jenis keagresifan dalam sukan

Upload: hazwani-yusof

Post on 14-Apr-2018

378 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 jenis keagresifan dalam sukan

    1/4

    iii) JENIS-JENIS KEAGRESIFANa) Keagresifan Ketara

    Silva (1984), menyatakan keagresifan ketara

    merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca

    daripada rasa marah dengan matlamat untuk

    mencederakan individu lain (ataupun objek) serta

    dengan niat untuk melihat individu tersebut

    mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (

    kepuasan ) apabila melihat individu tersebut

    terseksa dengan kesakitan yang dialaminya.

    Contoh:

    Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang

    perlawanan oleh seorang pemain pertahanan

    pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi

    perlakuan kasar tersebut tidak dihukum olehpengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang

    tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan

    tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa

    perebutan bola dengan niat untuk membalas

    dendam (mengakibatkan kesakitan).

    Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan

    ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang

    tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat

    untuk mencederakan pemain pertahanan.Niatnya

    pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada

    pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya (

    kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut

    menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

    b) Keagresifan IntrumentalMerujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat

    untuk mencederakan individu lain, bermatlamat

    untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran

    seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu

    yang bertindak agresif tadi melihat tindakan

    tersebut sebagai instrumental ( perlu dilakukan )

    untuk mencapai matlamatnya.

    Contoh:

    Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas

    pemain penyerang pasukan lawan dengan niat

    untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau

    tidak dapat beraksi dengan baik seperti

    menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada

    rakannya yang lain.Matlamat utama pemain

    pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya

    memenangi perlawanan tersebut.Dalam contoh ini,

    niat untuk mencederakan (penyerang pasukan

    lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain

    pertahanan tersebut ialah untuk memenangi

    perlawanan.

    c) Keagresifan AsertifTindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal

    atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikutperaturan permainan) untuk mencapai sesuatu

    matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat

    untuk mencederakan individu yang lain tidak

    timbul sama sekali.

    Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia

    tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif

    kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut

    peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat

    untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain

    lawan.

    Contoh:

    Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan

    atau merampas bola dari pemain lawan dalam

    permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam

    peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan

    tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika

    berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat

    tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap

    sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan

    dengan bersih serta mengikut peraturan tanpa

    ada niat untuk mencederakan pemain lawan.

    iv)

  • 7/30/2019 jenis keagresifan dalam sukan

    2/4

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGANASANDALAM SUKAN

    1. Kebangkitan Fisiologi.Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat

    dengan suhu suhu di persekitaran dan bunyi bisisng

    penoton.Suhu persekitaran berkait rapat dengan

    kecenderungan untuk bertindak secara agresif

    kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang

    selesa,rimas serta mudah marah.Justeru

    itu,kesilapan yang sedikit atau tindakan yang

    dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang

    lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus

    kepada pemain tersebut untuk bertindak secara

    agresif.Ini telah dibuktikan oleh Reifman,Larrick

    dan Fein (1991) yang mendapati wujudnyaperkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan

    pemukul bola yang terkena bola yang dibaling oleh

    pembaling (pitcher).Dalam konteks ini, semakin

    tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling

    bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena

    balingan pembaling tersebut.

    Satu lagi factor yang berkait rapat dengan

    kebangkitan fisiologi dalam sukan adalah

    kebisingan.Kebisingan penonton di stadium atau

    gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan

    pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi

    pemain tersebut.kajian yang telah dijalankan oleh

    Donnerstein dan Wilson (1976),Green (1978) dan

    Glass dan Singer (1972) mendapati kebisingan yang

    tinggi tahap desibelnya merangsang respon agresif

    individu terbabit.Justeru itu,kebisingan penonton

    stadium menjadi pemangkin kepada tindakan

    agresif para pemain (Wann,1997)

    2. Persepsi Individu Yang DikasariKeagresifan akan meningkat jika bakal mangsa

    merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa beliau

    akan dikasari oleh oihak lawan.Dalam konteks

    ini,persepsi tentang niat pemain lawan untuk

    mengasari seseorang individu adalah lebih kukuh

    dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam

    mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan

    pemain.Justeru itu,pemain yang menjangkakan

    bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan

    cara yang sama ke atas pihak lawan.

