jmg_430_2010-2011

11

Click here to load reader

Upload: azmi

Post on 10-Aug-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: JMG_430_2010-2011

Perancangan Akademik

JMG 430PROJEK KAJIAN

GEOGRAFI

Sidang Akademik 2010/2011

KELAS SIDANG VIDEO

Sidang Video Tarikh Jam

Perjumpaan 1

- 1 -

Page 2: JMG_430_2010-2011

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2010/2011 yang telah dihantar kepada pelajar)

JMG 430/4PROJEK KAJIAN GEOGRAFI

SIDANG AKADEMIK 2010/2011

PENGURUS KURSUS: Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin (PENYELARAS) bersama:

Dr Fatimah Hassan Prof Madya Dr Habibah Hj LatehDr Main Rindam

Dr Mohamed Zaini OmarDr Noresah Hj Mohd. Shariff Dr Izham Mohamad Yusoff

1. KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini merupakan kursus penyelidikan yang wajib dijalankan oleh semua pelajar yang membuat pengkhususan dalam Bidang Geografi. Tajuk penyelidikan yang dipilih oleh pelajar adalah berdasarkan tema dan tajuk yang dipersetujui oleh penyelia masing-masing. Kerja-kerja penyelidikan akan dipantau sepenuhnya oleh penyelia bermula daripada cadangan awal penyelidikan sehingga kepada penyiapan laporan akhir.

Antara objektif kursus ini adalah untuk melatih dan memahirkan pelajar kepada kaedah pengendalian kerja lapangan serta memupuk kemahiran dalam penulisan laporan ilmiah. Sehubungan ini pelajar perlu bijak dalam pengurusan masa dan kerja, mempunyai disiplin diri, mempunyai iltizam, komitmen yang tinggi, dedikasi dan berdaya tahan serta cekal dalam menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Keperluan usaha inisiatif dan daya kreatif yang tinggi amat penting bagi menghasilkan laporan yang terbaik.

2. KELAS SIDANG VIDEO

Anda wajib menghadiri kelas telesidang. Telesidang video ini bukanlah satu sesi syarahan atau kuliah yang bersifat penyampaian maklumat oleh pensyarah tetapi merupakan satu sesi perbincangan. Oleh itu, pelajar dikehendaki membuat persediaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam perbincangan. Telesidang bagi kursus ini diperuntukkan hanya sekali sahaja.

- 2 -

Page 3: JMG_430_2010-2011

3. ASAS PENILAIAN KURSUS

Prestasi pelajar dinilai 100 peratus melalui kerja kursus dalam bentuk Laporan Akhir penyelidikan. Pelajar dikehendaki menyediakan TIGA (3) salinan laporan akhir. DUA (2) salinan (satu copy hard cover dan satu copy soft cover berserta salinan CD) diserahkan kepada penyelaras kursus dan tidak akan dikembalikan. Satu (1) lagi salinan untuk simpanan pelajar dan sebagai “Back-Up Copy”. Markah untuk laporan akhir pelajar akan dibincangkan dalam perkara 6 di bawah.

Selain daripada laporan akhir, beberapa aktiviti lain boleh mempengaruhi penilaian kursus pelajar termasuk:

I. Penghantaran Cadangan Awal Penyelidikan - Cadangan awal penyelidikan yang pertama MESTI sampai kepada penyelia selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2010. Cadangan awal kajian perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1) Tajuk kajian 2) Pengenalan3) Isu dan pernyataan masalah kajian4) Kawasan kajian5) Matlamat Kajian6) Objektif kajian8) Hipotesis kajian (berdasarkan kesesuaian kajian dan bukan WAJIB)9) Skop Kajian10) Justifikasi Kajian11) Metodologi kajian / kaedah kajian 12) Ulasan karya / tinjauan literatur berkaitan dengan kajian13) Jangkaan dapatan kajian (jika ada)14) Kesimpulan

Panjang penulisan cadangan awal projek kajian tidak dihadkan dan bergantung kepada pelajar tetapi hendaklah merangkumi 14 perkara yang tersebut di atas. Lagi banyak anda menulis, terutama yang berkaitan maklumat kawasan kajian dan ulasan karya adalah lebih baik untuk digunakan semula di dalam laporan akhir nanti. Oleh itu pelajar dinasihatkan supaya berhubung dengan penyelia masing-masing untuk tujuan di atas. Sertakan juga sampul surat bersaiz A4 beralamat sendiri dan bersetem yang secukupnya supaya cadangan awal yang telah disemak dapat dihantar kembali kepada anda.

