jenis tali

13

Click here to load reader

Upload: gemuk-nonit

Post on 11-Dec-2015

163 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

jenis ikatan dan tali

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Tali

PENDAHULUAN

Ascending dan descending merupakan teknik untuk memanjat ataupun

menuruni di sesuatu tempat dengan menggunakan tali. Kaedah ascending dan

descending ini biasanya digunakan untuk menjalankan proses menyelamat di

sesuatu tempat kemalangan. Kaedah ini kelihatan ringkas dan mudah namun ianya

menggunakan banyak tenaga.

Bagi kaedah ascending, pelbagai teknik yang dapat digunakan. Antaranya

ialah tradisional, teknik footlock i,ii,iii, teknik non-mekanikal, teknik semi-mekanikal

dan teknik full-mekanikal. Bagi teknik tradisional penyelamat memanjat dengan

menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya tanpa menggunakan sebarang

peralatan mekanikal. Bagi teknik full mekanikal pula penyelamat menggunakan

jammer sama ada full jammer atau juma ataupun half jammer atau juma. Semi

mekanikal pula penyelamat menggunakan satu jammer dan menggunakan ikatan

clemest atau prussik. Non mekanikal pula, hanya menggunakan tali kernmental yang

bersaiz 5mm dengan menggunakan ikatan clemest dan prussic.

Kaedah descending pula, mempunyai pelbagai teknik yang dapat

dipraktikkan. Antaranya ialah normal rapelling, spider rapelling, australian rapelling,

working middleway, dan sebagainya. Normal rapelling digunakan dengan tujuan

untuk turun dari tempat tinggi tanpa membawa mangsa. Teknik ini boleh dilakukan

hamper boleh dilakukan pada semua tempat atau permukaan atau dinding bersudut

90 darjah. Spider rapelling digunakan untuk memeriksa bangunan oleh penyelamat

terakhir. Ianya juga sesuai diigunakan pada bangunan yang mempunyai permukaan

yang rata, tempat yang tidak mempunyai dinding juga bileh dilakukan namun tidak

sesuai kerana takut dapat mencederakan penyelamat.

Bagi teknik Australian rapelling pula dilakukan untuk menuruni tebing curam

yang berhalangan atau tebing curam yang berlurah. Sangat sesuai jika dilakukan

pada permukaan yang bersudut 45 darjah. Bagi teknik working middleway pula

digunakan untuk melakukan kerja – kerja di pertengahan tali seperti di tengah –

tengah bangunan ataupun yang seangkatan dengannya. Pelbagai kerja boleh

dilakukan di pertengahan tali seperti menyelamat mangsa dan sebagainya.

Page 2: Jenis Tali

PERALATAN ASCENDING DAN DESCENDING

1. TALI

Terdapat tiga jenis tali yang biasa digunakan antaranya ialah Fibre

Asli, Fibre Tiruan, Fibre Dawai. Fibre asli diperbuat dengan menggunakan

manila hamp, sejenis pokok tempatan di Manila. Selain itu pokok Sisal yang

mempunyai kekuatan seperti pokok manila hamp. Tali ini juga diperbuat

daripada sabut kelapa kerana mempunyai ciri yang sesuai seperti ringan dan

mudah terapung, biasanya digunakan oleh Fire Boat di laut. Kapas juga

merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat tali ini kerana

kapas senang memanjang dan mudah masa. Disapukan dengan minyak khas

uang kalis air untuk mengelakkannya cepat rosak.

Fibre tiruan pula jenis yang biasa digunakan untuk menyelamat. Antara

jenis – jenisnya ialah Nylon dan Polyster. Biasanya fibre tiruan lebih halus,

lembut dan kukuh dari fibre asli. Tali yang biasa digunakan untuk aktiviti lasak

seperti abseiling dikenalai sebagai kernmentle iaitu jenis static dan dinamik.

Fibre dawai biasanya 9 kali lebih tahan dari tali belati dan biasanya digunakan

di tangga escape dan cakara putar.

SEBAB – SEBAB KEROSAKAN TALI

Terdapat pelbagai sebab yang dapat menyebabkan kerosakan pada tali.

Contohnya:-

i. Geseran

ii. Penggunaan takal yang tidak sesuai.

iii. Kerap dibengkokkan atau terlalu bengkok.

iv. Terluka/terguris/tetas.

v. Terlalu lama disimpan sehingga reput.

vi. Terkena bahan kimia akibat kecuaian atau sebab lain.

vii. Terdedah kepada keadaan cuaca sama ada hujan atau panas.

viii. Direndam terlalu lama sehingga bercendawan.

ix. Dikenakan beban yang berlebihan.

x. Disalahgunakan dan dikenakan beban secara sentapan atau mengejut

Page 3: Jenis Tali

PENJAGAAN TALI

Cara – cara penggunaan tali yang betul:-

1) Sentiasa menguji tali pada masa – masa berikut:-

i. Masa baru dibeli.

ii. Sebelum digunakan.

iii. Selepas digunakan.

iv. Ujian bulanan.

v. Selepas tali dibaiki.

2) Hayat tali biasanya 5 tahun selepas digunakan.

3) Tali jenis kernmental selepas 700 kali.

4) Hamparkan tali yang baru sampai pada pencakok berputar.

5) Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa. Hujung tali mestilah diikat supaya

tidak terburai.

6) Elakkan mengkat tali secara tetap.

7) Gunakan takal yang sesuai.

8) Gunakan lapik untuk kerja – kerja bucu tajam.

