jun 2014 bertulis soalan 101-200

254
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA P ARLIMEN KETIGA BELAS 2014 9 HINGGA 19 JUN 2014 SO ALAN NO : 101 HINGGA 200

Upload: goh-kheng-teong

Post on 06-Sep-2015

134 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Parliament of MalaysiaQuestions for written answer.June 2014

TRANSCRIPT

  • MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA P ARLIMEN KETIGA BELAS

    2014

    9 HINGGA 19 JUN 2014 SO ALAN NO : 101 HINGGA 200

  • JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATUK CHUA TEE YONG [ LABIS]

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTER! PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERT ANYAAN BERTULIS

    RT13/101

    Datuk Chua Tee Yong [ Labis] minta MENTER! PENDIDIKAN menyatakan apakah program dan perancangan Kementerian untuk menyediakan pendidikan pra-sekolah untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di kawasan Parlimen Labis.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Pada masa ini terdapat empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di kawasan Parlimen Labis. Semua Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kawasan Parlimen Labis ini telah mempunyai kelas prasekolah. Perinciannya adalah seperti jadual di bawah:

    Bil Nama Sekolah Bil Kelas Prasekolah 1 SJK(T) Bekok 1 2 SJK(T) Cantuman Chaah 2 3 SJK(T) Labis 2 4 SJK(T) Ladang Voules 1

    Jumlah 6

    Rt101

  • PERTANYAAN DARIPADA KAWASAN

    SO ALAN:

    SO ALAN NO.: 102

    PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BERTULIS VB. DATUK CHUA TEE YONG LAB IS

    VB. DATUK CHUA TEE YONG (LABIS) minta MENTERI KERJA RAY A menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan satu lagi laluan untuk menyambung ke kawasan pekan Bekok kerana pada masa sekarang hanya ada satu jalan keluar masuk ke kawasan itu dan ia merbahaya terutamanya bila berlaku banjir.

    1

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua;

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan J150 ke pekan Bekok, Johor ialah berstatus Jalan Negeri. Jalan ini kemudian bersambung dengan Jalan Persekutuan 1 (FT01 ), Jalan Labis - Cha'ah. Pad a masa kini Kementerian Kerja Raya tidak ada perancangan untuk membina laluan jalan persekutuan yang baru ke pekan Bekok. Walau bagaimanapun, cadangan Ahli Yang Berhormat ini akan dipanjangkan untuk perhatian dan tindakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kerajaan Negeri Johor.

    Sekian, terima kasih.

    2

  • PERTANYAAN DARIPADA SO ALAN

    JAWAPAN

    SOALAN NO: 103

    PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BERTULIS DATO' NORAINI AHMAD [PARIT SULONG] Dato' Noraini binti Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan persediaan Kementerian dalam menangani fenomena EI-Nino yang dijangka akan melanda negara khususnya bantuan kepada petani-petani yang akan mengalami kesukaran akibat cuaca yang tidak menentu.

    Tuan Yang Dipertua,

    Persediaan Kementerian dalam menangani fenomena EI-Nino yang dijangka akan melanda negara khususnya bantuan kepada petani-petani yang akan mengalami kesukaran akibat cuaca yang tidak menentu adalah seperti berikut: 2. Setiap agensi yang terlibat dalam penanaman padi termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Sahagian lndustri Padi dan Beras (IPB), MOA akan memberi fokus dengan mengenal pasti kawasan-kawasan penanaman padi yang memerlukan air semasa berlakunya fenomena EI-Nino dan mendapatkan maklumat terperinci seperti jadual penanaman padi bermula dan jumlah air yang diperlukan bagi kawasan berkenaan. 3. Memandangkan keperluan bekalan air bagi tanaman sayuran di kawasan Cameron Highland adalah menggunakan sumber air bukit, pihak Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) akan mengawasi keperluan air di kawasan tersebut bagi mengelakkan tanaman sayuran terjejas. 4. Peruntukan juga akan disediakan untuk perolehan pam-pam bergerak untuk membantu para petani menambah bekalan air serta mengitar semula air dari parit-parit saliran.

    1

  • 5. Di samping itu, pengenalpastian lokasi untuk pembinaan telaga-telaga air bumi sebagai sumber air alternatif turut giat dijalankan. Penjadualan semula bekalan air pengairan di kawasan jelapang dan luar jelapang padi akan dilaksanakan selain membersihkan tali air sedia ada bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan lancar untuk membekalkan bekalan air yang secukupnya pada musim kemarau.

    2

  • , ..

    SOALAN N0:104

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH VB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM

    MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    : BUKAN LISAN PERTANYAAN DARIPADA

    SO ALAN : DATO' NORAINI BINTI AHMAD [PARIT SULONG]

    Dato' Noraini binti Ahmad [ParitSulong] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dasar Kementerian mengenai penggunaan ubat-ubatan generik dan jumlah penjimatan yang dijangka boleh diperolehi melalui dasar penggunaan ubat-ubatan generik semaksimum mungkin di hospital dan klinik kerajaan di mana sesuai.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Semua ubat generik perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ianya boleh dikilang, diimport, dijual dan digunakan di Malaysia. Hanya ubat-ubatan yang dinilaikan selamat, berkualiti dan berkesan didaftarkan. Sehingga Disember 2013, sejumlah 12,997 (92.90/o) ubat generik telah didaftarkan oleh PBKD berbanding ubat innovator sebanyak 993 (7.10/o). Dari jumlah ubat generik berdaftar, kira-kira 4,191 (32.25%) adalah ubat generik yang dikilangkan oleh pengilang tempatan manakala 8,806 (67.75 %) adalah ubat generik yang diimport.

    1

  • Dalam usaha PBKD untuk memastikan bahawa semua ubat generik yang didaftarkan memenuhi kriteria kualiti, keselamatan dan keberkesanan, keperluan pendaftaran yang ketat telah dikuatkuasakan terhadap ubat generik. Pematuhan kepada Amalan Pengilangan Baik (APB) adalah kriteria utama yang perlu dipatuhi dalam pengilangan ubat-ubat generik.

    PBKD juga menguatkuasakan keperluan kajian bioekuivalens/bio-kesetaraan terhadap ubat-ubat generik yang mana dalam kajian ini kepekatan ubat generik dalam darah dibandingkan dengan ubat innovator untuk membuktikan keberkesanan ubat.

    Selain daripada itu, PBKD juga mengenakan keperluan validasi proses, validasi analitikal dan kajian mutu produk tersiap (finished product) serta kajian stabiliti bagi menjamin kualiti dan keselamatan ubat-ubat generik.

    Setelah ubat-ubat generik berdaftar, PBKD akan sentiasa memastikan bahawa ubat-ubat generik ini masih mematuhi keperluan pendaftaran melalui aktiviti surveilans, pemantauan kesan advers ubat serta penyiasatan aduan.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Dasar KKM adalah untuk menggalakkan keperolehan yang sama rata (equitable access) dan penggunaan yang rasional ubat - ubatan penting yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat.

    Salah satu komponen yang terdapat di dalam Dasar Ubat Nasional (DUNas) adalah Dasar Ubat Generik yang bertujuan untuk memastikan ubat - ubatan adalah mampu dimiliki dengan cara menggalakkan persaingan sihat di

    2

  • kalangan pemain industri. Dasar ini digunakan sebagai panduan dalam penggunaan dan perolehan ubat- ubatan.

    Data bagi ubat- ubatan yang diperolehi melalui kontrak KKM bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 hingga 2013 menunjukkan 37 ubat innovator yang telah tamat tempoh paten dan telah ada alternatif ubat generik digunakan di fasiliti KKM. Penjimatan harga yang diperolehi oleh KKM bagi tempoh tersebut adalah pada median 63% dengan penjimatan minima 17% serta maksima 97o/o.

    3

  • "

    PERTANYAAN

    DARIPADA SO ALAN

    JAWAPAN

    SOALAN NO: 105

    PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    Bertulis Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] Dato' Noraini binti Ahmad minta MENTERI

    PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kementerian membuat kajian ke atas jumlah pengeluaran hasil pertanian tempatan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan akibat dari perubahan cuaca yang tidak menentu dan kesannya ke atas harga hasil pertanian tersebut di pasaran tempatan memandangkan fenomena ini dijangkakan menjadi lebih kerap di masa hadapan.

    Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani memantau secara berterusan berkaitan perubahan cuaca yang tidak menentu dan kesannya kepada hasil pertanian. Pada amnya, kesemua sektor tanaman tidak menunjukkan perhubungan yang ketara di antara peningkatan suhu dengan penghasilan akibat dari perubahan cuaca yang tidak menentu. lni disebabkan suhu maksimum yang dialami masih berada di dalam julat suhu yang tidak memberi kesan negatif kepada proses fisiologi tanaman utama negara. Walau bagaimanapun, kekurangan air lebih menampakkan kesan negatif terhadap beberapa tanaman utama seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Kesan cuaca panas terhadap tanaman bergantung kepada jenis tanaman, peringkat tumbesaran tanaman, interaksi iklim setempat dan kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Analisis yang telah dijalankan oleh MARDI mendapati peningkatan suhu 1 C yang melebihi julat suhu optima akan menyebabkan hasil padi berkurangan sebanyak 9-1 0%. Penurunan hasil tanaman padi menjadi lebih ketara jika keadaan cuaca panas berlaku pada peringkat

  • pengeluaran anak (tillering) atau pengisian bijian (grain filling stage). Cuaca panas juga akan memberi kesan yang sangat ketara jika ianya berlaku di peringkat pembungaan (flowering stage) di mana keguguran bunga menjadi punca utama di dalam pengurangan hasil.

    Tanaman buah-buahan pula akan mengalami kemerosotan hasil antara 30-50% jika cuaca panas berlaku diperingkat pembungaan. Kesan yang tinggi ini disebabkan oleh kesan fisiologi dan juga kesan negatif cuaca panas terhadap proses pendebungaan kepada tanaman yang bergantung kepada agen pendebunga untuk membantu proses pendebungaan.

