kaedah pengajaran

7
7.1 KAEDAH MEMILIH PENGAJARAN 7.1.1 PENGENALAN Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. 7.1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAH PENGAJARAN Konsep Kaedah Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Edward M. Anthony (1963) Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Konsep teknik

Upload: nor-hafizah-azmiani

Post on 20-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pedagogi

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah pengajaran

7.1 KAEDAH MEMILIH PENGAJARAN

7.1.1 PENGENALAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti

seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri

seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,

perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain

storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat

dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik

yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan

tidak berhasil.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri.

Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan,

bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal

soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

7.1.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KAEDAH

PENGAJARAN

Konsep Kaedah

Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan

mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek.

Edward M. Anthony (1963)

Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set

prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Konsep teknik

Page 2: kaedah pengajaran

Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai

kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam

sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Edward M. Anthony (1963)

Teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik

yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran

secara optimum.

7.1.2.1 Rancangan pengajaran menurut Congelosi (1992)

i. Matlamat pembelajaran

ii. Objektif tertentu

iii. Langkah-langkah pengajaran (mekanisme)

iv. Penilaian sumatif

7.1.2.2 Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran

i. Objektif Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang

pengajar untuk memikirkan objektif pengajaran dan

pembelajaran yang ingin dicapai.

ii. Bahan pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan

Kemahiran yang hendak disampaikan.

iii. Jangkamasa Pengajaran

Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih 

kaedah yang sesuai digunakan dalam jangka masa tertentu.

iv. Latar belakang dan jumlah pelajar

Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-

beza. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga

boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan.

v. Iklim dan suasana tempat mengajar

Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh

mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran. Kaedah yang

Page 3: kaedah pengajaran

dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

7.1.3 PANDUAN GURU SEBELUM MENGAPLIKASI SESUATU KAEDAH

PENGAJARAN

Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

i. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran.

ii. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.

iii. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semulajadi (nature) pelajaran yang diajar.

iv. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.

v. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.

vi. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.

vii. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh

memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang

diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan

pelajar.

7.1.4 TUJUAN MEMILIH KAEDAH PENGAJARAN

i. Menarik minat murid

ii. Mengekalkan perhatian

iii. Membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif

pengajaran guru.

7.3 KAEDAH SYARAHAN/KULIAH

7.3.1 PENGENALAN

Kuliah melibatkan pendedahan formal berterusan atau perbincangan mengenai 

beberapa topik oleh guru. Walaupun ia dikritik atas gaya autokratik dan 

bentuk komunikasi sehala, namun kaedah ini biasanya digunakan untuk

memperkenalkan pengetahuan tentang mata pelajaran dan maklumat khusus. 

Page 4: kaedah pengajaran

Keberkesanannya banyak bergantung kepada perancangan, penstrukturan,

persembahan gaya guru dan penggunaan alat bantu mengajar. Kuliah atau

syarahan adalah proses pengajaran dengan memberi penjelasan subjek secara

lisan apa yang akan dipelajari. Syarahan sering diiringi oleh alat bantuan visual

untuk membantu murid menggambarkan objek atau masalah. Kuliah adalah

pembentangan lisan bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mengajar

orang ramai mengenai subjek tertentu, contohnya seorang pensyarah universiti

atau kolej. Kuliah digunakan untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah,

latar belakang dan teori-teori. Ceramah politik, ucapan menteri atau

persembahan jualan seorang ahli perniagaan mungkin dalam bentuk kuliah.

Biasanya pensyarah akan berdiri di hadapan bilik dan membaca maklumat

yang berkaitan dengan kandungan ceramah itu.

Walaupun ceramah banyak dikritik sebagai satu kaedah pengajaran, namun

universiti masih belum menemui kaedah pengajaran yang praktikal sebagai

alternatif bagi majoriti kursus mereka. Pengkritik menunjukkan bahawa

syarahan adalah satu cara komunikasi yang tidak melibatkan penyertaan

penonton yang ketara. Oleh itu, syarahan sering berbeza kepada pembelajaran

aktif. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang berbakat boleh sangat

merangsang. Kuliah adalah sebagai satu cara yang cepat, murah dan berkesan

dalam bidang akademik untuk menyampaikan pengetahuan tertentu kepada

sejumlah besar murid.

Kaedah kuliah sering dikritik di mana dikatakan nota kuliah profesor terus ke

nota kuliah murid, tanpa melalui otak (pemikiran). Syarahan awam mempunyai

sejarah yang panjang dalam bidang sains dan dalam pergerakan sosial.

Kesatuan misalnya mempunyai sejarah menganjurkan pelbagai ceramah

percuma kepada orang ramai mengenai pelbagai perkara. Pusat komuniti,

perpustakaan, muzium, dan organisasi lain telah menggunakan ceramah dalam

melaksanakan misi mereka atau kepentingan mereka. Kuliah mewakili

kesinambungan tradisi lisan berbeza dengan komunikasi teks dalam buku-buku

dan media lain.

