kaedah kemabang isi karangan

Upload: nisah7271

Post on 14-Apr-2018

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    1/7

    http://drghazali.blogspot.com/2009/01/kaedah-

    pengembangan-isi-karangan-tffp.html

    Kaedah PengembanganIsi Karangan TFFPSaya memperkenalkan satu kaedah mengembangkan isikarangan. Kaedah ini saya namakan TFFP, dan merupakan satukomponen dalam kaedah mengarang menggunakan formula yangsaya perkenalkan beberapa tahun yang lalu. Yang berikut ialahpenerangan ringkas tentang penggunaan kaedah TFFP.

    Makalah ini memperkenalkan satu kaedah menulis perenggan isiyang senang diikuti dan digunakan apabila menjawab soalankarangan jenis pendapat, perbincangan, atau fakta, mahupun

    jenis-jenis lain yang bercorak deskriptif. Malah jika dikuasaidengan baik, kaedah ini juga dapat membantu calon menuliskarangan-karangan jenis lain termasuk karangan jenis syarahan,perbahasan, keperihalan, dan seumpamanya. Kaedah inidinamakan Kaedah TFFP. Kaedah ini agak berlainan daripadapanduan-panduan yang pernah diketengahkan sebelum ini. Halini demikian kerana penulisan ayat isi bagi sesuatu perenggandipecahkan kepada empat bahagian iaitu:

    i. Ayat Topik ( T )ii. Huraian Frasa 1 (F1)iii. Huraian Frasa 2 (F2)iv. Penegasan/Rumusan Perenggan. (P)

    Ayat Topik (T)

    Ayat Topik ialah ayat untuk mengetengahkan isi bagi karangan.Isi pula ialah idea utama atau perkara penting yang merujukkepada soalan karangan yang ditulis. Pelajar dinasihatimenggarisi kata kunci dalam soalan sebelum menyenaraikan isi

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    2/7

    karangan. Amalan ini akan mengelakkan karangan yang ditulis ituterkeluar daripada tajuk perbincangan.

    Ayat topik digalakkan untuk ditulis dengan memasukkan dua

    unsur penting dalam dua frasa. Frasa pertama menjadi fokus isi.Frasa kedua pula merupakan pelengkap kepada fokus isiberkenaan. Ayat isi yang hanya menyertakan fokus sahaja tidakbegitu baik kerana tidak lengkap dan tidak menampakkankematangan fikiran orang yang menulisnya. Cuba bandingkankedua-dua ayat yang yang berikut:

    1(a) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah dengan

    melaksanakan kempen.1(b) Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah denganmelaksanakan kempen yang lebih berkesan.2(a) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalahdisebabkan tidak ada tindakan yang tegas.2(b) Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalahdisebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadappembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.3(a) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajarmempunyai lebih banyak masa untuk belajar.3(b) Antara kesan pelaksanaan sekolah satu sesi adalah pelajarmempunyai lebih banyak masa untuk belajar di bawah penyeliaanguru-guru.

    Ayat 1(b), 2(b), dan 3(b) lebih mantap kerana lebih jelas danlengkap. Semasa membuat huraian, ayat 1(b), 2(b), dan 3(b)memberi ruang yang lebih bagi pelajar menunjukkan kematangan

    fikiran mereka. Justeru pelajar mempunyai lebih banyak ideauntuk dikembangkan. Perkara ini akan membantu pelajar untukmengatasi masalah ketidakcukupan jumlah perkataan dalamkarangan.

    Biasanya ayat topik atau isi utama ialah isi karangan yang telah

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    3/7

    ditetapkan oleh pelajar semasa membuat draf atau perancanganmenulis karangan. Cara inilah yang biasanya diajar oleh guru-guru di sekolah. Amalan merancang atau menulis isi terlebihdahulu sebelum menulis adalah baik kerana mengelakkan pelajar

    daripada lupa. Jadi, pelajar dinasihati supaya mengamalkan caraini setiap kali menulis karangan. Yang penting, guru-guru perlumelatih pelajar supaya menulis ayat topik yang terdiri daripadadua frasa yang boleh dihuraikan dengan lebih panjang.