    MARDI juga sedang berkerjasama dengan Jabatan Kajicuaca dan berusaha untuk membangunkan model simulasi bagi meramalkan patent perubahan suhu dikawasan tanaman padi di Malaysia bagi membantu membuat keputusan yang terbaik bagi menangi musim kemarau atau banjir. Selain itu, Kerajaan juga telah melaksanakan beberapa langkah bagi menjamin pengeluaran makanan dan seterusnya mengawal harga bahan pertanian melalui:

    (i) lnsentif Percukaian bagi menarik penyertaan dan pelaburan sektor swasta ke dalam bidang pertanian di bawah program TKPM, ZIA dan ladang satelit;

    (ii) Program Jimat Belanja Dapur (JBD) sebagai strategi jangka pendek dan Skim Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak MOA di Pasar Tani sebagai strategi jangka panjang. Program JBD merupakan satu insentif bagi menangani kenaikan harga barang di pasaran terutama menjelang musim perayaan. Ia merupakan satu mekanisme untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat melalui jualan komoditi terpilih dengan 5% hingga 30% lebih rendah berbanding dengan pasaran di pasar tani terpilih;

    (iii) Skim Pengukuhan Bekalan Ladang Kontrak MOA di pasar tani. Skim berkenaan berbentuk insentif dan galakan yang disediakan untuk kelompok gabungan antara peserta ladang kontrak dengan peserta-peserta pasar tani sedia ada. Skim ini bertujuan meningkatkan pengeluaran dan mengumpulkan hasil pertanian untuk dipasarkan terus kepada pengguna melalui pasar tani dengan sasaran peserta adalah seramai 500 orang;

    2

  • (iv) Pembangunan Pasar Tani untuk membolehkan bekalan hasil pertanian dibawa terus ke Pasar Tani dan memastikan harga jualan yang berpatutan. Setakat ini terdapat 512 buah Pasar Tani sedia ada di seluruh negara dan sedang dalam perancangan untuk tambah kepada 1,000 buah Pasar Tani dalam tempoh 7 tahun akan datang secara berperingkat;

    (v) Pewujudan Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) yang mempunyai konsep pemodenan seperti Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Minggu dan Pasar Tamu tetapi dilengkapi dengan kemudahan struktur yang tetap, bagi memastikan kebersihan tapak premis sambil membantu peniaga meningkatkan pendapatan mereka. Petani, nelayan dan penternak boleh menjual terus hasil tanaman, ternakan dan tangkapan di Pasar Komuniti tersebut. Setakat ini 8 buah Pasar Komuniti telah beroperasi dan 3 buah lagi dalam pembinaan, menjadikan 11 buah Pasar Komuniti secara keseluruhan;

    (vi) mewujudkan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), di mana ketika ini terdapat sebanyak 201 buah AKR dan ia akan ditambah menjadi 500 buah AKR keseluruhannya;

    (vii) mewujudkan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) di mana setakat ini terdapat 413 buah GBBS di seluruh negara; dan

    (viii) penggalakan nelayan bersama-sama Persatuan Nelayan Kawasan untuk membuka lebih banyak Pasar Nelayan yang membolehkan pengguna membeli ikan pada harga dan kualiti ikan yang lebih kompetitif di kawasan sekitar pusat pendaratan.

    3

  • :;; !. , i t~ . ni: . I ri i t}l 1 < t li'H ; q ,~ :. I 'i' .lj :~ I 1

    :ij!: PEMBERITAHUAN PERTANYAAN ' . DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    l ' 11[ ' ; ~~~ jll i:

    I .~ . (! : ! I .1 i ; j :~J ! t' ;qr: ! ' PERTAP.4"!"~~:. : DARIPAOA , ':/;

    KAWA~AN ::: l .: i ~ : j li ' .

    ' ' ' NO. SOALAN ~ ! 11;

    '

    BERTULIS

    DATO' NORAINI AHMAD

    PARIT SULONG

    106

    ' .1: ! Y.B. _D~G~!~\.n t. RAINI AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANT A~A ~ .. A DAN INDUSTRI menyatakan apakah program

    I. i ~;_' p I i. khusus yang'~ :,dijalankan oleh Kementerian untuk menggalakkan penggunaan. ; ~ ; nderaan cekap tenaga (EEV) di kalangan rakyat Malaysia ' -sel~i ' !' dari objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab

    : I' ' I I pengelu~ran ~ :: : pemasangan kenderaan cekap tenaga (EEV) di rantau ini.

    Jawapan l

    Usaha-usaha; J kerajaan untuk memperkenal dan menggalakkan pengguoaan :k.' r deraan bertenaga efisien (Energy Efficient Vehicle -EEV) telah beP1 ula sejak tahun 2010 apabila Kerajaan melaksanakan

    I kajian semulq .'asar Automotif Nasional (NAP) 2009 di mana Kerajaan

    membenarka~ i l~ engeluaran Lesen Pengilang baharu bagi segmen kenderaan terP, f h, termasuk kenderaan hrbnd dan elektnk.

    ;I

    Di samping it~ I:J Kerajaan di bawah bajet tahunan bermula Bajet 2009 turut menawar bn pengecualian duti import dan duti eksais ke atas

    . J pengimportan ~U kereta dan motosikal hibrid dan juga elektrik.

    ]:

    ' : I '

  • Ill ' ! jl

    Usaha-usaha ntuk menggalakkan penggunaan dan pemasangan II

    kenderaan EE . ini telah diteruskan di bawah NAP 2014 di mana '

    langkah-langka i yang telah digariskan termasuklah: I

    I I (i) penge .~aran Lesen Pengilang baharu bagi kenderaan dalam

    kateg ri EEV bagi semua segmen kenderaan tanpa sebarang sekat :~ kapasiti enjin atau harga atas jalan;

    (ii) han insentif customised bagi menarik lagi pelaburan lk dalam kategori kenderaan EEV dan pengeluaran li

    komp 1

    f en bernilai tambah tinggi dan kritikal bagi menyokong kende ir an EEV; dan

    ,r

    (iii) pemb 1tian insentif customised bagi membangunkan sektor I

    strat_e ~k supaya ekosistem automotif dapat dipertingkatkan. Antar !:i sektor strategik adalah enjin, transmisi dan sistem

    kawal~.r set dai dan acuan (die and mould), acuan aluminium dan n :b-ferrous.

    ' 'j I. Langkah-.langkjh ini dijangka dapat menggalakkan pengeluar-pengeluar

    :.,

    kenderaan te ;;patan untuk menawarkan lebih banyak kenderaan bertenaga efis ~n dan mesra alam sekitar kepada rakyat Malaysia. Selain itu, ia . d~pat membantu Kerajaan mencapai hasrat menjadikan Malaysia seba9]~ i hab pengeluaran kenderaan EEV. lnsentif cukai yang ditawar adala1rl diharapkan dapat memperkukuhkan lagi keupayaan

    syarikat-syarik~~ pengeluar kenderaan tersebut dan seterusnya membolehkan ~snderaan-kenderaan ini dijual pada harga lebih mampu

    rl l dimiliki kepada 'r kyat Malaysia.

    'I II ' .

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    BUKAN LISAN

    SO ALAN ( 1 07 )

    Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ]

    Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimanakah Kementerian memastikan bahawa pemberian lesen pemajuan perumahan tidak diluluskan kepada pihak yang pernah terlibat dalam projek perumahan bermasalah atau terbengkalai terutamanya individu-individu yang menggunakan nama syarikat pemaju yang berlainan dalam projek yang berlainan.

  • JAWAPAN :-

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ahli lembaga pengarah sesebuah

    syarikat pemaju perumahan berlesen yang terlibat dalam projek

    perumahan bermasalah atau terbengkalai akan disenaraihitam. Oleh yang

    demikian, pemaju berkenaan tidak boleh memohon lesen pemajuan

    perumahan yang baru untuk projek yang lain walaupun dengan

    menggunakan nama syarikat yang berlainan.

    Sehingga Mei 2014 sebanyak 1,261 pemaju yang melibatkan 4,135 orang

    pengarah telah disenaraihitam.

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Jun 2014

    2

  • RT14/108

    JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI 1

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah statistik penyalahgunaan visa oleh pelajar asing di Malaysia dan adakah kerajaan bercadang untuk mengubah mekanisma pemberian visa kepada pelajar-pelajar asing supaya isu penyalahgunaan dapat dipantau secara menyeluruh.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Berdasarkan statistik yang diterima daripada Jabatan lmigresen Malaysia (JIM) pada tahun 2013 seramai 1,390 pelajar antarabangsa ditangkap melibatkan kesalahan tinggal lebih masa dan melanggar syarat pemberian pas pelajar.

    Menyedari isu penyalahgunaan visa dalam kalangan pelajar asing ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperketatkan syarat kemasukan pelajar asing ke lnstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi memastikan pelajar tersebut benar-benar terdiri daripada pelajar yang tulen (genuine). Bagi menjamin ketulenan pelajar yang memasuki Malaysia, KPM telah menubuhkan Education Malaysia Global Services (EMGS) sebagai pusat sehenti (One Stop Centre) bagi memproses dan membuat saringan kesahihan dokumen-dokumen permohonan pelajar antarabangsa ke IPTS sebelum dikemukakan kepada JIM bagi proses pengeluaran pas pelajar. Rt109

  • NO. SO ALAN: 109

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [KOTA TINGGI]

    Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah statistik pakar-pakar yang berada di luar negara yang telah kembali ke tanahair untuk berkhidmat dengan Kerajaan

  • JAWAPAN: VB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR,

    MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    1. Selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia menerajui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) melalui Returning Expert Programme (REP) bertindak untuk memudahcara kepulangan tenaga mahir Malaysia di luar negara bagi memperkasa usaha memenuhi keperluan bakat sektor utama ekonomi negara.

    2. Penilaian kelulusan permohonan REP menekankan kepada dua konsep utama iaitu dari segi kualiti dan kuantiti. Dalam memastikan aspek kualiti bagi pemohon yang diluluskan di bawah REP, pemohon REP perlu menepati kriteria yang telah diperhalusi dengan mengambil kira:

    (i) pengalaman bekerja di luar negara (ii) pendapatan di luar negara; (iii) pengalaman bekerja di Malaysia iaitu sebelum bekerja di

    luar negara; dan (iv) pengamalan serta kepakaran yang relevan dengan sektor

    ekonomi atau jurang kemahiran kritikal yang sedia ada.

    2

  • 3. Kualiti pemohon REP yang telah pulang juga dapat dilihat dengan jelas melalui jawatan yang disandang, antaranya Encik Michael John Warren, Timbalan Presiden Shared SetVices & Outsourcing Cluster di Multimedia Development Corporation (MDEC), Puan Rhenu Bhuller, Timbalan Presiden Kanan Perkhidmatan Kesihatan di Frost & Sullivan, Puan Chew Yean Nee Pengarah Jualan, Proctor & Gamble Malaysia Sdn.Bhd, dan Encik Antony Lee Fook Weng Lee, Ketua Pengarah Eksekutif, AIG Malaysia

    4. Dari segi kuantiti pula, sejak menerajui program ini pada 2011, lebih 2,800 tenaga pakar telah diluluskan melalui program ini dalam beberapa sektor ekonomi utama yang menerajui ETP. Pecahan demografi pemohon yang telah diluluskan adalah terdiri daripada: Bil. Lima Bidang Teratas Lima Sektor Teratas 1 Perbankan Perkhidmatan Kewangan 2 Perakaunan Perkhidmatan & Perniagaan 3 Jurutera Mekanikal/ Ahli Geologi Minyak, Gas & Tenaga

    4 Jurutera ICT dan Elektronik Kandungan & lnfrastruktur Komunikasi, 5 Pakar Perubatan Perkhidmatan Kesihatan

    5. Pecahan kelulusan permohonan di bawah program REP mengikut tahun sejak 2011 sehingga sekarang adalah seperti berikut:

    lnisiatif 2011 2012 2013 31 Mei 2014

    Returning Experl Programme (REP) 680 923 900 355

    Sekian. Terima kasih .

