hutan paya bakau (fauna dan kegunaannya

32
LATAR BELAKANG HUTAN PAYA LAUT MATANG (HPLM) HPLM merupakan hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia. Keluasan kawasan hutan ini ialah 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen. Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Pada awalnya kegunaan sumber kayu kayu dari hutan paya laut ini adalah untuk untuk kayu api, sebagai bahan mentah dalam pengeluaran arang dan pengeluaran kayu jaras. Dengan meningkatnya keperihatinan dan kepentingan alam sekitar, pengurusan HPLM telah memberi penekanan dalam rancangan kerja dalam beberapa dekad yang lepas. Ini termasuklah penekanan ke atas pemuliharaan dan perlindungan sumber-sumber dan alam sekitar untuk menjamin pengekalan habitat hidupan liar, pengeluaran perikanan, rekreasi, pelancongan eko, pendidikan, penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian hayat. Dalam Rancangan Kerja sepuluh tahun yang mula diamalkan sejak tahun 1930, maklumat penting mengenai stok dirian serta potensi hasil perlu diketahui dengan tepat beserta lokasinya. Berdasarkan kepada maklumat ini, zon pengurusan akan ditentukan iaitu zon produktif, zon pengeluaran terhad, zon perlindungan dan zon tak produktif. Pengkelasan kepada zon ini

Upload: noralia-roslan

Post on 01-Jul-2015

3.816 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

LATAR BELAKANG HUTAN PAYA LAUT MATANG (HPLM)

HPLM merupakan hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia. Keluasan kawasan

hutan ini ialah 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung.

Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di

bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang

diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.

Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila

rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Pada awalnya

kegunaan sumber kayu kayu dari hutan paya laut ini adalah untuk untuk kayu api, sebagai

bahan mentah dalam pengeluaran arang dan pengeluaran kayu jaras. Dengan meningkatnya

keperihatinan dan kepentingan alam sekitar, pengurusan HPLM telah memberi penekanan

dalam rancangan kerja dalam beberapa dekad yang lepas. Ini termasuklah penekanan ke atas

pemuliharaan dan perlindungan sumber-sumber dan alam sekitar untuk menjamin pengekalan

habitat hidupan liar, pengeluaran perikanan, rekreasi, pelancongan eko, pendidikan,

penyelidikan dan pemuliharaan kepelbagaian hayat. Dalam Rancangan Kerja sepuluh tahun

yang mula diamalkan sejak tahun 1930, maklumat penting mengenai stok dirian serta potensi

hasil perlu diketahui dengan tepat beserta lokasinya.

Berdasarkan kepada maklumat ini, zon pengurusan akan ditentukan iaitu zon

produktif, zon pengeluaran terhad, zon perlindungan dan zon tak produktif. Pengkelasan

kepada zon ini adalah berdasarkan kepada kriteria seperti keadaan stoking dan dirian hutan,

tanah dan kepentingan sumber hutan lain. Hutan seterusnya akan dikhaskan kepada fungsi

yang khusus selaras dengan prinsip pengurusan kepelbagaian gunapakai hutan. Pada dasarnya

kelas fungsi hutan ialah dikhaskan untuk pengeluaran kayu, virgin jungle reserve (VJR),

hutan usia tua, hutan penyelidikan, hutan pelancongan eko, hutan simpanan penampan

arkeologi dan hutan pengeluaran biji benih.

Sehubungan dengan itu, peranan HPLM adalah amat penting dalam membekalkan

bahan mentah (greenwood) dalam pengeluaran arang secara berterusan. Kawasan

pengeluaran kayu adalah diuruskan berasaskan prinsip pengurusan hutan berkekalan

(sustained yield management) dengan tempoh pusingan tebangan selama 40 tahun. Bagi

menjamin bekalan yang berterusan pada masa akan datang, kriteria utama yang digunakan

ialah potensi sumber kayu bakau yang ada dan berpotensi untuk pengeluaran arang. Kawalan

yang dilaksanakan ialah menerusi kawalan kawasan (area control) dan isipadu (volume

Page 2: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

control). Oleh sebab itulah kajian inventori hutan bagi menentukan dirian stok amat penting

dilaksanakan. Buat masa ini, sumbangan hasil dari usahasil kayu bakau termasuk pengeluaran

kayu jaras dan pengeluaran arang berjumlah lebih kurang RM30 setahun dengan memberikan

pekerjaan langsung kepada seramai lebih kurang 1,260 orang.

Terdapat seramai 71 kontraktor yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran kayu

jaras dan 86 kontraktor yang mengusahakan sebanyak 348 dapur arang.

