jenis jenis pentaksiran docx

20

Click here to load reader

Upload: manimala-ilango

Post on 12-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Jenis – jenis pentaksiran Pendidikan Seni Visual dan peraturan memberi markah secara Holistik

dan Analitik.

Pengenalan

Malaysia sedang berusaha untuk melahir dan membangunkan modal insan yang akan

memacu kemajuan negara pada masa hadapan, kita memerlukan generasi rakyat Malaysia

yang mempunyai pemikiran minda kelas pertama, menguasai kemahiran berfikir aras tinggi ,

bersifat inovatif dan kreatif serta berkemampuan untuk melonjakkan negara ke persada

antarabangsa. Transformasi kurikulum dan pentaksiran sedang dilaksanakan bagi memastikan

matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) direalisasikan dengan sistematik .

Pada zaman teknologi maju kini, kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat telah berusaha

meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti kepada sesiapa yang ingin meningkatkan tahap

pendidikan mereka. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh KPM untuk membina modal insan

guru yang berkualiti dengan hasrat ilmu dan kemahiran yang dmiiliki oleh guru dapat digunakan

dalam menjana masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Pentaksiran memainkan peranan

yang penting bagi mengenali modal insan yang berkualiti tinggi yang dapat menonjolkan pretasi

yang membanggakan di arena antarabangsa.

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawa

maksud ‘duduk bersama’ dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa

yang dimaksudkan. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mendefinisikan Pentaksiran

sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid

bagi sesuatu tujuan tertentu ( Lembaga Peperiksaan 2012 ). Pentaksiran juga dijalankan bagi

tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap kebolehcapaian seseorang murid apabila telah

selesai mengikuti satu-satu sesi pembelajaran. Pentaksiran merangkumi di dalamnya proses

pengujian, pengukuran dan penilaian.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025 menyatakan

bahawa pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Lembaga Peperiksaan telah memulakan beberapa langkah penambahbaikan bagi

memastikan pentaksiran dijalankan secara holistik, seperti yang ditetapkan dalam dasar

1

Page 2: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Kementerian. Pada 2011, selaras dengan KSSR, Lembaga Peperiksaan melaksanakan

format PBS baharu yang lebih holisitik, kukuh, dan selari dengan kurikulum rujukan standard.

Manakala Kamus Dewan Edisi keempat pula menyatakan bahawa perkataan

pentaksiran berasal dari kata dasar “taksir”. “Taksir” membawa maksud kira ataupun

menghitung. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan

kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran merupakan sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Pentaksiran

dapat dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.

(Akta 550).

Selain itu, modul Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Pentaksiran Pendidikan Seni

Visual pula menyatakan bahawa pentaksiran merupakan satu episode dalam mengumpul,

merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran

seseorang bagi tujuan tertentu. Pentaksiran juga merupakan satu proses mendapatkan

maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran adalah proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran dan dapat

memperbaiki pengajaran pembelajaran.

Pentaksiran melibatkan lima prinsip yang sangat penting iaitu instrument, kumpulan

yang ditaksir, respons, kumpulan yang mentaksir dan skor. Instrumen pentaksiran adalah satu

set kertas soalan yang telah disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

yang lengkap dan mencakupi semua kemahiran yang hendak diuji. Manakala kumpulan yang

ditaksir adalah merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang

ditaksir perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan

murid relevan dan menepati tujuan pentaksiran. Respons pula merujuk kepada hasil pengujian

iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid di dalam kertas ujian mereka.

Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat penting di dalam pentaksiran kerana

respons-respons ini mengandungi data-data ataupun maklumat-maklumat tentang pencapaian

murid-murid untuk suatu tempoh persekolahan; penguasaan murid-murid tentang satu-satu

tajuk atau kemahiran; dan juga keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru.  Kumpulan

2

Page 3: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

yang mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak skrip jawapan dan juga

mereka yang menganalisis skrip jawapan ataupun respons-respons yang telah diberikan oleh

murid-murid. Sebaik-baiknya, kumpulan guru yang mentaksir skrip jawapan ini terdiri daripada

guru-guru neutral iaitu guru-guru yang tidak mengenali kumpulan murid yang ditaksir. Dengan

ini barulah skor yang diperolehi itu adalah lebih tepat dan menggambarkan keupayaan dan

tahap penguasaan murid-murid yang sebenar. Skor pula merupakan data numerik yang

diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata

lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat

mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk

pelajaran. Skor ini juga digunakan oleh guru-guru untuk menganalisis secara lebih terperinci

tentang pencapaian dan tahap penguasaan murid- murid. Peta bulatan 1.1 dibawah

mencerminkan Prinsip Pentaksiran.