    3

  • NO SOALAN :110

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA : Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID

    (KOTA TINGGI) PERTANYAAN : BERTULIS

    Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [

    KOTA TINGGI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah

    usaha-usaha yang telah dijalankan untuk mengekang masalah

    peningkatan hutang isi rumah yang tinggi dalam kalangan rakyat selain

    menghadkan pinjaman mengikut gaji bersih dan kawalan penggunaan kad

    kredit oleh rakyat Malaysia.

    JAWAPAN

    Dalam menangani masalah hutang isi rumah di Malaysia, Kerajaan telah

    mengambil pelbagai langkah progresif bagi memastikan pengurusan

    kewangan dan hutang isi rumah yang mampan. Langkah-langkah ini pula

  • diperkenalkan secara beransur-ansur bagi mengelakkan pelarasan yang

    melampau dalam sistem kewangan dan ekonomi.

    2. Selain daripada pelaksanaan menghadkan pinjaman mengikut gaji

    bersih dan kawalan penggunaan kad kred~t oleh rakyat Malaysia, pelbagai

    usaha turut diambil secara beransur-ansur sejak tahun 2010. Antara

    langkah yang telah dilaksanakan adalah:

    a. Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan dalam menguruskan

    kedudukan kewangan kepada peminjam serta menstruktur semula hutang

    mereka dengan institusi bank dan bukan bank melalui Agensi Kaunseling

    dan Pengurusan Kredit (AKPK);

    b. Menetapkan nisbah pinjaman maksimum (loan-to-value ratio) pada

    70% bagi pinjaman perumahan ketiga dan ke atas; dan

    c. Menghadkan tempoh pinjaman perumahan daripada sehingga 45

    tahun kepada 35 tahun dan pembiayaan peribadi daripada sehingga 25

    tahun kepada 10 tahun. Selain itu, institusi kewangan juga dilarang

  • menawarkan pembiayaan peribadi tanpa permohonan daripada peminjam

    manakala penyedia pinjaman bukan institusi perbankan seperti koperasi,

    institusi kewangan pembangunan dan institusi kredit perumahan

    dikehendaki turut mengamalkan syarat pinjaman yang sama.

    3. Di samping langkah-langkah mengawal hutang isi rumah, tumpuan

    turut diberikan kepada pendidikan kewangan dalam meningkatkan

    keupayaan mengurus kewangan oleh sektor isi rumah. Dalam hubungan

    ini, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Program Pengurusan

    Wang Ringgit And a (POWER!) yang bertujuan melengkapkan sektor isi

    rumah dengan kemahiran pengurusan wang dan menggalakkan

    pengambilan hutang secara berhemat, sekali gus menghindari

    kemungkinan beban keberhutangan yang meningkat pada masa hadapan.

    4. Dalam pada itu, usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman

    pengurusan kewangan di kalangan rakyat dipergiatkan lagi melalui AKPK.

    Sejak tahun 2013, AKPK telah memulakan program pendidikan kewangan

    di tempat kerja melalui perkongsian dengan sektor awam dan sektor

    swasta, termasuk agensi Kerajaan. Selain itu, pendidikan kewangan juga

  • telah dilaksanakan di peringkat sekolah, kolej vokasional dan universiti

    serta bagi pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk

    memastikan tenaga kerja pada masa akan datang mempunyai

    pengetahuan asas yang kukuh untuk membuat keputusan kewangan

    dengan bijak.

    5. Kerajaan sentiasa memantau dan menilai keperluan untuk langkah-

    langkah seterushya bagi memastikan keberhutangan isi rumah tetap

    berada pada tahap yang terkawal dan keupayaan membayar balik hutang

    kekal kukuh.

  • NO. SO ALAN: 111

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHO HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI]

    Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan dalam tempoh jangka panjang bercadang untuk membangunkan reaktor nuklear menghasilkan tenaga elektrik untuk menggantikan kaedah yang diguna pakai sekarang ini.

  • JAWAPAN: YB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR, MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    Pertimbangan terhadap penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik telah pun dikenalpasti dan dimasukkan dalam Dasar Baru Tenaga (2011-2015) seperti yang terkandung dalam dokumen Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK1 0) dan telah dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat pad a tahun 2010. Dasar Baru Tenaga ini menyatakan bahawa pembangunan tenaga nuklear akan dipertimbangkan sebagai salah satu pilihan sumber tenaga jangka panjang untuk penjanaan elektrik, khususnya di Semenanjung, bagi memastikan bekalan yang andal dan berkesanan kos, atau dengan izin, cost-effective.

    Selaras dengan Dasar Baru Tenaga ini, satu Projek Permulaan, atau, dengan izin, Entry Point Project (EPP), untuk penggunaan tenaga nuklear bagi penjanaan kuasa elektrik telah juga dirumuskan sebagai EPP kesebelas di bawah sektor Minyak, Gas dan Tenaga (OGE) dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Di bawah Projek Permulaan ini, Kerajaan sedang melaksanakan satu siri kajian terperinci untuk mengenalpasti pelbagai keperluan dan persediaan awal negara, sekiranya projek loji janakuasa nuklear dilaksanakan. Aktiviti yang sedang dilaksanakan tertumpu kepada kajian menyeluruh tentang kesediaan infrastruktur perundangan dan kawalseliaan nuklear negara, dan Kajian Kemungkinan, atau, dengan izin, Feasibility Study, termasuk penyediaan Pelan Pembangunan lnfrastruktur Kuasa Nuklear, atau, dengan izin, Nuclear Power

    2

  • Infrastructure Development Plan (NPIDP). Tinjauan pendapat umum terhadap penggunaan tenaga nuklear juga akan dilaksanakan.

    Tujuan kajian-kajian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan bahawa, semua aspek persediaan telah diambilkira secara terperinci dan komprehensif lebih awal, sekiranya penjanaan kuasa nuklear diperlukan bagi memenuhi permintaan tenaga negara pada masa hadapan.

    Sekian. Terima kasih.

    3

  • MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    NO. SOALAN

    JAWAB BUKAN LISAN

    VB. Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ]

    112

    Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah proaktif dalam membantu pekebun kecil getah dari segi kajian dan pembangunan, bantuan sara diri serta latihan keusahawanan berikutan penurunan harga getah dalam pasaran dunia.

    1

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Di antara usaha-usaha yang telah diambil dan dilakukan oleh RISDA untuk membantu Pekebun Kecil Getah berikutan penurunan harga getah yang rendah adalah seperti berikut :

    i. mengurangkan harga benih dan baja getah;

    ii. memberi bantuan alat torehan melalui Program Pengekalan Getah (PPG) dan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG);

    iii. memendekkan rantaian pemasaran melalui Program Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PIP);

    iv. meluaskan Prasarana As as Pertanian (PAP);

    v. mengamalkan 'Good Agricultural Practices' (GAP);

    vi. memperkenalkan 'Low Intensity Tapping System' (LITS) atau Sistem Torehan Kekerapan Rendah;

    vii. menggalakkan Program Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL);

    viii. melatih usahawan baru melalui Program Keusahawanan;

    ix. menggiatkan Aktiviti Ekonomi Tambahan;

    x. meningkatkan Agihan Dividen melalui Syarikat Milikan RISDA;

    2

  • xi. melaksanakan Program Bantuan Sara Hidup Peke bun Kecil (SHPK); dan

    xii. melaksanakan pemberian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah atau BKKH 2.0 kepada seramai 260,000 pekebu n kecil.

    3

  • MAKLUMATTAMBAHAN

    Penjelasan Lanjut mengenai inisiatif yang dilaksanakan oleh RISDA

    i. Mengurangkan harga benih dan baja getah

    Mewujudkan beberapa inisiatif dan program yang boleh mengurangkan harga benih dan baja di mana harga benih RISDA adalah RM2.33/pokok berbanding harga pasaran RM4.50/pokok. Manakala jumlah pengurangan harga baja iaitu baja RISDA 1 dikurangkan daripada RM1,374/MT (2013) kepada RM1,190/MT (2014), perbezaannya sebanyak RM184/MT dan baja RISDA 4 daripada RM1,448/MT (2013) kepada RM1,100/MT (2014), perbezaannya sebanyak RM348/MT. Pengurangan kedua-dua jenis baja tersebut berjumlah sebanyak RM532/MT;

    ii. Program Pengekalan Getah CPPG) dan Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG)

    Membantu Pekebun Kecil mengurangkan kos input dengan meningkatkan produktiviti getah. Mereka diberi bantuan alat torehan melalui Program Pengekalan Getah (PPG) serta bahan rangsangan lateks, cuka pembeku getah dan baja melalui Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG);

    4

  • iii. Program Pembanqunan Infrastruktur Pemasaran CPIPl

    Melalui Program Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PIP) dengan pembinaan Pusat Timbang dan Stor (PTS) serta Depo Simpanan RISDA yang berperanan untuk memendekkan rantaian pemasaran agar Pekebun Kecil memperoleh harga yang lebih tinggi;

    iv. Prasarana Asas Pertanian (PAP)

    Memberikan bantuan prasarana kepada kawasan yang memerlukan melalui program Prasarana Asas Pertanian (PAP) seperti jalan pertanian dan sistem perparitan;

    v. 'Good Agricultural Practices' (GAP)

    Mengalakkan Pekebun Kecil mengamalkan 'Good Agricultural Practices' (GAP). Amalan ini berupaya mengurangkan penggunaan tenaga buruh asing sekaligus meningkatkan pendapatan mereka sendiri;

    5

  • vi. 'Low Intensitv Tapping Svstem' (LITS) atau Sistem Torehan Kekerapan Rendah

    Memperkenalkan 'Low Intensity Tapping System' (LITS) atau Sistem Torehan Kekerapan Rendah yang dapat meningkatkan bilangan 'task' torehan mereka;

    vii. Program Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL)

    Mengalakkan Pekebun Kecil menyertai Program Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain (TSGL) yang merangkumi 5 jenis tanaman buah-buahan untuk menikmati pendapatan tambahan;

    viii. Program Keusahawanan

    Melalui Program Keusahawanan dengan sasaran seramai 1, 700 usahawan baru dilatih melalui Program Pembangunan Keusahawanan dan Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Peke bun Kecil;

    ix. Aktiviti Ekonomi Tambahan

    Melalui Program Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk memastikan penggunaan tanah yang optimum dengan menggalakkan Pekebun Kecil supaya melaksanakan tanaman kontan seperti cili, pisang, nenas dan lain-lain;

    6

  • x. Syarikat Milikan RISDA

    Meningkatkan agihan dividen kepada Pekebun Kecil dengan usaha Syarikat Milikan RISDA yang mengoptimumkan kesemua kawasan getah supaya boleh ditoreh sekaligus untuk memaksimakan hasil getah; dan

    xi. Program Bantuan Sara Hidup Pekebun Kecil (SHPK)

    Program ini bertujuan untuk menampung pendapatan harian bagi Pekebun Kecil yang layak dan mematuhi syarat dengan memberi bantuan kewangan sebanyak RMSOO sebulan selama 48 bulan.

    xii. Bantuan Khas Kejatuhan Harqa Getah atau BKKH 2.0

    Pemberian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah atau BKKH 2.0 kepada seramai 260,000 pekebun kecil yang layak berdasar kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 130 juta iaitu pada kadar RMSOO seorang secara 'one-off' yang bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup pekebun kecil getah yang terjejas akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada masa ini.