    Frasa 1 dan Frasa 2

    Seperti yang disarankan, ayat topik hendaklah terdiri daripada

    dua frasa. Contohnya, cuba lihat ayat-ayat topik yang berikut:i. Satu langkah untuk mengatasi krisis air adalah denganmelaksanakan kempen yang lebih berkesan.ii. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadaporang yang mencuri air.iii. Langkah lain yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi krisisbekalan air adalah dengan mengawal penebangan hutan dikawasan tadahan.iv. Seterusnya, krisis bekalan air juga dapat ditangani denganmenggantikan saluran paip yang rosak dengan paip yang tahanlebih lama.

    Jika diperhatikan ayat-ayat topik yang disenaraikan, setiap ayatdibina dengan menggunakan dua frasa yang utama dan bolehdihuraikan secara berasingan. Ayat (i) misalnya, Frasa 1 (F1)ialah melaksanakan kempen. Frasa 2 (F2) pula ialah yang lebihberkesan.

    Dalam ayat (ii) F1 ialah mengambil tindakan tegas, dan F2 pulaialah orang yang mencuri air. Semasa membuat huraian, pelajarboleh menghuraikan kedua-dua frasa tersebut secara berasingansebelum merumuskan kedua-dua dalam satu atau dua ayat yanglengkap. Contoh-contoh boleh disertakan semasa menghuraikan

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    4/7

    kedua-dua frasa berkenaan. Begitu juga halnya dengan isi-isiyang lain. Perkara penting yang perlu dikuasai oleh pelajar ialahcara untuk membahagikan ayat isi mereka kepada frasa-frasayang dapat dihuraikan dengan sistematik.

    Penegasan/Rumusan Perenggan (P)

    Setiap perenggan wajar disimpulkan dengan rumusan bagiperenggan berkenaan. Penanda wacana yang disesuaikan wajardigunakan bagi menunjukkan bahawa perenggan tersebut telahditutup dengan baik. Contohnya:i. Jadi, dengan kempen yang lebih berkesan, krisis air yang

    berlaku sekarang dapat diatasi dengan lebih cepat.ii. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak tegasterhadap orang yang mencuri air untuk memastikan krisis airdapat ditangani secepat yang mungkin.iii. Justeru, penebangan hutan di kawasan tadahan perlu dikawalagar krisis air tidak terus mengancam kehidupan masyarakat.iv. Jadi, penggantian saluran paip yang lama perlu disegerakanagar krisis air yang berlaku sekarang tidak berterusan.

    Menulis perenggan isi

    Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, maka pelajarboleh menulis perenggan mengikut kaedah yang dicadangkaniaitu kaedah T, F1, F2, dan P. Dalam setiap perenggan, keempat-empat perkara tersebut perlu dititikberatkan supaya perengganyang ditulis itu lengkap dan menarik. Selain itu calon dapatmenulis dalam jumlah perkataan yang lebih banyak.

    Ayat (i) dapat dihuraikan dengan mudah apabila pelajarmenghuraikannya mengikut frasa yang telah ditetapkan. Frasa 1boleh dihuraikan seperti yang berikut:

    Huraian F1 (melaksanakan kempen)

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    5/7

    Kempen merupakan cara yang paling mudah untukmenyampaikan maklumat kepada masyarakat. Pelbagai mediaboleh digunakan oleh menyalurkan maklumat tentangkepentingan amalan penjimatan air. Contohnya, surat khabar,

    radio, dan televisyen ialah media yang sentiasa dekat denganmasyarakat. Selain itu kempen secara langsung dari rumah kerumah juga wajar dilaksanakan.

    Huraian F2 (yang lebih berkesan)

    Selama ini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan keranatidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang

    berkenaan melaksanakannya tidak ubah seperti melepaskanbatuk di tangga. Kini tibalah masanya pihak-pihak nyang terbabitbertindak dengan lebih agresif agar kempen penjimatan airmencapai matlamat yang diharapkan.

    Kedua-dua huraian ini dicantumkan dalam satu perengganbersama-sama ayat isi dan juga rumusan perenggan. Makaperenggan tersebut akan menjadi sebuah perenggan yanglengkap seperti yang berikut.