Prinsip Pentaksiran

Peta Bulatan 1.1 Prinsip Pentaksiran

Sebenarnya, tujuan pentaksiran adalah proses mendapatkan gambaran tentang prestasi

seseorang dalam pembelajaran, ia juga dapat menilai aktiviti yang dijalankan semasa

pengajaran dan pembelajaran, dan merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif

untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan

untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap serta

merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

3

Skor

Instrumen

Kumpulan yang ditaksir

Kumpulan yang menaksir

Respons

Page 4: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Jenis-Jenis Pentaksiran

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melibatkan sembilan jenis pentaksiran yang sangat

penting. Pentaksiran-pentaksiran yang digunakan adalah Pentaksiran Autentik, Pentaksiran

“Performance Based”, Pentaksiran dan Hasil Pembelajaran, Pentaksiran dan Tindakan

Penambahbaikan, Pentaksiran dan Motivasi, Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah,

Pentaksiran Pembentukan Watak, Pentaksiran Berbantukan Komputer dan Pentaksiran Kendiri.

Peta Buih 1.2 menggambarkan jenis-jenis pentaksiran dengan jitu.

Peta Buih 1.2 Jenis-Jenis Pentaksiran

4

Jenis-Jenis Pentaksiran

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran “Performance

Based”

Pentaksiran dan Hasil

Pembelajaran

Pentaksiran dan Tindakan Penambahbai

kan

Pentaksiran dan Motivasi

Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah

Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran Pembentukan

Watak

Pentaksiran Berbantukan

Komputer

Page 5: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian

sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran

autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,

pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran

dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar ( Pert, 1990 ). Dalam erti kata lain, pentaksiran

autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi

yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti

yang relevan. Pentaksiran autentik juga dikenali sebagai penilaian alternatif.

Selain itu,  Pentaksiran autentik juga didefinisikan sebagai pengevaluasian 

pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau

kehidupan nyata sedekat mungkin. Menurut Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik

adalah proses yang memerlukan kanak-kanak  mendemonstrasikan pengetahuan,  kemahiran

dan strategi dengan memberi maklum balas atau hasilan dalam konteks atau realiti yang

bermakna.

Selain itu, menurut Grace di dalam buku Educational Assessment of Student (1992),

penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam

menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara

berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam

pentaksiran autentik. Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia

sebenar dalam kehidupan pelajar. Ia juga bukan hanya melibatkan tahap kognitif  di peringkat

pengetahuan dan pemahaman malah  melibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat

aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

5

Page 6: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran autentik adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas dalam

menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak.

Sesetengah pakar psikologi menyarankan agar pentaksiran ini diaplikasi sebagai satu sistem

penilaian yang berbentuk kontekstual, kolaboratif, dan konstruktif berdasarkan ciri-cirinya yang

releven dengan pendidikan di Malaysia.  Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam

pentaksiran autentik dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam pendidikan.

Pentaksiran autentik dapat menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang

dilaksanakan, ia juga    Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya, juga memainkan

peranan sebagai subjek yang menganalisis, mensintesis, mengaplikasi dan membina maksud

yang tersirat serta ia juga berpusatkan kanak-kanak Malley dan Pierce telah mengkategorikan

kepelbagaian kaedah pentaksiran autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh

diperhatikan dan didokumentasikan. Persembahan tarian, persembahan karya tulis asli kepada

rakan-rakan sebaya, pendemonstrasian hasil karya dalam pameran seperti Pameran Seni ( Art

Showa ) penunjukkan ketrampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio adalah

contoh-contoh pentaksiran auntentik. Gambarajah 1.3 mencerminkan contoh-contoh

pentaksiran autentik.

6

Page 7: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Gambarajah 1.3 Contoh-Contoh Pentaksiran Autentik

Selain itu, pentaksiran autentik dapat mengungkapkan secara total seberapa baik

pemahaman akademik murid, menghunungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka

sendiri, dunia murid dan masyarakat luas. Ia juga mengungkapkan dan memperkuatkan

penguasaan kompetensi murid dan menangani teknologi dan berfikir sistematik.  Pentaksiran

Autentik dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-

kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses

pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang

lebih tinggi.

Kemudian, menurut pentaksiran autentik merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan

pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh pelajar  di dalam bilik darjah setiap hari Pert (1990).

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan

pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap

7

Persembahan Tarian

Persembahan Karya Tulis kepada rakan-rakan sebaya

Pendemonstrasian hasil karya dalam pameran atau pertunjukkan seni

Menunjukkan ketrampilan yang dimiliki dalam pengumpulan portfolio

Rekod Anekdot

Page 8: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Oleh hal yang sedemikian

pentaksiran autentik memberikan manfaat kepada guru dalam bentuk maklum balas secara

langsung bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Contohnya

sekiranya seseorang pelajar tidak menguasai sesuatu pengajaran dan pembelajaran guru boleh

melakukan intervensi untuk megatasi masalah tersebut melalui memperbaiki penyediaan guru

dalam proses pembelajaran dan perkembangan.  Maklumbalas yang diterima oelh guru

boleh  membantu guru menjelaskan semula perkara yg belum difahami oleh pelajar.

