jenis movie dan drama yang ditonton

4
JENIS MOVIE DAN DRAMA YANG DITONTON Bilangan pelajar LELAKI PEREMPUAN Melayu 1 2 Inggeris 3 1 Korea 4 6 Hindustan 2 Lain-lain 1 JENIS MOVIE DAN DRAMA PELAJAR KELAS PA2 GEMAR MENONTON Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis movie dan drama yang diberikan kepada responden-responden di dalam kelas PA2 untuk membuat pilihan mereka. Seterusnya saya meringkaskan dan mempamerkan data di atas ke dalam graf yang telah dipilih.

Upload: cyti-wawa

Post on 21-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

statistik

TRANSCRIPT

JENIS MOVIE DAN DRAMA YANG DITONTONBilangan pelajar

LELAKIPEREMPUAN

Melayu 12

Inggeris 31

Korea 46

Hindustan 2

Lain-lain1

JENIS MOVIE DAN DRAMA PELAJAR KELAS PA2 GEMAR MENONTON

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis movie dan drama yang diberikan kepada responden-responden di dalam kelas PA2 untuk membuat pilihan mereka. Seterusnya saya meringkaskan dan mempamerkan data di atas ke dalam graf yang telah dipilih.

Jawapan ( i )

Saya memilih graf palang berganda untuk menggambarkan data yang dipungut daripada rakan-rakan sekelas saya. Hasil daripada kajian itu saya mendapati graf yang sesuai dibina untuk menggambarkan hasil data tersebut ialah graf palang berganda. Hal ini kerana data tersebut adalah dalam bentuk satu jumlah atau bilangan yang mana saya memerlukan bilangan pelajar bagi setiap jenis movie dan drama yang dipilih. Cara penggunaan graf ini adalah seperti yang saya telah lakukan di atas yang mana pertama sekali setelah data dipungut, saya telah menganalisis kesemua data-data tersebut sebelum melakar jadual dan graf. Kemudian saya membina sebuah jadual untuk memasukkan kesemua data yang dianalisis. Tujuan saya membina jadual adalah untuk memudahkan saya untuk membaca dan memindahkan data ke dalam bentuk grafik. Apabila jadual telah siap diisikan dengan maklumat yang diperoleh seperti yang di atas, saya membina graf palang berganda secara menegak untuk mempamerkan data-data yang saya peroleh itu.

Jawapan ( ii ) :

Isu yang saya pilih ialah jenis movie dan drama yang gemar ditonton oleh pelajar kelas PA2. Saya telah memilih graf palang berganda secara menegak untuk mempersembahkan data yang saya peroleh daripada kajian yang saya jalankan kepada rakan-rakan saya di dalam kelas kerana graf palang berganda ini dilukis untuk menerangkan sesuatu maklumat yangmempunyai lebih daripada dua unsur atau komponen. Hal ini kerana dalam kajian saya jalankan terdiri responden lelaki dan responden perempuan yang semuanya merupakan pelajar terdapat di dalam kelas PA2.

Selain itu, data yang saya peroleh adalah dalam bentuk sesuatu jumlah lalu menyebabkan saya lebih memilih graf palang berganda ini bagi mempamerkan data-data tersebut walaupun terdapat beberapa jenis graf lagi yang boleh digunakan untuk mempersembahkan data tersebut. Antaranya graf lain yang boleh digunakan ialah graf piktograf yang mana sekiranya saya menggunakan graf piktograf saya perlu melukis simbol-simbol tertentu untuk menerang maklumat yang dikumpul. Oleh itu, pada saya graf palang berganda atau dikenali graf bar berganda adalah yang paling sesuai. Keadaan ini kerana penggunaan graf palang berganda dapatmempersembahkan maklumat atau data dalam bentukyang lebih menarik,jelas, tepat danmudah untuk difahami.

Jawapan ( iii )

Melalui hasil maklumat dan data yang saya peroleh, graf yang paling atau kurang sesuai digunakan untuk mempamerkan dan mempersembahkan data-data tersebut ialah graf garis. Hal ini kerana graf garis adalah sebuah graf di mana hanya sesuai untuk menunjukkan sesebuah data yang berlaku perubahan kuantiti dalam sesuatu unsur yang dikaji. Tambahan pula, graf jenis ini juga hanya sesuai untuk membandingkan perubahan kuantiti beberapa unsur yang dikaji mengikut skala atau tempoh masa tertentu. Graf garisan juga kebiasaannya digunakan untuk mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan suhu atau purata kehujanan di sesebuah tempat dalam satu tempoh masa yang ditentukan. Selain itu, penggunaan graf pie juga agak kurang sesuai untuk mempersembahkan maklumat-maklumat yang saya peroleh dalam kajian yang saya jalankan. Hal ini kerana graf