Page 5: kaedah pengajaran

7.3.2 CIRI-CIRI KAEDAH SYARAHAN/KULIAH

i. Memperkenalkan topik baru.

Guru boleh terus menerangkan tentang topik tersebut dan

menyampaikan maklumat tanpa membuang masa. Sebaik-baiknya

untuk melakukan kaedah ini pengajar perlulah menulis dahulu tajuk

pelajaran di papan tulis.

ii. Penghuraian mudah dan jelas.

Jadikan sesuatu isi atau bahan pengajaran mudah, ia dapat

disampaikan secara lisan kepada pendengar. Ini dapat dikesan

melalui menyoal atau melihat air muka dan perlakuan pelajar

bertindakbalas terhadap isu yang diperkatakan.

iii. Kawalan kelas berkesan.

iv. Suara pengajar penting.

Suara pengajar adalah sangat penting dalan kaedah syarahan ini,

kerana ia seharusnya kuat, lantang dan jelas. Andai kata ia perlahan

maka seluruh pelajar didalam kelas akan mengalami masalah untuk

memahaminya. Kerana ia tidak sampai dan sekaligus ia akan

memberi kesan kepada maklumat yang ingin disampaikan.

v. Menyoal untuk perhatian.

Bagi menarik perhatian pelajar didalam kelas, pengajar seharusnya

memainkan peranan dengan cara menyoal pelajar agar mereka dapat

berfikir terhadap apa yang diperkatakan oleh pengajar itu. Maka,

sekaligus ini memberikan mereka tumpuan.

vi. Latihan mendengar dan menulis

vii. Kawalan masa.

Untuk mengelakkan pengajaran meleret dan objektif tidak sampai

pengajar perlu memastikan masa yang digunakannya untuk

bercakap dikawal.

viii. Penggunaan alat bantu mengajar.

Antara hal-hal yang membantu keberkesanan kaedah syarahan:

a. Kertas edaran

b. Penerangan konsep

Page 6: kaedah pengajaran

c. Minat dan kesungguhan

d. Latihan

7.3.3 KELEBIHAN KAEDAH SYARAHAN/KULIAH

i. Menjimatkan masa terutama ketika guru hendak menghabiskan sukatan

pelajaran yang tertinggal dalam tempoh masa yang terhad.

ii. Bahan atau isi kuliah yang telah disiapkan boleh digunakan untuk satu

jangkamasa yang panjang selagi tiada perubahan sukatan pelajaran.

iii. Kaedah kuliah juga membolehkan pelajar belajar dari orang yang benar-

benar pakar dalam disiplin tersebut. Teknik perbincangan dalam kumpulan

kecil tidak berkesan untuk menyelesaikan masalah yang kompleks atau

untuk mengubah sikap

iv. Pengajar dapat mengembangkan isi pelajaran yang disampaikan kerana

kaedah kuliah memberi kelonggaran kepada guru untuk membuat huraian.

v. Guru dapat mengalihkan topik pelajaran dengan mengambil kira tahap

kesediaan murid mengikuti pelajaran baru.

vi. Guru juga dapat menjawab dan menyelesaikan masalah murid ketika

pelajaran ini sedang dikuliahkan.

vii. Satu kaedah yang sangat baik untuk memberi huraian yang tersusun dengan

jelas dan penyampaian maklumat

7.3.4 KELEMAHAN KAEDAH SYARAHAN/KULIAH

i. Tidak begitu berkesan untuk pelajar sekolah menengah kerana tumpuan

perhatian yang singkat.

ii. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian dalam jangka masa yang

panjang dan ini boleh menjejaskan fahaman dan ingatan mereka tentang

bahan yang disampaikan.

iii. Mempunyai masalah dalam mengambil nota kerana apa yang dicatatkan

mungkin perkara yang tidak penting untuk pelajaran yang disampaikan.

iv. Pelajar juga boleh merasa bosan jika dalam suatu pengajaran guru sahaja

yang menyampaikan maklumat manakala mereka tidak berpeluang untuk

menunjukkan daya usaha atau kebolehan mereka.

Page 7: kaedah pengajaran

7.3.5 KAEDAH SYARAHAN/KULIAH YANG BERKESAN

i. Pensyarah perlu cukup bersedia, tahu tentang latar belakang dan keperluan-

keperluan khas pelajarnya, boleh memberi sumbangan yang unik terhadap

pengajaran dan pembelajaran.

ii. Memilih bahan pembelajaran yang sesuai dan memberi penekanan kepada

perkara-perkara tertentu yang diperlukan oleh pelajarnya dan

mengenepikan perkara yang tidak berkaitan.