keagresifan 5 muka surat

23
TAJUK : E. KEAGRESIFAN DALAM SUKAN Pertama sekali marilah kita mengenali sukan itu sendiri. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan juga ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan mempunyai peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Pernahkah kita melihat kekasaran,pergaduhan dan sebagainya sewaktu melihat orang bersukan mahupun kita sendiri yang melakukan sukan tersebut bersama rakan-rakan atau sebagainya? Apakah yang terjadi? cedera?, tulang patah?, ataupun mati? dan bagaimana hal ini boleh berlaku?. Hal ini berlaku apabila seorang ahli sukan menjadi agresif sewaktu bermain oleh sebab perkara-perkara tertentu. Terdapat beberapa definisi berkaitan keagresifan dalam sukan yang diutarakan oleh penyelidik.M e n u r u t Silva (1981),keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan

Upload: ahmadtharmizidamit

Post on 22-Jan-2016

110 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keagresifan 5 Muka Surat

TAJUK : E. KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Pertama sekali marilah kita mengenali sukan itu sendiri. Sukan terdiri daripada

aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,

keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,

berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan

tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat

khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber

pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan

melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan juga ialah aktiviti yang mengandungi

latihan kemahiran berguna secara rekreasi dan mempunyai peraturan-peraturan

tertentu dalam mengejar kecemerlangan. 

Pernahkah kita melihat kekasaran,pergaduhan dan sebagainya sewaktu

melihat orang bersukan mahupun kita sendiri yang melakukan sukan tersebut

bersama rakan-rakan atau sebagainya? Apakah yang terjadi? cedera?, tulang

patah?, ataupun mati? dan bagaimana hal ini boleh berlaku?. Hal ini berlaku apabila

seorang ahli sukan menjadi agresif sewaktu bermain oleh sebab perkara-perkara

tertentu. Terdapat beberapa definisi berkaitan keagresifan dalam sukan yang

diutarakan oleh penyelidik.M e n u r u t S i l v a ( 1 9 8 1 ) , k e a g r e s i f a n

s e b a g a i s a t u p e r l a k u a n u n t u k m e n y a k i t k a n a t a u mengakibatkan

kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha

untuk menge lakkan t indakan te rsebu t . Wann ( 1997 ) , sa tu t indakan

yang bermat lamat un tuk  mengakibatkan kecederaan secara fizikal,

verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk

mengelakkan diri dari dicederakan atau perbuatan yang mendatangkankerosakan

harta benda yang berpunca dari kemarahan..Menurut Baron dan Richardson (1994),

keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat

untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi

untuk mengelakkan diri dari dicederakan.

Page 2: Keagresifan 5 Muka Surat

Selain daripada itu, keagresifan boleh ditakrifkan sebagai satu keganasan dalam

sukan yang boleh menyebaban kecederaan yang serius.Kebiasaan keganasan ini terjadi dalam

sukan yang memerlukan kontak seperti sukan ragbi, bolasepak, hoki ais dan sebagainya. Namun

begitu, keagresifan dalam sukan bukan sahaja berpunca daripada peserta atau atlit malah

faktor-faktor lain seperti penyokong, dan kepengadilan yang berat sebelah boleh

menjadi punca keagresifan iu berlaku.Menurut Gill ( 1986 ) bagi menghasilkan sesuatu

tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan sebagai agresif mesti menepati empat

kriteria iaitu yang pertama keagresifan itu adalah satu tingkah laku berbentuk

fizikal semata-mata tanpa perasaan, sikap atau motivasi.

Kedua,keagres i fan sa tu t ingkah laku yang d i lakukan dengan

senga ja ia iu tanpa n ia t .Ke t iga ,Keagres i fan sa tu t ingkah laku yang

d i tu jukan kepada benda h idup . Yang te rakh i r i a lah keagresifan suatu

tingkah laku yang dilakukan dengan niat untk mencederakan seseorang

individu sama ada dari segi fizikal atau mental.. Kesimpulan dari definisi-definisi tadi,

terdapat persamaan iaitu kedua-duanya memasukkanunsur niat, perlakuan

secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi

untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya

adalah elemenkerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira

kerosakan harta bendasebagai hasil dari tindakan yang agresif.