    3. Takut Kepada Tindak Balas Yang Bakal DiterimaTakutkan tindak balas yang bakal diterima dari

    pemain pasukan lawan lazimnya akan

    mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu

    perlawanan sukan.Dengan kata lain,setiap pemain

    menghormati pemain pasukan lawannya dan

    masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya

    tanpa bertindak secara agresif.Bagaimanapun akan

    sampai satu tahap di mana setiap pemain mula

    mencabar lawannya dan tindakan itu menjadilkan

    suasana perlawanan menjadi lebih sengit.Kesannya

    tindakan atau perlakuan yang agresif akanmeningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan

    dibalas dengan tindakan yang sama ataupun

    lebih,untuk menunjukkan siapa yang lebih

    hebat.Akhirnya,perlakuan agresif akan sampai ke

    kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal

    dengan baik.

    4. Perbezaan Mata Dan Jaringan.Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan

    hoki ais mendapati semakin besar perbezaan mata

    atau jaringan ,maka semakin banyak kekasaran

    yang dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang

    ketinggalan (Cox,1999).Bagaimanapun jika

    kedudukan adalah seri ataupun perbezaan jumlah

    mata kecil,kurang perlakuan agresif dilakukan oleh

    pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih

    khususnya bimbangkan risiko yang bakal dihadapi

    jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan

    agresif.

    5. Lokasi PerlawananBiasanya,pasukan yang bermain di tempat sendiri

    akan bertindak lebih agresif kerana mereka

    mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin

    menjaga maruah pasukan sebagai tuan

    rumah.Bagaimanapun,menurut Russell (1981),ia

  • 7/30/2019 jenis keagresifan dalam sukan

    3/4

    bergantung kepada corak keagresifan yang

    ditonjolkan serta jenis sukan yang

    dipertandingkan.Bagi sukan bola sepak,pasukan

    yang bermain di tempat lawan biasanya lebih

    agresif kerana mereka ingin mempertahankan

    kedudukan mereka,manakala bagi hoki ais,ia adalah

    sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di

    tempat lawan (Cullen & Cullen,1975).

    6. Keputusan PertandinganPemain pasukan yang tewas atau merasakan

    bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk

    menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan

    dengan pemain pasukan yang memenangi

    perlawanan tersebut.Ini mungkin kerana rasakecewa berdasarkan Teori Frustrasi-Agresif (Cullen

    & Cullen,1975).

    7. Kedudukan Pasukan Dalam LigaPasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga

    lazimnya kurang agresif (kurang melakukan

    kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang

    kedudukannya di bawah.Jika dilihat dari sudut

    Teori Frustrasi-Agresif,pasukan yang Berjaya

    lazimnya sudah mencapai matlamat mereka

    sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana

    gagal mencapai apa yang diidamkan.Justeru

    itu,mereka bertindak secara agresif untuk

    meluahkan tekanan yang ditanggung.

    8. Jangka Masa Dalam PermainanUmumnya,perlakuan agresif dalam sesuatu

    perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar

    dengan peningkatan masa

    permainan.Bagaimanapun, kenyataan ini juga

    bergantung kepada jenis permainan.Yang

    jelas,keagresifan jarang berlaku di awal masa

    permainan.

    9. Penggunaan Steroid

    Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid

    dalam sukan adalah kerana kesan

    sampingannya.Antara kesan sampingan steroid

    adalah peningkatan keagresifan individu yang

    mengambil atau menggunakan steroid.Justeru itu

    sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam

    sukan,kita perlu memastikan agar pemain tidak

    mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan terlarang

    sebelum mereka mengikuti pertandingan.