    7

  • SOALAN NO: 113

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH VB DATUK SERI DRS. SUBRAMANIAM

    MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

    PERTANYAAN DARIPADA

    SOALAN

    BUKAN LISAN VB DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG ]

    VB DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [PENGERANG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah nisbah seorang doktor kepada populasi terkini di Malaysia. Adakah kita menghadapi masalah daripada segi kekurangan doktor.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Nisbah doktor kepada penduduk yang terkini yang telah dicapai oleh Negara pad a tahun 2012 ialah 1: 758. Buat masa ini, sasaran nisbah doktor kepada penduduk bagi tahun 2015 adalah 1 :600 dan sasaran menjelang 2020 ialah 1 :400. Adalah dijangkakan dengan pertambahan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara yang menawarkan pengajian dalam bidang perubatan selain kepulangan lulusan perubatan dari institusi- institusi luar negara, dianggarkan jumlah graduan akan terus bertambah dari tahun ke tahun maka dijangkakan bilangan doktor untuk keperluan negara dapat dicapai secara berperingkat.

    1

  • Soalan No.114

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN DARIPADA:

    TARIKH: SOALAN:

    BERTULIS Y.B DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID

    Dato' Sri Azalina Binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik pengambilan pendatang asing yang bekerja di Malaysia sejak dari tahun 2010 hingga sekarang dan bagaimanakah mereka ini menjejaskan peluang pekerja tempatan.

    PR-1322-T63135

    Jawapan

    Tuan Yang Dipertua,

    1. Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan statistik yang keluarkan oleh pihak Jabatan lmigresen Malaysia (JIM), bilangan pekerja asing yang bekerja di Malaysia dari tahun 2010 sehingga 2014 adalah seperti di Jadual 1:

    1

  • Tahun

    2010 2011 2012 2013

    2014

    Jadual 1: Statistik (Pas Lawatan Kerja Sementara) PLKS dari tahun 2010 hingga 2014

    Sektor Pembantu

    Rumah Pemblnaan Pembuatan Perkhidmatan Perladangan Pertanian Jumlah Besar

    247,069 235,010 672,823 165,258 266,196 231,515 1,817,871 184,092 223,688 580,820 132,919 299,217 152,325 1,573,061 542,106 293,747 186,328 138,015 127,752 115,434 1,403,382 169,936 434,200 751,772 269,321 431,611 193,482 2,250,322

    166,350 420,208 716,068 254,577 361,623 180,806 2,099,632

    Sumber: Jabatan lmigresen Malaysia

    Kesan peluang pekerjaan pekerja tempatan

    2. Pada dasarnya kemasukan pekerja asing ke dalam negara ini memang boleh menjejaskan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun kemasukan pekerja asing ke negara ini telah dikawal dengan baik bagi mengelakan mereka merampas peluang pekerjaan yang ada. Dalam keadaan ekonomi dan kadar pengangguran terkini hanya pada tahap 3% sahaja, keperluan ke atas pekerja asing masih lagi releven bagi memasti ekonomi negara tidak terjejas malah berkembang dengan lebih pesat.

    3. Kerajaan melalui melalui beberapa kementerian dan agensi berkaitan dari masa ke semasa mengkaji dan membuat peraturan-peraturan supaya pengambilan pekerja asing ini tidak memberi kesan kepada pekerja atau pencari kerja tempatan dan dalam masa yang sama boleh memajukan ekonomi negara. Di antara langkah-langkah yang telah diambil ialah:

    2

  • a) Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Pekerja Asing Bil. 1/2006 telah memutuskan setiap majikan yang memohon pekerja asing dikehendaki mendapatkan sokongan dari Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan melaporkan kekosongan jawatan melalui portal JobsMalaysia supaya membolehkan pencari kerja rakyat tempatan diberi keutamaan. KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan membantu majikan untuk mendapatkan pekerja tempatan.

    b) KSM melalui JTK akan membuat siasatan tentang keperluan sebenar guna tenaga yang diperlukan oleh majikan memohon bagi memastikan tidak ada pembuangan pekerja tempatan akan dibuat selepas mereka menggajikan pekerja asing.

    c) Sepanjang penggajian pekerja asing, pihak JTK juga akan menjalankan pemeriksaan ke atas majikan bagi memastikan pekerja-pekerja tempatan atau pekerja asing tidak didiskriminasikan dari aspek gaji dan faedah-faedah lain.

    d) Pihak kerajaan juga menetapkan dasar pekerja asing hanya akan dibenarkan bekerja dalam sektor-sektor dan sub-sektor tertentu dan sebagai pekerja asas sahaja yang mana di kenai pasti rakyat tempatan kurang berminat untuk menceburi bidang-bidang tersebut.

    e) Selain daripada itu, kerajaan telah membuat keputusan supaya tidak membenarkan pekerja asing untuk bekerja sebagai barisan hadapan (frontliners) sekaligus memberi ruang kepada rakyat tempatan untuk mengisi jawatan tersebut.

    3

  • f) Bagi memastikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tidak terjejas dan kemasukan pekerja asing tidak melebihi keperluan sebenar, kerajaan melalui agensi-agensi kawal selia, juga telah meletakan syarat-syarat tertentu seperti nisbah keluasan tanah dan jenis tanaman, nisbah bilangan ternakan dan jenis ternakan, nisbah nilai kontrak, jumlah eksport, nisbah pekerja tempatan kepada pekerja asing dan sebagainya.

    4. Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan sangat perihatin dengan dengan isu penggajian pekerja asing ini dan dari masa kesemasa akan mencari satu jalan yang terbaik bagi memasti semua pihak iaitu pekerja, majikan dan negara akan mendapat manafaat.

    4

  • RT15/115

    JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. Data' Sri Azalina binti Data' Othman Said [ Pengerang ]

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    Data' Sri Azalina binti Data' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah statistik pengambilan kaum Cina dan India untuk kemasukan ke Matrikulasi dari tahun 2010 sehingga sekarang.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan tawaran kepada pelajar bagi Program Matrikulasi ambilan sesi 2014/2015 pada 24 April 2014. Sebanyak 28,000 tempat telah disediakan dengan agihan 90% diperuntukan kepada pelajar Bumiputera dan 10% kepada pelajar Bukan Bumiputera. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti dua (2) jurusan iaitu Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan.

    Rt115

  • SULIT

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,

    PARLIMEN KETIGA BELAS

    PERTANYAAN BERTULIS

    DARIPADA DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG - BN ]

    SOALAN (NO. 116)

    Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi membantu golongan belia, terutamanya golongan lepasan SPM, yang tidak mendapat keputusan cemerlang bagi mendapatkan pekerjaan.

    1 SULIT

  • SULIT

    JAWAPAN

    Yang di-Pertua,

    1. Untuk makluman Ahli Yang Serhormat, terdapat dua (2) pendekatan yang digunakan oleh Kementerian iaitu melalui latihan kemahiran .di dalam IKSN secara sepenuh masa dan latihan jangka pendek secara modular di luar IKSN bagi membantu belia-belia terutamanya golongan lepasan SPM yang tidak mendapat keputusan cemerlang bagi mendapatkan pekerjaan.

    2. Sagi latihan sepenuh masa di IKSN terdapat 20 buah lnstitut Kemahiran Selia Negara (IKSN), sebuah Kolej Kemahiran Selia Nasional (KKSN) serta satu Akademi Kemahiran Selia Golf (AKSG) di bawah seliaan Kementerian Selia dan Sukan di seluruh Malaysia dengan kapasiti para pelajar yang boleh diisi ialah seramai 13,500 orang. Sebanyak 16 bidang utama ditawarkan merangkumi pelbagai kursus kemahiran dan latihan teknikal untuk melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri.

    3. Sagi memperkasakan lebih ramai belia berkemahiran dalam pelbagai bidang latihan, Kementerian menawarkan program-program di luar IKSN iaitu melalui kerjasama dengan agensi swasta bagi menampung permintaan dari para belia yang tercicir dari sistem pendidikan mahupun para belia yang telah bekerja tetapi ingin menambah kemahiran mereka, antaranya adalah seperti program PERANTIS dan Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) pada hujung minggu.

    2 SULIT

  • SULIT

    4. Selia akan berpeluang mengikuti latihan kemahiran teknikal secara jangka pendek yang dijalankan di Kompleks Selia dan Sukan, Kompleks Rakan Muda, di premis atau dewan yang bersesuaian di semua negeri.

    5. Selain itu, langkah-langkah berkesan yang telah dan sedang dilaksanakan diperingkat Kementerian adalah seperti:-

    i. Pelaksanaan Dua Syif (Double Shift)

    Pelaksanaan dua syif (double shift) dalam pelbagai bidang latihan di IKSN sebagai usaha untuk memberi lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia disamping dapat mengoptimakan kapasiti IKSN sedia ada.

    Pelaksanaan ini akan bermula secara berperingkat mulai tahun 2014 dimana penambahan enrolmen pelajar daripada 10,000 orang masa ini meningkat kepada 15,000 orang dengan pertambahan seramai 5,000 orang pelajar menjelang tahun 2015.

    11. Program Khas Selia India

    Melalui Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Selia India, VAS Perdana Menteri telah meluluskan sejumlah RM 37 juta khusus kepada golongan belia India melalui Yayasan NAAM dengan memberi penekanan terhadap 3 skop utama iaitu; a. Memastikan sasaran pengambilan pelajar be~ia

    India ke IKSN 2014 adalah sebanyak 7.5% dari keseluruhan tahun tersebut.

    3 SULIT

  • SULIT

    b. Memberi peluang latihan kemahiran dengcim penglibatan dari pelbagai agensi termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Selia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan lain-lain.

    c. Membantu belia India dalam bidang ternakan dan pertanian.

