpemecah batu secara hempapan. Walau bagaimanapun,dalam keadaan tertentu terdapat juga permintaan batuberukuran sebesar 2 kaki hingga 3 kaki. Saiz ini terpaksadipungut dengan menggunakan jengkaut 'excavator'.Biasanya batu bersaiz ini digunakan untuk tujuanpenambakan laut bagi mengelak hakisan atau menguatkantebing-tebing sungai atau empangan.

Apabila batu dari Permukaan Kuari yang diangkutsampai ke tempat kedua iaitu ke Kawasan MesinMemproses Batu, ianya dituang ke dalam kolahmenunggu 'dump hopper' sebelum dimasukkan perlahan­lahan ke rahang pemamah utama 'Primary Crusher/Jaw­Crusher' . Jika diibaratkan makanan, ianya boleh

97

Page 8: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kamarudzaman Abdullah

dikatakan telah dimasukkan ke dalam mulut dan gigi akanmengunyah-gunyah sebelum ditelan dan diprosesseterusnya. Setelah mesin pemamah utama memamahbatu yang masuk ke dalam rahangnya, kesemua batutersebut akan dimamah dan hasilnya ialah batu yang besartadi akan mempunyai ukuran kurang dari 10 inci. lniadalah disebabkan rahang pemamah telah dibuka bagimengeluarkan batu-batu yang bersaiz sedemikian.Kesemua batu tam akan melalui tapisan di mana batuberukuran 6" x 9" akan pergi ke satu sudut dan yang kecildaripada itu akan jatuh ke paras bawah sekali dan melaluisaluran penghantar 'conveyor belt' untuk dihimpunkan kedalam satu terowong besar. Terowong besar ini bolehlahdiibaratkan sebagai tempat himpunan 'stock-pile' bagimenunggu proses selanjutnya. Sebagai contoh, makananyang diproses akan berkumpul di dalam perut.

Dari terowong besar melalui proses gegaran, batutadi akan jatuh ke saluran penghantar dan seterusnyamenuju ke Mesin Pemamah batu kedua 'SecondaryCrusher/Gyratory Crusher'. Sebelum dimasukkan kedalam mesin pemamah batu kedua, kesemua batu akanmelalui proses ayakan dengan menggunakan skrin vibrasi.Batu yang berukuran kurang daripada 2W' tidak akanmemasuki ke dalam mesin pemamah batu keduasebaliknya akan terus turun ke bawah dan seterusnyamelalui saluran penghantar di mana ianya akan terkumpuldi satu sudut. Produk ini dinamakan 'crusher run'. Batuyang berukuran melebih 2Y2" akan masuk ke dalam mesinpemamah batu kedua. Kesemua hasil dari pemamah batukedua akan melalui skrin gegaran dan batu yangmempunyai ukuran melebihi %" akan menuju ke mesinpemamah batu ketiga 'Tertiary Crusher/Cone Crusher'untuk pemprosesan selanjutnya. Batu yang berukurankurang daripada %" akan melalui proses ayakan danpengumpulan dan diklasifikasikan kepada 3 jenis produksiap iaitu Batu %" 'Aggregate % inch', Batu 3/8"'chipping' dan kurang dari itu dikumpul sebagai habukbatu 'dust'. Batu yang ukurannya melebihi %" akandihantar ke mesin pemamah batu ketiga dan akan melalui

98

Page 9: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Penggunaannya

proses ayakan, klasifikasi dan pengumpulan sebagaimanayang berlaku di mesin pemamah batu kedua tadi. Saluranpenghantar ini akan menghimpunkan produk akhir yangtelah diproses di mesin pemamah batu ketiga denganproduk akhir yang telah diproses di mesin pemamah batukedua mengikut saiz-saiz yang tertentu. Ini bertujuanuntuk menjimatkan tempat simpanan batu danmemudahkan kerja-kerja penjualan nanti. Mesinpemamah batu kedua dan ketiga yang telah diterangkantadi, bolehlah diibaratkan sebagai usus kecil dan ususbesar dalam pemprosesan makanan bagi manusia. Denganyang demikian, tersedialah pelbagai jenis produk batuyang telah diproses oleh mesin-mesin pemamah batu.

Penggunaan BatuSetelah produk batu disiapkan, pelanggan bolehlahmembuat pesanan batu. Mereka boleh menggunakanpengangkutan yang disediakan oleh pengusaha kuari ataupun menggunakan pengangkutan sendiri. Jika jumlahpenggunaannya agak besar, pelanggan akan menggunakanpengangkutan sendiri. Jni bertujulllf untuk menjimatkankos pengangkutan. Terdapat juga pengusaha kuari yangmemasang Mesin dan Peralatan untuk menyediakanpengeluaran konkrit terus pakai 'Concrete-mixed', namunbegitu ianya bergantung kepada permintaandankemampuan pengusaha kuari itu sendiri. Terdapatsebilangan kuari yang mendirikan kilang 'premix' atau'asphalt' bagi menyediakan batu untuk penurapan jalan.Kedua-dua aktiviti hiliran ini merupakan aktiviti nilaitambah. Oleh kerana kos bata yang diperbuat daripadatanah liat kian meningkat, terdapat juga kuari yangmenjalankan perusahaan menyediakan bata yangdiperbuat daripada habuk ;.batu dan simen. Aktiviti iriimemerlukan habuk batuYang sangat besar. Kegiatanbersepadu seperti ini adalah usaha yang paling baik jikaterdapat permintaan. Selain daripada itu terdapat jugapengusaha kuari yang menjalankan aktiviti dalam

