preview 2011

Upload: saiful-amin

Post on 06-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Preview 2011

    1/28

    Diskripsi Prima

  • 8/3/2019 Preview 2011

    2/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 2

    Legal NoticeLegal NoticeLegal NoticeLegal Notice

    Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com dandiedarkan oleh 'Muaz Hadi Global Ventures (001968529-A)'

    Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semulanaskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi

    Akta Hakcipta.

    Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman webwww.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email

    [email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan

    kepada anda

    Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tippenting untuk PTD Assessment Center dan Temuduga PTD di

    masa hadapan

    DisclaimerDisclaimerDisclaimerDisclaimer

    Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah

    hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan

    untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini

    tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang

    liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam

    Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan. Soalan-soalan

    yang mempunyai jawapan dalam 'Diskripsi Prima' adalah soalan edaran umum oleh pihak

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

    Team Tips PTD, Julai 2011

    Edisi Pertama Januari 2010

    1st

    revision Mac 2010

    2nd

    revision Oktober 2010

    3rd

    revision Julai 2011

  • 8/3/2019 Preview 2011

    3/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 3

    PendahuluanPendahuluanPendahuluanPendahuluan

    Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD (PRPBP) diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang

    komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi. Setiap tahun secara

    kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis iaitu pada bulan Februari dan Ogos (kebiasaannya) dan

    puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang

    boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL

    dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet.

    Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com

    yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapi dan

    sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti.

    Terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBP ini, dan jadikanlah

    http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

    Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat

    percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda

    untuk PTD Assessment Center dan temuduga PTD nanti. Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal

    membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi prePAC nanti.

    Penghargaan kepada semua Team Tips PTD dan juga editor, saudari Afraha Baiti binti Arif yangbertungkus lumus menyiapkan PRPBP ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada

    keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti.

    Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email

    [email protected] dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda. Salam kejayaan untuk anda

    dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap

    helaian PRPBP kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui. Jangan lupa, mulakan dengan

    bahagian Apa Yang Bakal ANDA Perolehi

    Team Tips PTDTeam Tips PTDTeam Tips PTDTeam Tips PTD

  • 8/3/2019 Preview 2011

    4/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 4

    Apa Yang BakalApa Yang BakalApa Yang BakalApa Yang Bakal andaandaandaanda PerolehiPerolehiPerolehiPerolehi

    Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda

    perolehi dari Pakej Rujukan ini. Ianya akan diringkaskan seperti di bawah;

    Pengenalan Ringkas

    Kenapa GAGAL?

    Pelan Tindakan

    Penutup & Doa

    Senarai Semak

    Penerangan Seksyen

    Penerangan Format

    Pecahan Soalan

    Strategi Persediaan

    Contoh Soalan

    Penerangan Format, Strategi

    Persediaandan Contoh SoalanbagiSetiap Seksyen adalahPERKARA penting yang kami DEDAH

    kan kepada anda. Anda akan tahu

    bentuk soalan dan bagaimana untuk

    anda bersedia. Link khas

    disediakan untuk rujukan. Sebab

    itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA

  • 8/3/2019 Preview 2011

    5/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 5

    Isi KandunganIsi KandunganIsi KandunganIsi Kandungan

    Tajuk Mukasurat

    Pengenalan Ringkas 6

    Kenapa GAGAL 7

    Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen A

    Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4 Pecahan 5 Pecahan 6 Pecahan 7

    10

    1417192023

    2628

    Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen B

    Pecahan 1 Pecahan 2 Pecahan 3 Pecahan 4

    29

    31343639

    Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen C

    Contoh Esei Bahasa Melayu Contoh Esei Bahasa Inggeris

    42

    43

    46

    Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen D

    Contoh Soalan47

    49

    Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen E

    Contoh Soalan50

    51

    Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik

    Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E54

    55

    Ringkasan Keseluruhan seksyen 57

    Senarai Semak 58

    Kit Persediaan 59

    Senarai Isi Kandungan buku Malaysia Kita 60

    Penutup dan Doa 62

  • 8/3/2019 Preview 2011

    6/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 6

    Pengenalan RingkasPengenalan RingkasPengenalan RingkasPengenalan Ringkas

    Menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah sesuatu yang mudah.

    Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri.

    Proses pemilihanya kalau dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses

    penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang

    bakal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

    Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon

    menjadi PTD. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin ada masalah dengan kelulusan

    anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya

    kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain,

    anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca.

    Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessemnt Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya

    mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang

    seterusnya iaitu pre PTD Assessment Centre (prePAC). prePAC merupakan mekanisme bagi membantu

    pihak Institut Tadbiran Negara (INTAN) membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-

    calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan lantikan ke perkhidmatan

    awam.

    Setelah berjaya prePAC anda akan di temuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda betul-

    betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidaklah semudah yang disangka,

    tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda!

    Kami tak ingin memanjangkan huraian tentang kerjaya ini kerana fokus kita dalam Pakej Rujukan ini

    persediaan peperiksaan bertulis. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya PTD, apa yang harus

    dilalui selepas menjawat jawatan keramat ini boleh terus ke laman web INTAN melalui link di bawah;

    http://www.intanbk.intan.my/i-portal/en/component/content/article/28-ptd/56-lantikan.html

  • 8/3/2019 Preview 2011

    7/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 7

    Kenapa GAGAL?Kenapa GAGAL?Kenapa GAGAL?Kenapa GAGAL?

    Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis PTD. Anda

    boleh rujuk dalam ebook PERCUMA 27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD. Kenalpasti sebab gagal

    dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut!

    Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya,

    calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang

    dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali

    ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal

    sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu

    symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh

    dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, saya sarankan anda

    mengambil ubat penenang yang merupakan tissue salt dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan

    homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh,

    eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang

    yang dijual di farmasi.

    Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut.

    Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat

    ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap

    masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak

    sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu

    diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum

    peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana

    ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan

    juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda berasimilasi dengan suasana pusat

    peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang

    anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan

    sebelum peperiksaan.

  • 8/3/2019 Preview 2011

    8/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 8

    Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu

    banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon

    gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca

    nota Diskripsi Prima ini, masalah terkejut ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal

    anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat

    bajet masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti,

    tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi

    bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda.

    Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu

    yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu

    natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak

    menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan

    calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka

    ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada

    soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan

    sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas

    ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke

    peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa

    anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang

    diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi

    kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja,

    tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi

    calon kebanyakan!

    Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran

    Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan

    bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibusnya

    hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang

    dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak,

    darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah

  • 8/3/2019 Preview 2011

    9/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 9

    analytical yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca

    soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan

    dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set

    ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analytical penyelesaian masalah dari internet. Tak

    susah, percayalah! Anda juga boleh menjadikan contoh soalan yang kami sediakan sebagai latihan

    segera untuk anda.

    Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa

    untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional

    sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda

    mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran

    yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang

    graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda

    dengan maklumat-maklumat ini. Dalam Diskripsi Prima ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei

    dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini

    terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

  • 8/3/2019 Preview 2011

    10/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 10

    Penerangan Format, Strategi

    Persediaan dan Contoh Soalanbagi Setiap Seksyen

    Seksyen A:

    Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

  • 8/3/2019 Preview 2011

    11/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 11

    Seksyen A:

    Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

    Penerangan Format

    Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai

    paling banyak soalan. Anda diberikan masa 45 minit untuk menjawab 60 soalan. Markah yang

    diperuntukkan adalah 30 markah dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu

    adalah format yang digunapakai untuk peperiksaan PTD sebelum ini. Sekali lagi formatnya;

    Tempoh: 45 minit Jumlah Soalan: 60 soalan Markah: 30 markah

    Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali

    berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya

    ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu kriteria

    sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting

    lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya

    soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian

    soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan

    soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah;

    Sejarah Malaysia Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat Skop Tugasan Badan dan Perjawatan Isu Nasional Dasar Pentadbiran Negara Tarikh dan Fakta Penting Lain-lain di luar skop

  • 8/3/2019 Preview 2011

    12/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 12

    Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan feedback yang diterima oleh kami di

    tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan

    maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untuk memudahkan

    anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu

    yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda.

    Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan

    persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah

    satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal

    kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh

    pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khususuntuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

    Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahuisecara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia

    dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial,

    sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan

    lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang

    ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak

    ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan

    disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada

    peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyatMalaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan

    akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-

    perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan

    mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk

    menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia

    sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

    Pernyataan di atas adalah hebahan dari SPA untuk seksyen ini pada tahun-tahun sebelum ini dan untuk

    November 2010, lebih banyak skop yang telah dikecilkan dan difokuskan menepati fungsi dan tugas PTD.

    Pada asasnya, tujuan penilaian tetap sama untuk menguji sejauh mana atau berapa prihatin dan sensitif

    calon terhadap apa yang berlaku dalam perkembangan dunia dan khususnya Malaysia. Inilah

    manifestasi penilaian kualiti calon dan anda harus membuktikan yang anda amat-amat berkualiti untuk

    diterima masuk ke jawatan hebat ini. Dan hebahan terkini ianya berbunyi seperti ini;

  • 8/3/2019 Preview 2011

    13/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 13

    "Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum

    perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga

    perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia /

    infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah / tanah / daerah/

    tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan,hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi

    maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-

    lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya

    kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya

    pada amnya dan Malaysia khasnya"

    Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui

    pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana

    menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu persatu

    pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang

    menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil

    pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas.

  • 8/3/2019 Preview 2011

    14/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 14

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 1- Sejarah Malaysia

    Untuk bahagian Sejarah Malaysia, apa yang anda perlukan ialah Buku Sejarah rujukan untuk

    PMR dan SPM. Abaikan bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang

    menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah

    Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda. Maknanya silibus sejarah peradaban

    dunia tingkatan 4 tinggalkan!

    Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda

    kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun

    tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita

    semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru

    bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu smartdalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang

    ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang

    seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang

    membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda cuma nak

    mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan

    tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barang tentu ianya akan

    menjimatkan masa anda.

    Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini

    adalah sebahagian soalan yang berkaitan;

    1.Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yangditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari

    Sultan Abdullah kecuali?

    a.Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedahb.SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah

  • 8/3/2019 Preview 2011

    15/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 15

    c.SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepadaSultan Kedah sebagai pampasan

    d.SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuhe.SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah

    2.Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula PulauPinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti;

    a.Temasekb.Achehc.Riaud.

    Raja Thai

    e.British3.Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British?

    a.Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan baratb.Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin

    monsun untuk perdagangan dengan China

    c.Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negaraluar Seperti China

    d.Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot diKepulauan Melayu

    e.Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera4.Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan

    peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor

    Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah;

    a.Cukai yang tidak wajar

    b.Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adilc.Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Sulukd.Penindasan dan kekerasan pegawai SBUBe.Penguatkuasaan lesen perhutanan yang membebankan penduduk

  • 8/3/2019 Preview 2011

    16/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 16

    5.Penentangan Dato Bahaman adalah disebabkan faktor..a.Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah

    beliau sebagai orang besar jajahan

    b.Larangan mengutip cukai di daerah Temerlohc.Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan

    Dato Bahaman

    d.Konflik kesetiaan kepada Rajae.Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan

    Dato Bahaman

    6.Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan?7.Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan

    satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan

    rakyat. Bagaimana ianya bermula?

    8.Berikut adalah antara golongan intelektual Melayu yang menyokonggagasan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi berlatangbelakangkan

    pendidikan Inggeris.

    9.Dia adalah seorang yang berpengaruh dalam pakatan bersama TunkuAbdul Rahman menuntut kemerdekaan dan pernah dilantik sebagai

    Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat pada

    tahun 1923-1934.

    10.Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinanIbrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka tersisih

    dalam pembentukan Tanah Melayu?

    Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia

    dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati

    dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e). Anda harus cepat dan pantas menjawab

    soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif

    meliputi Sejarah Malaysia. Biasanya ianya merangkumi 10-15 soalan mengenai sejarah.