            Selain itu, penggunaan teknik atau kaedah yang dijalankan semasa  pentaksiran

autentik contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi dapat

disimpulkan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif proses

pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk melihat

perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian

semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi

kehidupan seharian pelajar dan bermakna. Hal ini secara tidak lansung, guru dapat melihat

perkembangan pencapaian pelajar melalui hasil kerja pelajar. Contohnya melalui portfolio guru

dapat menyimpan hasil kerja murid sebagai bukti peningkatan pencapaian pelajar terhadap

sesuatu pembelajaran dan pengajaran.

Disamping itu, melalui pentaksiran autentik juga guru dapat menilai keupayaan pelajar

dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu

yang baharu dan kreatif. Contohnya keupayaan pelajar dalam menghujah, menganalisis hujah

lawan, merancang dan melaksana sesuatu persembahan, mereka cipta sesuatu yang berseni

8

Page 9: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

dan sebagainya. Hal ini juga dapat memudahkan guru untuk membuat pentaksiran secara

individu berdasarkan pemerhatian yang berterusan sepanjang proses belajar.

9

Page 10: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran “Performance Based”

Pentasiran Performaced Based adalah pentaksiran yang menggunakan subjek

penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar

menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan

pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi

dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan

melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh

kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran,

pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Pentaksiran ini diaplikasikan dalam 3 kaedah iaitu Portfolio (dapatan hasil kerja),

Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar) dan kaedah mengukur

berdasarkan keupayaan. Kaedah Portfolio ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian

individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian

terhadap murid dibuat secara keseluruhannya. Kaedah pentaksiran berpusat pula akan dibuat

berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam

sesuatu situasi yang diberikan. Manakala kaedah pentaksiran yang mengukur berdasarkan

keupayaan pula dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti bahan penulisan,

persembahan dan gerak kerja projek. Gambarajah 1.4 menggambarkan jenis-jenis

Pentaksiran Performanced Based.

10

Page 11: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Portfolio

dapatan hasil kerjamenilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.

Kaedah

pentaksiran

berpusat

Simulasi berdasarkan situasi sebenarPentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.

Mengukur

berdasarkan

keupayaan.

Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti Bahan penulisan Persembahan Gerak kerja projek

Gambarajah 1.4 Jenis-Jenis Pentaksiran Performanced Based.

11

Page 12: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang memberitahu

sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang

terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada

individu yang terlibat. Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran

yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang

diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada

sesorang individu sahaja.

Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah

yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Penilaian yang

diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan

berkepimpinan dalam menjalankan penilaian. Pendektan yang yang dikemukan oleh

MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan dua hasil pembelajaran. Hasil Pembelajaran

pertama adalah bergantung kepada jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan

memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap. Manakala

pentaksiaran kedua pula berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik

dalam peringkat yang seterusnya, penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata

dan pembelajaran bersifat berterusan. Gambarajah 1.5 menggambarkan Pentaksiran Hasil

Pembelajaran.

12

Page 13: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran Hasil PembelajaranStudent learning outc omes (SLO)Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap.

Student progress outc omes (SPO) Berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya.Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata.Pembelajaran bersifat berterusan

Gambarajah 1.5 Pentaksiran Hasil Pembelajaran

13

Page 14: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran Hasil Pembelajaran ini memberi kebaikan kepada tiga pihak iaitu kebaikan

kepada pelajar-pelajar , kebaikan kepada penilai-penilai dan kebaikan kepada kepada sekolah-

sekolah. Gambarajah 1.6 menjelaskan Kebaikan Pentaksiran Hasil Pembelajaran. Pentaksiran

ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Murid akan cuba

menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang

lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat

berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.

14

Page 15: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Kebaikan kepada kepada pelajar -pelajar:

- Faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan.

- Pentaksiran lebih konsisten dan telus.

- Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.

- Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

Kebaikan kepada kepada penilai - penilai:

- Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.

- Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.

- Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.

Kebaikan kepada sekolah- sekolah

- Bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi murid.

- Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang.

- Menerapkan nilai akaunbiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid.

- Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

15

Page 16: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Pentaksiran Tindakan Penambahbaikan

Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri

individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku

ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat

menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian

suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.

Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama

ada secara negatif atau positif

Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan

Darjah Kesungguhan

Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi

i. Motif Primer :

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Faali/psikologis

Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:

16

Page 17: Jenis Jenis Pentaksiran Docx

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia

Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

Tumbuh sebagai hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali

Kebutuhan berprestasi & berkuasa

Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah

Pentaksiran Pembentukan Watak

Pentaksiran Berbantukan Komputer

Pentaksiran Kendiri.

17