Sumbangan terbesar HPLM adalah kepada industri perikanan di mana hasil tangkapan

perikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasil

tangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Ini

menunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasil

tangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masa

akan datang.

Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidup

kepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secara

tidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan. Ekosistem HPLM merupakan

habitat penting kepada kehidupan laut dan kemusnahan serta pengurusan secara tidak lestari

boleh memberi kesan negatif kepada sumber pendapatan penduduk dalam jangka panjang.

Di peringkat global, beberapa cadangan telah banyak dikemukakan oleh banyak agensi hasil

beberapa kajian yang melibatkan komuniti hutan paya laut di seluruh dunia untuk mengguna

dan mengurus sumber bakau, persisiran dan perikanan secara optimum dan berkesan.

Page 3: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

JENIS HAIWAN YANG HIDUP DI PAYA BAKAU

Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan, terletak kira-kira 50 kilometer antara

Taiping dan Kuala Kurau. Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang

meliputi kawasan beting berlumpur (mud flat) dan hutan paya bakau. Kawasan yang

berkeluasan 40,000 hektar ini turut mengandungi tiga buah pulau hutan bakau kecil termasuk

Pulau Kelumpang yang dikelilingi oleh beting berlumpur yang subur dengan pokok api-api

(Avicennia spp).

Pulau ini penting sebagai tempat rehat burung-burung air dan tempat bertelur burung

residen. Di sebelah utara, pulau itu dipenuhi pokok bakau (rhizophura spp) dan rumpai paku

pakis bakau (acrostichum spp). Kawasan beting berlumpur Santuari Burung Kuala Gula

terbentang dari Tanjung Belanak ke Tanjung Burung, pedalaman Teluk Rubiah, sebahagian

Sungai Kurau dan Sungai Burung juga penting kepada burung-burung air mencari makan,

bersarang dan berehat. Di Kuala Gula terdapat dua kategori burung, iaitu residen dan hijrah

(migratory birds). Kedua-dua jenis burung itu menjadi tarikan utama peminat burung ke

Kuala Gula ini. Kerana burung-burung tersebut Kuala Gula muncul di atas peta dunia,

khususnya di kalangan pencinta dan penyelidik burung, sebagai salah satu tempat

persinggahan burung-burung iklim sejuk yang paling popular.

Secara amnya, terdapat 48 spesies burung hijrah yang singgah di Santuari Burung

Kuala Gula dua kali setiap tahun, iaitu antara bulan September hingga Mac. Burung-burung

tersebut berasal dari negara Hemisfera Utara, termasuk Rusia, Kazakhstan, Mongolia, China,

Jepun dan Siberia singgah dalam perjalanan ke Australia antara September hingga Disember

bagi mengelakkan musim sejuk di negara berkenaan. Manakala, laluan persinggahan mereka

kali kedua di pusat itu ialah dari bulan Januari hingga Mac iaitu ketika penerbangan untuk

kembali dari Australia ke negara asal berkenaan untuk sama-sama menikmati musim panas.

Pada musim itu, mereka akan mengawan, bertelur, menetaskan baka masing-masing

sehingga awal musim gugur yang mana mereka akan kembali terbang ke negara Hemisfera

Selatan dan singgah semula di pesisir pantai dari Haadyai ke Johor, termasuk Kuala Gula.

Begitulah kitaran hidup burung-burung hijrah tersebut yang akan berterusan selama-lamanya,

dengan syarat beting berlumpur di pantai persinggahan mereka, termasuk Kuala Gula, tidak

dicemari oleh kegiatan manusia.

Page 4: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Namun, yang menjadi tarikan sebenar kepada kawasan hutan paya bakau ini, terutama

di peringkat antarabangsa, ialah kehadiran 25 pasangan burung botak upeh (mycteria cinerea)

dan burung botak (leptoptilos javanicus). Mengikut sejarah, burung botak upeh boleh didapati

di Kampuchea, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa dan Sumatera, Indonesia. Ia

dianggap sebagai tidak common dan vulnerable mengikut Buku Data Merah IUCN/ICBP.

Anda akan dapat melihat burung-burung ini dalam kumpulan kecil, kadang-kadang sehingga

lima ekor, berterbangan di antara kumpulan burung bangau besar. Burung botak upeh senang

dibezakan daripada bangau yang berwarna putih itu kerana mereka lebih besar, sehingga satu

meter jika sedang mengepak, berkepala botak berwarna kuning dan berbulu hijau biru.