    Satu langkah untuk menjimatkan air adalah denganmelaksanakan kempen yang lebih berkesan. Kempen merupakancara yang paling mudah untuk menyampaikan maklumat kepadamasyarakat. Pelbagai media boleh digunakan untuk menyalurkanmaklumat tentang kepentingan amalan penjimatan air.Contohnya, surat khabar, radio, dan televisyen ialah media yangsentiasa dekat dengan masyarakat. Selain itu kempen secara

    langsung dari rumah ke rumah juga wajar dilaksanakan. Selamaini kempen yang dilaksanakan kurang berkesan kerana tidakdilakukan dengan bersungguh-sungguh. Pihak yang berkenaanmelaksanakannya tidak ubah seperti melepaskan batuk ditangga. Kini, tibalah masanya pihak-pihak yang terbabit bertindakdengan lebih agresif agar kempen penjimatan air mencapai

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    6/7

    matlamat yang diharapkan. Jadi, dengan kempen yang lebihberkesan, krisis air yang berlaku sekarang dapat diatasi denganlebih cepat. (110 perkataan)

    Dengan berdasarkan penjelasan yang diberi, pelajar-pelajar bolehmencuba untuk membahagikan ayat-ayat topik yang berikutkepada F1 dan F2. Selepas itu cuba huraikan setiap frasa itudengan jelas dan cantumkan huraian-huraian itu supaya menjadiperenggan isi yang lengkap.

    a. Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sisatoksik oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

    b. Aktiviti kokurikulum mendidik pelajar supaya menjadi lebihberdisiplin.c. Salah satu cara untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya adalah dengan menguatkuasakan undang-undang yangtegas terhadap pengguna jalan raya yang ingkar.

    Perenggan contoh

    Ayat topik : Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalahdisebabkan tidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadappembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

    F1 : tidak ada tindakan yang tegasF2 : terhadap pembeli, penjual, dan pengilang yang terlibat.

    Huraian lengkap

    Punca gejala cetak rompak terus berleluasa adalah disebabkantidak ada tindakan yang tegas dilaksanakan terhadap pembeli,penjual, dan pengilang yang terlibat. Selama ini tindakan yangdilaksanakan bersifat mengikut musim. Pegawai yangdiamanahkan untuk bertindak memiliki sikap tidak ubah sepertipahat dengan pemukul. Tindakan hanya dilakukan dalam tempoh

  • 7/30/2019 Kaedah Kemabang Isi Karangan

    7/7

    yang terhad. Selain itu tindakan yang dijalankan juga tidak begitutegas dan hanya untuk memenuhi rutin kerja pegawai-pegawaiyang terbabit. Ada juga unsur-unsur penyelewengan yang berlakusehingga menyebabkan gejala ini tidak dapat diatasi. Satu bentuk

    tindakan yang menyeluruh patut dikuatkuasakan terhadap semuapihak yang menyebabkan gejala ini berlaku. Tindakan patutdikenakan terhadap pembeli, penjual, dan pengilang bahan-bahan cetak rompak. Ketiga-tiga golongan ini merupakanpenyebab utama berlaku gejala tersebut. Tindakan terhadap satupihak sahaja tidak akan meninggalkan kesan yang diharapkan.Oleh yang demikian satu bentuk tindakan yang lebih tegas patutdilaksanakan meliputi semua pihak yang terbabit dalam gejala ini.

    (140 perkataan)

    Rasionalnya, jika satu perenggan isi mengandungi lebih daripada100 perkataan, karangan calon sudah pasti dapat memenuhikehendak jumlah perkataan seperti dalam soalan. Oleh itu calonlayak mendapat markah yang tinggi dengan syarat isi-isi tersebutadalah mantap, bahasa baik dan bervariasi, menepati tajuk, dandipersembahkan dengan baik. Selain itu contoh-contoh dapatdiberi dengan lebih banyak iaitu semasa menghuraikan kedua-dua frasa dalam ayat topik secara berasingan. Maka cara inidapat membantu calon mengatasi beberapa kelemahan dalammenulis karangan, terutama dari aspek jumlah perkataan.