5.5 keagresifan dalam_sukan

13
5.5 KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Upload: sing-lin-tiong

Post on 26-May-2015

4.320 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5.5 keagresifan dalam_sukan

5.5 KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Page 2: 5.5 keagresifan dalam_sukan

DEFINISI KEAGRESIFAN

Menurut Baron dan Richardson(1994), keagresifan

adalah apa jua bentuk tindakan dan perlakuan yang

bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke

atas benda hidup dan bermotivasi untuk

mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan.

Menurut Wann(1997), keagresifan adalah satu

tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan

kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologi ke

atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan

diri daripada dicederakan.

Page 3: 5.5 keagresifan dalam_sukan

JENIS-JENIS KEAGRESIFAN

Keagresifan terbahagi kepada

tiga jenis iaitu:• Keagresifan ketara(hostile)• Keagresifan instrumental• Keagresifan asertif

Page 4: 5.5 keagresifan dalam_sukan

KEAGRESIFAN KETARA(KK)

KK merujuk kepada tindakan agresif yang

berpunca daripada perasaan marah dengan

matlamat untuk mencederakan individu lain serta

niat untuk melihat individu tersebut mengalami

kesakitan atau kecederaan, ganjarannya adalah

dengan melihatnya cedera dengan tindakan

tersebut.

Page 5: 5.5 keagresifan dalam_sukan

KEAGRESIFAN INSTRUMENTAL(KI)

KI merujuk kepada sesuatu tindakan

dengan niat mencederakan atlet lain dengan

matlamat kecederaan atlet tersebut akan

memberi faedah kepada pasukannya.

Tindakan tersebut dianggap ‘instrumental’

bagi mencapai matlamat pasukannya.

Page 6: 5.5 keagresifan dalam_sukan

KEAGRESIFAN ASERTIF(KA)

Tindakan KA kebiasaannya kita lihat sebagai taktikal

sesebuah pasukan.

Namun ia seringkali disalah erti sebagai

mencederakan dengan niat. Contohnya, tackle dalam

permainan ragbi.

Penggunaan istilah asertif jarang digunakan dalam

konteks sukan.

Jika berlaku sebarang kecederaan semasa tindakan

asertif ini, ia tidak dikira sebagai agresif yang

melampau kerana terdapat sukan yang dibenarkan bagi

tindakan agresif ini. Contohnya ragbi.

Page 7: 5.5 keagresifan dalam_sukan

FAKTOR PENYEBAB KEAGRESIFAN

Kebangkitan fisiologi• Biasanya berkait rapat dengan

persekitaran khasnya suhu dan suasana penonton.

• Keadaan ini akan menyebabkan atlet akan bertindak agresif kerana suasana kurang selesa dan merimaskan dan mudah marah.

• Menurut Donnerstein dan Watson(1976), mendapati suasana bising yang tinggi akan merangsang respons agresif atlet.

Page 8: 5.5 keagresifan dalam_sukan

Persepsi individu• Keagresifan akan meningkat jika

terdapat pemain yang merasakan diri mereka akan menerima asakan kasar dari pemain lawan.• Secara tidak langsung persepsi ini

akan mencetuskan tindakan yang lebih agresif jika pertembungan berlaku antara kedua-dua pemain.

Page 9: 5.5 keagresifan dalam_sukan

Perbezaan mata/Jaringan•Menurut Cox(1999), semakin besar perbezaan mata/jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan.

Page 10: 5.5 keagresifan dalam_sukan

Lokasi perlawanan• Tindakan atau permainan yang agresif akan lebih banyak ditonjolkan oleh pemain tuan rumah jika mendapat sokongan penonton atau penyokong.

Page 11: 5.5 keagresifan dalam_sukan

Keputusan pertandingan• Pasukan yang biasanya

ketinggalan atau tidak lagi berpeluang untuk memenangi perlawanan akan lebih agresif.• Keadaan ini berbeza dengan

pasukan yang mendahului kerana mereka akan bermain secara selamat dengan melengahkan perlawanan, keadaan inilah yang menyebabkan kekasaran akan berlaku.

Page 12: 5.5 keagresifan dalam_sukan

Penggunaan dadah• Kesan dadah dalam sukan juga

mempengaruhi keagresifan seseorang atlet.• Hal ini disebabkan sebarang

tindakan mereka adalah bawah sedar kerana kesan pengambilan bahan terlarang tersebut.

Page 13: 5.5 keagresifan dalam_sukan

KESAN PENDEKATAN AGRESIF TERHADAP INDIVIDU DALAM SUKANDalam sukan agak sukar untuk mengurangkan atau menghapuskan sifat

agresif.

Ini kerana setiap pasukan atau atlet yang terlibat mempunyai matlamat

tersendiri dalam acara sukan.

Antara kesan-kesan yang boleh dilihat kepada individu ialah :• Mengalakkan sikap agresif dalam permainan dan menjadi role

model kepada atlet lain.• Menjadikan sikap agresif ini sebagai taktikal pasukan setiap kali

menghadapi perlawanan.• Akan wujud jurulatih yang mengalakkan sikap agresif ini

diterapkan dalam taktikal permainan.• Ini akan menjadi lebih buruk jika liputan media berat sebelah.