Sehubungan itu, bancian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(Perhilitan) mendapati terdapat 166 spesies burung termasuk 48 spesies burung hijrah yang

hadir di Kuala Gula. Selebihnya ialah burung residen. Di Kuala Gula, anda akan melihat

kumpulan burung bangau membentuk satu jaluran putih di pesisir pantai, manakala burung

kedidi termasuk kedidi kaki merah (trianga totanus) pula seolah-olah tompokan berwarna

kelabu coklat di beting berlumpur itu. Semasa air pasang, kadang-kadang dapat dilihat

sekumpulan burung air berterbangan ke tempat rehat mereka. Selain itu, spesies bangau

seperti bangau kecil, bangau besar dan bangau kerbau boleh disaksikan, termasuk bangau

China yang dianggap spesies paling jarang mengikut Buku Data Merah IUCN/ICBP. Dengan

menggunakan teropong, anda dapat melihat burung lang laut mengembangkan kepak di

puncak pokok bakau atau burung camar yang hinggap bertenggek di pancang-pancang kayu

di tengah laut, berterbangan apabila bot mendekatinya. Di kejauhan, anda akan melihat bot-

bot nelayan sayup-sayup kelihatan seperti tompokan hitam di tengah-tengah laut yang

dipayungi langit biru dan tompokan awan putih.

Lokasi ini juga merupakan lubuk ikan sembilang, belanak dan kerapu yang memang

banyak bersarang dan banyak haiwan lain lagi. Kawasan ini adalah syurga flora dan fauna

kerana hutan paya bakau itu kaya dengan mamalia seperti kera, lotong kelabu, memerang

bulu licin, tikus paya, ikan lumba-lumba hidung botol, kucing batu, musang, buaya tembaga,

ketam, pelbagai jenis cangkerang, kelip-kelip dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini beradaptasi

dengan persekitaran paya bakau untuk terus hidup. Sememangnya, hutan paya bakau adalah

hutan yang kaya dengan pelbagai jenis haiwan yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri

untuk hidup dipersekitaran yang masin dan berlumpur.

Page 5: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

PENYESUAIAN HAIWAN DI KAWASAN PAYA BAKAU

Di hutan bakau, terdapat tiga keadaan sekitaran yang penting iaitu air laut yang masin,

dataran berlumpur dan tumbuhan hijau pengaruh air pasang surut. Keadaan ini menjadikan

hutan bakau sebagai satu ekosistem yang diduduki oleh pelbagai jenis haiwan yang berbeza

daripada yang menghuni di hutan tanah pamah atau hutan bukit. Haiwan-haiwan di hutan

bakau merangkumi haiwan-haiwan yang tinggal di bawah tanah seperti cacing yang hidup di

permukaan berlumpur seperti ketam rebab dan ikan belacak serta juga yang hidup di pokok

seperti monyet dan yang terbang seperti serangga, burung dan kelawar dan yang hidup di

dalam air seperti pelbagai jenis ikan marin. Berikut ialah haiwan-haiwan menarik yang ting-

gal di hutan bakau dan sekitarnya :

i. Ikan Belacak

Ikan Belacak sering dilihat di kawasan dataran berlumpur. Semasa air pasang, ia akan berehat

di atas akar pokok bakau dan batu yang berdekatan dengan sarangnya. Semasa air surut, ia

akan aktif mencari makanan di dataran berlumpur atau menjaga di pintu sarangnya. Ikan

Belacak bernafas dengan insang. Akan tetapi, ia tidak boleh tinggal di dalam air untuk se-

lama-selamanya. Ikan belacak dapat bernafas di dalam udara melalui kulitnya. Mata Ikan

Belacak bulat dan menonjol, ini membolehkannya melihat kawasan seluas 360° di atas darat.

Ikan Belacak juga mempunyai sirip seperti tangan yang membolehkannya bergerak di atas

tanah lumpur dan memanjat ke atas akar pokok bakau. Ikan ini boleh bergerak di permukaan

tanah/darat. Ia menyimpan sedikit air didalam lehernya untuk membolehkan ia mendapat ok-

sigen. Selepas beberapa minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan selalu

berlaga antara satu sama lain.

Page 6: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

ii. Lotong Kelabu

Lotong Kelabu sering dilihat di kawasan hutan bakau. Makanan utama Lotong Kelabu ialah

daun muda, bunga dan buah-buahan. Anak Lotong Kelabu yang baru dilahir adalah berwarna

kuning keemasan. Warna ini memberi isyarat kepada ahli-ahli kumpulan yang lain untuk

memberi penjagaan rapi kepadanya. Apabila berusia kira-kira empat bulan, warna kuning lo-

tong muda akan beransur-ansur bertukar menjadi kelabu kehitaman. Lontong berwarna ke-

labu tetapi hujung bulu kelihatan seperti perak pudar. Ianya mempunyai sepucuk bulu pan-

jang pada kepalanya. Mamalia primat ini hidup di atas pokok-pokok secara berkelompok

dengan 12 - 50 ekor sekumpulan.

iii. Memerang Licin

Memerang Licin suka makan ikan. Selain itu, ia juga makan haiwan yang mudah ditangkap

seperti krustasia (ketam, udang), katak, tikus, kura-kura dan lain-lain. Gigi molarnya yang

kuat membolehkannya menghancurkan cengkerang haiwan krustasia dan invertebrata.