9) Simpan tali ditempat yang kering.

10)Elakkan tali daripada terdedah kepada cahaya matahari.

11)Gunakan tali yang sesuai untuk sesuatu beban kerja.

Cara – cara menguji tali:-

Cara praktikal.

- Ikat satu hujung tali dan tarik hujung tali satu lagi dengan 3 anggota

penyelamat selama 20 saat.

- Tali ditarik dengan kekuatan 6 orang penyelamat selama 20 saat.

- Daya hendaklah dikenakan perlahan – perlahan.

Cara hidraulik.

- Dengan menggunakan mesin. Ujian Musnah, Ujian Tidak Musnah dan

Ujian Penyelamat.

Cara visual.

- Melihat keadaan tali.

- Memeriksa dengan sentuhan.

Page 4: Jenis Tali

JENIS IKATAN DAN SIMPULAN DALAM KERJA – KERJA

MENYELAMAT

1. Anchoring/Sauh

- 1 lengkaran 2 setengah belit.

- Simpul manok.

- Simpul angka lapan bertanjul.

- Tindih kasih.

CARA PENJAGAAN

- Minyakkan di bahagian tertentu seperti pintu dan skru pengunci untuk

mengelakkan daripada berkarat dan rosak.

- Disimpan di tempat bergantung untuk elak habuk, karat dan berubah

bentuk fizikal.

- Pastikan tidak jatuh terhempas atau dipijak kerana boleh menyebabkan

ikatan molekul didalamnya rosak.

- Tidak bergesel dengan permukaan tajam.

- Karabina yang haus terguris atau retak jangan digunakan lagi dan

haruslah dilupuskan

- Karabina yang telah tamat tempoh atau lebih usia hendaklah diasingkan

dan dilupuskan.

- Tentukan spring dan kunci pintu karabina boleh berkerja dengan baik.

Page 5: Jenis Tali

2. FIGURE OF EIGHT.

- Digunakan semasa melakukan aktiviti descending.

- Diperbuat daripada aloi yang sensitive kepada hentakan.

- Boleh menanmpung beban seberat 2500kg sehingga 3000kg.

- Bergantung kepada saiz dan pengeluar.

CARA PENJAGAAN

- Disimpan di tempat yang bergantung untuk mengelakkan habuk dan

berubah bentuk fizikal.

- Pastikan tidak terjatuh terhempas atau dipijak kerana dapat merosakkan

ikatan molekul di dalamnya.

- Tidak tergesel dengan permukaan kasar atau bucu tajam.

- Figure of eight yang haus, terguris atau retak janganlah digunakan lagi

dan harus dilupuskan.

- Figure of eight yang telah tamat tempoh atau melebihi usia hendaklah

diasingkan dan dilupuskan.

Page 6: Jenis Tali

3. JAMMER @ JUMA

- Digunakan dalam aktiviti ascending.

- Merupakan alat yang digunakan dalam teknik full mekanikal dan semi

mekanikal.

4. GRIGRI (GIBBS)

- Digunakan sewaktu aktiviti descending.

- Mengawal descending.

Page 7: Jenis Tali

5. MENYAMBUNG TALI

- Ikatan buku sila.

- Simpul pengail tunggal.

- Simpul pengail berganda.

- Bunga geti tunggal.

- Bunga geti berganda.

6. MEMENDEKKAN TALI

- Shipshank.

- Artielarry knot.

7. IKATAN SAUH MUDAH LUCUT

- Highyaman’s hitch.

8. IKATAN KERUSI/SEAT

- Diapram seat.

- Ranger seat.

- Australian seat.

- Swiss seat.

9. BRAKER KNOT

- Italian hitch.

10. IKATAN MENYELAMAT

- Bowline.

- Bowline on the bight.

- Triple bowline

- Portuguese bowline.

- France bowline

- Paracute knot.

- Chair knot.

Page 8: Jenis Tali

11. LAIN – LAIN IKATAN PENTING.

- Simpulan mati

- Simpul angka lapan

- Ikatan balak

- Prussic knot

- Klements knot

- Safety body line

- Whipping

- Ikatan seraya

- Ikatan serong

12. KARABINA ( SNAP LINK )

- Diperbuat daripada aloi yang tahan lasak dan ringan.

- Kegunaannya adalah sebagai alat perantara atau penyambung daripada

satu alat ke alat yang lain.

- Mestilah diuji dan diluluskan oleh UIAA.

- Mempunyai surat beranak atau tarikh dibuat dan kekuatannya.

13. IKATAN SERAYA

- Digunakan apabila mengikat dua tiang atau kayu yang bersebelahan atau

diantara satu sama lain.

- Dimulakan dengan ikatan manuk dan diakhiri dengan ikatan manuk juga.

Page 9: Jenis Tali

14. IKATAN BELIT

- Digunakan untuk mengikat dua batang kayu dalam keadaan selari supaya

menjadi lebih panjang.

- Dimulakan dan diakhiri dengan simpul manuk.

Page 10: Jenis Tali

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pegawai penyelamat haruslah mempraktikkan dan

mempelajari ilmu – ilmu dan jenis ikatan yang betul dalam menjalankan aktiviti

penyelamatan bagi mengelakkan perkara – perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, para pelajar haruslah memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari dengan

sebaik mungkin untuk dimanfaatkan pada masa – masa tertentu.

Page 11: Jenis Tali

RUJUKAN

1) Buku nota kokurikulum pertahanan awam 3 Universiti Teknologi Mara.