II. Pembentangan semasa Kursus Intensif- Setiap pelajar DIWAJIBKAN membentangkan draf awal penyelidikan semasa Kursus Intensif. Tarikh Kursus Intensif ialah pada 29 November – 19 Disember 2010 di kampus induk, USM. Sila rujuk perkara 6 (di bawah) untuk perincian tentang pembentangan seminar. Peratusan markah bergantung sepenuhnya kepada penyelia. Jika gagal membentangkan draf penyelidikan, penyelia boleh menggagalkan laporan akhir penyelidikan pelajar.

- 3 -

Page 4: JMG_430_2010-2011

III. Penghantaran laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan. Laporan akhir projek kajian yang telah dijilid mesti sampai kepada Penyelaras kursus selewat-lewatnya pada 5 Februari 2008 (tertakluk kepada perubahan sekiranya ada). Penghantaran yang melebihi tarikh ini akan dikurangkan markahnya dan ini adalah merupakan PENALTI yang akan dikenakan. Kegagalan menghantar laporan akhir ini, bukan sahaja menghalang anda dari berijazah, malah boleh menurunkan PNGK dan anda perlu mengulangi membuat kajian dengan tajuk dan penyelia yang berbeza pada tahun seterusnya.

4. CADANGAN JADUAL AKTIVITI DAN KERJA PENYELIDIKAN

Tarikh Aktiviti/ kerja yang perlu dilaksanakan

Dis. 2009-Ogos 2010

Pemilihan Tajuk dan Cadangan Awal Kajian Membuat tinjauan bahan bacaan terpilih berkaitan dengan tajuk kajian Membuat pemerhatian awal kawasan kajian Menyedia dan menghantar cadangan awal kajian kepada penyelia

(tarikh akhir penerimaan cadangan awal – 15 Ogos 2010)

Ogos - Sept 2010

Pengendalian Kerja Lapangan – maklumkan kepada penyelia masing-masing kerana cadangan awal adalah sebagai penentu apa yang hendak dilakukan dalam kerja lapangan. Tanpa cadangan awal yang kukuh akan menyebabkan pelajar hilang arah atau hala tuju tentang apa yang hendak dilakukan.

Menyediakan kerangka kajian Merangka kerja lapangan – soal selidik dan hal yang berkaitan Mengumpul data di tapak lapangan dan data sekunder Menyemak dan mengemas kini bahan bacaan Membentuk rangka laporan mengikut bab Maklumbalas daripada penyelia pembimbing masing-masing

Sept - Nov. 2010

Analisis Data Penyusunan data dan maklumat Pengolahan data mengikut kerangka kajian Penulisan bab 1, bab 2 dan bab 3 Maklumbalas daripada penyelia pembimbing

Nov. 2010 Menulis Laporan Penulisan penemuan berdasarkan data terkumpul Penulisan bab 4 dan berikutnya. Penyemakan bahan bacaan – menyelaras hasil dapatan kajian

dengan penemuan karya/kajian pengkaji terdahulu Memastikan dapatan kajian menjawab permasalan kajian dan

mencapai matlamat dan objektif kajian Persediaan untuk persembahan/pembentangan seminar semasa

Kursus Intensif

- 4 -

Page 5: JMG_430_2010-2011

Nov - Dis 2010

Pembentangan dan perbincangan semasa Kursus Intensif (Seminar) Membuat persembahan/pembentangan semasa Kursus Intensif Menerima maklumbalas daripada penyelia dan rakan sekumpulan Pembetulan, mengubahsuai dan menambahbaikan laporan Menghantar draf akhir laporan kajian Maklumbalas daripada penyelia pembimbing