Memerang Licin pandai berenang dan menyelam. Liang hidung dan telinganya ditutup se-

waktu berada di dalam air. Mereka mempunyai cara komunikasi yang rumit. Biasanya

mereka berkomunikasi secara menghidu dan memanggil. Mereka menggunakan tahi dan air

buangan untuk menanda kawasan kewilayahan mereka. Memerang Licin suka bermain

walaupun sudah dewasa.

Page 7: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

iv. Biawak Air

Biawak air adalah salah satu jenis biawak yang bersaiz besar di dunia. Ia adalah haiwan

berdarah sejuk. Ia memakan apa-apa sahaja yang dapat ditelan, termasuk serangga, haiwan

invertebrata, ular, telur, ikan dan lain-lain. Ia juga makan burung, tikus dan spesies biawak

lain. Ia lebih suka makan bangkai haiwan dan sampah-sarap. Biawak air menangkap makanan

dengan mengejar dan memburu mangsanya. Ia tidak melakukan serangan hendap. Ia mem-

punyai lidah berbelah dua seperti ular dan dapat menghidu bau mangsa dan bau-bau lain den-

gan menjulur lidahnya. Biawak air aktif dan pandai berenang. Ia berenang dengan mengger-

akkan ekornya. Ia sering berenang sehingga ke laut. Ia dapat menyelam selama setengah jam.

Biawak air biasanya bersembunyi di dalam lubang di kawasan pinggir air.

v. Belangkas

Belangkas mempunyai kerangka luar yang berbentuk bujur. Ia mempunyai ekor yang pan-

jang. Habitat kegemaran belangkas ialah kuala sungai dan dataran berlumpur hutan bakau.

Belangkas adalah seekor haiwan omnivor. Ia seolah-olah penghisap vakum yang bergerak di

atas dataran berlumpur untuk mencari bangkai haiwan, ikan, kerang dan lain-lain. Ia juga

Page 8: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

makan sisa-sisa organik dan alga. Ekor belangkas yang panjang dan tajam itu sebenarnya

tidak beracun, di luar jangkaan umum. Apabila badan belangkas terbalik secara tidak sengaja,

ia mencucuk ekornya ke dalam pasir untuk membantunya kembali kepada kedudukan biasa.

Darah belangkas berwarna biru. Darah belangkas mengandungi sesuatu bahan yang dapat

bertindakbalas dengan sejenis bakteria yang merbahaya kepada manusia. Dengan itu, ia digu-

nakan oleh manusia untuk menguji kehadiran bakteria dalam bidang perubatan.

vi. Buaya tembaga

Buaya Tembaga biasanya mendiami kawasan muara sungai, pantai yang tersorok serta

kawasan paya. Makanannya terdiri daripada haiwan-haiwan lain termasuklah ikan, burung

dan pelbagai mamalia. Kisah buaya yang terperangkap dalam pukat nelayan ini pernah terjadi

pada 20 Jun 2009. Seterusnya, ia berlaku lagi 1 April 2010 di perairan Kuala Sepetang yang

mana seekor buaya terperangkap dalam pukat ketika sedang menangkap udang dikawasan

perairan tersebut , kira-kira 5 batu nautika dari Kuala Sepetang. Dikatakan, panjang buaya

tersebut kira-kira 3.3 meter dan lebarnya 68 sentimeter manakala beratnya adalah 100kilo-

gram. Penyesuaian buaya tembaga ini dengan keadaan paya bakau adalah berwarna kuning,

panjang dan bermulut tirus.

vii. Ketam

Page 9: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Masa yang paling sesuai untuk melihat krustacea ialah ketika air surut. Ketam ini akan keluar

dari ekosistemnya di dalam tanah pada masa ini. Krustasia menjadikan Lumpur, detritus dan

bahan-bahan pokok sebagai makanannya. Ia menggali terowong di dalam Lumpur yang juga

melonggarkan dan mengudarakan tanah. Kelakuan ini amatlah penting bagi kesihatan hutan

paya bakau.

a) Ketam Rebab (Uca Sp.) : Kecil dan berwarna warni. Ketam jantan mempunyai salah satu

penyepitnya besar dan digunakan untuk melindungi kawasannya dan juga untuk menatik per-

hatian ketam betina yang mempunyai saiz pengepit yang biasa. Apabila air pasang, ketam ini

memasuki terowongnya dan menutup terowong ini dengan pintu kolong sehingga air surut.

