pengenalan pada tali dan simpulan.pptx

31
PENGENALAN KEPADA TALI SELAMAT DATANG KE SUBJEK JPAM PERAK

Upload: sk-kok-keli-kelantan

Post on 17-Nov-2015

125 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Slide 1

PENGENALAN KEPADA TALISELAMAT DATANG KE SUBJEKJPAM PERAK

PENGENALAN

Tali merupakan salah satu peralatan yang mustahak dalam Perkhidmatan Pertahanan Awam terutama dalam kerja-kerja menyelamat mangsa dan harta benda.Digunakan secara meluas oleh pasukan penyelamat ketika menjalankan tugas-tugas dalam operasi mencari dan menyelamat.Setiap anggota penyelamat harus mempelajari dan mengetahui selok belok tali serta berlatih untuk memahirkan diri dalam setiap aspek mengenai tali seperti teknik ikatan, kegunaannya, kaedah penggunaan dan penjagaannya mengikut klasifikasi tali-tali tersebut.

KUMPULAN TALI1. TALI FIBER ASLI (Natural Fibre)2. TALI FIBER TIRUAN (Artificial Fibre)3. TALI DAWAI (Wire Rope)

JENIS-JENIS TALI FIBER ASLI Tali Belati Manila Hemp Tali Sisal Tali Jut5. Tali Sabut6. Tali Kapas

Tali Belati-Kekuatannya sederhana dan harganya murahDigunakan secara meluas dalam kerja menyelamat.

Manila Hemp-Diperbuat dari pokok hemp yang banyak didapatidi Filipina(Manila). Harganya murah.Banyak digunakan di jeti-jeti pelabuhan.

Tali Sisal-Sejenis pokok yang kekuatannya sama denganManila Hemp.Kembang dan licin apabila basah serta tahan untukkerja-kerja biasa/harian.

Tali Jut-Diperbuat dari pokok jut (jerami) di India.Harganya murah dan digunakan untuk kerja harian.

Tali Sabut-Diperbuat dari sabut kelapa.Ringan, kurang kukuh dan mudah terapung.Digunakan dalam perkhidmatan bomba laut.

Tali Kapas-Bersifat elastik (memanjang & memendek).Lembut dan mudah rosak sekiranya bengkok.Sapu minyak khas untuk elakkan cepat rosak.

TALI FIBRE TIRUANPembuatanya di kilang-kilang pengeluaran khas dengan menggunakan kaedah teknologi moden.

Pembuatannya lebih halus, lembut dan kukuh serta berkualiti tinggi dibandingkan dengan fiber asli.

Disebabkan kawalan kualiti yang baik ianya digunakan secara meluas untuk aktiviti-aktiviti lasak.

Harganya bergantung kepada kualiti, saiz dan ketahanan dari segi penggunaan / jangka hayat.

Kerana ketahanannya, tali-tali jenis ini banyak digunakan oleh penyelamat dalam aktiviti abseiling dan sebagainya.

JENIS-JENIS TALI FIBER TIRUAN Tali Nilon (Nylon)

2. Tali Polister (Polyester)

3. Tali Kernmantlea) Statikb) Dinamik

TALI DAWAI

Ketahanannya adalah 9 kali ganda dari tali fiber asli / tali belati yang sama saiznya.

Digunakan pada tangga menyelamat.

SEBAB-SEBAB KEROSAKAN TALI Geselan pada bucu-bucu bangunan (yang tajam). Penggunaan takal(Pulley) yang tidak sesuai. Bengkok atau kerap dibengkokkan. Tetas atau terguris / luka / terkoyak. Geseren atau diseret pada permukaan tanah atau pasir yang kasar.6. Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaannya.7. Terkena bahan kimia (asid / alkali)8. Bercendawan / berlapuk lembab / basah atau terendam terlalu lama9. Dikenakan beban yang berlebihan.10. Disalah guna.11. Disentap-sentap.12. Dikenakan beban secara mengejut.

PENJAGAAN TALI1.Tali harus diuji pada masa-masa :-a)Semasa baru dibelib)Sebelum digunakanc)Selepas digunakand)Ujian berkala (ikut spesifikasi)e)Selepas tali dibaiki

2.Jangka hayat tali bagi kerja-kerja biasa adalah 5 tahun selepas digunakan. Bagi tali kernmantle 700 kali atau 100 jam penggunaannya secara intensif.