    111. Program Belia Keciciran

    Program khas kerjasama agensi kerajaan dan Non Government Organization (NGO) memberi bantu an latihan kemah iran kepada golongan belia adalah an tara usaha kementerian membantu golongan belia yang tercicir dari seg1 akademik a tau berisiko tinggi. Kementerian Selia dan Sukan Malaysia telah melaksanakan beberapa program seperti:-a. Program Perkasa Remaja b. Program Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT) c. Program Belia Felda

    Sekian, terima kasih .

    4 SULIT

  • NO. SOALAN: 117

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    RUJUKAN

    SO ALAN:

    BUKAN JAWAB LISAN

    DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG ]

    6935

    Dato Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah keberkesanan AES sejak ia diperkenalkan, adakah AES ini dapat mengurangkan kemalangan daripada pemandu yang cuai. Berapakah statistik saman AES yang telah dikeluarkan daripada April 2013.

  • JAWAPAN:

    Kerajaan akan mengambil alih keseluruhan pelaksanaan AES ini melalui Kementerian Kewangan. Sehingga kini perbincangan masih berjalan antara pihak yang terlibat dan belum mendapat kata putus atau dimuktamadkan dari segi kaedah pengambilalihan operasi tersebut. Pihak polis tidak berhasrat membuat sebarang ulasan tentang keberkesanan sistem AES sehingga pihak Kerajaan memuktamadkan pihak mana yang bertanggungjawab untuk mengendalikan operasi AES ini.

    2

  • PERTANYAAN DARIPADA KAWA8AN

    80ALAN:

    80ALAN NO.: 118

    PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BERTULI8 VB. TUAN KHOO 800 8EANG TEBRAU

    VB. TUAN KHOO 800 8EANG (TEBRAU) minta MENTERI KERJA RAY A menyatakan kedudukan terkini projek pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Johor Bahru kerana sebahagian projek tersebut didapati tersangat ketinggalan jadual dan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

    1

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua;

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek menaik taraf Jalan Persekutuan 17 (FT17) di Pasir Gudang, Johor ialah projek baru yang diluluskan oleh Kerajaan dalam RMKe-1 0. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana fasa 1 melibatkan skop menaik tarat jalan sedia kepada laluan 6 lorong 2 hala sepanjang 8km, iaitu dari persimpangan bertingkat Kangkar Tebrau ke persimpangan bertingkat Plentong dengan konsep reka bentuk piawaian JKR R5, dan menaik taraf 8 unit jambatan di sepanjang laluan berkenaan.

    Projek fa sa 1 dengan harga kontrak sebanyak RM 148.4 juta ini telah dimulakan pada bulan Julai 2012 dan dijangka siap pada bulan September 2015. Pada masa kini kemajuan kerja di tapak agak perlahan, iaitu 25o/o fizikal berbanding 35/o jadual (lewat 54 hari). lni disebabkan oleh faktor penjadualan semula program kerja berikutan terdapat kelewatan melaksanakan kerja-kerja pengalihan utiliti di sepanjang laluan berkenaan. Walau bagaimanapun, JKR sentiasa memantau kemajuan kerja di tapak dan telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menggiatkan kerja-kerja pembinaan. lni bagi memastikan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan dalam kontrak.

    Sekian. Terima kasih.

    2

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SOALAN :-

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    BUKAN LISAN

    SOALAN ( 119 )

    Y.B. TUAN KHOO SOO SEANG [TEBRAU]

    Y.B. TUAN KHOO SOO SEANG [ TEBRAU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kemajuan menyelamatkan projek terbengkalai rumah kos sederhana Taman Mount Austin yang dimajukan oleh Syarikat Kong Sun.

  • JAWAPAN :-

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Taman Mount Austin Johor Bahru, Johor adalah projek perumahan kos rendah yang telah disytiharkan sebagai projek terbengkalai berdasarkan peruntukan Seksyen 11 ( ca) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] pada 16 Mac 2012. Kemajuan projek ini masih berstatus dalam perancangan pemulihan kerana Syarikat Kong Sun Enterprise Sdn. Bhd. (pemaju asal) pada 2 Ogos 2013 telah berjaya dalam rayuannya untuk mengenepikan perintah penggulungan yang telah dikenakan oleh pelikuidasi.

    Susulan itu, satu mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Johor, Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan wakil pemaju asal telah diadakan pada 26 Mei 2014 dan mesyuarat memutuskan supaya pihak pemaju asal mengemukakan semula pelan cadangan pemulihan untuk diteliti semula. Dalam pada masa, pihak KPKT bersama Kerajaan Negeri Johor akan mencari alternatif lain agar menyegerakan pemulihan projek terse but.

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

    Jun 2014

    2

  • SOALAN NO: 120

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERT ANY AAN: BERTULIS

    DARIPADA: Y.B. TUAN KHOO SOO SEANG

    SOALAN:

    Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-

    (a) kejayaan Kementerian mencapai Teras 5 Pelan Strategik untuk membangunkan sumber manusia yang berdaya saing; dan

    (b) usaha Kementerian untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing

    PR-1322-T62604

    JAWAPAN:

    Tuan Yang di-Pertua,

    Teras 5 Kementerian Sumber Manusia adalah berkaitan membangunkan sumber manusia negara yang berdaya saing. Tujuan teras ini adalah untuk membangunkan modal insan negara yang mahir, kompeten dan berdisplin dalam pasaran buruh negara selaras dengan hasrat negara untuk mencapai 50 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020.

    l

  • (b) Tuan Yang Di Pertua,

    Bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di negara ini, Kerajaan telah mengambillangkah-langkah seperti berikut :

    i. keperluan sebenar Kerajaan telah menetapkan proses, prosedur dan mekanisme dalam permohonan penggajian pekerja asing bagi menentukan keperluan sebenar yang telah dipertanggungjawabkan kepada beberapa agensi kawal selia.

    ii. Mengetatkan Prosedur Pengeluaran Sijil JobsMalaysia Setiap permohonan Sijil JobsMalaysia ini akan disiasat dengan teliti bagi memastikan majikan berkenaan benar-benar layak menggajikan pekerja asing dan bukan daripada majikan yang bermasalah. Kekosongan dalam sektor-sektor berkenaan perlulah ditawarkan kepada pekerja tempatan terlebih dahulu melalui portal JobsMalaysia sebelum permohonan pekerja asing dibenarkan;

    iii. gaji minimum Kecenderungan majikan untuk bergantung kepada pekerja asing yang kurang mahir dan bergaji rendah dapat dikurangkan kerana majikan perlu menawarkan gaji yang sama seperti mana yang dinikmati oleh pekerja tempatan.

    2

  • iv. tempoh penggajian tempoh penggajian pekerja asing adalah ditetapkan 5 + 5 tahun sahaja;

    v. exit policy dasar penggajian pekerja asing sentiasa ditambah baik dari segi penentuan mekanisme pengambilan pekerja asing yang mesti mengutamakan exit strategy seperti pelan latihan kemahiran kepada pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing, menetapkan ratio pekerja tempatan dan pekerja asing bagi menjamin peluang pekerjaan kepada pencari kerja tempatan serta mekanisme kenaikan levi secara berperingkat dan ditanggung majikan.

    vi. Pengambilan pekerja asing untuk sektor dan subsektor kritikal penggajian pekerja asing diluluskan bagi sektor dan subsektor kritikal sahaja dimana pekerja tempatan kurang berminat. Pekerja asing juga tidak dibenarkan bekerja di barisan hadapan (frontliner);

    3

  • SOALAN NO: 121

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN: BERTULIS

    DARIPADA: Y.B. TUAN KHOO SOO SEANG

    SOALAN:

    Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah dan insentif untuk melahirkan pekerja-pekerja berinovasi selaras dengan moto Hari Pekerja Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi.

    PR-1322-T62605

    JAWAPAN:

    Tuan Yang Di Pertua,

    Di antara langkah-langkah Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk melahirkan pekerja-pekerja berinovasi selaras dengan moto Hari Pekerja Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi adalah seperti berikut:

    i. Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menggunakan kurikulum yang menjurus kepada kebolehan merekacipta dan menyelesaikan masalah. Di dalam sesi pembelajaran, selain

  • dihendaki membuat latihan amali selepas habis modul latihan, pelajar-pelajar juga dihendaki menyiapkan projek tahun akhir sebelum tamat latihan bagi mendedahkan mereka kepada pemikiran kreatif dan inovatif.

    ii. JTM menganjurkan pertandingan kreativiti dan inovasi bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempertandingkan hasil ciptaan mereka. Bermula tahun 2000, JTM menganjurkan pertandingan 'Creativity and Innovative of Technology Competition (CITEC) yang diadakan untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar ILJTM, bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi 'design' dan 'functionality'.

    iii. Menyediakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan 70 peratus latihan di tempat kerja manakala 30 peratus latihan di pusat latihan.

    Tuan Yang Di Pertua,

    2. Di antara insentif yang disediakan oleh Kementerian dalam melahirkan pekerja berinovasi adalah seperti berikut:

    i. KSM melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) membenarkan majikan berdaftar di bawahnya

    2

  • menggunakan tabung Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) untuk tujuan melatih para mereka. Hampir semua bidang latihan khususnya yang menjurus kepada peningkatan kemahiran adalah dibenarkan dan mendapat pembiayaan penuh di bawah dana KWPSM. Antara bidang-bidang latihan yang biasa dipohon oleh para majikan dan mendapat kelulusan bantuan kewangan daripada PSMB termasuklah kursus-kursus yang boleh meningkatkan tahap inovasi dan kreativiti pekerja.

    ii. Mewujudkan Anugerah Pekerja Mahir sempena Sambutan Hari Pekerja bagi mengiktiraf pekerja yang berinovasi.

    3

  • NO. 50 ALAN: 122

    PEMBERITAHUAN PERTANVAAN DEWAN RAKVAT

    PERTANVAAN

    DARIPADA

    50 ALAN

    BUKAN LI5AN

    VB TUAN KHOO 500 5EANG [TEBRAU]

    VB TUAN KHOO 500 5EANG [TEBRAU] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-

    (a) unjuran keperluan sumber manusia di negara kita mengikut profesion-profesion penting bagi 5 tahun yang akan datang; dan

    (b) adakah unjuran terse but diketahui oleh institusi-institusi pendidikan tinggi demi menyelaraskan pengeluaran graduan-graduan yang mengikut keperluan negara.

  • JAWAPAN: VB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR.

    MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    Keperluan modal insan merupakan sebahagian daripada agenda yang diberi keutamaan dalam penyediaan Rancangan Pembagunan Lima Tahun Malaysia, termasuklah Rancangan Malaysia Kesebelas (2016 - 2020) yang sedang dirangka. Pada masa ini, unjuran keperluan sumber manusia yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah di peringkat makro berdasarkan lima sektor utama ekonomi iaitu Pertanian, Perlombongan dan Kuari, Pembuatan, Pembinaan serta Perkhidmatan. Unjuran juga dibuat mengikut sembilan Jenls pekerjaan berdasarkan Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) iaitu Pegawai Kanan dan Pengurus, Profesional, Juruteknik dan Profesional Bersekutu, Pekerja Pekeranian, Pekerja Perkhidmatan,Pekerja Kedai dan Jurujual, Pekerja Mahir Pertanian dan Perikanan, Pekerja Pertukangan dan berkaitan, Operator Loji dan Mesin dan Pemasang serta Pekerja asas. Maklumat ini diterbitkan dalam dokumen Rancangan Pembangunaan Lima Tahun, misalnya Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Namun yang demikian, sebagai persediaan untuk RMKe-11, unjuran terperinci berdasarkan subsektor dan jenis pekerjaan khusus sedang dilaksanakan melalui beberapa kajian. Antara kajian yang sedang dilaksanakan ialah "Study on Supply and Demand for Professional Occupations in Meeting the Need of a High Income Economy in 2020". Kajian ini sedang mengenal pasti keperluan tenaga manusia

    2

  • dalam sembilan kategori pekerjaan profesional iaitu Sains dan Kejuruteraan; Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan; Pendidikan; Perniagaan dan Pentadbiran; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Undang-undang; Hospitaliti; Sosial dan Kebudayaan; dan Kawai Selia (Regulatory). Dapatan kajian ini kelak dijangka akan dapat menjajarkan keperluan tenaga manusia mengikut profesion dengan penawaran daripada institusi pengajian tinggi.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Input daripada unjuran digunakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi untuk menilai kewajaran penawaran program baru dan merealisasikan program sedia ada. lni dilakukan melalui Jawatankuasa Pendidikan Tinggi di Kementerian Pendidikan yang mana dianggotai oleh wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabaran Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Selain daripada itu, maklumat daripada 'tracer study' ke atas pelajar yang telah bergraduat turut menjadi panduan untuk membuat penyelarasan permintaan dan penawaran. Kementerian Pendidikan Malaysia juga sedang mengambil langkah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui penglibatan industri dalam penyediaan kurikulum, latihan internship industri kepada pelajar dan pendedahan industri kepada tenaga pengajar.

    Sekian. Terima kasih.

    3

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BERTULIS

    PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [ PASIR GUDANG]

    RT16/123

    Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTER! PENDIDIKAN menyatakan adakah relevan untuk pelajar lepasan ijazah sarjana muda yang mendapat kelas kedua (atas) dalam masa yang sama telah bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan diberi peluang untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik PTPTN sepertimana yang diperoleh graduan kelas pertama dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk meningkatkan peratusan bayaran balik pinjaman dari semasa ke semasa.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Dasar pengecualian bayaran balik telah mula dilaksanakan pada tahun 2003 dan terbuka kepada semua pelajar peringkat ljazah Sarjana Muda di lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berjaya memperoleh keputusan kepujian kelas pertama. Sehingga 30 April 2014, seramai 21,325 peminjam telah mendapat pengecualian bayaran balik melibatkan pelupusan bayaran balik berjumlah RM583.6 juta.

    Memandangkan jumlah peruntukan yang perlu dilupuskan bagi pengecualian bayaran balik adalah besar, maka pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk meluaskan skop pengecualian bayaran balik kepada pelajar ljazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Kedua Atas. Walau bagaimanapun, semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan beberapa insentif kepada peminjam PTPTN di bawah inisiatif mengurangkan kos pembelajaran pelajar iaitu bagi peminjam yang

  • menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas apa-apa baki hutang yang belum diselesaikan oleh peminjam sebelum 1 Oktober 2012 dan bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten selama 12 bulan berturut-turut mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus seta hun akan diberikan, di mana diskaun akan diberikan selepas bulan kedua belas melalui pelarasan atas baki hutang pada masa tersebut.

    Pelbagai langkah telah dilakukan bagi mempastikan peminjam membuat bayaran balik pinjaman Perbananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antaranya memperbanyakkan dan mempelbagaikan saluran bayaran balik seperti mewujudkan kaedah bayaran balik melalui potongan gaji secara tetap melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, menyediakan pelbagai saluran bagi kemudahan bayaran balik pembiayaan pendidikan antaranya melalui kaunter dan perbankan internet ejen-ejen yang dilantik seperti bank-bank tempatan dan Pos Malaysia serta bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan pihak swasta untuk mengesan peminjam PTPTN.

    RT123

  • NO. SOALAN : 124

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    RUJUKAN

    SO ALAN:

    BUKAN JAWAB LISAN

    PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [ PASIR GUDANG ]

    6936

    Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah taraf warganegara bagi mereka yang sudah menetap terlalu lama di luar negara perlu dikekalkan ataupun ditarik balik dan berapakah jumlah warganegara Malaysia yang telah menetap di luar negara selama lebih daripada 1 0 tahun

  • JAWAPAN:

    Perkara 25(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di negara-negara di luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun dan dalam tempoh itu orang itu-

    (a) tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekutuan; dan juga

    (b) tidak mendaftarkan tiap-tiap tahun di konsulat Persekutuan niatnya hendak mengekalkan kewarganegaraannya:

    Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tempoh kemastautinan di mana-mana negara Komanwel sebelum permulaan bulan Januari 1977.

    Manakala bagi individu yang memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara kuatkuasa undang-undang pula, tindakan pelucutan boleh diambil ke atasnya sekiranya individu tersebut

    2

  • didapati telah memperoleh atau menggunakan kewarganegaraan asing selaras dengan undang-undang yang termaktub di bawah Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa dan bukti yang kukuh, tindakan pelucutan boleh diambil ke atas seseorang berdasarkan peruntukan undang-undang yang dinyatakan di atas.

    Turut dimaklumkan bahawa Kementerian ini juga tidak merekodkan data mengenai jumlah warganegara Malaysia yang telah menetap di luar negara selama lebih daripada 10 tahun. Oleh itu, perkara ini boleh dirujuk kepada Kementerian dan Agensi yang berkenaan jua.

    3

  • '

    SOALAN NO. 125

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    TARIKH

    SO ALAN

    JAWAB BUKAN LISAN

    PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]

    9 JUN 2014 (ISNIN)

    Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

    menyatakan apakah justifikasi yang digunakan dalam menentukan pemberian bantuan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kerana mereka yang bekerja diberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan sedangkan yang tidak boleh bekerja diberikan bantuan bulanan hanya

    RM150.

    1

  • JAWAPAN:

    Kesejahteraan dan kepentingan golongan orang kurang upaya (OKU) sentiasa mendapat perhatian Kerajaan dalam usaha mengintegrasi golongan OKU dalam masyarakat. Dalam hal ini, Kementerian

    Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai skim bantuan kebajikan kepada kumpulan sasar yang memerlukan termasuk orang kurang upaya (OKU) supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih sempurna.

    Skim Elaun Pekerja Cacat (EPC) dengan kadar RM300 sebulan diberikan kepada OKU bekerja yang berpendapatan di bawah RM 1 ,200 sebagai insentif dan galakan kepada mereka untuk terus bekerja dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka hingga mampu berdikari. Manakala

    Skim Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dengan kadar bantuan sebanyak RM150 sebulan diberikan kerana skim ini merupakan bantuan

    yang diberikan kepada golongan OKU yang tidak mampu bekerja yang

    2

  • berumur di antara 16 hingga 59 tahun dan tinggal bersama keluarga yang

    mempunyai pendapatan.

    Sekiranya dilihat sepintas lalu, sememangnya kadar EPC adalah lebih

    tinggi berbanding dengan kadar bantuan kepada OKU yang tidak bekerja. lni ialah kerana OKU yang keluar bekerja menghadapi masalah aksesibiliti khususnya pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja. Dalam hal ini, mereka terpaksa menyewa khas kenderaan ataupun menggunakan teksi.

    Oleh yang demikian, kadar RM300 sebulan sedikit sebanyak dapat

    mengurangkan beban kewangan OKU yang keluar bekerja.

    3

  • ..

    NO. SOALAN: 126

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL

    SAMAD [ PASIR GUDANG]

    PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [ PASIR GUDANG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan menyatakan langkah kawalan yang digunakan bagi membanteras 1su penyelewengan nilai timbangan barang oleh peniaga-peniaga pasar terutama barangan basah.

    JAWAPAN

    Tuan Yang Dipertua,

    Kementerian sentiasa berusaha dan memberi perhatian serius dalam membendung isu penyelewengan nilai timbangan barang oleh peniaga-peniaga yang dikenal pasti menggunakan alat timbang atau sukat yang tidak tepat atau palsu yang mana pelanggarannya menjadi satu kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (ATS 1972).

  • 2. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian ini dalam mengawal penyelewengan timbangan di pasar-pasar adalah seperti berikut:-

    (i) Kementerian telah mengadakan Kaunter Khidmat Pengguna di pasar-pasar utama di seluruh negara sebagai satu kemudahan kepada pengguna untuk membuat timbangan semula ke atas barangan yang telah dibeli sekaligus dapat memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang menggunakan alat timbang yang tidak seimbang atau tidak tepat.

    (ii) Penggunaan alat timbang dua muka sebagaimana yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang juga dapat memastikan perniagaan yang lebih telus kerana pengguna dapat melihat sendiri nilai timbangan terhadap barangan yang dibeli.

    (iii) Penguatkuasa juga telah mengadakan lawatan secara berkala dan lawatan secara mengejut untuk membuat pemeriksaan ke atas alat timbang yang digunakan oleh peniaga-peniaga bagi memastikan setiap alat timbang yang digunakan bagi tujuan perdagangan telah ditentusahkan dan masih belum tamat tempoh penentusahannya.

  • (iv) Selain daripada itu, Kementerian juga telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa di kompleks perniagaan dan pasar-pasar basah dalam memastikan pematuhan undang-undang di kalangan peniaga.

    (v) Di samping itu juga, sekiranya terdapat mana-mana orang atau peniaga yang telah bersengaja melebihkan atau mengurangkan sesuatu timbang atau sukat, apabila disabitkan mereka boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

    3. Kementerian sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan penyelewengan timbangan yang dilakukan oleh peniaga supaya tindakan segera dapat diambil terhadap pihak-pihak terbabit.

  • NO. SOALAN: 127

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    RUJUKAN

    SO ALAN:

    BUKAN JAWAB LISAN

    PN HJH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]

    6937

    Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap keberkesanan dan ketelusan sistem pemantauan dan pemeriksaan oleh Jabatan lmigresen Malaysia kerana masih terdapat ramai warga asing yang berjaya memasuki Malaysia tanpa butiran pengenalan yang sah.

