jurnal 4

2
JURNAL 4 MINGGU KELIMA 18 FEBRUARI – 22 FEBRUARI 2013 PEMILIHAN FOKUS MENGANALISIS PERASAAN / BISIKAN HATI CADANGAN/ TINDAKAN Kerja rumah dan latihan di dalam kelas bagi kelas aliran perdana 4 Dedikasi 1) Pertama sekali, bilangan murid saya di dalam kelas aliran perdana seramai 35 orang. Masalah saya di sini, saya tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua murid. 2) Apa yang saya dapati, apabila saya meminta mereka menghantar buku latihan mereka, boleh dikatakan kesemua daripada mereka tidak menyiapkan kerja rumah. 3) Saya terfikir, adakah latihan yang saya beri terlalu banyak? Adakah latihan yang saya berikan kepada mereka terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan tahap mereka? Saya rasa, saya sudah mengikut sukatan pelajaran mereka. 4) Apabila saya beri latihan di dalam kelas, saya dapati mereka juga tidak membuat latihan yang saya berikan. Tambahan, ada yang BISIKAN HATI: Saya amat kecewa dengan sikap murid- murid saya yang tidak menyiapkan kerja rumah dan latihan yang saya berikan. Saya cuba sedaya upaya saya untuk memahami mereka dan membuat mereka faham dengan apa yang ajar. Saya acap kali bertanya kepada mereka apa yang kamu tidak faham. Saya terangkan kepada mereka. Namun, mereka masih tidak membuat kerja rumah saya. KESEDARAN: Rentetan daripada perkara ini, saya menyedari saya bahawa mungkin latihan yang saya Untuk pengajaran akan datang, saya akan: Mengurangkan latihan yang saya berikan kepada murid. Contohnya, sebelum ini 10 soalan, akan datang saya berikan 5 soalan. Bagi murid- murid yang tidak faham, saya akan meminta mereka berjumpa saya secara individu agar saya dapat memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut. Saya juga akan mendapat pandangan dan berbincang dengan guru pembimbing terlebih dahulu bagi mengatasi

Upload: anati-azizan

Post on 12-Aug-2015

22 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 4

JURNAL 4

MINGGU KELIMA18 FEBRUARI – 22 FEBRUARI 2013

PEMILIHAN FOKUS

MENGANALISIS PERASAAN / BISIKAN HATI

CADANGAN/ TINDAKAN

Kerja rumah dan latihan di

dalam kelas bagi

kelas aliran perdana 4 Dedikasi

1) Pertama sekali, bilangan murid saya di dalam kelas aliran perdana seramai 35 orang. Masalah saya di sini, saya tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada semua murid.

2) Apa yang saya dapati, apabila saya meminta mereka menghantar buku latihan mereka, boleh dikatakan kesemua daripada mereka tidak menyiapkan kerja rumah.

3) Saya terfikir, adakah latihan yang saya beri terlalu banyak? Adakah latihan yang saya berikan kepada mereka terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan tahap mereka? Saya rasa, saya sudah mengikut sukatan pelajaran mereka.

4) Apabila saya beri latihan di dalam kelas, saya dapati mereka juga tidak membuat latihan yang saya berikan. Tambahan, ada yang tidak salin pun soalan yang saya berikan.

5) Saya musykil, adakah mereka tidak faham? Sedangkan saya sudah berkata kepada mereka jika tidak faham, angkat tangan.

6) Saya tanya kepada mereka, mengapa mereka tidak menyiapkan kerja rumah, mereka kata tidak sempat, tidak faham dan macam-macam lagi alasan yang mereka berikan.

BISIKAN HATI:Saya amat kecewa dengan sikap murid-murid saya yang tidak menyiapkan kerja rumah dan latihan yang saya berikan. Saya cuba sedaya upaya saya untuk memahami mereka dan membuat mereka faham dengan apa yang ajar. Saya acap kali bertanya kepada mereka apa yang kamu tidak faham. Saya terangkan kepada mereka. Namun, mereka masih tidak membuat kerja rumah saya.

KESEDARAN:Rentetan daripada perkara ini, saya menyedari saya bahawa mungkin latihan yang saya berikan terlalu banyak. Tambahan, mungkin ada murid yang tidak faham dengan apa yang saya ajar, tetapi mereka malu untuk mengangkat tangan.

Untuk pengajaran akan datang, saya akan: Mengurangkan

latihan yang saya berikan kepada murid. Contohnya, sebelum ini 10 soalan, akan datang saya berikan 5 soalan.

Bagi murid-murid yang tidak faham, saya akan meminta mereka berjumpa saya secara individu agar saya dapat memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut.

Saya juga akan mendapat pandangan dan berbincang dengan guru pembimbing terlebih dahulu bagi mengatasi permasalahan ini.