99

Page 10: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

pcngcluaran batu pelbagai dimcnsi scpcrti jubin lantai,dinding dan scbagainya. Pcrusal1aan sapcrli ini banyaktcrdapat di negcri Pcrak Darul Rid/uan. Bangunall­bangunan utama kcrajaan dan syarikat bcsar sepcrti bank,hotel biasanya menggunakan produk-produk ini. Tcrcla­pat juga pcngusaha yang menjalankan perusahaan kccilbcrasaskan batu scpcrti pcngeluaran Icsung batu, kisarbatu dan ukiran patung batl! berbcntuk rupa haiwall danmanus),!.

Fo!ograC 3: Balu Pclbagai Dimcnsi

100

Page 11: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Penggunaallllya

Jadual2: Jenis Batu dan Kegunaannya

JENISBATU KEGUNAAN

Saiz 2' - 3' Menambak pantai, sungai, tali air dansebagainya bagi mengelakkan hakisan.

Saiz 6" x 9" Diigunakan sebagai 'sub-base material'bagi menahan hentakan yang beratseperti di lapangan terbang, Jugadigunakan dalam penyediaan pengha-dang hakisan 'rubble-wall'.

'Crusher Run' Digunakan sebagai 'sub-base material'dalam pembinaaan jalan. Produk inibiasanya menjadi produk yang palinglaris sekali kerana kuantiti yang diper-lukan adalah besar.

Saiz %" Digunakan dalam kerja-kerja konkrit.

Saiz 3/8" Sebagai bahan utama untuk penge-luaran 'premix'.

HabukBatu Salah satu bahan penting untuk penge-luaran 'premix'.Juga digunakan untuk pengeluaranbata konkrit.Dicampur dengan

,crusher run' bagi

tujuan pemantapan .

Dari segi mutu produk yang dihasilkan, pihak pengu­rusan kuari mestilah memastikan pengeluaran batu me­menuhi spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihakberkuasa. Ujian batu dijalankan terlebih dahulu oleh Ja­batan Kerja Raya (JKR) sebelum mereka menerima batuyang akan digunakan untuk sesebuah projek di bawahpengawasannya. Ujian tersebut dilakukan di makma1 Ja­batan Kerja Raya atau dilakukan oleh jurutera perundingswasta yang bertauliah.

101

Page 12: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kamarudzaman Abdullah

PenutupWalaupun pada umumnya masyarakat memandang sektorpengkuarian sebagai sektor yang kurang diminati disebab­kan persekitarannya yang dianggap sebagai tidak baik,namun lambat laun pandangan ini akan berubah. Melaluipenggunaan teknologi yang canggih serta mesin-mesinyang moden, pemandangan pekerja memegang tukul batudan persekitaran yang berhabuk adalah sesuatu yang akanmenjadi sejarah silam di dalam sektor ini. Teknologi se­masa memerlukan mereka duduk di dalam bilik-bilik ber­hawa dingin memerhatikan skrin komputer tanpa terdedahkepada hujan dan panas. PekeIja di sektor ini tidak lagimemerlukan mereka yang bertubuh sasa atau diandaikansebagai mereka yang kurang berpendidikan tinggi, sebali­knya kini mereka adalah terdiri dari kalangan yang mem­punyai kemahiran profesional. Mereka memperolehi pen­dapatan yang sangat baik jika dibandingkan dengan sek­tor-sektor lain. Tapak-tapak kuari dan lombong yang telahdiusahakan tidak lagi ditinggalkan begitu sahaja, malahboleh ditukarkan menjadi taman tema yang indah danmenarik. Sunway Lagoon adalah salah satu taman temayang wujud di Malaysia melalui kaedah yang disebutkantadi. Di luar negara, taman 'Bamboo Quarry Nature Park'di Kenya merupakan salah satu lagi contoh bekas tapakkuari yang ditukar menjadi sebuah taman yang indah danmenerima ramai pengunjung dari seluruh donia.

PengbargaanKertas kerja ini dapat dihasilkan dengan bantuan danmaklumat yang diberikan oleh Kerisek Industires Sdn.Bhd., iaitu sebuah kuari yang terletak berhampiran den­gan bandar Muadzam Shah, Pahang Daml Makmur. Pe­nulis ingin merakarnkan penghargaan dan terima kasihkepada pegawai dan kakitangannya yang sudi menerimakunjungan penulis dalam beberapa siri lawatan ke kuaritersebut pada awal tahun 2004. Akllir kata pengalamankerja penulis selama 9 tabun dalam sektor pengkuarian

102

Page 13: Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Kegunaannya

Kaedah Pengeluaran Batu dari Kuari dan Penggunaannya

sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan penulisanIllI.

Rujukan______• Mining & Quarrying Directory 2003/04.

Joint Publishers: Malaysia Quarries Association, Insti­tute of Quarrying Malaysia & Malaysian Chamber ofMines.

Haller, R. & Baer, S. (1995). From Wasteland to Para­dise. Publisher: Hans H. Koschany.

KAMARUDZAMAN ABDULLAH, Fakulti PengurusanPerniagaan, Universiti Teknologi MARA [email protected]

103