    v) CARA-CARA MENGATASI KEGANASANDALAM SUKAN

    1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang BetulJurulatih perlu mendisiplinkan atlet dengan

    mengajar mereka untuk bersikap dengan baik dan

    menerapkan kemahiran mengawal tekanan sewaktu

    bermain dalam sesebuah pertandingan.Jurulatih

    juga perlu mendisiplinkan atlet untuk mengawal

    keagresifan mereka bukan sahaja sewaktu bermain

    malah selepas tamatnya sesebuah pertandingan

    terutama sekali jika mereka terpaksa berhadapan

    dengan kekalahan. Jurulatih juga perlu mengkaji

    perwatakan seseorang atlet

    tersebut.Misalannya,mendapatkan biodata atlet

    yang merangkumi latar belakang keluarga,rakan-

    rakan terdekat,pengambilan makanan,sejarah

    penyakit serta segala maklumat yang penting

    berkaitan dengan atlet tanpa mengganggu privasi

    atlet.

    Dalam mengajar sikap yang betul kepada

    atlet,jurulatih juga sepatutnya tahu bagaimana

    hendak menyelesaikan masalah di samping

    menunjukkan tindakan yang tidak ganas.Cmtohnya,

    menurut Miller (1993),di sebuah sekolah di

    Maryland terdapat satu program yang menawarkan

    latihan untuk memperbaiki suasana

    sekolah.Program ini dimulakan dengan

    mengenalpasti pelajar yang berketrampilan dan

    berkemahiran berkomunikasi yang baik akan

  • 7/30/2019 jenis keagresifan dalam sukan

    4/4

    bertindak sebagai perantara dalam menyelesaikan

    konflik dengan pelajar yang bermasalah.Ketua

    rakan sebaya ini akan mengajar cara-cara

    menyelesaikan masalah tanpa tidakan yang

    ganas.Walaupun contoh ini bukan satu-satunya

    model penyelesaian masalah,namun ia jelas

    menunjukkan kepentingan mengajar kanak-kanak

    dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan ganas.

    2. Ceramah MotivasiMenyampaikan ceramah-ceramah motivasi yang

    pada kebiasaannya disampaikan oleh pakar-pakar

    sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan

    perlu menerapkan unsur-unsur fair-play kepasa

    atlet.Dengan cara itu,mereka bukan sahaja

    diberikan semangat untuk meningkatkan keyakinandiri,konsentrasi dan motivasi malah telah diberikan

    suntikan tentang perlunya semangat kesukanan

    semasa bertanding.Dengan cara tersebut,ia boleh

    membantu mengelakkan sikap agresif.

    3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton SebelumMemasuki Stadium.Manakala cara yang terakhir untuk mengawal sikap

    ini adalah dengan mengawal tindakan ganas yang

    dilakukan oleh penonton.Di sini terdapat beberapa

    strategi umum bagi mengawal tindakan agresif

    penonton.Antaranya,mengharamkan pengambilan

    alcohol kepada penonton dalam sebarang

    pertandingan sukan.Pemeriksaan perlu dilakukan di

    pintu masuk penonton bagi mengelakkan mereka

    daripada membawa masuk barang-barang yang

    membahayakan seperti mercun,kayu,benda-benda

    tajam serta minuman memabukkan.

    4. Memisahkan Penyokong PasukanPenyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan

    agar tidak berlakunya pergaduhan atau perkara

    yang tidak diingini di dalam stadium.Perkara tragis

    perlu dielakkan seperti yang berlaku di beberapa

    Negara Eropah di mana ramai penonton mati akibat

    pergaduhan antara penyokong.

    5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai AktivitiKeluargaApabila aktiviti sukan menjadi aktiviti

    keluarga,maka kita akan menjaga kesopanan serta

    perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati

    dalam suasana yang selamat.

    6. Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya SebagaiPenyampai Informasi Maklumat.Pihak media perlu memastikan agar laporan atau

    publisiti yang diberikan terhadap perlawanan

    tersebut tidak ada sentiment yang negatif.Ini adalahkerana kewujudan sentimen yang negatif di antara

    kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar

    api dendam di antara pemain,malahan di antara paa

    penyokong.Ini akan menyebabkan suasana

    perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti

    yang berlaku dalam pertandingan separuh akhir

    Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dan Kelab

    Galatasary dari Turki.