Setiap jenis ketam rebab mempunyai raut warna yang berlainan. Ketam rebab mempunyai

warna yang menarik dan suka tinggal di dataran berlumpur yang lapang. Oleh itu, banyak je-

nis ketam rebab boleh didapati di pinggir laut, kuala sungai dan pinggir sungai yang ditum-

buhi pokok bakau kerana di sini terdapat dataran berlumpur. Ketam rebab mencari makanan

dengan menggunakan penyepit kecilnya. Ia mengikis tanah lumpur dengan penyepit kecil un-

tuk mendapatkan sisa makanan, alga, bakteria dan mikroorganisma lain. Jika ketam rebab

jantan. Kehilangan penyepit kecilnya ia akan menggunakan penyepit besar untuk mencari

makanan. Selepas beberapa minggu dan bulan, penyepit kecil akan tumbuh balik. Ketam jan-

tan melambai-lambai penyepit besarnya untuk menarik perhatian ketam betina dan mengha-

lau ketam jantan lain.

b) Ketam Bakau (Scylla serrata) : Lebih besar dan menjadi hidangan manusia. Ianya sukar

untuk dilihat kerana warna kulitnya seakan Lumpur. Ianya penting dari segi komersial dan

banyak ditangkap untuk dijual oleh komuniti yang hidup berdekatan dengan kawasan ini.

viii. Cangkerang (siput)

Page 10: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Kumpulan cangkerang ini boleh diperhatikan diwaktu air surut. Jenis yang biasa dijumpai

adalah:

a) Berungun adalah sejenis gastropoda yang terdiri daripada pelbagai saiz dan jenis. Haiwan

ini memakan daun-daun pokok bakau yang luruh dan juga alga yang terdapat di atas per-

mukaan Lumpur.

b) Tiram dan Kupang merupakan haiwan dwicengkerang yang berpaut pada sesuatu kawasan

dan tidak bergerak bebas seperti berungun. Ia kebiasaanya dijumpai terlekat pada akar-akar

pokok Rhizophora. Haiwan ini memakan plankton mikroskopik yang dibawa oleh air laut se-

tiap hari.

ix. Kelip-kelip

Kelip-kelip adalah sejenis kumbang yang boleh menghasilkan cahaya. Nama keluarga bagi

Kelip-kelip ialah Lampyridae. Kelip-kelip boleh dilihat pada waktu malam melalui cahaya

yang dikeluarkannya. Sewaktu kerja lapangan, kami telah menjalankan “ night walk ” disepa-

njang jalan di hutan paya bakau untuk melihat haiwan yang keluar pada waktu malam. Antara

yang kami boleh lihat pada waktu malam adalah kelip-kelip. Kelip-kelip gemar berada pada

pokok yang besar dan tinggi.

Kitar hidup Kelip-kelip ialah:

Page 11: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Telur larva pupa kelip-kelip dewasa

Larva kelip-kelip boleh hidup di dalam tanah atau air. Makanan larva adalah siput dan ku-

pang. Ia akan mengeluarkan bendalir beracun yang akan membunuh mangsa dan menjadikan-

nya separa cecair.

Cahaya Yang Dikeluarkan Oleh Kelip-kelip

Tarikan utama kelip-kelip adalah cahaya yang dihasilkan olehnya. Warna cahaya yang di-

hasilkan adalah mengikut spesis. Sebenarnya cahaya dihasilkan oleh tindakbalas yang

berlaku di organ khas yang terletak di bahagian bawah abdomen. Sejenis bahan kimia yang

dihasilkan di bahagian abdomen bertindak dengan udara dan menghasilkan cahaya. Yang is-

timewa tentang cahaya ini adalah, ia tidak menghasilkan tenaga haba. Jantina Kelip-kelip mu-

dah dibezakan melalui organ pengcahaya yang terletak di bahagian abdomen (rujuk kepada

gambarajah di bawah untuk membezakan pencahayaan jantina kelip-kelip). Makanan

utama Kelip-kelip adalah daun tumbuh-tumbuhan.

Page 12: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Pengelipan adalah bertujuan untuk mempertahankan diri dan menarik pasangan untuk men-

gawan. Selain itu, jika kelip-kelip menghadapi ketakutan dan dalam keadaan cemas, ia juga

akan menghasilkan cahaya.

