jurnal 8

3
JURNAL 8 MINGGU KESEMBILAN 18 MAC – 22 MAC 2013 PEMILIHAN FOKUS Daya ingatan murid dalam menghafal sifir bagi kelas 4 Dedikasi MENGANALISIS Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid kelas 4 Dedikasi. Saya dapati daya ingatan mereka sangat lemah dalam menghafal sifir. Mereka cepat lupa dan proses ingatan mereka hanya dalam masa jangka pendek. Saya mengajar mereka tajuk pecahan. Dalam tajuk menukarkan pecahan setara kepada pecahan termudah, pengajaran ini melibatkan penggunaan sifir. Kebanyakan daripada mereka tidak menghafal sifir. Bayangkan sifir 2 yang mudah itu mereka tidak ingat, apatah lagi sifir 6, 7, 8 dan seterusnya mereka langsung tidak ingat. Perkara ini telah menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan latihan bagi tajuk pecahan ini. Apabila mereka tidak mengingat sifir, banyak operasi yang mereka tidak boleh buat terutamanya operasi bahagi. Saya dapati Ujian pertengahan Semester baru-baru ini melibatkan operasi bahagi, ramai di antara mereka tidak menjawab soalan tersebut. Perkara ini telah merugikan markah mereka dan juga mereka. PERASAAN / BISIKAN HATI Perasaan : Saya berasa kecewa dengan sikap murid-murid pada masa kini yang sangat-sangat tebal sikap ‘M’ mereka. Mereka tidak mahu berusaha langsung dan mengharapkan guru yang sentiasa memberikan jawapan kepada mereka. Tambahan, saya dapati mereka

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

43 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 8

JURNAL 8

MINGGU KESEMBILAN

18 MAC – 22 MAC 2013

PEMILIHAN FOKUS

Daya ingatan murid dalam menghafal sifir bagi kelas 4 Dedikasi

MENGANALISIS

Saya telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid kelas 4

Dedikasi. Saya dapati daya ingatan mereka sangat lemah dalam menghafal sifir.

Mereka cepat lupa dan proses ingatan mereka hanya dalam masa jangka pendek.

Saya mengajar mereka tajuk pecahan. Dalam tajuk menukarkan pecahan setara

kepada pecahan termudah, pengajaran ini melibatkan penggunaan sifir. Kebanyakan

daripada mereka tidak menghafal sifir. Bayangkan sifir 2 yang mudah itu mereka

tidak ingat, apatah lagi sifir 6, 7, 8 dan seterusnya mereka langsung tidak ingat.

Perkara ini telah menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan latihan bagi

tajuk pecahan ini. Apabila mereka tidak mengingat sifir, banyak operasi yang mereka

tidak boleh buat terutamanya operasi bahagi. Saya dapati Ujian pertengahan

Semester baru-baru ini melibatkan operasi bahagi, ramai di antara mereka tidak

menjawab soalan tersebut. Perkara ini telah merugikan markah mereka dan juga

mereka.

PERASAAN / BISIKAN HATI

Perasaan :

Saya berasa kecewa dengan sikap murid-murid pada masa kini yang sangat-sangat

tebal sikap ‘M’ mereka. Mereka tidak mahu berusaha langsung dan mengharapkan

guru yang sentiasa memberikan jawapan kepada mereka. Tambahan, saya dapati

mereka terlalu banyak bermain sehingga lupa untuk mengulang kaji mata pelajaran.

Saya sedih melihat keadaan mereka kerana mereka masih muda dan tidak

sepatutnya mereka mensia-siakan pelajaran mereka begitu sahaja. Saya sudah cuba

sedaya upaya untuk menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik tetapi

sayangnya mereka tidak berminat. Pernah saya bertanya kepada mereka sama ada

mereka minat matematik atau pun tidak, kebanyakan menjawab tidak minat. Saya

meminta mereka memberikan alasan mengapa mereka tidak minat. Mereka kata

mereka tidak faham. Mereka tidak faham bahasa Inggeris jadi mereka tidak tahu apa

yang dikatakan di dalam buku. Mendengar pernyataan anak-anak murid saya, saya

Page 2: Jurnal 8

JURNAL 8

merasa sedih kerana majoriti daripada mereka terdiri daripada bangsa Melayu. Apa

akan jadi kepada bangsa Melayu jika dari peringkat awal lagi mereka sudah

kecundang?

Kesedaran / Harapan :

Berdasarkan apa yang berlaku, saya sedar bahawa saya perlu melakukan sesuatu

kepada mereka. Dalam subjek matematik, kebiasaannya murid perlu kerap diberikan

latihan dalam pengiraan supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik tersebut.

Selain itu, dalam pelajaran ini juga, aktiviti pengulangan perlu kerap dijalankan.

Kaedah ini bertujuan supaya ingatan mereka lebih kukuh. Saya juga perlu

pelbagaikan bahan bantu belajar serta mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian

dengan tahap pencapaian murid-murid.

CADANGAN / TINDAKAN

Untuk pengajaran akan datang, saya akan :

Mengaplikasikan teknik-teknik untuk mengingat supaya ingatan anak-anak

murid saya lebih kukuh.

Menggunakan teknik latih tubi supaya mereka dapat mengukuhkan lagi

kemahiran pengiraan mereka.

Melakukan pengulangan tentang sesuatu tajuk atau kemahiran berulang kali

sehingga saya rasakan mereka telah menguasai tentang tajuk tersebut.

Perbanyakan soalan di dalam lembaran kerja serta latihan sebagai kerja

rumah.

Memberikan carta darab kepada mereka seorang satu supaya mereka mudah

bawa ke mana-mana untuk menghafal sifir.

Menjalankan kuiz, ujian ringkas tentang tajuk sifir.