jurnal 6

2
JURNAL 6 MINGGU KETUJUH 4 MAC – 8 MAC 2013 PEMILIHAN FOKUS MENGANALISIS PERASAAN / BISIKAN HATI CADANGAN/ TINDAKAN Bilik pemulihan Pada minggu ini, PPD datang memantau di sekolah saya. Memandangkan PPD akan datang memantau sekolah saya, saya dan rakan praktikum saya ditugaskan untuk menceriakan bilik pemulihan memandangkan keadaan bilik pemulihan yang tidak berapa ceria. Saya lihat bilik pemulihan tersebut, terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik. Tetapi, sayangnya tidak digunakan dan dimanfaatkan. Hal ini menyebabkan bahan- bahan tersebut nampak lama dan berhabuk. Saya cuba untuk melihat bahan bantu mengajar yang boleh dijadikan hiasan dan boleh digunakan untuk P&P. saya terfikir mengapa bahan-bahan ini tidak digunakan? Sedangkan terdapat banyak BBM yang menarik. Tambahan, hiasan dalam bilik pemulihan tersebut tampak lama dan tidak menarik lagi. Keadaan bilik pemulihan sangat luas, sayangnya saya lihat tidak dimanfaatkan penggunaan bilik PERASAAN: Saya amat gembira sebenarnya menghias bilik pemulihan kerana saya dapat bayangkan di masa akan datang bagaimana saya akan menghias bilik pemulihan saya sendiri. Di samping itu, aktiviti menghias bilik ini merupakan minat saya. jadi saya akan mengaplikasikan kreativiti saya dalam menghias bilik pemulihan ini. KESEDARAN: Melihat keadaan ini, saya menyedari bahawa apabila saya menjadi guru pemulihan kelak, bilik pemulihan ini merupakan tanggungjawab saya. saya yang akan mencorakkan dan menghiaskan bilik tersebut. cantik Berikutan dengan perkara ini, saya telah melaksanakan tindakan seperti berikut: Merancang hiasan yang bakal dihias untuk bilik pemulihan. Meminta peruntukan daripada guru pemulihan untuk membeli bahan-bahan hiasan untuk bilik pemulihan. Membeli barang- barang hiasan untuk bilik pemulihan. Meminta pertolongan rakan praktikum untuk membantu menceriakan bilik pemulihan. Minta pendapat dan komen daripada guru pembimbing apa lagi keperluan yang diperlukan untuk menghias bilik pemulihan. Mula menghias bilik pemulihan sehingga 6 Mac 2013.

Upload: anati-azizan

Post on 07-Aug-2015

25 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 6

JURNAL 6

MINGGU KETUJUH4 MAC – 8 MAC 2013

PEMILIHAN FOKUS

MENGANALISIS PERASAAN / BISIKAN HATI

CADANGAN/ TINDAKAN

Bilik pemulihan

Pada minggu ini, PPD datang memantau di sekolah saya. Memandangkan PPD akan datang memantau sekolah saya, saya dan rakan praktikum saya ditugaskan untuk menceriakan bilik pemulihan memandangkan keadaan bilik pemulihan yang tidak berapa ceria. Saya lihat bilik pemulihan tersebut, terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik. Tetapi, sayangnya tidak digunakan dan dimanfaatkan. Hal ini menyebabkan bahan-bahan tersebut nampak lama dan berhabuk. Saya cuba untuk melihat bahan bantu mengajar yang boleh dijadikan hiasan dan boleh digunakan untuk P&P. saya terfikir mengapa bahan-bahan ini tidak digunakan? Sedangkan terdapat banyak BBM yang menarik. Tambahan, hiasan dalam bilik pemulihan tersebut tampak lama dan tidak menarik lagi. Keadaan bilik pemulihan sangat luas, sayangnya saya lihat tidak dimanfaatkan penggunaan bilik tersebut dengan baik.

PERASAAN:Saya amat gembira sebenarnya menghias bilik pemulihan kerana saya dapat bayangkan di masa akan datang bagaimana saya akan menghias bilik pemulihan saya sendiri. Di samping itu, aktiviti menghias bilik ini merupakan minat saya. jadi saya akan mengaplikasikan kreativiti saya dalam menghias bilik pemulihan ini.

KESEDARAN:Melihat keadaan ini, saya menyedari bahawa apabila saya menjadi guru pemulihan kelak, bilik pemulihan ini merupakan tanggungjawab saya. saya yang akan mencorakkan dan menghiaskan bilik tersebut. cantik hiasannya, maka cantiklah hasil. Bukannya apabila pelawat hendak datang baru saya tergopoh gapah untuk menghias bilik. Saya sepatutnya bermula daripada peringkat awal lagi. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Saya akan buat yang terbaik demi anak-anak pemulihan dan juga bilik pemulihan itu sendiri.

Berikutan dengan perkara ini, saya telah melaksanakan tindakan seperti berikut: Merancang hiasan yang

bakal dihias untuk bilik pemulihan.

Meminta peruntukan daripada guru pemulihan untuk membeli bahan-bahan hiasan untuk bilik pemulihan.

Membeli barang-barang hiasan untuk bilik pemulihan.

Meminta pertolongan rakan praktikum untuk membantu menceriakan bilik pemulihan.

Minta pendapat dan komen daripada guru pembimbing apa lagi keperluan yang diperlukan untuk menghias bilik pemulihan.

Mula menghias bilik pemulihan sehingga 6 Mac 2013.