ikatan dan simpualan tali

8
IKATAN DAN SIMPUALAN TALI 1. Lilit Dua Simpul ( Round Turn Two Half Hitches) Kegunaannya: Lilitan ini sangat kuat dan teguh. Oleh itu, lilit dua simpul boleh digunakan untuk mengikat tali pada bot, pokok, tiang atau pada hujung tali khemah. Cara-cara membuatnya: 2.3.2 Tambat Seraya (Square Lashing) Kegunaannya: Tambatan ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, bukuh, tiang dan seumpamanya yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Tambat seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk. Cara-cara membuatnya:

Upload: irene05204051

Post on 09-Dec-2014

685 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Page 1: Ikatan Dan Simpualan Tali

IKATAN DAN SIMPUALAN TALI

1. Lilit Dua Simpul ( Round Turn Two Half Hitches)

Kegunaannya:

Lilitan ini sangat kuat dan teguh. Oleh itu, lilit dua simpul boleh digunakan untuk mengikat tali pada bot, pokok, tiang atau pada hujung tali khemah.

Cara-cara membuatnya:

  

2.3.2 Tambat Seraya (Square Lashing)

Kegunaannya:

Tambatan ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, bukuh, tiang dan seumpamanya yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Tambat seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk.

Cara-cara membuatnya:

 

 

Page 2: Ikatan Dan Simpualan Tali

2. Tambat Serong (Diagonal Lashing)

Kegunaannya:

Tambatan ini digunakan untuk mengikat dua tiang atau palang yang bersilang. Tambat serong berguna untuk membuat jambatan, menara, para dan lain-lain. Kegunaannya lebih kurang sama dengan tambat seraya.

 Cara-cara membuatnya:

 

3. Tambat Silang Gunting (Sheer Lashing)

Kegunaannya:

Tambatan ini digunakan untuk mengikat beberapa batng kayu atau buluh yang selari supaya boleh menghasilkan silang seperti gunting. Caranya ialah dengan memulakan lilitan manuk dan kemudian lilitkan tali pada batang-batang kayu atau buluh dengan kemas dan ketat. Matikan ikatan dengan memasukkan tali di celah-celah kayu atau buluh agar bersilang seperti gunting.

Cara-cara membuatnya:

 

Page 3: Ikatan Dan Simpualan Tali

4. Lilit Manuk (Clove Hitch)

Kegunaannya:

Lilitan ini digunakan untuk mengikat tali pada tiang bala, pancang dan sebagainya. Lilitan ini juga boleh digunakan sebagai permulaaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan-ikatan lain seperti tambat seraya dan tambat silang gunting.

Cara-cara membuatnya:

5. Simpulan Bungkusan (Packer’s Knot)

Kegunaannya:

Simpulan bungkusan boleh digunakan untuk mengikat bungkusan secara berperingkat, iaitu dari permulaan hingga siap. Simpulan ini juga senang dilucutkan apabila ditarik.

Cara-cara membuatnya:

Page 4: Ikatan Dan Simpualan Tali

6. Simpul Pulih (Sheep Shank)

Kegunaannya:

Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali tanpa perlu memotongnya. Di samping itu, bahagian tali yang sudah reptu juga dapat dikuatkan dengan menggunakan simpul pulih. Ini dapat dilakukan dengan melipat bahagian tali yang sudah reput itu dan kemudian buat simpul pulih atau dengan memasukkan kayu menerusi gelung-gelung dan ke bawah bahagian tali yang panjang. Kemudian ia diikat kuat-kuat supaya tidak mudah terlucut.

Cara-cara membuatnya:

 

7. Simpul Bedah (Surgeon’s Knot)

Kegunaannya:

Simpul bedah biasanya digunakan untuk memastikan jahitan semasa pembedahan. Ia juga boleh digunakan untuk mengikat bungkusan. Simpulan ini tegap kerana lingkaran yang dibuat menguatkan lagi simpulan.

Cara-cara membuatnya:

Page 5: Ikatan Dan Simpualan Tali

8. Lilit Balak (Timber Hitch)

Kegunaannya:

Lilit balak bersesuaian dengan namanya digunakan untuk mengikat kayu balak agar mudah ditarik. Selain itu, lilitan balak juga digunakan untuk mengikat tiang kapal dan bungkusan besar.

Cara-cara membuatnya:

 

9. Simpul Tindih Kasih (Bowline)

Kegunaannya:

Simpul tindih kasih merupakan sejenis tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpulan ini digunakan untuk kerja-kerja menyelamat. Contohnya untuk mengikat pinggang orang yang diselamatkan dari laut.simpulan ini juga digunakan untuk mengikat leher binatang ternakan atau peliharaan supaya tidak terjerut.

Cara-cara membuatnya:

Page 6: Ikatan Dan Simpualan Tali

10. Tambat Silang Tungku (Tripod Lashing)

Kegunaannya:

Tambatan ini digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu sehingga boleh didirikan seperti tungku untuk digunakan sebagai penyokong.

Cara-cara membuatnya:

 

TAMBAT ( LASHING )

Selalunya tambat digunakan untuk menyebat dua atau lebih benda supaya tidak bergerak. Tambat juga digunkan untuk mengikat benda seperti kayu, tiang atau buluh.

11. Tambat Kacang (Snake Lashing)

Kegunaannya:

Sejenis ikatan yang digunakan untuk mengikat buluh atau kayu bagi membuat jambatan, meja, rakit, lantai dan para. Lilit manuk digunakan untuk memulakan dan mematikan ikatan tali.

Cara-cara membuatnya:

Mulakan dengan lilit manuk.