jurnal-minggu-2

3
1 JURNAL 2015 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG Bilangan Jurnal : 3 Minggu praktikum : Minggu Ketiga Tarikh peristiwa / kejadian : 10 Ogos 2015 – 14 Ogos 2015 Tajuk Jurnal : Kawalan kelas PPKI A Masalah / Peristiwa 1.0 Masalah Murid bising dan susah dikawal semasa aktiviti dijalankan. 1.1 Persoalan? Bagaimanakah seseorang guru dapat memastikan murid dapat dikawal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sejauh manakah langkah yang dipraktikkan berkesan kepada murid-murid? 2.0 Perkembangan Masalah Saya diamanahkan untuk masuk dan mengajar kelas PPKI A yang terdiri daripada 8 orang murid. Semasa saya masuk ke kelas dan menjalankan sesi P&P kawalan kelas memang tidak memuaskan. Terdapat sebahagian murid tidak memberi tumpuan dan bercakap-cakap semasa P&P atau aktiviti berjalan. 3.0 Analisis Masalah Masalah ini berlarutan apabila terdapat murid yang sangat suka bercakap semasa saya bercakap atau semasa saya memberikan arahan. MOHAMAD ZULHILMI BIN HUSSIN PISMP PKMP SK 2 JAN 2013

Upload: cie92

Post on 06-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL-MINGGU-2

1

JURNAL 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

Bilangan Jurnal : 3

Minggu praktikum : Minggu Ketiga

Tarikh peristiwa / kejadian : 10 Ogos 2015 – 14 Ogos 2015

Tajuk Jurnal : Kawalan kelas PPKI A

Masalah / Peristiwa

1.0 Masalah

Murid bising dan susah dikawal semasa aktiviti dijalankan.

1.1 Persoalan?

Bagaimanakah seseorang guru dapat memastikan murid dapat dikawal semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Sejauh manakah langkah yang dipraktikkan berkesan kepada murid-murid?

2.0 Perkembangan Masalah

Saya diamanahkan untuk masuk dan mengajar kelas PPKI A yang terdiri daripada 8

orang murid. Semasa saya masuk ke kelas dan menjalankan sesi P&P kawalan kelas

memang tidak memuaskan. Terdapat sebahagian murid tidak memberi tumpuan dan

bercakap-cakap semasa P&P atau aktiviti berjalan.

3.0 Analisis Masalah

Masalah ini berlarutan apabila terdapat murid yang sangat suka bercakap semasa saya

bercakap atau semasa saya memberikan arahan.

MOHAMAD ZULHILMI BIN HUSSIN PISMP PKMP SK 2 JAN 2013

Page 2: JURNAL-MINGGU-2

2

JURNAL 2015

Tindakan

Saya telah menggunakan sistem token di dalam kelas semasa sesi P&P yang saya

laksanakan. Sistem ini dibuat dengan memberi token kepada kumpulan yang

menunjukkan nilai-nilai murini dan berkelakuan baik di dalam kelas. Manakala kumpulan

atau ahli kumpulan yang menunjukkan kelakuan yang kurang baik akan diambil semula

token. Ini secara tidak langsung dapat membantu mendisiplinkan murid dan membentuk

nilai-nilai positif dalam kalangan murid semasa belajar mahupun semasa melaksanakan

aktiviti kumpulan seperti perbincangan.

Saya juga melihat aspek murid yang gemar dan suka untuk bersaing antara satu

samalain, selain tu murid juga suka dengan peneguhan berbentuk virtual.

Selain itu, saya juga merancang dan melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan

dan melibatkan keseluruhan murid di dalam kelas agar tidak ada murid yang melakukan

kerja lain dan membuat bising semasa aktiviti dijalankan.

.

Tempoh Masa Tindakan susulan

Kaedah ini perlu dijalankan sepanjang masa agar murid-murid lebih bersemangat selain

menjadi satu landasan kepada mereka untuk mencapai peningkatan yang lebih berkesan.

Tinjauan Literatur

Dalam buku Budaya dan Pembelajaran ada menyatakan;

“Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Melalui cara ini, guru akan dapat

mengurangkan permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah

yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai bukan satu ukuran yang

subjektif. Keadaan ini merupakan satu cabaran bagaimana guru mampu

mengkoordinasi murid melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing,

penyelia, pengawal dan penggerak dengan menggunakan pelbagai pendekatan.....

(ms 63). Ketegasan terhadap disiplin murid ketika sesi p&p perlu dilakukan dengan

pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan bukan bertujuan

untuk mendera tetapi lebih kepada pengajaran....(ms 64).

Kenapa saya membangkitkan isu tindakan guru dalam mempengaruhi tingkah laku

murid? Kita harus melihat dari segi persekitaran dan keadaan untuk melaksanakan

sesuatu pendekatan. Penyataan di atas atas menyatakan bahawa seseorang guru

MOHAMAD ZULHILMI BIN HUSSIN PISMP PKMP SK 2 JAN 2013

Page 3: JURNAL-MINGGU-2

3

JURNAL 2015

itu harus bertindak sebagai pengawal dan ketegasan terhadap disiplin murid. Tidak

semestinya seseorang guru harus garang, agresif dan bersifat autokratik untuk

mengawal seseorang murid. Kenapa tidak menggunakan pengurusan persekitaran

dari segi sosio-emosi?

Menurut woolfolk (1990), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit,

mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Tandatangan :.................................................

Nama :................................................

Tarikh :.................................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan :.................................................

Nama :.................................................

Tarikh :.................................................

MOHAMAD ZULHILMI BIN HUSSIN PISMP PKMP SK 2 JAN 2013