jurnal 5

2
JURNAL 5 MINGGU KEENAM 25 FEBRUARI – 1 MAC 2013 TARIKH 1 MAC 2013 TAJUK KEM BESTARI SOLAT PERISTIWA Pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II telah mengadakan kem bestari solat bagi murid-murid tahap dua iaitu, tahun 4, 5 dan 6. Kem Bestari Solat ini, bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Dalam kem ini, murid-murid diajar cara sembahyang, lafaz niat solat, bacaan dalam sembahyang dan cara berwuduk dan semua perkara yang berkaitan dengan solat. Di samping itu, mereka juga ada melakukan amali solat dan kedudukan imam. Saya bersama-sama ustazah Soliha memantau murid tahun 5 Bestari. BISIKAN HATI/ PERASAAN Secara keseluruhannya, saya rasa kem ini sangat bermanfaat buat anak-anak murid masa kini yang hidup pada zaman era moden ini termasuklah juga saya. Saya berasa bersyukur kerana saya dijemput oleh ustaz Firdaus untuk terlibat di dalam kem ini. Saya berterima kasih kepada ustaz Firdaus kerana banyak perkara baru dan ilmu baru yang saya peroleh sewaktu kem ini. MENGANALISIS/ MENILAI Kem Bestari solat ini telah banyak mengajar saya dan mendidik diri saya yang serba kekurangan ini untuk memperbetulkan dan memperbaiki diri saya menjadi seorang insan yang lebih berguna. Dalam kem ini, saya dapat belajar cara sembahyang dengan betul. Tambahan, bagi kelas saya 5 Bestari, kem ini dibimbing oleh ustazah Soliha. Ustazah Soliha sangat pandai menarik minat murid dalam aktiviti ini. Beliau banyak membincangkan tentang isu-isu agama pada masa kini yang berkaitan dengan solat. Walaupun, perbincangan beliau tidak terdapat dalam tentatif program. Perkara ini betul-betul bermanfaat dan saya berguna buat anak-anak pada masa kini. Saya kagum dengan ustazah Soliha yang begitu tenang dan beliau pandai menasihati murid-murid dengan menyelit unsur-unsur humor dalam nasihat beliau. Sepanjang kem ini, saya tidak merasa bosan kerana melihat telatah dan cara ustazah menarik

Upload: anati-azizan

Post on 12-Aug-2015

25 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 5

JURNAL 5

MINGGU KEENAM25 FEBRUARI – 1 MAC 2013

TARIKH 1 MAC 2013TAJUK KEM BESTARI SOLAT

PERISTIWA Pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II telah mengadakan kem bestari solat bagi murid-murid tahap dua iaitu, tahun 4, 5 dan 6. Kem Bestari Solat ini, bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Dalam kem ini, murid-murid diajar cara sembahyang, lafaz niat solat, bacaan dalam sembahyang dan cara berwuduk dan semua perkara yang berkaitan dengan solat. Di samping itu, mereka juga ada melakukan amali solat dan kedudukan imam. Saya bersama-sama ustazah Soliha memantau murid tahun 5 Bestari.

BISIKAN HATI/ PERASAAN

Secara keseluruhannya, saya rasa kem ini sangat bermanfaat buat anak-anak murid masa kini yang hidup pada zaman era moden ini termasuklah juga saya. Saya berasa bersyukur kerana saya dijemput oleh ustaz Firdaus untuk terlibat di dalam kem ini. Saya berterima kasih kepada ustaz Firdaus kerana banyak perkara baru dan ilmu baru yang saya peroleh sewaktu kem ini.

MENGANALISIS/ MENILAI

Kem Bestari solat ini telah banyak mengajar saya dan mendidik diri saya yang serba kekurangan ini untuk memperbetulkan dan memperbaiki diri saya menjadi seorang insan yang lebih berguna. Dalam kem ini, saya dapat belajar cara sembahyang dengan betul. Tambahan, bagi kelas saya 5 Bestari, kem ini dibimbing oleh ustazah Soliha. Ustazah Soliha sangat pandai menarik minat murid dalam aktiviti ini. Beliau banyak membincangkan tentang isu-isu agama pada masa kini yang berkaitan dengan solat. Walaupun, perbincangan beliau tidak terdapat dalam tentatif program. Perkara ini betul-betul bermanfaat dan saya berguna buat anak-anak pada masa kini. Saya kagum dengan ustazah Soliha yang begitu tenang dan beliau pandai menasihati murid-murid dengan menyelit unsur-unsur humor dalam nasihat beliau. Sepanjang kem ini, saya tidak merasa bosan kerana melihat telatah dan cara ustazah menarik perhatian murid perkara ini membuatkan saya begitu kagum dengan cara ustazah menguruskan program seperti ini.

KESEDARAN BARU/ HARAPAN

Kem ini, banyak memberi kesedaran kepada saya untuk berusaha mengubah diri menjadi seorang guru yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dengan apa nikmat yang diberikan. Harapan saya agar saya dapat menjadi guru yang lebih baik dan sentiasa diberkati.

CADANGAN/ TINDAKAN

Pada pandangan saya, kem ini amat bagus diadakan di sekolah. Bagi saya, lebih elok kita libatkan semua murid, termasuk tahap 1. Perkara seperti ini amat penting kita terapkan daripada sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Jadi saya tidak salah kita libatkan murid-murid tahap satu dan guru-guru lain boleh turut membantu ustaz dan ustazah menguruskan kem yang baik seperti ini. Tidak rugi kita libatkan semua pelajar kerana kem ini sangat-sangat bermanfaat.