BURUNG-BURUNG DI HUTAN PAYA BAKAU

Hutan Bakau yang kaya dengan sumber makanan merupakan habitat tanah lembap yang ung-

gul untuk banyak spesies burung air jenis migrasi dan residen, terutamanya burung pesisiran

pantai. Burung pesisiran pantai adalah sekumpulan burung randuk yang bersaiz kecil dan

sederhana serta mempunyai bermacam bentuk paruh. Mereka biasanya suka hidup berkumpu-

lan dan tinggal di kawasan tanah lembap di mana mereka mencari makanan dan membiak.

Banyak daripada burung pesisiran pantai adalah jenis burung migrasi yang sanggup

terbang sejauh 12,000 km daripada kawasan pembiakan mereka di hemisfera utara ke hemis-

fera selatan untuk menghindari musim sejuk. Ada sesetengah burung tidak dianggap sebagai

burung air yang sejati, tetapi mereka bergantung kepada tanah lembap dan dijumpai di sekitar

hutan bakau. Burung-burung ini merangkumi burung pemangsa dan burung pekaka. Burung-

burung yang makan ikan sering dilihat di persekitaraan laluan air seperti Helang Siput,

Helang Tiram dan Helang Merah. Burung pekaka memang lazim dilihat di sekitar hutan

bakau. Spesies burung pekaka yang boleh dilihat termasuk Pekaka Dada Putih, Pekaka

Emas dan Pekaka Bakau yang merupakan burung residen. Burung pekaka migrasi seperti

Pekaka Ungu, Pekaka Api, Raja Udang dan Pekaka Kepala Hitam jarang dilihat.

Burung-burung Migrasi

Page 13: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Burung-burung migrasi berpindah daripada kawasan pembiakannya di utara dan tiba di

Malaysia seawal bulan Ogos. Antaranya, ada yang cuma singgah seketika dalam perjalanan-

nya ke kawasan yang lebih selatan daripada Malaysia seperti Australia. Ada pula tinggal di

sini untuk menghindari musim sejuk. Pada permulaan musim bunga di hemisfera utara, iaitu

sekitar bulan Februari dan Mac, burung-burung migrasi ini akan memulakan perjalanan balik

ke negara asalnya. Kebanyakan daripadanya meninggalkan hutan bakau di Malaysia pada hu-

jung bulan Mei.

Jenis-jenis burung migrasi

Kepentingan Hutan Bakau Dalam Pemuliharaan Burung

1. Tempat persinggahan Burung-burung migrasi

Sesetengah hutan bakau di Malaysia seperti Kuala Gula, Perak berada di atas laluan migrasi

burung pesisiran pantai yang penting iaitu Jalur Migrasi Asia Timur-Australasia. Semasa

musim sejuk di hemisfera utara, iaitu dari bulan September hingga Mei, banyak burung pe-

sisiran pantai mengunjungi Kuala Gula untuk menghindari musim sejuk atau singgah seben-

tar untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka ke tempat lain. Kuala

Gula mempunyai dataran berlumpur yang luas serta hutan bakau merupakan punca

makanan dan tempat perlindungan yang penting kepada burung pesisiran pantai.

2. Merupakan Kawasan Penting Burung

Page 14: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Disebabkan terdapatnya burung air yang berjumlah besar di Kuala Gula dan kewujudan bu-

rung terancam di dalam hutan, satu stesyen renjer telah didirikan oleh PERHILITAN untuk

tujuan penyelidikan dan pengawasan Kuala Gula yang juga dinamakan IBA (Important Bird

Area ) atau Kawasan Penting Burung oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia mengikut krite-

ria antarabangsa.

3. Terdapat burung-burung terancam sedunia.

Terdapat dua spesies upeh di sini iaitu Burung Botak dan Upeh Bakau yang kedua-duanya

terancam sedunia yang biasanya dijumpai di hutan bakau. Populasi utama Upeh Bakau di

Malaysia kini terhad kepada hutan bakau di Kuala Gula, Perak sahaja. Burung Botak boleh

didapati di Parit Jawa, Muar dan Kuala Gula, Perak dan beberapa tempat lain. Burung air lain

yang terancam seperti Sekindi Kepala Hitam, Pedendang dan Bangau Cina boleh didapati

dalam bilangan yang kecil.

Tabiat pemakanan burung pesisiran pantai

Pelbagai bentuk dan saiz badan, kaki dan paruh burung-burung pesisiran pantai membezakan

pemakanan mereka. Rapang mempunyai penglihatan yang baik untuk membantu mencari

makanan. Burung Kedidi pula mencucuk paruh yang sensitif ke dalam tanah lembut untuk

mendapat makanan. Perbezaan paruh menunjukkan kesesuaian dan adaptasi mereka untuk

mendapatkan makanan.