Tingkah laku agresif atau ganas dalam sukan melibatkan beberapa individu

seperti atlet atau pemain, pegawai, jurulatih dan penonton. Seseorang atlet akan

melakukan keagresifan apabila berada dalam keadaan tertekan dan kekecewaan.

Kekecewaan boleh berpunca dari keputusan pertandingan dan keputusan pengadil

yang dirasakan berat sebelah. Kekecewaan ini akanmenyebabkan pemain akan

bertindak lebih agresif semata-mata memuaskan hatinya.Keagresifan yang berpunca

daripada pegawai atau jurulatih biasanya terjadi apabila merekamemberi tekanan

yang melampau kepada pemainnya. Jurulatih juga boleh membangkitkansemangat

anak buahnya. Dalam keadaan yang menang, pemain mungkin lebih

bersemangatuntuk berman dengan mempamerkan aksi yang lebih baik. Bagi

pasukan yang kalah, tekanandaripada jurulatih dan emosi yang tidak

terkawan akan melahirkan tindakan yang agresif  kepada pasukan lawan.

Page 3: Keagresifan 5 Muka Surat

Selain daripada atlit atau pemain dan jurulatih, penonton yang hadir

menyaksikan juga boleh menimbulkan banyak tindakan agresif. Tingkah laku

agresif ini boleh berlaku di kalangan pemain yang berada di atas padang atau

dikalangan penonton dengn penonton pihak lawan. DiMalaysia tindakan agresif

penonton biasanya berlaku dalam sukan bola sepak. Ada kalanyakeagresifan

penonton ini melibatkan kecederaan yang serius. Keganasan di kalangan

penonton biasanya terjadi kepada penonton kepada pasukan yang kalah.

Kekecewaan kekalahan pasukannya menyebabkan penonton bertindak liar dengan

membakar harta-harta dalamstadium, melontar botol air kepada pemain di padang dan

membuat provokasi. Contohnya bekas penjaga gol Kelantan yang bertindak menerpa

dengan kaki ke arah penonton. Kejadian ini harusdipandang serius kerana boleh

menjejaskan imej sukan negara.

Keagresifan biasanya berlaku disebabkan gangguan sama ada gangguan

dalaman atau gangguan luaran. Gangguan dalamanialah berpunca daripada

tekanan dan kebimbangan. Semakin besar pertandingan semakin kuattekanan yang

dihadapi. Gangguan luaran pula boleh berpunca daripada visual, ganguan bunyidan

kamunikasi.Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi

penonton ke atas pemain bolakeran jang , d idapa t i bahawa pemain

yang t idak te rganggu dengan gangguan te rsebu t menunjukkan prestasi

serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yangterganggu. Prestasi

pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitanyang keterlaluan

menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuanterhadap

permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contoh yang sering kita

lihatialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton

atau pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan yang membawa

kepada layangan kadkuning ataupun kad merah. Kesan daripada keagresifan

pemain tersebut menyebabkan prestasi pasukan terjejas.Perbezaan ketara mata

atau jaringan akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku

dalam permainan.

Page 4: Keagresifan 5 Muka Surat

Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin

besar  berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan

dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ). Lokasi

perlawanan juga boleh menjadi faktor berlakunya keagresifan dalam sukan.

Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif

kerana mereka mendapatsokongan penyokong send i r i se r ta ing in

men jaga maruah pasukan sebaga i tuan rumah. Baga imanapun,

menuru t Russe l l (1981) , i a bergan tung kepada corak keagres i fan

yangditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola

sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana

mereka ingin mempertahankankedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia

adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan

(Cullen&Cullen, 1975). Penggunaan Steriod menyebabkan seseorang hilang kawalan

dan bertindak di luar batasan. S a l a h s a t u s e b a b p e n g h a r a m a n

p e n g g u n a a n s t e r o i d d a l a m s u k a n i a l a h k e r a n a k e s a n

sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan

keagresifanindividu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai

jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak

terlibat dalam pengambilan bahanterlarang ini demi kebaikan orang lain.

