kaedah pengajaran sirah

4
Kaedah Pengajaran Sirah Bahan ini dipetik dan dibuat penambahbaikan daripada Modul 8 KPI susunan Shamsina Shamsudiin Sirah Nabawiyyah bermaksud perjalanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah s.a.w sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, untuk memudahkan proses pembelajaran skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek. Sebenarnya sirah merupakan satu disiplin ilmu yang meliputi aspek-aspek kehidupan berikut: 1. Falsafah: akal dan pemikiran 2. Sastera: tulisan dan lisan 3. Agama: ketuhanan dan kepercayaan 4. Politik: pentadbiran, pemerintahan dan ideology 5. Kebudayaan: cara bermasyarakat 6. Ekonomi: pertanian, perdagangan dan perindustrian Memandangkan sirah merupakan himpunan peristiwa yang telah berlalu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, maka kaedah pengajaran yang dicadangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sirah adalah bercerita, projek, lawatan dan main peranan. Tanpa menafikan keupayaan kaedah yang lain, empat kaedah yang dicadangkan akan dapat membantu murid menghayati dan merasakan kepentingan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Kaedah Bercerita Mendengar cerita merupakan antara perkara yang paling digemari oleh semua kanak-kanak. Kaedah bercerita akan menjadi sangat berkesan andainya guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran sampingan yang dapat menarik minat pendengar untuk menghayati cerita yang disampaikan. Antara kemahiran sampingan itu termasuklah menyanyi (nasyid dan qasidah), melakonkan watak, menukar nada serta intonasi suara. Bahan bantu seperti carta bergambar, gambar-gambar pegun (tidak melibatkan wajah-wajah para rasul, sahabat mahupun isteri-isteri Rasulullah s.a.w), slaid persembahan, klip video dan sebagainya. Aplikasi kaedah ini memerlukan guru menjadi kreatif di samping telah membuat persediaan yang rapi tanpa membuat kesilapan fakta dan kecelaruan kronologi kisah (story board) yang disampaikan. Sebaiknya guru melibatkan penyertaan murid melalui komunikasi dua hala semasa cerita disampaikan tanpa melibatkan unsur-unsur yang boleh menghinakan Rasulullah, para isteri baginda serta para sahabat. Ciri-ciri umum

