tali tinggi

21
Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu sebagai langkah keselamatan , belayer akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan. Patuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan jurulatih bertauliah. Peralatan yang digunakan adalah seperti didalam gambar 3 dan gambar 1 dan 2 adalah ketika peserta memakai dan cuba untuk melakukan aktiviti abseiling tersebut. Antara peralatan yang digunakan ialah: Tali Carmantle dinamik Harness Sling Carabiner Figure of 8 Helmet Glove

Upload: syahirahyb

Post on 10-Dec-2015

1.568 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

tali tinggi

TRANSCRIPT

Page 1: Tali Tinggi

Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu sebagai langkah keselamatan , belayer akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan.

Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan. Patuhi langkah-langkah keselamatan yang diberikan jurulatih bertauliah.

Peralatan yang digunakan adalah seperti didalam gambar 3 dan gambar 1 dan 2 adalah ketika peserta memakai dan cuba untuk melakukan aktiviti abseiling tersebut. Antara peralatan yang digunakan ialah:

Tali Carmantle dinamik

Harness

Sling

Carabiner

Figure of 8

Helmet

Glove

Page 2: Tali Tinggi

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapi saat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para peserta apabila berada di tempat yang tinggi.

Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknik penggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas. Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malah peserta juaga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.

Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta, terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti ini kelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dan keazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta. Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta dengan lebih baik.

16.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING

16.2.1 TALI

Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua

jenis tali yang digunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali

dinamik.

1. Tali Dinamik

• Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenama seta pengeluarannya

• Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan

• Saiz – 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm

• Tali dinamik standard-tidak mempunyai balutan kalis air tetapi boleh digunakan pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi

• Tali dinamik double dry-lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasi serta keadaan cuaca yang lembap

Page 3: Tali Tinggi

2. Tali Statik

• Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi

• Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat

• Saiz- 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm

• Agak keras dan tidak mudah dibengkokkan

16.3 SAIZ TALI DAN KEGUNAANNYA

Saiz Sheath Jenis Berat /meter Kekuatan Kegunaan

7.5 mm Menyelamat. 39 gm 15.6 kN Tali kecemasan

9 mm Biasa Rekreasi 53 gm 19.3 kN Untuk safety lines.

10 mm Flex Rekreasi 74 gm 23.1 kN Pendidikan outdoor abseiling, top roping

10 mm Biasa Rekreasi 74 gm 23.1 kN Caving

11 mm Flex Menyelamat 82 gm 26.9 kN Keselamatan

11mm biasa Rekreasi 82 gm 26.9 kN Aktiviti lasak - caving (fixed ropes)

11mm Flex Aktiviti lasak 82 gm 26.7 kN Outdoor, climbing gyms (top-roping)

12.5mm Flex Menyelamat 104 gm 40.5 kN Fire Service, rescue teams, height safety

16.4 BAHAN DALAMAN TALI

16.4.1 FIBRE ASLI (Tali Manila)

• Hemp (kuat, lembut, senag dibentuk)

• Sisal (kembang dan licin bila basah)

• Sabut (ringan dan kurang kukuh)

• Cotton (lembut dan mudah rosak)

Page 4: Tali Tinggi

16.4.2 BUATAN MANUSIA (dua kali lebih kuat)

• Nylon

• Polyester

16.5 BINAAN TALI

Lilitan dari kiri = S

Lilitan dari kanan = Z

16.6 PUNCA-PUNCA KEROSAKAN TALI

16.6.1 Geseran

• mungkin disebabkan tali melalui bucu yang tajam dalam keadaan tali yang tegang atau ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali

16.6.2 Terluka

• belitan tali berulang-ulang kali, pasir halus masuk kedalam tali, kesan pergeseran yang menyebabkan lembar tali (dalam dan luar terputus) menjadi putus.