Walaubagaimanapun, keagresifan dalam Sukan boleh diatasai menggunakan

beberapa cara. Ada kalanya keagresifan dalam sukan tidak dapat dielakkan

tetapi masih ada cara untuk mengatasinya dan jurulatih memainkan

peranan yang penting dalam mengatasi masalahtersebut. Berikut ialah

beberapa aspek yang difikirkan perlu diberi perhatian dalam mengatasi keagresifan

dalam sukan. Pertama, dari sudut aspek Kurikulum Sukan itu sendiri. Melentur buluh

biarlah dari rebongnya. Begitu juga dengan masalah keagresifan daam sukan. Satu

kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi di

mana dalam kurikulum ini mempunyai modul yang mengajar etika sebagai penonton dan

sebagai ahli sukan ataupun atlet.

Page 5: Keagresifan 5 Muka Surat

Dalam adanya etika ini nilai-nilai murni dapat disemai secara terus.

Oleh itusemangat kesukanan tinggi dan tulen dapat dibentuk sejak

dibangku sekolah lagi. Denganadanya program sukan secara terus dalam menyemai

nilai-nilai murni, adalah diharapkaan sikapmulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk

bermula dari pengajaran pendidikan jasmani di peringkat awal sekolah.Melalui

pendidikan sukan seorang guru bukan sahaja mendidik atlet malah jurulatih juga

perlumengahadiri program bagaimana untuk membentuk seorang atlet yang

bernilai murni dan beretika. 

Kedua adalah dari sudut kursus motivasi. Selain daripada kurikulum sukan,

kursus-kursus motivasi juga perlu kerap diadakan bila-bila masa sebaga i sa lah

sa tu p rogram kesedaran te rhadap pen t ingnya semangat kesukanan

dikalangan atlet atau pemain. Selain daripada atlet jurulatih juga harus

mendalami kursus berkaitan semangat kesukanan dan jati diri. Cara ketiga pula

adalah Teknik Mengurus Perasaan. Adat ketika bertanding, ada yang menang dan ada yang

kalah. Namun berapa ramai yang bolehmenerima kekalahan dalam pertandingan.

Sebagai pemain, jurulatih dan pegawai sukan harusada satu kemahiran dalaman

iaitu teknik mengawal perasaan semasa pertandingan dan dapatmenerima sesuatu

keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari keupayaan diri sendiri

danmenghargai orang lain atau pihak lawan. Selain itu, para atlet dan

jurulatih harus sentiasa menanamkan sikap bahawa kemenangan bukanlah segala-

galanya. Keempat pula ialah Teknik Mengurus Keagresifan. Setiap individu harus

mempamerkan satu tingkah laku altenatif yang perlu dipraktikan secara berulang kali

supaya akan menjadi satu kelaziman pada diri sendiri. Antara tingkah lakutersebut

adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendirian,

pengurusan konflik yang dihadapi secara langsung tanpa berselindung, mengelakkan diri dari

tingkah laku menyalahkan orang lain dan memberikan tindak balas yang positif kepada orang lain.

Selain itu tingkah laku yang perlu diamalkan adalah penilaian semula matlamat dan harapan,

berehat danrelaksasi buat sementara waktu.

Page 6: Keagresifan 5 Muka Surat

Kelima pula ialah Penyesuaian Diri. Setiap atlet atau pasukan dalam

sesebuah pertandingan mempunyai tekanannya tersendiri.Tekanan hidup tidak

seharusnya dielakkan kerana tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat

menyiapkan dan mematangkan manusia untuk menghadapi kecemasan atau

bahaya dengan berada pada tahap yang lebih berjaga-jaga. Kita harus menyesuaikan diri

dengan sebarang bentuk tekanan yang umum brbanding tekanan semasa pertandingan

yang lebih khusus.Akhir sekali adalah dari sudut Peranan Jurulatih itu sendiri.

Peranan ju ru la t ih sanga t pen t ing bag i a t le t a tau pasukan semasa

per tand ingan sedang  berlangsung dalam mengawal emosi atlet atau

pemainnya apabila mengalami kekecewaankerana kekalahan, kesakitan fizikal,

kesilapan pengadil, keaiban atau bermain di bawah keupayaan

sebenar . ju ru la t ih per lu memainkan peranan agar  keagresifan dapat

dikawal.