Jan. 2011 Menyediakan Laporan Akhir Pembetulan dan ubahsuai Penyusunan semula bab-bab jika perlu Persiapan akhir carta, illustrasi, foto, rajah ke dalam laporan Kemaskini semua bab Siap ditaip sepenuhnya satu laporan akhir lengkap termasuk prakata,

abstrak, penghargaan, isi kandungan dan hal-hal yang berkaitan. Ketebalan penulisan teks Laporan akhir ialah di antara 100 hingga 120

muka surat Hantar untuk dicetak. Peruntukan masa secukupnya untuk percetakan

sebelum tarikh akhir laporan perlu diambil kira dengan sewajarnya.

Feb. 2011 Serahan Laporan Akhir Projek Kajian Salinan ASAL perlu dijilid berkulit keras/tebal (hard cover + CD) Salinan KEDUA dijilid berkulit lembut/nipis (soft cover + CD) Salinan KETIGA untuk simpanan peribadi pelajar. Hantar salinan ASAL dan salinan KEDUA berserta CD mengikut tarikh

yang ditetapkan iaitu sebelum atau pada 15 Februari 2011.

- 5 -

Page 6: JMG_430_2010-2011

JADUAL KERJA / GANTT CHART

AKTIVITI JUMLAH MINGGU KERJA

BULAN AKTIVITI 2010 – 2011A M J J O S O N D J F

1 Penyataan kajian 03 xxx

2 Sumber rujukan 32 Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

Xxxx

3 Rujukan literatur 13 Xxxx

Xxxx

Xx xx x

4 Penyediaan soal selidik

06 xxx

xxx

5 Draf bab awal (1,2,3,4)

04 xx xx

6 Kerja lapangan pertama

04 Xxxx

7 Kemahiran statistik 04 xx Xxxx

8 Proses data 10 Xx Xxxx

Xx xx

9 Kerja lapangan kedua

04 Xxxx

10 Analisis data 06 Xxxx

xx

11 Draf hasil dapatan (5)

02 xx

12 Draf bab akhir (6,7) 03 xxx

13 Kursus intensif 03 X xxx

14 Semakan draf akhir 03 X x x15 Laporan Akhir 02 xx16 Penjilidan 02 x X17 Serahan 01 X

5. TAJUK / TEMA KAJIAN SIDANG AKADEMIK 2010/2011

Tema kajian adalah ditetapkan seperti berikut:-a) Alam Sekitarb) Kualiti Hidupc) Kesihatand) Industrie) Pertanian

6. SEMINAR DAN ASPEK PEMARKAHAN LAPORAN AKHIR

Dua perkara yang sangat wajar diberi perhatian ialah:

i) SEMINAR sewaktu Kursus Intensif - 29 November – 19 Disember 2010

Seminar merupakan sesi pembentangan kajian yang telah dilakukan bermula daripada proses membuat cadangan awal penyelidikan. Ini bermakna semua

- 6 -

Page 7: JMG_430_2010-2011

pelajar di bawah penyeliaan pensyarah masing-masing WAJIB membentangkan kajian yang telah dijalankan. Pembentangan ini dapat memberi gambaran awal kepada para penyelia tentang kemajuan pelajar. Ketika pembentangan, teguran dan cadangan akan dibuat untuk memantapkan lagi kajian pelajar. Pelajar yang tidak membuat sebarang pembentangan sewaktu intensif tidak mencukupi syarat dan dibolehkan memberi markah F (gagal) oleh penyelia. Sebarang pertukaran tajuk tidak dibenarkan tanpa persetujuan penyelia yang terbabit. Sebarang bentuk peniruan dan plagiat akan diambil tindakan tegas dan boleh diambil tindakan tata tertib oleh pihak universiti.

ii) PEMARKAHAN

Semua pelajar akan dinilai oleh Pembaca Pertama (Penyelia masing-masing) dan Pembaca Kedua. Jika perlu Pembaca Ketiga juga akan dilantik. Semua gred yang diberi oleh Pembaca Pertama dan Kedua akan dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat khas yang melibatkan semua pensyarah geografi sebelum gred muktamad diberikan.

