jurnal internship

6
Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian / Tajuk Jurnal : : : : Ke-1 Pertama 4 Julai- 8 Julai 2010 Melapor diri dan merancang projek Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan mingguan. Pada hari pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya. Kami juga diberi amanah untuk mengajar empat waktu seminggu dan kelas yang terlibat adalah kelas yang pernah kami mengajar sewaktu praktikum siri tiga yang lalu. Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang. Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini. Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh : Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh : Bilangan Jurnal : Ke-2

Upload: khadijah-kathy

Post on 01-Jul-2015

636 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: jurnal internship

Bilangan Jurnal

Minggu Internship

Tarikh Peristiwa /

Kejadian /

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-1

Pertama

4 Julai- 8 Julai 2010

Melapor diri dan merancang projek

Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Kebangsaan

Sungai Lalang. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk

mengikuti perhimpunan mingguan.

Pada hari pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang

kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh

internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan

sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya.

Kami juga diberi amanah untuk mengajar empat waktu seminggu dan kelas yang

terlibat adalah kelas yang pernah kami mengajar sewaktu praktikum siri tiga yang lalu.

Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas

kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang.

Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik

dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 2: jurnal internship

Bilangan Jurnal

Minggu Internship

Tarikh Peristiwa /

Kejadian /

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-2

Kedua

11 Julai- 15 Julai 2010

Melaksanakan projek pertama

Projek pertama yang saya laksanakan adalah menjadi guru bertugas mingguan

bersama beberapa orang rakan guru yang lain. Ini merupakan pengalaman baru yang

amat bermakna kepada saya.

Pada minggu ini, saya banyak melakukan persediaan untuk bertugas dan

menyiapkan kertas kerja untuk projek seterusnya. Selain itu, pengalaman sebagai guru

bertugas amat memberi makna kepada saya dalam menajamkan lagi kemahiran-

kemahiran dalam menjadi seorang guru yang cemerlang. Selain itu, tahap keyakinan

saya dalam berucap di kalayak ramai dapat ditingkatkan dengan latihan seperti ini.

Kali pertama bertugas saya diuji dengan masalah seorang pelajar perempuan

tahun 5 yang sakit dan ingin pulang ke rumah. Saya perlu bertanya dan berhubung

dengan guru-guru bertugas yang lain kerana tidak mengetahui prosedur dan proses

menghantar murid pulang. Dengan bantuan guru-guru bertugas yang lain masalah ini

dapat di atasi dengan baik. Murid ini berjaya dihantar pulang dan beransur pulih.

Disamping itu, pada hari Rabu kami juga terlibat dengan Bulan Kecergasan dan

menjadi urusetia pertandingan Bola Jaring dan Futsal. Pengalaman yang menarik

seperti ini menjadikan sesi internship kali ini lebih menyeronokkan.

Page 3: jurnal internship

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 4: jurnal internship

Bilangan Jurnal

Minggu Internship

Tarikh Peristiwa /

Kejadian /

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-3

Ketiga

18 Julai- 22 Julai 2010

Minggu Pameran dan Pertandingan Rekacipta &

Inovasi.

Projek kedua yang kami laksanakan adalah Pameran dan Pertandingan

Rekacipta dan Inovasi. Pameran ini mensasarkan semua murid tahun 1, 4 dan 5.

Selain daripada memenuhi keperluan internship, projek ini juga selaras dengan

keperluan kajian tindakan saya dalam menekankan kreativiti murid dalam bidang

membentuk dan membuat binaan.

Oleh yang demikian, pameran dijalankan untuk mendekatkan diri mereka dengan

hasil karya yang lebih menarik dan kreatif serta inovatif. Pameran yang dijalankan

selama sehari disusuli dengan pertandingan rekacipta dan inovasi selama dua hari.

Semua murid memberi komitmen yang amat baik dan saya berbangga dengan jumlah

penyertaan yang memberansangkan. Hasil karya yang mereka hasilkan lebih menarik

dan menepati kehendak pertandingan.

Penutupan pameran dan pertandingan disempurnakan dengan majlis

penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 5: jurnal internship

Bilangan Jurnal

Minggu Internship

Tarikh Peristiwa /

Kejadian /

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-4

Keempat

25 Julai- 29 Julai 2010

Melaksanakan projek terakhir

Minggu terakhir ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk kami. Kami telah

menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Tahun 6 & Nisfu Syaaban. Majlis ini merupakan

anjuran bersama guru pelatih, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan

Islam.

Majlis ini berlangsung pada malam 26 Julai dan kehadiran murid-murid bersama

waris menjayakan program ini. Selain itu, kami juga bertungkus lumus menyiapkan

bendera Malaysia sepanjang 50 meter sebelum kami berangkat pulang dan

menamatkan sesi internship kali ini.

Kami harap segala sumbangan dan penglibatan kami pada kali ini memberi

seribu kebaikan dan manfaat untuk kejayaan bersama semua pihak. Kami telah

menjalankan satu sesi internship yang penuh makna dan lebih seronok. Dengan

wujudnya sesi internship ini, saya dan rakan menjadi lebih rapat dengan seisi warga

sekolah terutamanya guru-guru, murid-murid, pihak pentadbir, tukang kebun, dan

semua warga sekolah ini. Kami menjalankan satu sesi praktikal yang amat

menyeronokkan dan memberi pengalaman sebenar yang penuh makna.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 6: jurnal internship