Paruh Burung-Burung Pesisiran Pantai Yang Berbeza Membezakan Pemakanan Mereka

Beberapa jenis burung yang terdapat di hutan bakau dan kawasan di Sekitarnya

Page 15: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Burung botak Upih bakau

Bangau besar Pucung keladi

Pekaka bakau Kendi pisau raut

Page 16: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Helang merah Camar kecil

Terdapat lebih 200, 000 burung dikuala gula. Pantai ini jenis berlumpur. Burung upih bakau

merupakan burung yang dihormati sebagai simbol panjang umur dan murah rezaki. Membuat

sarang diatas pokok dengan menggunakan dahan dan daun. Tempat rahsia burung upih bakau

untuk membiak boleh dicapai apabila air surut. Sumber makanan yang cukup dihutan paya

bakau membenarkan mereka untuk terus hidup. Banyak ditonjolkan dlm karya seni dan

sastera. Burung ini juga memilih dalam pemakanan. Burung kendi kepala hitam pula berasala

dari Kemboja dan Vietnam. Spesies burung bangau pula mempunyai penglihatan yang amat

tajam, pergerakan yang pantas, paruh yang panjang dan merupakan pemangsa yang berjaya.

Seterusnya, burung botak mempunyai tengkuk kekuningan, kepak yang besar dan

merupakan burung terbesar di Malaysia yang sedang mengalami kepupusan. Ia juga

dikatakan sebagai burung yang senyap kecuali dengan menggunakan paruhnya yang panjang

serta tajam. Burung puchong cina juga, menggunakan paruhnya yang tajam untuk

mematahkan tengkok haiwan yang yang menjadi mangsanya. Ia juga mengeluarkan sayap

untuk menunjukkan berakhirnya 1 hidangan yang sedap. Burung-burung lain yang duduk

dilumpurakan berpindah mencari tempat perlindungan pada waktu malam. Ketika air surut

pula, organisma halus seperti ketam, siput dan belacak akan mula keluar menjalankan

aktiviti.

KEGUNAAN POKOK BAKAU

Page 17: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Hutan bakau banyak menyumbang kepada manusia, sama ada dari segi nilai ekologi,

ekonomi dan sosio-budaya. Ia juga penting untuk tumbuhan dan haiwan.

A) Nilai Ekologi

1. Melindungi Pinggir Pantai

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai. Hutan bakau bertindak sebagai pe-

nampan semulajadi dengan mengurangkan kelajuan ombak dan angin yang sampai ke

kawasan pinggir pantai.Akar pokok bakau berfungsi memerangkap tanah untuk memberi

kestabilan kepada kawasan pinggir pantai dari bencana alam.

Pinggir Pantai denganPerlindungan Hutan Bakau Pinggir Pantai tanpa PerlindunganHutan Bakau

2. Tempat Perlindungan Dan Mencari Makanan Bagi Haiwan dan Ikan

Hutan bakau merupakan tempat perlindungan pelbagai haiwan yang bergantung kepada pe-

rubahan pasang surut dan musim. Hutan bakau yang kaya dengan bahan nutrien dan plankton

menjadikannya kawasan yang sesuai untuk ikan, udang dan ketam hidup.Struktur akar

jangkang dan pneumatofor yang ada pada pokok bakau memberi perlindungan kepada ikan-

ikan kecil, udang dan ketam dari pemangsa dan pergerakan arus air serta ombak.

Page 18: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

3. Tempat perlindungan Burung-burung Yang Beraneka

Hutan bakau dan dataran lumpur kaya dengan pelbagai jenis makanan, termasuk plankton,

tumbuh-tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan yang menjadi makanan utama bagi

burung-burung air. Hutan bakau juga menjadi kawasan persinggahan untuk berehat dan men-

cari makanan bagi burung-burung yang berhijrah setelah terbang beribu-ribu kilometer.

4. Menyokong kitar hidup haiwan laut

Hutan bakau memainkan peranan penting dalam perkembangan hidup beberapa spesies

ikan, udang dan juga ketam. Terdapat beberapa jenis udang, ketam dan ikan melahirkan anak-

anak di hutan bakau, anakanak ini akan berada di hutan bakau sehingga cukup dewasa se-

belum berpindah ke laut. Banyak spesies udang, ketam dan ikan mencari makanan, bertelur

dan membesar dikawasan ini.