• Ini dapat dikesan apabila tali menjadi longgar dan saiznya menjadi lebih besar

16.6.3 Apabila tali terlalu basah dan lembap akibat terkena air

Page 5: Tali Tinggi

16.6.4 Tali tidak terusus dengan baik dan menyebabkan nya bengkok

16.6.5 Tidak sengaja menarik tali di atas tanah

16.6.6 Cuaca terlalu panas

• Tali akan menjadi kerekod apabila terkena haba yang kuat

• Terdedah kepada pancaran matahari yang kuat pada jangka masa yang lama

16.6.7 Asid / alkali

• Tali buatan manusia walaupun tahan bahan kimia tetapi apbila terkena asid atau pelarut atau sperid yang kuat akan merosakkan tali

• Tali manila akan mengalami kerosakan yang teruk apabila terkena bahan kimia terutama asid dan alkali

• Sebagai langkah keselamatan,semua tali yang tercemar hendaklah diberhentikan penggunaanya. (dihapuskan sama sekali)

16.6.8 Terkena serangan Cendawan @ kulat

• Tidak seperti tali asli, tali buatan manusia tidak terjejas apabila terkena cendawan atau kulat

• Semua tali asli yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa menggunakan haba jika tidak digunakan

16.7 PENJAGAAN TALI

• Elakkan dari memotong tali

• Elakkan dari simpulan tetap

• Elakkan dari melalui bucu tajam

Page 6: Tali Tinggi

• Elakkan dari tersentap semasa menggunakan nya

• Simpan di tempat yang kering dan tinggi

• Jika basah jemur di tempat yang redup/teduh

• Periksa tali selalu

• Di simpan di dalam bekas atau beg kanvas / plastik bagi mengelakan kekotoran serta mudah dibawa.

• Di simpan di tempat yang kering dan berudara serta jauhkan daripada minyak atau bahan kimia

• Jangan simpan di atas lantai, simen atau tempat yang berkarat

• Tali hendaklah diberi nombor dan direkodkan sejarahnya

• Apabila membuat ikatan di pokok, tali harus dilapik dengan guni untuk mengelakan daripada tergeser dengan benda tajam.

16.8 CARA MEMBERSIH TALI

• Bersihkan tali dengan air suam / normal

• Jemur tali di bawah bangunan beratap dan mempunyai pengaliran udara yang baik

16.9 CARA MENYIMPAN TALI

• Tali – tali perlu dikemaskan supaya mudah dibawa, tidak berjuntai dan paling penting ia dapat melerai dengan bebas dan tanpa kekusutan ketika dilontarkan

• Beberapa teknik menggulung tali ialah : Mountaineers Coil

: Butterfly Coil

Page 7: Tali Tinggi

Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh penyimpanan tali:

16.9.1 Ikatan dan simpulan

SIMPUL ANGKA LAPAN/FIGURE OF EIGHT

BUNGA GETI/SHEET BAND

SIMPUL PENGAIL/FISHERMAN KNOT

DOUBLE FISHERMAN KNOT

BUNGA GETI BERGANDA/DOUBLE SHEET BAND

TINDIH KASIH/BOWLINE

Page 8: Tali Tinggi

IKATAN MANUK/CLOVE HICTH

SIMPUL RAMA-RAMA/BUTTERFLY KNOT

SIMPUL BALAK/TIMBER HICTH

16.10 CARABINAR

Diperbuat daripada aloi / besi yang tahan lasak. Kekuatan carabinar hendaklah sekurang-kurangnya mampu menampung kekuatan empat orang (di uji). Ia biasanya mampu bertahan sehingga 10 tahun. Namun begitu, ia bergantung pada tugas yang akan dilakukan oleh carabinar

JENIS CARABINAR

SCREW GATE

BEND GATE

Page 9: Tali Tinggi

AUTO LOCK

16.10.1 BENTUK-BENTUK CARABINAR

Bentuk ‘D’ – penyambung antara peralatan berpermukaan bulat dan

peralatan berpermukaan petak

Bentuk‘O ‘– penyambung antara bermukaan bulat dan peralatan

berpermukaan bulat dan peralatan berpermukaan bulat

16.11 CARA PENGGUNAAN CARABINAR

Page 10: Tali Tinggi

JENIS FIGURE OF 8

HUIT / HUIT ANTIBRULURE

o Untuk penurunan abseiling

o Sesuai untuk penurunan jarak jauh

FIGURE OF 8 CLASSIC

o Untuk penurunan rappelling

o Sesuai untuk penurunan jarak dekat

RESCUE 8

o Untuk tugas-tugas menyelamat

16.11.1 HARNESS

Harness diperbuat daripada webbing yang kuat dan kukuh. Jangka hayat sesuatu harness ialah antara 5 tahun atau bergantung pada tugas yang dilakukan oleh harness tersebut.

Page 11: Tali Tinggi

JENIS-JENIS HARNESS

FULL BODY HARNESS

SEAT HARNESS

CHEST HARNESS

16.11.1 SARUNG TANGAN

Digunakan sebagai pelindung tangan daripada melecet akibat geseran tali

• Sarung tangan luar

• Sarung tangan dalam

16.11.2 HELMET

Helmet yang kukuh, ringan dan tahan lasak adalah baik untuk aktiviti abseiling. Helmet dapat mengelakan peserta dari mengalami kecederaan yang serius semasa kemalangan berlaku. Cara pemakaian helmet mestilah betul dan tidak longgor apabila memakainya.

16.11.3 SEBELUM TURUN DENGAN TALI

Page 12: Tali Tinggi

• Pastikan semua peralatan yangkan digunakan berada dalam keadaaan siap

• Pastikan semua peralatan telah dipakai dan dipasang dengan sempurna

• Pastikan anda melapor kepada pengawas diatas sebelum keluar ke platfom

16.11.4 SEMASA TURUN DENGAN TALI

• Pastikan Belaying berada dalam keadaan sedia

• Keluar ke platform dengan pelahan-lahan dan tangan berada dalam kedudukan brek

• Apabila mendapat arahan dri pengawas barulah anda mula bergerak ke bawah

• Apabila anda selamat sampai di bawah laporkan kepada pengawas bertugas sekiranya anda mempunyai rasa pening, sengal, terseliuh dan sebagainya.

16.12 SISTEM BELAY

• Bertugas menjaga keselamatan penurun ketika turun

• Tali akan ditarik untuk memberhentikan penurun dan mengendur tali untuk penirun bergerak semula.

• Tangan atas bertugas sebagai penegang

• Tangan bawah bertugas sebagai pengimbang

• Petugas harus menumpukan perhatian kepada penurun sehingga ia selamat sampai ke bawah.

• Petugas juga hendaklah memerhatikan peralatan selepas dibuka oleh penurun.

Arahan – arahan abseiling

Page 13: Tali Tinggi

PESERTA BELAYER MAKSUD

On belay Belay on adakah belay sudah bersedia?

Up rope Menegangkan tali Menegangkan tali serta merta jika terdapat kenduran

Slack Mengendurkan sedikit tali Kendurkan sedikit tali untuk turun

Tension Kkukuhkan sedikit tali dan tegangkan tali Tegangkan tali untuk mengelakan pelatih jatuh

Falling Kedudukan kukuh dan bersedia untuk jatuh Tali di tegangkan

Off belay Belay out Selamat mendarat

Page 14: Tali Tinggi

Abseling        Abseling adalah salah satu aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal dimana peserta perlu menghadapi dua cabaran iaitu meniti jambatan monyet yang di buat dari Tali Statik untuk naik ke atas pokok . Apabila sudah sampai ke pelantar di atas pokok para peserta akan melalui satu lagi rintangan di mana para peserta akan turun dari atas pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. Namun begitu sebelum para peserta melakukan aktiviti ini, mereka akan di kehendaki memakai peralatan keselamatan dan akan di semak oleh Jurulatih yang berpengalaman sebanyak tiga kali iaitu semasa memakai peralatan keselamatan (rajah 1) , sebelum meniti jambatan monyet( rajah 2 ) dan yang terakhir sebelum turun dari pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. ( rajah 4 )

( Rajah 1 ) Kelihatan Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar kepada para peserta untuk memakai peralatan keselamatan dan memastikan cara penggunaannya adalah betul dan selamat.

( Rajah 2 ) Kelihatan pemeriksaan untuk kali kedua oleh Jurulatih yang bertugas sebelum melepas para peserta untuk meniti jambatan monyet untuk naik ke pelantar yang terletak di atas pokok.

( Rajah 3 ) Kelihatan salah seorang para peserta sedang meniti jambatsn monyet sehingga sampai ke pelantar di atas pokok.

Page 15: Tali Tinggi

( Rajah 4 ) Kelihatan Jurulatih memeriksa para peserta untuk kali yang ketiga sebelum dilepaskan turun dari pokok dengan menggunakan Tali Dinamik. Permohonan untuk meniti Jambatan Monyet, turun dari pokok dan setelah selamat sampai di bawah pokok haruslah dimaklumkan kepada Jurulatih yang bertugas bagi setiap seksyen.

( Rajah 5 ) Salah seorang peserta melakukan penurunan dari pelantar. Keseronokan terlihat dari senyuman bahawa ianya adalah satu pengalaman yang mencabar semangat dan mindanya.

( Rajah 6 ) Beginilah keadaan tapak aktiviti Abseling sebelum aktiviti dijalankan. Kelihatan jambatan monyet yang seringkali menggugat semangat dan keyakinan para peserta

( Rajah 7 ) Sesi Refleksi akan diadakan selepas tamatnya aktiviti Abseling. Ini bertujuan untuk mendapat maklum balas peserta terhadap perjalanan aktiviti yang telah dijalankan.

Page 16: Tali Tinggi

REPELLING

        Aktiviti Repelling salah satu aktiviti yang sungguh mencabar dimana pelajar akan di ajar dan dilatih untuk menuruni lereng bukit yang curam. Aktiviti ini amat memerlukan keberanian dan kesungguhan serta kerja sama diantara peserta dengan Jurulatih yang bertugas. Jenis tali yang digunakan ialah jenis Dinamik.

( Rajah 1 ) Teknik menuruni curam dimana peserta haruslah memastikan peralatan yang digunakan berfungsi dan berkeadaan baik sebelum menuruni bukit curam. Rajah 1 disebelah adalah teknik yang ditunjukkan oleh salah seorang Jurulatih kepada para peserta.

( Rajah 2 ) Kedudukan badan peserta haruslah berada didalam keadaan yang betul bertujuan supaya proses penurunan berada didalam keadaan lancar dan mudah.

WALL CLIMBING

      Wall Climbing juga dikenali sebagai Tembok Tiruan dimana para peserta dapat menguji kemampuan mental dan fizikal mereka di mana untuk mencapai ke kemuncak tembok tiruan bukanlah satu perkara yang mudah kerana tanpa kecekalan dan disiplin yang kuat, para pelajar tidak akan

Page 17: Tali Tinggi

sampai ke kemuncaknya.

( Rajah 1 ) Sebelum peserta memulakan aktiviti Wall Climbing, para peserta akan diberi taklimat dan tunjuk cara menggunakan peralatan untuk Wall Climbing.

( Rajah 2 ) Jurulatih yang bertugas akan memastikan peralatan yang di pasang oleh peserta adalah lengkap dan selamat sebelum di benarkan memanjat tembok tiruan. Keselamatan perlu di ambil kira untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku.

( Rajah 3 ) Para peserta akan melapor diri kepada Jurulatih yang bertugas sebelum memulakan aktiviti dan menunggu arahan daripada Jurulatih. Setelah menerima arahan Jurulatih, barulah para peserta boleh memanjat tembok tiruan. Sewaktu peserta memanjat, Jurulatih akan memainkan peranan sebagai Belay ( pengawal ).

( Rajah 4 ) Para peserta bersaing mental dan fizikal untuk berlumba-lumba untuk sampai ke

Page 18: Tali Tinggi

kemuncak tembok tiruan. Persaingan secara sihat ini akan meningkatkan kesefahaman dan mengeratkan sifat kerjasama diantara peserta dan Jurulatih.

FLYING FOX

     Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta. Peralatan yang digunakan ialah Tali Statik, Carabinar, Helmet, Full Harnest, Figure Of Eight dan beberapa peralatan yang lain.

( Rajah 1 ) Senarai peralatan yang perlu ada untuk menjalankan aktiviti Flying Fox seperti yang di tunjukkan didalam rajah 1 di sebelah. Peralatan ini perlu ditunjukkan untuk memudahklan para peserta mengenali peralatan yang digunakan untuk Flying Fox.

 ( Rajah 2 )  Sebelum aktiviti dijalankan, sesi taklimat perlu dijalankan untuk memaklumkan kepada peserta tentang langkah keselamatan dan pendedahan kepada pelajar tentang alat-alat untuk menjalankan aktiviti Flying Fox.

Page 19: Tali Tinggi

( Rajah 3 ) Pelantar Flying Fox dimana ianya menjadi tempat untuk melepaskan para peserta. Pelantar ini di kendalikan oleh sekurang-kurangnya 3 orang Jurulatih dimana dua orang sebagai pelepas dan seorang sebagai pemeriksa kelengkapan yang digunakan oleh peserta untuk keselamatan dan berfungsi dengan baik.

( Rajah 4 ) Salah seorang peserta hampir sampai di kawasan penamat. Di garisan penamat pergerakan Flying Fox peserta akan di kawal henti oleh  Jurulatih yang bertugas di bahagian penamat. Cabaran yang tinggi menggugat keberanian peserta. Disinilah tempat kayu pengukur setakat mana kekuatan mental pelajar dan menguji setakat mana keberanian pelajar untuk menempuhi alam kehidupan.