jurnal minggu 3

2
PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 3 MASALAH Jadual sikap murid telah dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, peratus perubahan sikap dan tingkah laku murid masih belum memuaskan. Terdapat sebahagian murid yang tidak mengambil endah apabila markah kumpulan mereka dipotong / dikurangkan. Mereka menganggap pengurangan markah merit tersebut tidak memberi kesan apa-apa terhadap diri mereka. Tetapi masih ada lagi murid yang mengawal tingkah laku disiplin mereka di dalam kelas kerana bimbang markah merit mereka akan dikurangkan. ANALISIS Maka, apakah faktor yang menyebabkan masalah ini masih lagi berlaku? Mengapa terdapat sebahagian murid tidak mengambil endah terhadap sistem merit yang dilaksanakan di dalam kelas? Adakah jadual sikap murid dianggap sebagai perkara biasa? Adakah jadual tersebut tidak memberi kepentingan kepada murid-murid? Adakah murid mengganggap sistem ini tidak akan membantu mereka di dalam kelas CADANGAN PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KETIGA (16 FEBRUARI – 17 FEBRUARI 2015 ) ISU : KAWALAN DISIPLIN KELAS (BAHAGIAN 2)

Upload: aping-firdaus

Post on 15-Apr-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnalrpph

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal minggu 3

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 3

MASALAH

Jadual sikap murid telah dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Namun begitu, peratus perubahan sikap dan tingkah laku murid masih belum memuaskan.

Terdapat sebahagian murid yang tidak mengambil endah apabila markah kumpulan mereka

dipotong / dikurangkan. Mereka menganggap pengurangan markah merit tersebut tidak memberi

kesan apa-apa terhadap diri mereka. Tetapi masih ada lagi murid yang mengawal tingkah laku

disiplin mereka di dalam kelas kerana bimbang markah merit mereka akan dikurangkan.

ANALISIS

Maka, apakah faktor yang menyebabkan masalah ini masih lagi berlaku?

Mengapa terdapat sebahagian murid tidak mengambil endah terhadap sistem merit yang

dilaksanakan di dalam kelas?

Adakah jadual sikap murid dianggap sebagai perkara biasa?

Adakah jadual tersebut tidak memberi kepentingan kepada murid-murid?

Adakah murid mengganggap sistem ini tidak akan membantu mereka di dalam kelas

CADANGAN

Sebagai salah satu langkah selain daripada melaksanakan sistem jadual sikap murid, guru

juga boleh mewujudkan sistem ganjaran dan dendaan kepada murid. Murid-murid yang berjaya

memperoleh mata yang tertinggi dan menunjukkan pekerti yang baik akan menerima ganjaran

berbentuk hadiah atau saguhati pada tempoh-tempoh masa yang tertentu. Berbeza pula bagi murid

yang memperoleh mata yang terendah akan dikenakan dendaan seperti membersihkan kelas

selepas waktu persekolahan, diberi latihan tambahan, mengemas bilik-bilik khas dan lain-lain.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIFMINGGU KETIGA

(16 FEBRUARI – 17 FEBRUARI 2015 )ISU : KAWALAN DISIPLIN KELAS (BAHAGIAN 2)

Page 2: Jurnal minggu 3

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 3

TEMPOH MASA

16 Februari – 17 Februari 2015

TINDAKAN SUSULAN

Pemberian ganjaran ini akan diberikan secara mingguan atau bulanan. Begitu juga dengan

dendaan. Sekiranya murid yang bermasalah sudah menunjukkan perkembangan yang baik, maka

dendaan tersebut akan dikurangkan / dihentikan dan markah merit akan ditambah. Tetapi jika

murid yang bermasalah itu masih lagi tidak menunjukkan perubahan yang positif, guru akan

mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan langkah penyelesaian masalah tingkah laku

murid sama ada merujuk kepada kaunselor atau pihak pentadbiran yang terlibat.