B) Nilai Ekonomi

Page 19: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

1. Perikanan

Hasil laut seperti ikan, udang, ketam dari hutan bakau merupakan punca pendapatan utama

untuk perkampungan nelayan. Perairan di kawasan hutan menyokong industri sangkar tera-

pung untuk spesies komersial. Antara ikan yang dikomersialkan adalah seperti ikan kerapu,

gurut-gurut dan sebagainya untuk meningkatkan pendapatan. Misalnya, setiap guni kerang

dengan berat 70kg akan dijual secara borong kepada pemborong dengan harga yang murah.

2. Perhutanan

Kayu bakau boleh digunakan untuk pembinaan rumah, membuat bot, perangkap ikan, rangka-

rangka bangunan, hasil kraftangan, sumber api seperti arang dan pelbagai Fungsi Hutan

Bakau. Menurut pegawai Jabatan Perhutanan, kegunaannya kayu bakau apabila berusia 15

tahun, terlalu rapat dan hanya menggunakan bahagian tapak. Apabila pokok berusia 20tahun,

masih menggunakan tapak juga. Kemudian setelah berusia 30 tahun, pokok akan ditebang

habis menggunakan ginsaw dan kemudian baru tanam semula. Digunakan untuk hasilkan

kayu arang bermula sejak 1903 dan untuk dieksport ke Jepun. Objektif utama untuk terus

keluarkan kayu jaras dan kayu api. Pilihan tebangan di kawasan yang ditetapkan. Giliran

tebangan ditetapkan 30tahun. 73% hutan berasil dan bakinya tidak berhasil termasuklah un-

tuk tujuan pelancongan dan penyelidikan. Tentukan setahun untuk tanam semula. Tahun ke-3

selepas penebangan kawasan akan diperiksa. Penanaman juga dibuat secara anak tabung ke-

mudian ditanam oleh kakitangan dan jarak tanaman boleh dilihat dengan jelas dan banyak ca-

bang. Pembekal biji benih kepada jabatan. Merupakan daya tarikan eko pelancongan dan

tempat pembiakan marin.

Arang kayu yang dihasilkan di Indonesia Arang BBQ

Page 20: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Arang BBQ Bantal arang

Tapak / lapik kasut Bahan kecantikan

Kegunaan lain pokok kayu bakau selain daripada arang adalah turut digunakan dalam peng-

hasilan bahan kecantikan, piling bahan bakar dengan ketahanan lebih 100 tahun. Bahan ke-

cantikan dengan menggunakan air yang ada pada pokok bakau dan wap semasa pembakaran-

nya boleh digunakna bahan kosmetik. Serbuk atau sisa-sisa arang yang kecil jangan dibuang

tetapi letakkan didapur dan bawah katil untuk menyerap bau. Seterusnya, ia digunakan dalam

bentuk lapik kasut atau tapak kasut untuk menyerap dan menyedut bau kaki. Bahan seterus-

nya adalah arang berbentuk telur dihasilkan dengan campuran serbuk tebung gandum untuk

membuat bahan bakar, 1 biji boleh digunapakai selama 45minit. Kayu yang Buat di Indonesia

berbentuk panjang, kalau di Malaysia hanya mengambil masa selama 1 bulan, tetapi di In-

donesia penghasilannya selama 4 bulan, tetapi berkualiti kerana akan menghasilkan api warna

biru dan cantik. Kegunaan lain seperti dalam penghasilan ubat-ubatan seperti panadol untuk

membuang keracunan dalam badan dalam bentuk bantal dan sebagainya.

3. Makanan dan Ubat-ubatan

Page 21: Hutan Paya Bakau (Fauna Dan Kegunaannya

Pucuk daun pokok bakau boleh dimakan sebagai sayur. Kekacang pokok Api-api hitam dire-

bus untuk mendapatkan kacang yang boleh dimakan. Buah Perepat digunakan dalam pembu-

atan bahan minuman. Sap pokok nipah digunakan dalam penghasilan cuka dan nira. Daun-

daun nipah digunakan untuk penganyaman tikar, atap, bakul dan rokok daun. Hasil perubatan

Cina seperti kulit pokok Tumu merah digunakan untuk merawat cirit-birit; asap daripada

pembakaran kayu Buta-buta untuk merawat penyakit kusta dan daunnya untuk merawat

penyakit sawan.

C) Nilai Sosio-Budaya

Tempat Pelancongan, Penyelidikan dan Pendidikan

Nilai estetikanya dapat menarik perhatian burung air dan haiwan. Hutan bakau juga unik se-

bagai tapak pelancongan dan rekreasi. Merupakan suatu sumber yang amat sesuai untuk pro-

gram-program pendidikan alam sekitar dan untuk menjalankan penyelidikan saintifik. Misal-

nya, Pusat Eko Pelajaran Laut Matang, Kuala Sepetang telah dijadikan kawasan untuk penye-

lidikan.