jenis-jenis shot ;- shot asas (the basic...

7
Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot) Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, di mana semua shot dirakamkan dengan teknik-teknik tertentu menjadikan setiap tangkapan yang dilakukan kelihatan sempurna, tertib serta sesuai dengan situasi, maka telah direkacipta berbagai-bagai jenis “Shot” (tangkapan) yang mempunyai rukun-rukun, spisifikasi serta syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ukuran dan saiz (Shot) gambar serta diskripsinya adalah berdasarkan kepada bentuk tubuh manusia, contohnya seperti “Head Shot”, “Head and Shoulder”, “Bust Shot”, “Waist Shot”, “Knee Shot”, dan “Full -Length Shot”. Shot pada dasarnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori, ia itu “Wide Shot”, “Mid Shot” dan “Close-up Shot”.

Upload: doankhanh

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

Jenis-jenis shot ;-

Shot Asas (The Basic Shot)

Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, di mana

semua shot dirakamkan dengan teknik-teknik tertentu menjadikan setiap

tangkapan yang dilakukan kelihatan sempurna, tertib serta sesuai dengan situasi,

maka telah direkacipta berbagai-bagai jenis “Shot” (tangkapan) yang mempunyai

rukun-rukun, spisifikasi serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ukuran dan saiz (Shot) gambar serta diskripsinya adalah berdasarkan kepada bentuk

tubuh manusia, contohnya seperti “Head Shot”, “Head and Shoulder”, “Bust Shot”,

“Waist Shot”, “Knee Shot”, dan “Full-Length Shot”.

Shot pada dasarnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori, ia itu “Wide Shot”, “Mid

Shot” dan “Close-up Shot”.

Page 2: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

Extreme Long Shot [ELS] ( Shot bidang luas ) Shot ini juga dikenali juga

sebagai “Establishing Shot” (Shot pengenalan) atau juga Long Shot (Tangkapan jarak

jauh)

ELS

-Shot sangat jauh, menyajikan

bidang pandangan yang

sangat luas

-kamera mengambil

keseluruhan pandangan

-objek utama dan objek

lainnya Nampak sangat kecil

dalam hubungannya dengan

latar belakang.

Sifat tangkapan shot ini menunjukkan keseluruhan dan kesemua objek, subjek yang

berada dalam ruang lingkup dirakamkan. Pada kebiasaanya shot ini diambil pada awal

penggambaran, atau diletakkan diawal sesebuah penerbitan video. Shot ini banyak

menolong memperkenalkan situasi, keadaan tempat berlakunya sesuatu kejadian

kerana ruang lingkupnya meliputi kesemua elimen.

Tangkapan (shot) menggambarkan semua persekitaran yang termasuk dalam

frame penggambaran. Oleh kerana itu penonton dapat mengetahui kedudukan

sebenar objek utama. Shot ini juga sesuai digunakan bagi merakamkan objek yang

banyak bergerak. Contohnya seorang yang sedang memberi ceramah di atas pentas,

orang yang sedang berlakun, bercerita dan sebagainya. Dalam shot ini terdapat

banyak ruang kosong yang boleh digunakan oleh pelaku untuk bergerak.

Page 3: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

Shot seperti ini mungkin akan menunjukkan satu kumpulan kecil orang-orang

yang sedang berkumpul, jadi untuk mendapatkan shot “Long Shot (LS) atau “wide

Shot” (WS) anda hendaklah membuat pergerakan “Zoom Out” atau “Zoom Back”

sejauh manasejauh mana yang boleh.

Medium-Shot [MS] (Shot jarak sederhana)

Kawasan potongan Shot “Mid-

Shot” [MS] (shot jarak separuh)

ialah dari paras pinggang dan ke

atas.

Shot jenis ini menunjukkan jumlah objek persekitaran yang lebih kecil dari shot jarak

jauh (LS: Long Shot) Kelihatan kedudukan kamera seolah-olah hampir pada subjek

(apabila anda menggunakan lensa close-up atau zoom, tidak perlulah anda

menghampiri pada subjek) Contohnya, apabila anda menemuramah sesaorang, shot

yang diambil mestilah menunjukkan kawasan dari aras pinggang dan ke atas.

Gunakan shot ini apabila anda ingin melihat subjek atau objek dengan lebih dekat lagi,

ataupun bila anda perlu untuk membuat transisi antara shot jarak luas (wide Shot)

kepada shot Close-up. (jarak dekat) (adalah sukar bagi penonton untuk mengikuti

transisi antara shot itu, apabila anda terus menukarkan shot dari “Wide Shot” kepada

"Close-up”

Page 4: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

Shot “Close-up” (Shot jarak dekat)

Shot dekat, dan objek menjadi titik perhatian utama di dalam shot ini. Latar belakang

nampak sedikit sahaja.

Big Close-Up. (BCU).

Kawasan rakaman bagi shot “Big

Close-Up” (BCU) ialah keseluruhan

kawasan muka. Ia membayangkan

riak-riak pada wajah seseorang yang

sedang menghadapi sesuatu.

Shot “Big Close-Up” menunjukkan hanya kawasan muka sahaja. Jelasnya kawasan

atau ruang potongan tangkapan gambar BCU ialah keseluruhan kawasan muka atau

objek sahaja. Ianya juga menunjukkan wajah yang cemas, risau, takut dan marah.

Page 5: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

Extreme Close-Up (ECU).

Apa yang telah diketahui seperti shot “Big Close-Up” tangkapan shot “Ekstreme Close

Up” seperti ini tidak semestinya selalu digunakan. Ianya dihasilkan pada keadaan

tertentu sahaja. Ianya menghasilkan satu kesan kejutan yang memenuhi layar dengan

satu objek atau keadaan sahaja, dan ianya selalu digunakan untuk memfokuskan

perhatian penonton kepada satu-satu sifat, kelakuan. Contohnya kerdipan mata,

tangan yang memegang pistol atau langkah-langkah kaki. Shot seperti ini kadang-

kadang menggambarkan sesuatu dari suatu pandangan yang boleh membayangkan

kemungkinan sesuatu.

“Extreme Close-Up”

Page 6: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

Tangkapan gambar mengikut jumlah orang 7.1.One Shot/Two Shot/Three Shot

One Shot (1S) Two Shot (2S) Three Shot (3S)

Rakaman gambar bagi shot “One Shot” (1S) mengandungi hanya seorang sahaja dalam frem penggambaran. Shot “Two Shot” pula mengandungi dua orang dalam satu frem begitu juga shot “Three Shot” mengandungi tiga orang dalam satu frem. Rakaman shot ini dilakukan sedemikian rupa kerana anda memerlukan satu jarak yang tertentu dari orang-orang ini, untuk memasukkan mereka ke dalam frem tersebut. Biasanya rakaman shot seperti ini boleh juga dipanggil sebagai shot yang dirakam mengikut jumlah individu yang berada dilokasi.

Page 7: Jenis-jenis shot ;- Shot Asas (The Basic Shot)cikgunajian1992.weebly.com/uploads/2/1/4/8/21480022/2.pdf · Untuk membolehkan penggambaran video dilakukan dengan berkesan, ... gambar

7.2. Rakaman Shot “Group Shot” (GS)

Group Shot

Sekiranya sesuatu kumpulan orang melebihi dari 3 orang berada dalam satu

frem penggambaran, ia boleh dipanggil sebagai “Group Shot”