jurnal 1

3
JURNAL 1 MINGGU PERTAMA 23 JULAI 2012 – 27 JULAI 2012 Data: (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 2. Praktikum ini merupakan pengalaman kedua saya sepanjang menjadi guru pelatih. Seperti praktikum yang lalu, saya perlu menemui Guru Besar terlebih dahulu. Malangnya Guru Besar tiada kerana menghadiri mesyuarat. Kemudian saya berjumpa dengan GPK 1. Selepas perjumpaan, saya menghadiri perhimpunan. Saya dan rakan-rakan diperkenalkan kepada guru-guru dan murid-murid. Setelah selesai perhimpunan, saya telah diberi jadual waktu dan mendengar sedikit taklimat. Seterusnya saya diperkenalkan dengan guru pembimbing pula. Ternyata guru pembimbing banyak memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar. Saya bertuah kerana guru pembimbing merupakan seorang yang mesra dan sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada hari pertama lagi. Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir SK Keledang Jaya benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi. Oleh kerana minggu ini merupakan minggu peperiksaan, maka tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan disertai melainkan mengemas kini kandungan buku rancangan mengajar dan portfolio. Saya juga melawat ke setiap kelas yang bakal diajar dan melihat dengan lebih dekat. Saya juga mengadakan temu bual bersama guru mata pelajaran kelas tersebut bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian murid-murid tersebut di dalam kelas. Apa yang dapat dilihat sepanjang minggu ini, semua guru dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang

Upload: anati-azizan

Post on 29-Jul-2015

17 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal 1

JURNAL 1

MINGGU PERTAMA

23 JULAI 2012 – 27 JULAI 2012

Data: (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat? Apa

yang menarik perhatian? )

Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 2. Praktikum ini merupakan

pengalaman kedua saya sepanjang menjadi guru pelatih. Seperti praktikum yang

lalu, saya perlu menemui Guru Besar terlebih dahulu. Malangnya Guru Besar tiada

kerana menghadiri mesyuarat. Kemudian saya berjumpa dengan GPK 1. Selepas

perjumpaan, saya menghadiri perhimpunan. Saya dan rakan-rakan diperkenalkan

kepada guru-guru dan murid-murid. Setelah selesai perhimpunan, saya telah diberi

jadual waktu dan mendengar sedikit taklimat. Seterusnya saya diperkenalkan

dengan guru pembimbing pula. Ternyata guru pembimbing banyak memberikan saya

nasihat dan tunjuk ajar. Saya bertuah kerana guru pembimbing merupakan seorang

yang mesra dan sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada hari pertama lagi.

Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir SK Keledang Jaya

benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi. Oleh kerana

minggu ini merupakan minggu peperiksaan, maka tidak banyak aktiviti yang dapat

dilakukan dan disertai melainkan mengemas kini kandungan buku rancangan

mengajar dan portfolio. Saya juga melawat ke setiap kelas yang bakal diajar dan

melihat dengan lebih dekat. Saya juga mengadakan temu bual bersama guru mata

pelajaran kelas tersebut bagi mengumpul maklumat tentang tahap pencapaian

murid-murid tersebut di dalam kelas. Apa yang dapat dilihat sepanjang minggu ini,

semua guru dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang

diperlukan serta mewujudkan suasana yang mesra dan mengurangkan perasaan

malu dan gugup di dalam diri saya. Diharapkan kerjasama baik dan permulaan yang

bagus ini dapat berterusan sehingga tamatnya praktikum. Insya-Allah.

Perhubungkaitan dan Perasaan :( Apa yang berkesan? Apa yang

menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan

anda? )

Perkara yang menyenangkan saya ialah saya merasakan penyelaras kami iaitu Puan

Sohana dan Puan Hamaznida begitu efisien dalam menjalankan tanggungjawabnya

Page 2: Jurnal 1

JURNAL 1

sebagai penyelaras dan dalam masa yang sama sebagai guru pembimbing kami.

Membuat interpretasi: (Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

Berdasarkan perbincangan dengan guru pembimbing, saya mempelajari agar kita

perlu merancang setiap proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan

mengambil kira setiap kebolehan dan tahap murid. Mereka juga menyarankan

kepada kami agar membuat draf terlebih dahulu sebelum menulisnya di dalam buku

persediaan mengajar. Cara ini dapat membantu kami membuat perbincangan

bersama guru pembimbing dan di dalam masa yang sama membuat pembetulan dan

penambahbaikan. Selain daripada itu, saya juga menyedari sebagai seorang guru

pelatih yang sedang menjalani praktikum, saya perlu menyediakan portfolio dan buku

persediaan mengajar dengan lengkap dan melengkapkannya mengikut kehendak

yang telah ditetapkan. Perbincangan bersama guru pembimbing ini juga menyuntik

semangat saya untuk melakukan yang terbaik kerana mereka sangat memberi

bantuan dalam perkongsian ilmu dan tips-tips untuk menjadi seorang guru yang baik.

Keputusan: (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa

akan datang?)

Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan pensyarah

penyelia sekerap yang mungkin.

Membuat draf rancangan mengajar terlebih dahulu agar dapat membuat

pembetulan dan penambahbaikan.

Sentiasa mengemas kini kandungan portfolio dan buku persediaan mengajar

mengikut tetapan yang telah disediakan.

Melakukan ujian diagnostik sebelum memulakan kelas bagi mengenal pasti

tahap kebolehan dan kefahaman murid.

Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran saya akan bertambah

berkesan.