  • 8/3/2019 Preview 2011

    17/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 17

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 2 - Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat

    Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas

    peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana

    perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana

    undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan,

    ianya juga mencakupi sistem pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku

    Sejarah Tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am Tingkatan 6. Anda boleh rujuk mana-

    mana yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan dalam bahagian ini;

    1.Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, bagindahendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat

    sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang

    a.Beragama Islamb.Pernah menjadi Menteri Kabinetc.Keturunan Melayud.Menjadi warganegara mengikut operasi undand-undange.Menjadi warganegara secara masukan

    2.Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnyaada dua bahagian dan ianya adalah;

    a.Jabatan Pusat dan Jabatan Negerib.Jabatan Negeri dan Jabatan Daerahc.Jabatan Negeri dan Kementeriand.Jabatan Negeri dan Jabatan Persekutuane.Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan

  • 8/3/2019 Preview 2011

    18/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 18

    3.Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai:a.Penubuhan ASEANb.Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggarac.Penubuhan pasaran bersama untuk ASEANd.Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan

    Kerajaan mereka ke atas Sabah

    e.Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN4.Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya

    sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan

    Perlembagaan yang harus dihayati:

    a.Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasab.Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelahc.Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruhd.Melindungi kepentingan rakyate.Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru

    5.Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali:a.Ekonomib.Sosialc.Agamad.Keselamatane.Pendidikan

    6.Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yangmempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana

    pulak keadaan agensi di negeri-negeri?

    7.Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan PilihanrayaUmum yang betul.

  • 8/3/2019 Preview 2011

    19/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 19

    8.Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang betuldalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara?

    9.Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalambeberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama.

    Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama?

    10.Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun DrMahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga

    dan tujuan utamanya ialah:

    Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah

    pentadbiran Dato Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beriperhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah

    bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur

    tangan dari kerajaan pusat secara umumnya.

    Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat

    dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.

  • 8/3/2019 Preview 2011

    20/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 20

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 3 - Skop Tugasan Badan dan Perjawatan

    Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan struktur pentadbiran

    Negeri dan Pusat, cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih

    mudah, soalannya terus mengenai tugas jawatan dan jabatan. Tipsnya ialah ambil tahu tugas-tugas

    umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah

    antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan

    bahagian ini.

    1.Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersamadiperingkat negeri dan pusat kecuali:

    a.Perkhidmatan tempatanb.Cuti negeric.Undang-undang negerid.Parit dan tali aire.Tanah

    2.Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawahkecuali:

    a.Penetapan tarikh penamaan calonb.Semakan Manifesto parti bertandingc.Pembatalan keputusan pilihanrayad.Pengumuman keputusan pilihanrayae.Sebagai badan yang memerintah sementara

    3.Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepaskegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan?

    4.Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistempeperintahan Negara?

    5.Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalammenyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu

  • 8/3/2019 Preview 2011

    21/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 21

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 4 - Isu Nasional

    Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih

    berfokuskan sejauh mana anda sensitif dengan isu-isu dalam Negara seperti isu kenaikan harga gula,

    bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam

    menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu

    masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen

    ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara

    soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah;

    1.Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang beradadalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga

    barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah

    peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali:

    a.Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannyab.Kenaikan harga minyak duniac.Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangand.Kejatuhan matawang Amerika Syarikate.Situasi inflasi dunia

    2.Kenaikan harga minyak dunia memberi kesan kepada pelan subsidiminyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh

    kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak?

    a.Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebatb.Memperkenalkan penggunaan minyak RON95 sebagai penggunaan

    prima

    c.Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jirand.Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak

  • 8/3/2019 Preview 2011

    22/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 22

    e.Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar3.Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh

    kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai

    pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah

    bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah

    pengangguran:

    a.Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihansementara untuk meningkatkan kualiti modal insan

    b.Latihan keusahawanan kepada graduanc.

    Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melaluiperuntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN

    d.Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduanyang diperlukan oleh industri

    e.Menyediakan medium penambahan nilai melalui kursus-kursuskemahiran

    4.Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan olehPerdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu?

    5.Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej RangsanganEkonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej

    lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan

    Negara?

    6.Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalamkawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah

    tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini?

  • 8/3/2019 Preview 2011

    23/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 23

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 5 - Dasar Pentadbiran Negara

    Soalan yang kami klasifikasikan dalam pecahan ini merangkumi dasar-dasar kerajaan dan

    bagaimana kerajaan pusat khususnya menangani isu-isu dalam Negara mahupun luar Negara. Di

    samping itu, ianya juga memfokuskan tentang dasar-dasar baru kerajaan yang merangkumi slogan

    kerajaan, apa yang hendak dicapai contohnya dalam isu KPI dan sebagainya. Untuk persediaan dalam

    pecahan ini sebenarnya ia sama dengan persediaan pecahan Isu Semasa sebelum ini. Anda perlu peka

    dengan berita dan dasar-dasar baru kerajaan. Rujukan utama yang boleh disarankan ialah portal

    kerajaan di www.malaysia.gov.my yang mana merekodkan segala dasar-dasar baru kerajaan dan

    sewajarnya menjadi rujukan utama anda. Berikut adalah contoh soalan yang kami golongkan dalam

    pecahan Dasar Pentadbiran Negara;

    1.Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua dibawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum

    pengisytiharan zon bebas kecuali:

    a.Kesesuaian kawasanb.Penyediaan kemudahan infrastrukturc.Populasi pendudukd.Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukaie.Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan

    2.Pengagihan anggaran perbelanjaan persekutuan 2009 dibahagikankepada 3 bahagian utama iaitu tanggungan sebanyak 11.6%,

    pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5%. Berapakah

    sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini:

    a.RM207,899 jutab.RM107,899 jutac.RM307,899 juta

  • 8/3/2019 Preview 2011

    24/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 24

    d.RM97,899 jutae.RM407.899 juta

    3.Menteri Kewangan mempunyai bidang kuasa menambah dan mengeluarkanlebih peruntukan di bawah akta perbekalan, tetapi kebiasaannya

    peruntukan awal sudah memadai bagi setiap kementerian. Antara

    senarai kementerian di bawah, yang manakah mendapat peruntukan

    yang paling tinggi pada 2009?

    a.Kementerian Kesihatanb.Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatanc.

    Kementerian Pelajaran

    d.Kementerian Pengajian Tinggie.Kementerian Pertahanan

    4.Dasar Bioteknologi Negara yang diperkenalkan oleh Tun AbdullahAhmad Badawi masih diteruskan oleh Dato Seri Najib Tun Abd Razak

    dan ianya memfokuskan 9 Inisiatif Utama. Yang manakah antara

    berikut tidak termasuk dalam 9 Perkara tersebut:

    a.Pembangunan Bioteknologi Pertanianb.Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologic.Pembangunan Modal Insaniahd.Pembangunan Bioteknologi Perangkaan Molekulare.Pembangunan Bioteknologi Industri

    5.Langkah mengukuhkan integriti pentadbiran Negara dilakukan denganbegitu proaktif antaranya mengekang dan membendung gejala rasuah.

    Antara langkah penting yang diambil kerajaan ialah:

    a.Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menggantikan Badan Pencegahan Rasuah (BPR)

    b.Penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menilai tahap integritiPolis

  • 8/3/2019 Preview 2011

    25/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 25

    c.Pelantikan anggota SPRM yang bebas dan telus yang dipersetujuioleh majoriti ahli Dewan Rakyat

    d.Mempercepatkan urusan siasatan yang melibatkan rasuah terutamayang berprofil tinggi

    e.Memberi jaminan keselamatan kepada pemberi maklumat6.Belanjawan tahun 1998 dalam keadaan ekonomi dan politik yang

    kurang stabil telah mengemukakan 4 strategi utama. Manakah antara

    berikut tidak termasuk dalam strategi tersebut:

    a.Memperteguhkan asas ekonomi dan menstabilkan pasaran kewanganb.

    Mengekalkan pertumbuhan mapan

    c.Meneruskan proses deregulasi dan liberalisasi ekonomid.Menghentikan sementara projek-projek yang menelan belanja

    besar

    e.Meneruskan agenda sosial bagi pembangunan yang lebihmenyeluruh

    7.Pelan Induk Perindustrian (PIP) 1986-1995 di bawah DasarPerindustrian Negara menggariskan beberapa matlamat di bawah

    kecuali:

    a.Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhanperindustrian Negara

    b.Menggalakkan sepenuhnya penggunaan sumber asli Negarac.Mengukuhkan tahap penyelidikan dan pembangunand.Penubuhan dana khas untuk merancakkan perindustrian Negarae.Pembinaan asas tenaga mahir melalui R&D

  • 8/3/2019 Preview 2011

    26/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 26

    Huraian Seksyen A:

    Pecahan 6 - Tarikh dan Fakta Penting

    Pecahan seksyen ini merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan anda tergelincir. Anda

    tidak boleh menggunakan logik akal dalam pecahan ini. Ianya merupakan fakta yang harus diketahui.

    Selalunya ianya bersangkutan dengan tarikh-tarikh peristiwa penting yang besar dan juga fakta penting

    dalam Negara. Persediaan untuk pecahan ini hanyalah melalui pembacaan dan pengetahuan umum

    anda. Mungkin anda boleh melihat sedikit sebanyak mengenai penganjuran sukan Komanwel dan

    Olimpik di mana dan tahun berapa; sekadar memberi cadangan. Berikut adalah antara soalan pecahan

    ini yang pernah ditanya dalam soalan-soalan sesi lepas;

    1.Di manakah lokasi Piala Dunia 2010 bakal diadakan?a.Afrika Selatanb.Brazilc.Copenhagend.Perancise.England

    2.Siapakah pemenang pingat Olimpik pertama Malaysia?a.Rabuan Pitb.Razif/Jalani Sidekc.Cheah Soon Kit/Yap Kim Hockd.Nicol Ann Davide.Malek Noor

    3.Antara berikut, siapakah yang tidak pernah menjawat jawatan KetuaHakim Negara

    a.Tun Mohamed Azmi Mohamedb.Tun Syed Sheikh Hassan Barakbah

  • 8/3/2019 Preview 2011

    27/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 27

    c.Tun Syed Ahmad Nasird.Tun Abdul Hamid Omare.Tun Abdul Hamid Mohamad

    4.Bilakah Malaysia menjadi tuan rumah sukan Komanwel?a.Mei, 1998b.Jun, 1998c.Julai, 1998d.Ogos, 1998e.September, 1998

    5.Di manakah ibu pejabat Sekretariat ASEAN?a.Jakarta, Indonesiab.Kuala Lumpur, Malaysiac.Singapurad.Bangkok, Tahilande.Bandar Seri Begawan, Brunei

    6.Singapura bersama Tanah Melayu pada tahun 1963 ketika gabunganSabah dan Sarawak menjadi Malaysia tetapi selepas itu keluar dari

    Malaysia dan menjadi Negara Republik. Tahun berapakah peristiwa

    itu berlaku?

    a.1964b.1965c.1966d.1963e.1968

  • 8/3/2019 Preview 2011

    28/28

    Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

    Anda tak sepatutnya GAGAL lagi 28

    TAMAT PREVIEW COPY

    Dapatkan Versi

    Penuh yang

    mencakupi;

    Ebook Utama 'Diskripsi Prima' Sola Jawab PTD Contoh Soalan&Jawapan Seksyen A

    Contoh Soalan&Jawapan Seksyen B Contoh Soalan&Jawapan Seksyen C Contoh Soalan&Jawapan Seksyen D Contoh Soalan&Jawapan Seksyen E 7 Contoh Esei Bahasa Melayu 7 Contoh Esei Bahasa Inggeris 40++ Isu semasa 2010/11 180++ Soalan&Jawapan Matematik

    (bab khusus exam kerajaan)

    400++ koleksi soalan Sahsiah &Minat di bawah sistem baru

    2011, MyRecruitment .... dan banyak lagi!Belum pernah ada rujukan selengkap

    ini.. Khusus untuk yang mahu

    LULUS, hanya di;

    http://tipsptd.com

    Jualan akan di TUTUP pada 14 Julai 2011. Pilih untuk LULUS hanya di;

    http://tipsptd.com