jurnal-minggu-1

7
16 APRIL , 2015 [SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-10-5290] A) MASALAH /ISU/ PERISTIWA YANG DIFOKUSKAN Saya sedang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun. Latihan praktikum ini mengambil masa selama 4 minggu iaitu bermula pada 12 April 2015 hingga 07 Mei 2015. Ini merupakan minggu pertama dan juga merupakan minggu suai kenal. Pada hari pertama, saya masih belum mendapatkan jadual waktu daripada Guru Pembimbing Pendidikan Khas saya iaitu Pn.Alawiah dan masih dalam proses suai kenal. Sek.Keb. Bukit Jenun merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak dalam kawasan luar bandar. Saya perlu menyesuaikan diri saya dengan sekolah ini. Saya berasa amat gementar apabila mendaftar di sekolah pada 12 April 2015 kerana ini merupakan praktikum fasa pertama bagi saya. Saya merasakan diri saya masih ketandusan ilmu jika dibandingkan dengan guru-guru berpengalaman di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun yang lama mengajar dan mempunyai pengetahuan luas. Perbezaan pengalaman mengajar yang tinggi antara saya dengan guru-guru di kelas pendidikan khas ini. Oleh itu, pada awalnya saya berasa agak malu untuk JURNAL MINGGU PERTAMA Page 1 MINGGU : 1 TAJUK : PENULISAN JURNAL NAMA : SHARANYA A/P MURUGESU KURSUS / AMBILAN : PISMP AMBILAN 2013 TEMPOH PRAKTIKUM : 4 MINGGU PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 2

Upload: sharanya-murugesu

Post on 24-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jurnal praktikum 1

TRANSCRIPT

16 APRIL , 2015[SHARANYA A/P MURUGESU / 921111-10-5290]

A) MASALAH /ISU/ PERISTIWA YANG DIFOKUSKANSaya sedang menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun. Latihan praktikum ini mengambil masa selama 4 minggu iaitu bermula pada 12 April 2015 hingga 07 Mei 2015. Ini merupakan minggu pertama dan juga merupakan minggu suai kenal. Pada hari pertama, saya masih belum mendapatkan jadual waktu daripada Guru Pembimbing Pendidikan Khas saya iaitu Pn.Alawiah dan masih dalam proses suai kenal. Sek.Keb. Bukit Jenun merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak dalam kawasan luar bandar. Saya perlu menyesuaikan diri saya dengan sekolah ini.

Saya berasa amat gementar apabila mendaftar di sekolah pada 12 April 2015 kerana ini merupakan praktikum fasa pertama bagi saya. Saya merasakan diri saya masih ketandusan ilmu jika dibandingkan dengan guru-guru berpengalaman di Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun yang lama mengajar dan mempunyai pengetahuan luas. Perbezaan pengalaman mengajar yang tinggi antara saya dengan guru-guru di kelas pendidikan khas ini. Oleh itu, pada awalnya saya berasa agak malu untuk bertanyakan perkara-perkara yang tidak difahami. Perasaan malu membataskan pergaulan saya dengan guru-guru di bilik guru kelas Pendidikan Khas. Secara langsung , perkara ini telah menjejaskan proses komunikasi saya.Berdasarkan pencarian maksud penyesuaian dalam internet, Raflen Gerungans Blog yang dicipta oleh Raflen A. Gerungan (1999) (Fakultas Matematiks dan Ilmu Pengetahuan Alam, Universitas Negeri Manado) menyatakan:

Penyesuaian dapat dimaksudkan adaptasi; dapat mempertahan eksistensinya, atau memperoleh kesejahteraan jasmani dan rohani, dan dapat mengadakan relasi yang memuaskan dengan tuntutan sosial. Selain daripada itu, penyesuaian dapat diertikan sebagai menyesuaikan sesuatu dengan standard atau prinsip.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan saya berasa kurang selesa dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran ini. Mengikut Raflen A. Gerungan faktor-faktor yang mempengaruhi proses penyesuaian diri adalah berikut:

1. Kondisi-kondisi fisik, termasuk di dalamnya keturunan, konstitusi fisik, susunan saraf, kelenjar, dan system otot, kesehatan, penyakit, dan sebagainya.

2. Perkembangan dan kematangan, khususnya kematangan intelektual, sosial, moral, dan emosional.

3. Penentuan psikologi, termasuk pengalaman, pebelajaran, pengkondisian, penentuan diri, frustasi, dan konflik.

4. Kondisi lingkungan, khususnya keluarga dan sekolah.

5. Penentuan kebudayaan termasuk agama.

Saya ingin memperbaiki keadaan ini supaya saya dapat menjalankan praktikum di SK Bukit Jenun dengan baik. Saya juga berharap saya dapat menyesuaikan diri dengan secepat mungkin untuk melancarkan pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.