    1

  • JAWAPAN:

    Seksyen 5 Akta lmigresen 1959/63 memperuntukkan setiap warga asing yang ingin masuk dan berlepas daripada Malaysia perlulah melalui pintu-pintu masuk yang telah digazetkan dan mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

    Setiap warganegara asing yang ingin masuk ke Malaysia adalah diwajibkan untuk mengemukakan dokumen perjalanan yang sah semasa menjalani pemeriksaan di kaunter-kaunter imigresen bagi memperoleh kebenaran masuk dan tinggal di Malaysia dengan menggunakan permit yang sah. Kawalan dan pemeriksaan di kaunter-kaunter imigresen meliputi pemeriksaan dokumen perjalanan, latar belakang pengembara, dan penyemakan identiti berdasarkan pangkalan data senarai syak JIM.

    Kerajaan telah mula melaksanakan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (Biometrik) (NERS) dan penggunaan teknologi ke atas pelekat pas yang dikeluarkan oleh Jabatan lmigresen Malaysia (JIM) bermula pada 1 Jun 2011 di semua pintu-pintu masuk di seluruh negara.

    Di samping itu, dengan objektif untuk membanteras jenayah rentas sempadan, sistem NERS berupaya untuk menyaring dan menjejak pelawat berisiko tinggi. Melalui NERS, data biometrik dan maklumat pelawat dapat dibuat rujukan silang dengan

    2

  • agensi-agensi domestik seperti Polis Diraja Malaysia dan antarabangsa seperti Interpol, Regional Movement Alert System (RMAS) dan lain-lain badan perisikan dunia.

    Kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan sistem BioSL di semua pintu masuk dan keluar negara bersekali dengan sistem NERS.

    Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Malaysia telah mengenalpasti bahawa terdapat warga asing yang memasuki Malaysia tanpa melalui proses pemantauan dan pemeriksaan oleh Jabatan lmigresen Malaysia. Perkara tersebut sedang dipantau dan sedang diatasi oleh pihak berkenaan.

    3

  • MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KETIGA BELAS

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    NO. SOALAN

    JAWAB BUKAN LISAN

    : VB. Datuk Wee leek Seng [ Tanjong Piai ]

    128

    Minta MENTER! KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah pihak Kementerian akan meneruskan projek pembinaan jalan perhubung desa yang telah lama dicadangkan melalui Pejabat Daerah Pontian kepada JKR tempatan supaya jalan-jalan tersebut didaftarkan di bawah MARRIS untuk dilaksanakan oleh pihak JKR sejak tahun 1997.

    1

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian akan meneruskan pelaksanaan projek Jalan Perhubungan Desa secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan berdasarkan bajet yang diluluskan. Setiap permohonan yang dibuat akan disiasat terlebih dahulu oleh agensi pelaksana seperti JKR Daerah bagi menentukan skop, spesifikasi dan anggaran kos.

    Kementerian memohon kerjasama Yang Berhormat untuk mengemukakan maklumat lengkap mengenai permohonan jalan perhubungan desa yang dimaksudkan bagi membolehkan Kementerian membuat semakan dan mempertimbangkan permohonan tersebut.

    2

  • .- .

    SULIT

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA,

    PARLIMEN KETIGA BELAS

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SOALAN (NO. 129)

    BERTULIS

    DATUK WEE JECK SENG [ T ANJONG PIAl - BN ]

    Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menaik taraf ke atas semua Gelanggang Futsal 1 Malaysia yang terdapat di kawasan-kawasan Parlimen seluruh Malaysia. memandangkan gelanggang-gelanggang yang sedia ada tidak berbumbung dan ini telah menjadikan gelanggang mudah dirosakkan oleh hujan lebat dan angin kencang.

    1 SULIT

  • SULIT

    JAWAPAN

    Yang di-Pertua

    1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Selia dan Sukan sememangnya mempunyai cadangan untuk menaiktaraf semua Gelanggang Futsal yang telah dibina oleh Kementerian ini. Antara cadangan tersebut ialah dengan membina bumbung bagi gelanggang futsal sedia ada dan membaikpulih kerosakan pagar dan permukaan lantai gelanggang.

    2. Pihak Kementerian sememangnya ingin membantu dari segi penyelenggaraan dan menaiktaraf gelanggang seperti yang dinyatakan, walau bagaimanapun ianya memerlukan peruntukan yang besar dan bagi tujuan tersebut permohonan peruntukan telah dibuat melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) namun sehingga kini masih belum diluluskan.

    Sekian, terima kasih.

    2 SULIT

  • NO. SOALAN: 130

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    BUKAN LISAN

    DATUK WEE JECK SENG

    [ T ANJONG PIAl ]

    Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang bekerjasama dengan syarikat pembekal gas semula jadi yang berkenaan untuk membangunkan bekalan gas NGV dengan pembinaan stesen-stesen gas dan penyaluran gas di kawasan Tanjong Piai demi penambahan keperluan pengangkutan awam tempatan khususnya teksi.

  • JAWAPAN: YB SENATOR DATO' SRI ABDUL WAHID OMAR,

    MENTERI Dl JABATAN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Setakat ini tiada cadangan oleh pihak PETRONAS untuk membangunkan bekalan gas NGV dengan pembinaan stesen-stesen gas dan penyaluran gas di kawasan Tanjong Piai, Johor kerana tiada saluran penyaluran paip gas di kawasan tersebut. Buat masa ini, terdapat 32 stesen NGV di seluruh negeri Johor dan kebanyakannya terletak di kawasan bandar dan kawasan industri yang berdekatan dengan saluran paip gas. Tambahan pula, perbelanjaan subsidi NGV adalah sangat tinggi iaitu kira-kira RM600 juta pada tahun 2013 memandangkan harga NGV dijual pada 68 sen seliter berbanding dengan kos RM2.03 seliter.

    2

  • NO SOALAN :131

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA Y.B. DATUK WEE JECK SENG (TANJONG PIAl)

    PERTANYAAN : BERTULIS

    Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl ] minta MENTERI

    KEWANGAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk

    mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan kerosakan jalan di

    sekitar kawasan pembinaan My Rapid Transit (MRT) yang dijangka siap

    sepenuhnya menjelang 2020.

    JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah memutuskan supaya

    Projek MRT Laluan 1 dari Sungai Buloh ke Kajang dilaksanakan setelah

  • mengambil kira manfaat besar yang bakal diperoleh oleh rakyat melalui

    penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam MRT yang cekap, selesa,

    selamat dan berintegrasi dengan mod pengangkutan awam rei lain iaitu;

    LRT, Monorail dan Komuter. Bagaimanapun, Kerajaan sedia maklum

    bahawa pembinaan Projek MRT yang sedang rancak dilaksanakan pada

    masa ini, mem~erikan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya

    terutamanya masalah kesesakkan lalu lintas dan kerosakkan jalan raya di

    sekitar kawasan pembinaan MRT. Oleh itu, bagi meminimumkan keadaan

    sedemikian, langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut:

    i. Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan) yang komprehensif

    dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakkan lalu lintas dan

    memastikan aliran trafik yang lancar;

    ii. Penutupan Iorang dan jalan yang sibuk hanya akan dilaksanakan pada

    waktu bukan puncak seperti pada waktu malam bagi mengurangkan

    kesesakkan lalu lintas;

    iii. Penutupan Iorang dan jalan akan dimaklumkan melalui media massa

    dari semasa ke semasa supaya pengguna jalan raya mendapat

    informasi terkini mengenai status kedudukan trafik; dan

    iv. Bagi mana-mana jalan yang rosak, pihak kontraktor telah memastikan

  • tindakan segera diambil dengan membaiki semula jalan yang

    rosaksupaya ia berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan.

  • ' .

    PERTANYAAN

    DARIPADA

    SO ALAN

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    BAGI JAWAB BUKAN LISAN

    DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN 1

    132

    Datuk Rozman bin lsli [ Labuan 1 minta MENTERI PENGANGKUT AN menyatakan adakah perancangan untuk membenarkan cermin gelap kenderaan mengikut piawaian yang sudah diterima oleh kebanyakan negara maju.

  • JAWAPAN

    Tuan Yang di-Pertua,

    Kerajaan sentiasa responsif terhadap keperluan rakyat terutamanya permintaan supaya dikaji semula tahap ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance - VL T) bagi cermin kenderaan. Dalam hubungan ini, Kerajaan telah menerima pandangan bahawa kadar VL T perlu dikaji atas faktor-faktor berikut:

    (i) cuaca panas di negara kita dan ditambah dengan masalah pemanasan global serta kesesakan lalu lintas;

    (ii) kejadian pecah kenderaan terutamanya kenderaan jenis MPV berikutan barang yang dibawa mudah dilihat dari luar; dan

    (iii) peraturan sedia ada adalah tidak selaras dengan amalan/praktis di negara-negara luar.

    Untuk makluman, secara amnya kajian mendapati tahap ketelusan cahaya tidak memberi kesan yang ketara kepada perubahan suhu dalam kenderaan. Walau bagaimanapun, mengambilkira permintaan rakyat, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan satu bengkel pada 2 dan 3 Jun 2014 sebagai suatu langkah engagement dalam mendapatkan maklumbalas secara menyeluruh. Bengkel ini melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan iaitu agensi

    2

  • Kerajaan, pemain industri, badan bukan Kerajaan dan ahli akademik. Secara amnya, hasil rumusan bengkel adalah berikut:

    (i) mengekalkan kadar VL T bagi cermin had a pan pada tahap 70% dan cermin sisi pemandu pada tahap 50% sepertimana sedia ada; dan

    (ii) meminda peraturan sedia ada berhubung kadar VL T bagi cermin sisi penumpang sebelah belakang dan belakang kenderaan daripada 50% kepada 30%;

    (iii) penyeragaman/penyelarasan aktiviti penguatkuasaan oleh agensi-agensi penguatkuasa mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan termasuk tolerance rate terhadap bacaan kadar VL T sebanyak 5%; dan

    (iv) pengeluaran sijil jaminan atau dokumen pengesahan kepada pengguna oleh premis aksesori kenderaan bagi memastikan kadar ketelusan cahaya terhadap cermin yang dipasang dengan filem penapisan haba adalah menepati kadar VL T yang dibenarkan bagi melindungi kepentingan pengguna.

    Tuan Yang di-Pertua,

    Bengkel tersebut secara amnya mengesyorkan untuk mengekalkan kadar VL T bagi cermin had a pan dan sisi pemandu kerana penurunan kadar VL T bagi cermin hadapan dan sisi pemandu akan memberi kesan terhadap visibility pemanduan (pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya), interaksi pemanduan dan response time terutamanya pemandu yang lanjut

    3

  • usia. Hasil rumusan bengkel ini yang menyentuh dari aspek peraturan sedia ada, penguatkuasaan dan kepenggunaan akan diangkat kepada perhatian Kerajaan untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya.