Kesimpulannya disini, berdasarkan semua maklumat yang telah dikupas

berkaitan keagresifan dalam sukan, ia satu perbuatan yang terjadi atau dilakukan

berdasarkan faktor-fakor yang telah dibincangkan tadi. Keagresifan boleh berlaku

kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang tidak boleh mengawalemosi dan

tidak boleh menerima kekalahan. Namun begitu terdapat cara-cara

mengatasi keagresifan ini supaya tingkah laku agresif ini dapat dikurangkan. Dalam

sukan semua yang terlibat harus memainkan peranan penting dalam mengurangkan

tingkah laku agresif dalam sukan terutamanya sikap agresif yang membawa kepada

keadaan yang lebih negatif.

Page 7: Keagresifan 5 Muka Surat

BORANG SOAL SELIDIK

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

Arahan :

Tandakan jika terjumpa jawapan yang berbentuk .

A. MAKLUMAT RESPONDEN

i. Umur : Tahun

ii. Jantina :

iii. Bangsa :

Lelak

i

Perempuan

Melayu Cina Indi

a

Bumiputra

Page 8: Keagresifan 5 Muka Surat

B. SOALAN

SOALAN Betul Tidak

1. Saya mengasari pihak lawan kerana saya suka melihat

pihak lawan tercedera sewaktu bermain bola sepak

2. Saya mengasari pihak lawan sewaktu bermain bola

sepak kerana disuruh oleh jurulatih

3. Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola

sepak kerana dipengaruhi rakan untuk membalas

dendam dan mengasihani rakan yang dikasari oleh

pihak lawan

4. Saya mengasari pihak lawan kerana mahu

mempertahankan kumpulan saya dari dibolosi sewaktu

diserang.

5. Saya mengasari pihak lawan kerana sikap pengadil

yang berat sebelah.

6. Saya mengasari pihak lawan secara tidak sengaja

sewaktu bermain kerana mahu memenangi

pertandingan dan bukan kerana untuk membalas

dendam atau sebagainya.

7. Saya mengasari pihak lawan oleh sebab badan saya

lebih besar dari pemain lain dan boleh melakukan apa

sahaja yang saya suka untuk menakutkan pihak lawan.

8. Saya mengasari pihak lawan kerana dipengaruhi oleh

penonton yang bersikap tidak professional.

9. Saya mengasari pihak lawan oleh kerana pasukan saya

tertekan dan perlu menjaringkan goal supaya tidak

keluar dari pertandingan.

10. Saya mengasari pihak lawan kerana dicabar oleh pihak

lawan.

Page 9: Keagresifan 5 Muka Surat

Bilangan kekerapan jawapan yang ditandakan pada borang soal selidik

yang diberikan kepada responden.

No.

SOALA

N

BILANGAN

1 10

2 8

3 13

4 8

5 9

6 5

7 7

8 7

9 9

10. 13

Page 10: Keagresifan 5 Muka Surat

Kesimpulan Hasil Dapatan

Berdasarkan kekerapan jawapan pada borang soal selidik yang telah saya

lakukan kepada 15 orang responden yang rata-ratanya di bawah umur 12 tahun,

kekerapan jawapan yang saya dapati 13 orang menandakan “YA” pada soalan 3

iaitu “Saya menggunakan kekerasan sewaktu bermain bola sepak kerana

dipengaruhi rakan untuk membalas dendam dan mengasihani rakan yang dikasari

oleh pihak lawan” dan soalan 10 iaitu “saya mengasari pihak lawan kerana dicabar

oleh pihak lawan.”. Setelah mendapat bilangan tersebut saya juga telah

mencerahkan keputusan tersebut dalam bentuk graf bar dan carta pie agar mudah

untuk melihat perbezaan dan kekerapan jawapan tersebut.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

0 2 4 6 8 10 12 14

GRAF BAR KEKERAPAN JAWAPAN BORANG SOAL SELIDIK

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

Bilangan

Rajah 1 : Graf Bar kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak

berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik

Page 11: Keagresifan 5 Muka Surat

CARTA PIE KEKERAPAN JAWAPAN BORANG SOAL SELIDIK

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK

12345678910

Rajah 2 : Carta Pie kekerapan jawapan keagresifan dalam sukan bola sepak

berdasarkan jawapan 15 orang responden dalam boring soal selidik

Melalui keputusan borang soal selidik ini, dapatlah saya menjawab dan

merungkaikan persoalan saya iaitu adakah keagresifan itu berlaku disebabkan oleh

pengaruh pihak lawan yang saling cabar-mencabar. Persoalan saya terjawab

apabila daripada 15 orang responden tersebut yang diwakili oleh 8 orang lelaki dan

7 orang perempuan masing-masing berumur dalam lingkungan bawah 12 tahun

tersebut, rata-rata daripada mereka telah menjawab ‘YA’ pada soalan 3 dan soalan

10. Soalan tersebut maksudnya adalah lebih kurang sahaja kerana kedua-duanya

memberi maksud kepada cabar-mencabar antara satu sama lain walaupun telah

dididik untuk sentiasa berdisiplin sewaktu bermain oleh jurulatih.

Page 12: Keagresifan 5 Muka Surat

Pada umur responden yang rata-ratanya berumur 12 tahun, terdapat

responden yang boleh mengawal emosi mereka walaupun dicabar oleh pihak lawan.

Hal tersebut terbukti apabila responden-responden tersebut mengatakan “TIDAK”

pada borang soal selidik tersebut. Walaubagaimanapun, responden tersebut berada

dalam kumpulan terkecil kerana mereka sudah mempunyai kematangan dan boleh

mengawal emosi dengan baik sewaktu bermain lebih-lebih lagi responden tersebut

akan berpindah ke bangku sekolah menengah pada tahun hadapan. Selain daripada

itu, Responden yang menjawab ‘YA’ pula rata-ratanya adalah berumur 11 tahun dan

masih mudah menerima pengaruh pihak lawan supaya saling cabar-mencabar

melalui mulut, dan akhirnya berlaku kekerasan dari segi fizikal yang boleh

mendatangkan kecederaan kepada diri masing-masing.Seperti kata seorang penulis

iaitu Justin Magian dan Mohd Sufian Omar Fauzee, “Kebanyakan tindak balas

seumpama ini akan menyebabkan beberapa kerosakan yang khusus dan tindakan

berkenaan lazimnya akan menjadi perbuatan kelak “

Selain daripada itu, seorang penulis berkata “ Illegitimate violence in sport can

occur in all activities “Adam Epstein, daripada dapatan ini juga, saya dapat

simpulkan bahawa perasaan cabar-mencabar memang biasa berlaku sewaktu

pertandingan. Tidak kiralah dari segi percakapan ataupun teknik semasa bermain.

Semua kumpulan mahukan kemenangan. Cabar-mencabar ini berlaku sebelum,

semasa dan selepas bermain. Apatah lagi dalam lingkungan umur seperti ini,

mereka akan sentiasa bertanding dan gembira apabila lebih handal daripada orang

lain. Seperti kata seorang penulis,” Research has shown that when athletes place a

strong emphasis and beating others(in contrast to focusing on personal improvement

and their own performance) they are more likely to endorse cheating and perceive

intentionally injurious acts as more acceptables “.

Page 14: Keagresifan 5 Muka Surat

KEAGRESIFAN DALAM SUKAN DARI SUDUT CABAR-MENCABAR DAN

MEMBALAS DENDAM DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK BOLEH

MEMPENGARUHI MUTU SUKAN NEGARA DAN MEMBERI KESAN KEPADA

ATLET SERTA JURULATIH SUKAN

Keagresifan ini sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut berbeza iaitu dari

sudut positif dan sudut negatif. Jika hal ini memberikan impak yang baik kepada

mutu sukan Negara, atlet serta jurulatih maka perkara tersebut digunakan sebaiknya

dari sudut positif dan merupakan satu keuntungan kepada kemajuan sukan tanah air

dan negeri Sabah khususnya. Jika digunakan dengan sudut negatif maka perkara

tersebut menjadi satu kerugian besar terhadap kemajuan sukan Negara itu sendiri.

Cabar-mencabar dalam sepasukan mahupun dengan pihak lawan terutama

sekali apabila bermain bola sepak sebenarnya merupakan satu motivasi kepada

setiap pemain untuk melakukan yang terbaik sebelum dan semasa perlawanan.

Dalam sesuatu perlawanan, semua kumpulan menginginkan kemenangan dan ingin

mendapatkan ganjaran seperti wang ringgit, piala dan lain-lain lagi untuk

membuktikan mereka kumpulan terhandal dan diiktiraf. Oleh kerana ganjaran ini

jugala yang mempengaruhi keagresifan pemain di dalam padang. Jika dilihat dari

sudut positif, mutu sukan Negara akan lebih berkembang apabila keagresifan ini

dilatih dan dikawal melalui latihan yang diberikan oleh jurulatih yang bertauliah.

Jurulatih inilah yang akan berperanan besar mengingatkan pemain-pemainnya

bagaimana untuk menggunakan keagresifan dengan sebaiknya tetapi bukan dengan

sengaja untuk menumbuk ataupun sengaja untuk mematahkan pemain lawan

sewaktu bermain akan tetapi pasukan tersebut bermain dengan semangat juang

yang jitu dan mengikut undang-undang serta peraturan. Jikalau jurulatih tidak

memainkan peranan yang baik dan hanya melatih atlet-atletnya menggunakan

kekerasan sewaktu bermain maka mutu sukan Negara khusunya di Sabah akan

sentiasa di pandang sebagai pasukan yang mempunyai masalah disiplin, samseng

dan sebagainya.

Page 15: Keagresifan 5 Muka Surat

Apabila pasukan kita bermain untuk membalas dendam oleh kerana

kekalahan lalu, maka bermainlah mengikut peraturan dan undang-undang.

Jurulatihlah yang akan berperanan besar dalam meningkatkan mutu permainan

pasukannya. Jika tidak, keagresifan yang melampau akan tercetus tanpa kawalan

dengan pasukan lawan, penonton dan pihak-pihak lain yang turut serta. Pergaduhan

adalah keagresifan yang tercetus adalah tidak asing lagi jika tidak melibatkan bola

sepak, pemain, jurulatih, penonton serta pengadil. Akhirnya, mutu sukan Negara

akan kelihatan selalu mundur kerana setiap kali bermain bola, setiap kali itulah

berlaku kecederaan, pukul-memukul, dan yang paling teruk sekali apabila

berlakunya kematian. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu kita elakkan dalam

bola sepak tanah air kita khususnya di negeri saya sendiri iaitu negeri Sabah di

Bawah Bayu.

Sebenarnya bukan senang untuk kita mengubah fenomena pergaduhan ini

dalam arena bola sepak tanah air kita. Banyak perkara yang perlu kita titikberatkan

seperti pemilihan pemain, perlantikan jurulatih yang berilmiah, dan pemilihan

pengadil yang berkelayakan. Pemilihan pemain biarlah dipilih mengikut disipilin

dahulu dan barulah melihat teknik mereka bermain. Displinlah yang akan

menggambarkan mutu sukan sesuatu Negara itu. Tanpa disiplin, walau hebat mana

pun seseorang itu, dia tidak akan kemana-mana kerana setiap kali latihan dia

sentiasa mendatangkan masalah kepada organisasi sesuatu pasukan. Dari sudut

perlantikan jurulatih dalam pasukan, pilihlah jurulatih yang berilmiah dan mempunyai

lessen dan rekod pencapaian yang baik. Terdapat juga jurulatih yang selalu

menggunakan taktik kekerasan terhadapa pemainnya sewaktu bermain. Oleh itu,

lihatlah dahulu rekod pencapaian sesorang jurulatih tersebut.

Page 16: Keagresifan 5 Muka Surat

Pemilihan pengadil juga sangat penting supaya keagresifan melampau tidak berlaku.

Apabila pemain itu sudah mula cabar-mencabar sewaktu bermain, pengadillah yang

akan memainkan peranan yang besar untuk pandai memerhati tingkah laku

merekadan memberikan amaran atau hukuman yang sepatutnya kepada

mereka.Pastikan keputusan pengadil tidak berat sebelah agar pemain berpuas hati

sewaktu bermain. Pastikan juga pengadil tiada rekod rahsuah. Keagresifan akan

berlaku pada bila-bila masa dan pengadil akan menjadi mangsa utama pemain dan

ribuan penonton yang berada di tempat perlawanan.

Oleh itu, hasil dapatan yang dapati ini mampu untuk menggerakkan mutu

sukan tanah air, atlet dan jurulatih sukan sekiranya sahaja menggunakan

keagresifan cabar-mencabar dan membalas dendam itu dengan cara yang betul,

mematuhi undang-undang serta peraturan dan juga pengadil yang mengadili

perlawanan itu sendiri. Kesemua perkara tersebut akan menjadi satu kerugian jika

tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Semoga mutu sukan Negara akan

mencapai sasaran yang diinginkan pada suatu hari nanti.

Page 17: Keagresifan 5 Muka Surat