jurulatih badminton

2
Jurulatih Badminton Pengenalan: Di dalam sukan badminton, sama ada acara perseorangan, regu atau regu campuran, jurulatih sememangnya amat diperlukan. Oleh sebab kerumitan dan sifat dinamik permainan badminton, seseorang jurulatih diperlukan kerana sebab- sebab berikut: 1. Seorang pemain perlu mempelajari berbagai- bagai teknik kemahiran. Seorang jurulatih mampu memberi tunjuk ajar dan membantu membetulkan kelemahan serta membantu seseorang pemain mengeksploitasi potensi sebenarnya. 2. Taktik dalam permainan memerlukan seorang pemerhati dari luar untuk memerhati dan melakukan perubahan dalam permainan. Ini kerana keadaan permainaan yang begitu pantas tidak membenarkan seseorang pemain menjalankan tugas sebagai jurulatih. Permainan badminton

Upload: joan-jc

Post on 24-Jun-2015

176 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurulatih Badminton

Jurulatih Badminton

Pengenalan:

Di dalam sukan badminton, sama ada acara perseorangan, regu atau regu campuran, jurulatih sememangnya amat diperlukan. Oleh sebab kerumitan dan sifat dinamik permainan badminton, seseorang jurulatih diperlukan kerana sebab- sebab berikut:

1. Seorang pemain perlu mempelajari berbagai- bagai teknik kemahiran. Seorang jurulatih mampu memberi tunjuk ajar dan membantu membetulkan kelemahan serta membantu seseorang pemain mengeksploitasi potensi sebenarnya.

2. Taktik dalam permainan memerlukan seorang pemerhati dari luar untuk memerhati dan melakukan perubahan dalam permainan. Ini kerana keadaan permainaan yang begitu pantas tidak membenarkan seseorang pemain menjalankan tugas sebagai jurulatih. Permainan badminton tidak sama seperti permainan bola sepak atau ragbi yang member masa untuk seseorang itu membuat pemerhatian.

3. Potensi pemain individu, regu dan sebuah pasukan memerlukan khidmat seorang jurulatih yang terlibat untuk merancang sesi latihan dan member arahan semasa permainan dijalankan.