ANALISIS MASALAHTeori ini telah diperkenalkan oleh Charles Berger(1987).Teori ini memperkatakan dengan memberi fokus terhadap pengunaan komunikasi manusia bagi memperoleh pengetahuan selain membentuk persefahaman atau persamaan antara satu sama lain apabila saling berkomunikasi.

Terdapat tujuh aksiom yang telah diperkenalkan oleh Berger(1987),

A. Apabila tahap komunikasi verbal antara seseorang yang baru sahaja berkenalan meningkat,maka tahap ketidakpastian akan berkurangan.

B. Apabila tahap komunikasi bukan verbal meningkat,maka tahap ketidakpastian berkurangan.Kekurangan ketidakpastian menyebabkan bertambahnya komunikasi bukan verbal.C. Apabila tahap ketidakpastian tinggi, perlakuan mencari maklumat akan meningkat dan begitu juga sebaliknya.

D. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi dalam sesuatu hubungan,boleh menyebabkan kemesraan berkurangan.

E. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi,akan menghasilkan kadar timbal balik yang tinggi,begitu juga sebaliknya.

F. Apabila berlaku,persamaan antara individu,ia akan mengurangkan ketidakpastian. Sekiranya berlaku ketidaksamaan,ia akan meningkatkan ketidakpastian.

G. Apabila tahap ketidakpastian yang tinggi akan menyebabkan kita kurang meminati,manakala kurangnya ketidakpastian akan menyebabkan kita lebih menyukainya. Menurut DeVito(1997) kumpulan merupakan himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama. Namun boleh berlaku pertembungan antara komunikasi interpersonal dan komunikasi kumpulan kecil.Menurut Howard H. Dean, komunikasi adalah pelbagai cara untuk menyampaikan fikiran dan perasaan kepada khalayak ramai dan juga penerimaan fikiran dan perasaan dari orang lain. Satu proses untuk menyampaikan dan menerima idea-idea dan perasaan dengan tujuan untuk menukar perilaku orang ramai (Everett M. Rogers). Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat(Sillars).Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat ketara dalam komunikasi.

2. CADANGAN Saya mengkaji punca-punca yang menyebabkan rasa gementar dan malu dalam diri saya. Oleh itu, saya menyusun beberapa langkah demi menangani masalah tersebut agar saya dapat menyesuaikan diri dengan guru-guru di Sekolah kebangsaan Bukit Jenun.

A. Saya perlu beramah mesra dengan guru-guru di Sekolah tersebut. Saya perlu bertegur sapa apabila berjumpa dengan guru-guru ataupun memberi senyuman sebagai tanda menghormati dan ingin berkenalan.B. Saya perlu bertanya atau berbincang dengan guru pembimbing saya tentang rancangan proses pengajaran dan pembelajaran saya.C. Pada waktu rehat, saya perlu bersama murid-murid bagi beramah mesra agar dapat menyesuaikan diri dengan murid-murid sekolah Bukit Jenun terutamnya murid-murid bekeperluan khas

.3. TEMPOH PELAKSANAAN

12 April 2015 hingga 07 Mei 2015Pada hari pertama di sekolah, saya telah menyedari kelemahan diri saya iaitu rasa gementar dan malu . Pada keesokan harinya, saya mempraktikkan strategi-strategi yang disusun bagi mengatasi kelemahan diri saya dalam jangka masa yang singkat. 4. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan mempraktikkan pelbagai kaedah misalnya beramah mesra bersama guru-guru, amalan bersalam agar dapat menyesuaikan diri dengan guru-guru dan murid-murid di Sekolah tersebut dalam waktu yang terdekat. Secara langsung, meluaskan pergaulan saya dengan guru-guru dan dapat berinteraksi secara positif. Tuntasnya, saya dapat meningkatkan potensi diri saya, dan merealisasikan falsafah pendidikan negara.5. Kesimpulan

Secara kesimpulanya, masalah komunikasi ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Pendek kata buang yang keruh, ambil yang jernih, amalan yang baik perlu diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan kegemilangan generasi bakal pemimpin.

6. BIBLIOGRAPHYGerrard Macintosh,Customer Orientation and Relationship Quality,Journal of Service

Marketing,2007,21/3,150-159

Philip H. Siegel,James W. Smith,Joseph B. Mosca,Mentoring Relationship and

Interpersonal Relationship,Leadership and Organization Journal,2001,22/3,114-125

Philip Salem,The Seven Comunications Reasons Organizations Do Not

Change,Corporate Communications:An International Journal,2008,13/33,333-348

Pandangan / Komen Guru Pembimbing

..

Tarikh : Tandatangan :............

Nama :..

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbingan

Tarikh : Tandatangan :..

Nama :.MINGGU : 1

TAJUK : PENULISAN JURNAL

NAMA: SHARANYA A/P MURUGESU

KURSUS / AMBILAN : PISMP AMBILAN 2013

TEMPOH PRAKTIKUM : 4 MINGGU

PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN 2

Catatan Mingguan (1) .

Tarikh : 13 Julai 2014 17 Julai 2014

JURNAL MINGGU PERTAMAPage 1