photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan

Click here to load reader

Post on 22-Jul-2015

156 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

TUGASAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM(PENGGUNAAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DAN DAKWAH)DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD LUKMAN ALHAKIM BIN SHAMSUL BAHRI (IEB110027)

MUHAMMAD SYAKIRIN BIN YUSLAN (IEB110032)

PENSYARAH:

PN SALINA BUSRAWIPENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Definisi ICT ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yangdigunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untukpemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segalaaspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat danmudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumattanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologimaklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikanmaklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat

Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person cognitive organisation'.

Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange ofinformation andagain maybeviewedintermsofthestructureofthatstructureofthat interchangeoritsfunctioninaffectingpeople'siunderstandingand knowledge.Informationandcommunicationare,therefor,inextricably linked(Brown1997).Daripadadefinisitersebut,komunikasiboleh dirumuskansebagaiprosespenukaranmaklumat(interchanging information).

Manakalateknologikomunikasi(ICT)pulaterdiridaripadaperkakasan telekomunikasiyangdigunakanuntukmenyalurdanmengakses maklumat.Antaracontohperkakasantelekomunikasiialahfiberoptik,satelit,telegraf, modem dan sebagainya.

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele' yangbermaksud'sangatjauh'.Ianyamemerihalkanpenghantaran maklumat dari jarak jauh tanpamengubah kandungan maklumat tersebut.

TeknologiMaklumatdanKomunikasi(ICT)merangkumiaspekteknologi maklumatdanteknologikomunikasi.Teknologimaklumatditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, sertauntuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik,suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuktujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan,pengalaman, kemahiran dan kemampuan.

Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individubertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidakterbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (synchronous)melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dankomunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perludimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummahyang progresif dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT sertamenjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama denganmengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.

KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA

Zaman beralih dan musim berubah. fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dansepatutnya manusia memperoleh pelbagaiinputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjayamenginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebihkompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.

Kehadiran teknologi maklumat merupakananugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi,Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dari segi ekonomi,urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga munculseperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilahwww.sesuatu.com.mybukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokalmalah dari seluruh pelusok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat jugameningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industrikita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat.Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya.Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysiaberdiri sama tinggi, dan duduk sama rendahdengan negara-negara maju yang lain.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumatmengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang bolehmenggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas danberbaurfitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin.Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaananarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Teknologi maklumat jugamenjadiwahanap