3. Hamparkan tali yang baru pada pencangkuk berputar.4. Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa.5. Ikat dibahagian hujung supaya tidak terburai.6. Elakkan dari mengikat tali secara tetap.7. Gunakan takal yang sesuai dengan saiz tali.8. Gunakan pelapik yang sesuai jika bekerja di bucu-bucu yang tajam.9. Simpan tali di tempat kering pada suhu bilik.10.Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung, terkena bahan kimia dan sebagainya yang menyebabkan kurangnya kekuatan tali.11.Gunakan tali yang paling sesuai untuk satu- satu tugas dan jenis beban kerja.

Menguji Tali2. Pengujian Cara Hidraulik- Ujian Musnah - Ujian Tak Musnah - Ujian Penyelamat

3. Pengujian Cara Visual- Melihat Keadaan Tali- Memeriksa Dengan Sentuhan

Menguji Tali3. Pengujian Cara Praktikal- Ikat satu hujung dan tarik di satu hujung lagi dengan kekuatan 3 orang penyelamat selama 20 saat.- Tali ditarik dengan kekuatan 6 orang penyelamat selama 20 saat.- Sesuatu daya dikenakan dan lepaskan secara perlahan-lahan.

IKATAN DAN SIMPULAN ASAS(Basic Knots & Hitches)

PENDAHULUANSebagai Anggota Penyelamat, hendaklah tahu dan membiasakan dengan ikatan-ikatan dan simpulan-simpulan asas.

Penyelamat harus belajar/berlatih dan memahirkan diri bagaimana membuat dan mengunakannya dengan betul, cepat dan cekap kerana ianya ada kaitan dengan penyelamatan nyawa mangsa dsbnya.

JENIS IKATAN DAN SIMPULAN ASAS1.Simpul Mati - 22.Simpul Angka Lapan - 33.Simpul Buku Sila4.Simpul Bunga Geti - 25.Simpul Manuk / Manggis6.Ikatan Balak7.Tindih Kasih8.Satu Lingkaran 2 Belit9.Simpul Kerusi

Simpul Mati (Thumb Knot)

Kegunaan :-Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah.Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal (Pulley Block)

Simpul Mati Bertanjul (Overhand Loop)

Kegunaan :-

Untuk menyangkut tanjul di pancang.Tanjul

Simpul Angka Lapan(8) ( Figure Of Eight)

Kegunaan :-Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah.Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal.Lebih berguna kerana mudah di buka.

ANGKA LAPAN BERGANDA

Digunakan untuk mengangkat barang, sebagai tali keselamatan atau mengikat khemah.

Simpul Angka Lapan Bertanjul ( Figure Of Eight Loop)

Kegunaan :-Untuk Menyangkut tanjul di pancang.Sebagai ikatan sementara di pinggang semasa memanjat tebing batu.

Ikatan Buku Sila (Reef Knot)

Kegunaan :-Untuk menyambung dua tali yang sama saiz terutama tali kering.Untuk mengikat Kain Segi Tiga.Mudah / cepat dilucut.

Ikatan Bunga Geti (Sheet Bend)

Kegunaan :-Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin atau basah

Ikatan Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend)

Kegunaan :-Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin atau basah.Kekuatannya 3 kali ganda lebih kukuh dari Bunga Geti Tunggal.

Simpul Manuk (Clove Hitch)

Kegunaan :-Merupakan asas bagi menambat ikatan di hujung atau di tengah-tengah tali.Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh.Digunakan untuk mengikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir).

Ikatan Balak (Timber Hitch)

Kegunaan :-Digunakan untuk menaik dan menurunkan barang-barang di tempat tinggi.Amat kukuh dan mudah dibuat dan dibuka.Sesuai pada kayu bulat.

Ikatan Tindih Kasih (Bowline)

Kegunaan :-Sebagai tali pandu keselamatan.Boleh digunakan untuk menarik keluar mangsa yang pengsan.Sebagai tali pandu semasa menaik dan menurunkan usungan.

Satu Lingkaran & 2 Belit (Round Turn & Two Half Hitch)

Kegunaan :-Untuk mengikat tali di tiang, kayu bulat dan pancang.

Simpul Kerusi (Chair Knot)

Kegunaan :-Sebagai buaian (Sling) untuk menaik dan menurunkan mangsa di tempat tinggi.Ia dapat memberi sokongan di bahagian dada dan kaki mangsa.

Buat Latihan Kendiri Sehingga Mahir, Elakkan Kesilapan Kerana Anda Akan Di Uji Nanti.

Jurutunjuk Akan Membantu Anda.

Selamat Mencuba!!!

SEKIAN TERIMAKASIHwassalam