jurnal minggu 2

3
Bilangan Jurnal : 2/12 Minggu Praktikum : Minggu Kedua Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 FEBRUARU 2015 Tajuk Jurnal : Murid menghadapi masalah untuk menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul. 1. Masalah / Peristiwa Pada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2015, saya telah menghadapi masalah semasa melaksanakan Tunjang Fizikal dan Estetika – Kreativiti (KTI) bagi standard pembelajaran KTI 2.1.4 Menyanyi dengan sebutan yang jelas. Masalah yang timbul ialah murid menghadapi masalah untuk menyebut lirik lagu “Jari Saya” dengan sebutan yang jelas. Oleh yang demikian, terdapat segelintir murid tidak dapat menyanyikan lagu dengan lancar dengan iringan muzik. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam lagu “Jari Saya” terlalu panjang seperti “telunjuk” dan “terkecil”. Berdasarkan pemerhatian, dapat dilihat beberapa orang murid yang terdiri daripada umur 5 tahun menghadapi masalah dalam menyebut perkataan tersebut. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya penekanan daripada guru dalam aktiviti membaca lirik lagu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada aktiviti nyanyian lagu “Jari Saya”. Tambahan pula, guru tidak mengulang semula bacaan lirik lagu baris demi baris sebelum aktiviti menyanyi. Justeru itu, hal ini menyebabkan murid menghadapi masalah dalam menyanyikan lagu “Jari Saya” dengan sebutan yang jelas. 3. Cadangan Tindakan Susulan

Upload: amy-tucker

Post on 19-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jurnal mingguan

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 2/12Minggu Praktikum : Minggu Kedua Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 FEBRUARU 2015 Tajuk Jurnal : Murid menghadapi masalah untuk menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul.

1. Masalah / PeristiwaPada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2015, saya telah menghadapi masalah semasa melaksanakan Tunjang Fizikal dan Estetika Kreativiti (KTI) bagi standard pembelajaran KTI 2.1.4 Menyanyi dengan sebutan yang jelas. Masalah yang timbul ialah murid menghadapi masalah untuk menyebut lirik lagu Jari Saya dengan sebutan yang jelas. Oleh yang demikian, terdapat segelintir murid tidak dapat menyanyikan lagu dengan lancar dengan iringan muzik.

2. AnalisisMasalah ini timbul kerana terdapat beberapa perkataan yang digunakan dalam lagu Jari Saya terlalu panjang seperti telunjuk dan terkecil. Berdasarkan pemerhatian, dapat dilihat beberapa orang murid yang terdiri daripada umur 5 tahun menghadapi masalah dalam menyebut perkataan tersebut. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurangnya penekanan daripada guru dalam aktiviti membaca lirik lagu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada aktiviti nyanyian lagu Jari Saya. Tambahan pula, guru tidak mengulang semula bacaan lirik lagu baris demi baris sebelum aktiviti menyanyi. Justeru itu, hal ini menyebabkan murid menghadapi masalah dalam menyanyikan lagu Jari Saya dengan sebutan yang jelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Semasa memperkenalkan sebuah lagu kanak-kanak kepada murid prasekolah, saya akan melaksanakan aktiviti membaca lirik lagu baris demi baris beberapa kali bagi memastikan setiap murid dapat menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul. b) Saya akan menyediakan carta lirik lagu baris demi baris dalam satu slide show bagi satu baris lirik lagu bagi memudahkan murid membaca lagu baris demi baris dengan lebih mudah. c) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang bersama rakan praktikum saya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Teknik menyanyi merupakan satu teknik yang dapat menarik minat murid untuk menjalani sebuah pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bersemangat. Di samping itu, penguasaan lirik lagu dengan sebutan yang betul akan membimbing murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan ilmu pengetahuan mereka sambil berhibur bersama rakan-rakan. Sekiranya, guru dapat mengaplikasikan teknik ini dengan baik, maka pelajar akan dapat mencapai objektif pembelajaran secara menyeluruh.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : _______________________ Tandatangan : _______________________Nama : _______________________ Nama : _______________________Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________