Upload: husaini-hisham

Post on 16-Aug-2015

298 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jhgjhjhkj

TRANSCRIPT

Kaedah Pengajaran SirahBahan ini dipetik dan dibuat penambahbaikan daripada Modul 8 KPI susunan Shamsina ShamsudiinSirah Nabawiyyah bermaksud perjalanan kehidupan atau kisah hidup Rasulullah s.a.w sama ada peristiwa atau kisah itu berlaku sebelum atau sepanjang tempoh masa kerasulan. Sirah meliputi semua perkara, keadaan serta peristiwa yang telah berlaku. Memandangkan sirah meliputi aspek yang begitu luas, untuk memudahkan proses pembelajaran skopnya diperkecilkan dengan meliputi aspek ekonomi, politik, kemasyarakatan, agama dan intelek.Sebenarnya sirah merupakan satu disiplin ilmu yang meliputi aspek-aspek kehidupan berikut:1.alsa!ah: akal dan pemikiran".Sastera: tulisan dan lisan#.$gama: ketuhanan dan kepercayaan%.&olitik: pentadbiran, pemerintahan dan ideology'.(ebudayaan: cara bermasyarakat).*konomi: pertanian, perdagangan dan perindustrianMemandangkan sirah merupakan himpunan peristiwa yang telah berlalu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, maka kaedah pengajaran yang dicadangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sirah adalah bercerita, projek, lawatan dan main peranan. +anpa mena!ikan keupayaan kaedah yang lain, empat kaedah yang dicadangkan akan dapat membantu murid menghayati dan merasakan kepentingan peristiwa-peristiwa dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.Kaedah BerceritaMendengar cerita merupakan antara perkara yang paling digemari oleh semua kanak-kanak. (aedah bercerita akan menjadi sangat berkesan andainya guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran sampingan yang dapatmenarik minat pendengar untuk menghayati cerita yang disampaikan. $ntara kemahiran sampingan itu termasuklah menyanyi ,nasyid dan -asidah., melakonkan watak, menukar nada serta intonasi suara. /ahan bantu seperti carta bergambar, gambar-gambar pegun ,tidak melibatkan wajah-wajah para rasul, sahabat mahupun isteri-isteri Rasulullah s.a.w., slaid persembahan, klip 0ideo dan sebagainya.$plikasi kaedah ini memerlukan guru menjadi kreati! di samping telah membuat persediaan yang rapi tanpa membuat kesilapan !akta dan kecelaruan kronologi kisah ,story board. yang disampaikan. Sebaiknya guru melibatkan penyertaan murid melalui komunikasi dua hala semasa cerita disampaikan tanpa melibatkan unsur-unsur yang boleh menghinakan Rasulullah, para isteri baginda serta para sahabat.Ciri-ciri umum1.+ajuk cerita telah dibuat pilihan lebih awal dengan memastikan !akta yang akan disampaikan adalah betul dan tepat.". 1si kandungan cerita perlu memasukkan nilai-nilai akhla- yang mulia untuk dihayati dan pendidikan untuk dijadikan pengajaran.#.&encerita perlu menggunakan kemahiran menyampaikan secara kreati! ,intonasi suara, gaya, mimik muka. serta menggunakan pelbagai 0ariasi rangsangan dan penyampaian.Langkah-langkah umum1.+entukan tajuk dan objekti! penceritaan.".&astikan murid bersedia untuk mendengar.#.Sediakan tugasan untuk murid seperti mencatatkan nilai-nilai akhla- dan pendidikan.%.$dakan perbincangan tentang nilai-nilai serta pengajaran yang dikemukakan berkaitan tajuk pelajaran.Kaedah Projek(aedah ini melibatkan penyelidikan dan kajian terperinci tentang sesuatu tajuk untuk dilaksanakan oleh murid dalam bentuk tugasan projek sama ada secara indi0idu atau kumpulan. &rojek boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah malah boleh melibatkan kawasan luar sekolah seperti perpustakaan awam, aked dan sebagainya. 2uru boleh menyediakan panduan ,rubrik. untuk diikuti oleh murid melalui penyediaan aspek-aspek yang perlu diselidiki atau soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya. 3ntuk mendapatkan jawapan atau maklumat, murid mungkin perlu melakukan penerokaan bahan, penyiasatan atau eksperimen yang dirancang. Sekiranya projek dilaksanakan dalam kumpulan, kerjasama semua ahli kumpulan adalah penting untuk menghasilkan projek yang baik. 4leh itu guru perlu memastikan keahlian kumpulan telah diatur untuk memudahkan kerjasama sesama ahli.Ciri-ciri umum1.2aris panduan, presedur, rubrik penilaian, jadual pelaksanaan serta tarikh akhir menghantar tugasan perlu ditetapkan lebih awal.".2uru perlu berperanan sebagai pendorong serta pembimbing yang berkesan.#. 5alam sesetengah topik, murid dibebaskan memilih tajuk yang tidak terkeluar daripada skop isi kandungan pelajaran.Jenis-jenis Projek1./erasaskan bukua./ahan sumber utama adalah buku, majalah, manuskrip dan e-buku.b./oleh dilaksanakan di dalam kawasan sekolah atau di luar.".(erja lapangana.Membuat kajian tentang sesuatu tempat, bangunan bersejarah atau tokoh-tokoh.b.Maklumat diperolehi melalui temubual dengan masyarakat tempatan, arkib dan perpustakaan serta 1nternet.#.6awatan berstruktura.6awatan atau lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang boleh diperolehi maklumat yang dicari seperti arkib, museum, mahkamah, masjid, perpustakaan dan sebagainya.b.5irancang dan diatur dengan teliti oleh guru.c.Sepanjang lawatan murid perlu menyiapkan tugasan yang diberikan seperti melakar peta, mencatat maklumat, melukis gambar dan pelan.Langkah-langkah1.Sediakan senarai tajuk yang sesuai.".+entukan tugasan sama ada secara indi0idu atau kumpulan.#.Menerangkan prosedur penyelidikan serta rubrik penilaian dengan jelas.%.Memastikan murid menyediakan soalan-soalan sekiranya melibatkan temubual atau pemerhatian.Kaedah Lawatan(aedah ini melibatkan akti0iti mengunjungiatau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa bagi semua kumpulan murid. 5engan ini murid akan mendapat pengertian yang jelas tentang perkara atau situasi yang dilawati, diperhatikan atau dialami. 2uru perlu memastikan tajuk-tajuk yang dipilih untuk ajar menggunakan kaedah lawatan berada dalam lingkungan ciptaan $llah atau sirah yang mengandungi !akta yang jelas dan nyata.Ciri-ciri umum1.Murid dapat mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa ke dalam kelas melalui pemindahan objek nyata dan maujud.".Menarik minat dan membolehkan murid menumpukan perhatian kepada situasi atau masalah yang memerlukan kajian.#.Mendapatkan gambaran sebenar tentang amalan dan tindakan operasi kerja secara relistik.%.Menghubungkan teori dengan praktikal.Langkah-langkah1.+entukan tempat lawatan yang sesuai dengan tajuk serta isi pelajaran yang ingin diajarkan.".+entukan tugasan secara indi0idu atau kumpulan.#.Membuat penerangan akti0iti secara jelas dan tepat semasa sesi lawatan.%.Memastikan murid membuat laporan serta menghantar laporan dan tugasan selepas sesi lawatan.Kaedah Main Peranan(aedah pengajaran ini dilaksanakan dengan cara memai nkan peranan watak-watak tertentu dengan tujuan memberigambaran sebenar watak tersebut.Ciri-ciri Umum1.Menyediakan skrip dan peralatan yang sesuai dengan tajuk.".Mengalami sendiri situasi pembelajaran yang akti! dan menyeronokkan.#.Mengembangkan pelbagai potensi dan kemahiran, membina keyakinan diri.Langkah-langkah1.Memilih watak yang sesuai dengan tajuk pelajaran".Menyediakan peralatan dan tempat#.&enghayatan watak oleh pelajar%.Semasa akti0iti berjalan, pelajar lain memerhati dan mencatat.'.Selepas akti0iti adakan perbincangan sertamembuat rumusan daripada pemerhatian