    4

  • PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

    DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    DARIPADA : Y.B. TUAN ROZMAN BIN ISLI (LABUAN)

    PERTANYAAN : BERTULIS

    NO SO ALAN :133

    Y.B. TUAN ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ] minta MENTERI

    KEWANGAN menyatakan adakah perancangan untuk memberikan subsidi

    minyak diesel kepada pengusaha-pengusaha feri penumpang dan

    kenderaan antara Labuan dan Sabah.

    JAWAPAN

    Pengusaha-pengusaha feri penumpang dan kenderaan antara Labuan dan

    Sabah telah sedia diberi subsidi diesel sejak Februari 2012.

  • RT17/134

    PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS

    DARIPADA DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ]

    SOALAN

    Datuk Rozman bin lsli [ Labuan ] minta MENTER! PENDIDIKAN menyatakan bilakah sebuah Kolej Komuniti akan dibina di Labuan.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Penubuhan sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik atau kolej komuniti dibuat dengan mengambilkira kemampuan pembiayaan Kerajaan, kepentingan bidang tujahan tertentu terhadap pembangunan sosio-ekonomi setempat, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang diperlukan dalam pasaran kerja. Tambahan pula, Jemaah Menteri pada 8 September 2004 telah bersetuju supaya Kolej Komuniti dibina mengikut keperluan dan tidak di setiap daerah atau kawasan Parlimen.

    Pada masa ini, telah terdapat Iapan (8) buah kolej komuniti di negeri Sabah iaitu Kolej Komuniti Tawau, Kolej Komuniti Lahad Datu, Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Semporna, Kolej Komuniti Sandakan, Kolej Komuniti Tambunan , Kolej Komuniti Penampang dan Kolej Komuniti Kota Marudu.

    Oleh itu, Kementerian berpandangan kolej komuniti sedia ada yang berhampiran seperti Kolej Komuniti Beaufort, Kolej Komuniti Penampang di Sabah dan juga Kolej Komuniti Miri di Sarawak masih mampu menampung permintaan daripada lepasan sekolah

  • menengah, di Labuan dan persekitarannya. Walau bagaimanapun cadangan pembinaan Kolej Komuniti Labuan akan diberikan pertimbangan sewajarnya tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan.

    RT134

  • PERTANVAAN DARIPADA KAWASAN

    SO ALAN:

    SO ALAN NO.: 135

    PERTANVAAN DEWAN RAKVAT

    BERTULIS VB. DATUK ROZMAN BIN ISLI LABUAN

    VB. DATUK ROZMAN BIN ISLI (LABUAN) minta MENTERI KERJA RAY A menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk membina jalan raya baru secepat mungkin untuk membantu Labuan menangani masalah kekurangan kawasan perindustrian pada tahap kritikal pada masa ini.

    1

  • JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua;

    Untuk maktuman Ahli Yang Berhormat, perancangan Kerajaan untuk meningkatkan jaringan jalan raya di seluruh negara, termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan dibuat berpandukan kepada Laporan Pelan lnduk Pembangunan Rangkaian Jalan (HNDP).

    Kajian HNDP bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (201 0) antara lain telah mengenal pasti 7 projek jalan baru dan 5 projek menaik taraf jalan sedia ada yang akan dilaksanakan di Labuan sehingga tahun 2025. Antara cadangan projek jalan baru di Labuan itu ialah membina jalan dari Pantai Tanjung Aru- Kg. Nagalang (5km). Taman Pearl- Rancha-Rancha (2.5km), dan Taman Tan Bon How ke Orkid Lake (4.5km). Manakala antara projek menaik taraf jalan sedia ada pula ialah melibatkan Jalan Rancha-Rancha (3. 5km ), Jalan Batu Arang (3km ), dan Jalan Mohd Salleh- Panchur Hitam (?km).

    Cadangan pelaksanaan sebahagian daripada projek di atas telah dikemukakan kepada Agensi Pusat untuk tujuan kelulusan dalam Rolling Plan ke-4 (2015), RMKe-10. Sehubungan itu, kementerian ini sentiasa berunding dengan Agensi Pusat untuk memastikan cadangan projek-projek infrastruktur jalan di Labuan itu akan diberikan keutamaan yang tinggi untuk dilaksanakan dalam tempoh RMKe-10 dan RMKe-11 yang akan datang.

    Sekian, terima kasih.

    2

  • RT02/136

    JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA: Y.B. DATO' ROZAMAN BIN ISLI [LABUAN]

    JAWAPAN OLEH Y.B. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

    PERTANYAAN BERTULIS

    Y.B. DATO' ROZAMAN BIN ISLI [ LABUAN ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah perancangan untuk menjadikan kampus Labuan International School (LIS) yang ada sekarang dijadikan sebagai pusat pengajian tinggi memandangkan ianya mempunyai kemiudahan cukup untuk tujuan tersebut? Pada masa yang sama, jumlahh penuntut LIS sekarang adalah kecil (350 orang sahaja).

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Setakat ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) belum menerima sebarang permohonan daripada Labuan International School (LIS) untuk menukarkan status daripada sekolah antarabangsa kepada pusat pengajian tinggi. Pada masa ini LIS merupakan institusi pendidikan swasta yang turut tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996.

    Rt136

  • RT18/137

    PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS

    DARIPADA DATUK MADIUS TANGAU [ TUARAN 1

    SO ALAN

    Datuk Madius Tangau [ Tuaran 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan untuk membina semula 4 Buah sekolah rendah di Sabah yang terbakar baru baru ini.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Empat (4) buah SK yang terbakar di Sabah adalah SK Pekan Kiulu, SK Gadong, SK Tempasak dan SK Simpangan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengemukakan permohonan peruntukan untuk SK Pekan Kiulu dan SK Gadong dalam Rolling Plan Keempat bagi pelaksanaan tahun 2015 kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan negara. Bagi SK Tempasak dan SK Simpangan pula permohonan telah dikemukakan untuk tindakan selanjutnya.

    Rt137

  • NO. SOALAN: 138

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

    DARIPADA DATUK MADIUS TANGAU [ TUARAN]

    RUJUKAN 6938

    SO ALAN:

    Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan orang Filipina, orang Pakistan, orang Indonesia dan lain lain warganegara yang telah diberi anugerah Penduduk Tetap sepanjang tahun 1990 hingga 2013.

  • JAWAPAN:

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum bahawa soalan ini merujuk kepada jumlah pemegang Kad Pengenalan Merah bertaraf Pemastautin Tetap (MyPR). Oleh itu, berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jumlah MyPR yang telah dikeluarkan kepada pemegang yang berasal dari negara Filipina, Pakistan dan Indonesia dari tahun 1990 sehingga 2013 adalah sebanyak 70,240 keping.

    2

  • SOALAN N0:139

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BUKAN LISAN

    DARIPADA DATUK MADIUS TANGAU [ TUARAN]

    SO ALAN

    VB Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah masa depan kesemua Penempatan Pelarian Filipina di Sabah yang telah diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Suatu ketika dulu.

  • JAWAPAN: VB DATO' SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI Dl JABAT AN PERDANA MENTERI

    Tuan Yang di-Pertua,

    Terdapat 6 skim penempatan pelarian yang diwartakan sebagai penempatan pelarian filipina di Sabah dan W.P Labuan. Kerajaan Negeri telah mewartakan tanah di skim ini sebagai kawasan penempatan pelarian. Untuk makluman, hal-hal tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan apa-apa keputusan terletak di bawah Kerajaan Negeri.

    Sekian. Terima kasih .

    2

  • RT19/140 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS

    DARIPADA DATUK MADIUS TANGAU [ TUARAN]

    SO ALAN

    Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah terkini yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazan dusun di sekolah-sekolah Kebangsaaan.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazan Dusun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah :

    1. Menggubal Kurikulum Bahasa Kadazandusun yang selaras dengan kehendak Transformasi Kurikulum KPM dan Kurikulum yang sentiasa relevan dan tepat kepada keperluan komuniti penutur Bahasa Kadazandusun .

    2. Mengadakan lawatan bimbingan ke sekolah-sekolah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Kadazandusun. Tujuan lawatan ini adalah untuk membimbing guru dalam memahami kandungan Kurikulum dan memberi cadangan-cadangan berkenaan dengan teknik PdP yang bersesuaian.

    3. Memberikan kursus dan taklimat kepada guru-guru yang melaksanakan KSSR Bahasa Kadazandusun.

    4. Menyediakan bahan sokongan seperti Buku Panduan Guru dan Buku Aktiviti Murid .

    Rt140

  • RT20/141

    PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

    PERTANYAAN BERTULIS

    DARIPADA DA TUK MADIUS TANGAU [ TUARAN 1

    SO ALAN

    Datuk Madius Tangau [ Tuaran 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan pelajar SPM yang telah mendapat semua A dan berapakah bilangan yang telah mendapat bantuan Kerajaan untuk melanjutkan pelajaran.

    JAWAPAN

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

    Bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bantuan kewangan atau biasiswa yang disediakan adalah untuk pelajar asasi di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (I PTA) dan pelajar peringkat sijil di Kolej Komuniti. Bantuan Kewangan Asasi adalah terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti program asasi di IPTA tanpa mengira tarat pendapatan keluarga. Pelajar yang mendaftar untuk mengikuti kursus asasi di mana-mana IPTA yang menawarkan kursus berkaitan adalah layak untuk mendapat bantuan tersebut. Manakala, bantuan kewangan bagi pelajar Kolej Komuniti terbahagi dua iaitu Bantuan Kewangan Modular Kolej Komuniti dan Tabung Pinjaman Pelajaran yang mana kedua-dua bentuk bantuan yang disediakan meliputi pemberian elaun wang saku kepada pelajar Kolej Komuniti yang berkelayakan berdasarkan pendapatan keluarga.

    Pada tahun 2011 sehingga Mei 2014, seramai 72,672 orang pelajar telah ditawarkan bantuan kewangan asasi di I PTA manakala seramai 1,031 orang pelajar pula ditawarkan Tabung Pinjaman Pelajaran Kolej Komuniti.

  • Bagi memastikan keadilan bagi semua kumpulan sasaran yang berkelayakan dan pembangunan modal insan yang seimbang di seluruh negara, Kerajaan sentiasa berusaha menyediakan peluang pembiayaan untuk semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

    Rt141

  • PERTANYAAN

    DARIPADA

    SOALAN :-

    PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

    BUKAN LISAN

    Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [SEPANGGAR]

    SOALAN ( 142 )

    Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan lanjut Kementerian terhadap program pembinaan sejuta rumah mampu milik yang diumumkan baru-baru ini dan berapa unit rumah di bawah skim berkenaan akan di bina di kawasan Sepanggar.

  • JAWAPAN :-

    Tuan Yang di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kemampuan

    pemilikan rumah melalui penyediaan lebih banyak lagi rumah yang

    berkualiti dan mampu dimiliki di pasaran melalui program-program

    perumahan seperti:

    (i) Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesej