jurnal-3

Upload: cik-sarimah

Post on 07-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal 3

TRANSCRIPT

BILANGAN JURNAL : Ke 3MINGGU PRAKTIKUM: Minggu 3TARIKH PERISTIWA/ KEJADIAN: 27 April 1 Mei 2015TAJUK JURNAL: Penyeliaan Pensyarah untuk Subjek Major

MasalahPada 27 April 2015 , pensyarah mata pelajaran Major kami telah menyelia saya di tahun PPKI 3 pada jam 9.15 sehingga 10.15 pagi. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Semua murid menumpukan perhatian semasa guru mengajar di hadapan kelas. Namun demikian, apabila mula membuat aktiviti lembaran kerja saya dapati terdapat segelintir murid lelaki berbual dengan rakan yang lain. Tingkah laku mereka yang tidak memberikan kerjasama dan tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mengganggu murid yang lain.

Analisis masalahSaya telah bertanya kepada guru-guru di sekolah tersebut. Mereka menyatakan bahawa murid-murid tersebut memang bersifat begitu. Terdapat juga guru yang menyatakan murid tersebut sering bermain dan berbual dengan rakan-rakan yang lain semasa guru mengajar di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kanak-kanak tersebut juga sering kali bermain di dalam bilik darjah.

CadanganSaya perlu lebih tegas terhadap murid-murid di dalam bilik darjah. Saya akan memberikan lebih perhatian terhadap mereka supaya mereka dapat menumpukan perhatian semasa berada di dalam kelas dan tidak mengganggu murid yang lain. Saya akan memberitahu murid tersebut untuk memotong markah kumpulannya.

Tempoh penyelesaian27 April 5 Mei 2015

Tindakan susulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku semasa berada di dalam bilik darjah, saya juga perlu selalu mengingatkan mereka tentang peraturan kelas. Selain itu, guru perlulah lebih tegas dengan murid supaya murid lebih berhati-hati dan serius semasa berada di dalam bilik darjah.

Disemak oleh Guru Pembimbing,Disemak oleh Pensyarah Penyelia,

Tandatangan: ..Tandatangan: .............

Nama: ..Nama: ..

Tarikh: ........Tarikh: ..