jurnal minggu 1

4
JURNAL MINGGU 1 MASALAH Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir untuk tempoh 8 minggu. Major saya adalah dalam subjek Sains dan minor Pendidikan Jasmani. Pada minggu pertama ini, saya perlu melakukan aktiviti pengurusan seperti mendapatkan jadual dan sekiranya berkesempatan saya akan masuk ke kelas yang diberikan untuk membuat sedikit pengurusan kelas. Pada hari Selasa saya memperoleh jadual waktu untuk subjek major dan saya harus berbincang dengan guru pembimbing untuk menyusun jadual subjek. Pada minggu ini saya telah diberikan kesempatan untuk masuk mengajar ke kelas yang diberikan buat kali pertama. Setelah saya mengajar di kelas tersebut, saya mendapati ramai murid yang tidak mengamalkan disiplin dan rutin yangbaikdidalamkelas. ANALISIS MASALAH Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif

Upload: tengkufarhan90

Post on 18-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum, sem 5, ipg, ipg kpp, sains, major, sk bukit gambir

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL MINGGU 1

JURNAL MINGGU 1

MASALAH  

Saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir untuk tempoh 8

minggu. Major saya adalah dalam subjek Sains dan minor Pendidikan Jasmani. Pada

minggu pertama ini, saya perlu melakukan aktiviti pengurusan seperti mendapatkan

jadual dan sekiranya berkesempatan saya akan masuk ke kelas yang diberikan untuk

membuat sedikit pengurusan kelas. Pada hari Selasa saya memperoleh jadual waktu

untuk subjek major dan saya harus berbincang dengan guru pembimbing untuk

menyusun jadual subjek. Pada minggu ini saya telah diberikan kesempatan untuk

masuk mengajar ke kelas yang diberikan buat kali pertama. Setelah saya mengajar di

kelas tersebut, saya mendapati ramai murid yang tidak mengamalkan disiplin dan rutin

yangbaikdidalamkelas.

ANALISIS MASALAH 

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’

atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan

aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel

pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah

juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara

umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak

murid mereka.

Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah

memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh

membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

Page 2: JURNAL MINGGU 1

Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat yang

berikut:

• menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai

• membentuk suasana pembelajaran yang positif

• menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-guru dan murid-murid

• menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum

• meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p

• mengurangkan masalah disiplin

• pengurusan rutin yang berkesan

• murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

CADANGAN

Untuk meningkatkan disiplin murid serta menghalang perkara yang boleh mengganggu,

peraturan kelas perlu ditetapkan di dalam kelas. Antara yang peraturan yang boleh

ditetapkan ialah :

1. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima

pelajaran dari guru.

2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.

3. Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.

4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.

5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur..

6. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.

7. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.

8. Sentiasa mematuhi arahan guru

Page 3: JURNAL MINGGU 1

TINDAKAN SUSULAN  

Sambil mengajar, murid telah di terangkan mengenai peraturan-peraturan tersebut.

CATATAN :

Murid telah mendapat penerangan tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

oleh guru. Oleh itu saya berharap agar segala peraturan yang telah diberikan dapat

diingat, diterima, diikuti dan diamalkan oleh semua murid.