jurnal 11

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Kalayarasi A/P Gnanasegaran Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012 Tempoh Praktikum : 12 minggu / 3 bulan Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan Catatan Minggu : Ke sebelas (11) Tarikh :23 /04/2015 Nama Guru Pembimbing : Pn.Rahmah Binti Huseen Nama Pensyarah Pembimbing : Puan Salmah Binti Othman Masalah Pada minggu sebelas ini, saya telah menghadapi masalah lembaran kerja yang saiz ‘font’nya terlalu kecil. Pada hari Khamis bersamaan, saya telah ditegur oleh guru pembimbing mengenai lembaran kerja yang diberikan kepada murid ‘font’nya kurang sesuai terhadap pengamatan mata budak. 2. Analisis

Upload: gkalai-arasi

Post on 18-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUMNama Pelajar : Kalayarasi A/P Gnanasegaran Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012 Tempoh Praktikum : 12 minggu / 3 bulanPengkhususan : Pendidikan Pemulihan Catatan Minggu : Ke sebelas (11) Tarikh :23 /04/2015Nama Guru Pembimbing: Pn.Rahmah Binti Huseen Nama Pensyarah Pembimbing: Puan Salmah Binti Othman MasalahPada minggu sebelas ini, saya telah menghadapi masalah lembaran kerja yang saiz fontnya terlalu kecil. Pada hari Khamis bersamaan, saya telah ditegur oleh guru pembimbing mengenai lembaran kerja yang diberikan kepada murid fontnya kurang sesuai terhadap pengamatan mata budak.

2.AnalisisMasalah ini timbul kerana lembaran kerja yang saya berikan kepada murid adalah saya membuatnya sendiri. Saya tidak tahu penggunaan saiz font biasanya berapa yang digunakan. Kadang-kadang saya membuatnya besar kadang-kadang tu sederhana besar. Saya sendiri baru perasan apabila guru pembimbing menegur saya. Misalnya, dalam aktiviti lembaran kerja suaikan perkataan dengan gambar. Lembaran kerja ini perlu diperbesarkan sedikit manakala satu lagi lembaran kerja tulis semula perkataan dibawah saya buat font besar dan ia adalah baik bagi pengamatan murid-murid.

3.Cadangan Untuk Memperbaiki-Saya perlu melihat banyak contoh-contoh buku aktiviti lembaran kerja.-Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4.Tempoh Masa Penyelesaian Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran yang akan datang kerana aktiviti lembaran kerja yang besar fontnya dapat memelihara pengamatan murid-murid. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.

5.Tindakan SusulanSemasa membuat rancangan persediaan mengajar dan membuat lembaran untuk aktiviti yang dirancang, saya akan memikirkan dan cuba jaya saiz font yang sesuai untuk murid. Hal ini senang untuk saya mengkaji saiz font yang sesuai untuk murid supaya penyediaan lembaran kerja akan dating tiada masalah lagi. Saiz font yang sesuai amat penting dalam pengamatan dan koordinasi mata dan tangan murid-murid.

KesimpulannyaSecara kesimpulanya, sebagai guru kita harus teliti dengan saiz huruf yang ditetapkan semasa menyediakan lembaran kerja supaya dapat membantu murid dilihat dengan jelas. Hal ini, dapat mengurangkan kesilapan dari segi bacaan dan tulisan.

Pandangan / Komen Guru Pembimbing :.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ......................................... Nama : .....................................................

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing :.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : ......................................... Nama : .....................................................