Panel pemeriksa yang terdiri daripada pembaca pertama/kedua/ketiga merupakan kumpulan yang berfungsi sebagai penilai termasuk juga yang melibatkan pengesanan keaslian dan unsur-unsur ciplak dalam Laporan Akhir kajian. Semua penyelia merupakan ahli akademik yang sangat berpengelaman dan dengan mudah dapat mengesan keaslian kajian yang dilakukan. Oleh itu, jika panel pemeriksa mendapati hasil kerja pelajar yang meniru, menyedut, menciplak atau menyalin ayat daripada pihak lain sama ada buku, laporan, artikel dan sebagainya sehingga tidak ada keaslian dalam laporan kajian, secara langsungnya pelajar akan diberi markah gagal dan tidak boleh berijazah.

Antara perkara-perkara yang akan diberi perhatian dalam aspek pemarkahan ialah:

i. Abstrak dan Bab Pengenalan ii. Pengetahuan/Kompetensi dalam kajian yang dilakukaniii. Tinjauan Bahan Bacaan (literature Review)iv. Metodologi Kajianv. Analisis Datavi. Justifikasi Dapatan/Penemuan Kajianvii. Integrasi teks dengan ilustrasi rajah, jadual, foto, carta dan hal yang

berkaitanviii. Kesinambungan idea keseluruhan teks (pertalian yang rapat bagi

setiap bab dengan bab yang berkaitan)ix. Bahan rujukan (bibliografi) yang perlu selari dengan yang terdapat di

dalam teksx. Etika, profesionalisme dan keaslian (BUKAN CIPLAKAN).

- 7 -

Page 8: JMG_430_2010-2011

7. PERHUBUNGAN DAN MASALAH

Semua perhubungan dan masalah, sila kemukakan kepada penyelaras atau penyelia masing-masing berpandukan maklumat di bawah.

Bil Nama Penyelia No. Telefon Alamat e-mel

1. Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin (Penyelaras)

04 – 6533933 [email protected]

2. Dr Fatimah Hassan 04 – 6533934 [email protected]

3. Prof Madya Dr Habibah Hj Lateh 04 – 6533608 [email protected]

4. Dr Main Rindam 04 – 6533932 [email protected]

5. Dr Mohamed Zaini Omar 04 – 6533609 [email protected]

6. Dr Noresah Hj Mohd. Shariff 04 – 6534576 [email protected]. Dr Izham Mohamad Yusoff 04 – 6534746 [email protected]

Semoga segala maklumat yang diberikan dapat membantu pelajar mengharungi kursus ini sehingga menghasilkan satu laporan akademik yang baik dan berkualiti. Salam hormat daripada saya selaku penyelaras projek sesi 2010/2011 dan selamat maju jaya.

SELAMAT BELAJAR

- 8 -

Page 9: JMG_430_2010-2011

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUHUNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JMG 430 – PROJEK KAJIAN GEOGRAFI

SIDANG AKADEMIK 2010/2011

Nama

No. Pendaftaran

Pusat Wilayah

No. TelefonAlamat:

CADANGAN AWAL PENYELIDIKAN

15 OGOS 2010

Penyelia :1. Prof Madya Dr Hj Wan Rozali Hj Wan Hussin ( )2. Dr Fatimah Hassan ( )3. Prof Madya Dr Habibah Hj Lateh ( )4. Dr Main Rindam ( )5. Dr Mohamed Zaini Omar ( )6. Dr Noresah Hj Mohd. Shariff ( )7. Dr Izham Mohamad Yusoff ( )

Tanda tangan Pelajar Tandatangan Pensyarah

Tarikh: Tarikh:

- 9 -