jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh

8
Jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contoh Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses P & P. Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan proses P & P. Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu: 1) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran a. melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. b. memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P & P. c. Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. 2) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain a. memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. 3) Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

Upload: alynns74

Post on 08-Nov-2015

153 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Jelaskan maksud penggabungjalinan dan berikan tiga contohPenggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses P & P.

Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan proses P & P. Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif.Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu:

1)Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajarana.melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.

b.memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P & P.

c.Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.

2)Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran laina.memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.

3)Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.a.Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran penyelesaian masalah.

Contoh-contoh:

1) Menggabungkan kemahiran mengambil lajak dalam permainan lompat jauh dengan mengambil lajak permainan lompat tinggi.

2)Penggabungjalinan Matematik:Penggunaan nombor semasa mengira bilangan jaringan yang telah dilakukan oleh pelajar A semasa mengajar kemiharan menjaring bola permain bola jaring.

3)Penggabungjalinan kemahiran Sains:Guru menerangkan tujuan badan direndahkan semasa mengajar kemahiran hantaran - permainkan hoki.

Konsep 5P - Penggabungjalinan

Konsep Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh.

Strategiini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih menarik dan bermakna (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang) atau bidang yang sama (intra bidang).

Aspek yang digabungjalinkan Pertama, aspek kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Guru tidak menggabungjalinkan semua kemahiran dan isi pelajaran dalam satu pengajaran, Raminah Sarban dan Rahim Syam (1987:67). Kemahiran-kemahiran akan digabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kedua iaitu aspek tatabahasa. Aspek ini digabungkan secara teratur dan tersusun semasa guru menekankan kemahiran bahasa. Aspek ini akan melahirkan murid yang berdisiplin, kerana mereka akan mengikut peraturan tatabahasa.

Ketiga iaitu aspek kosa kata dan peribahasa juga perlu digabungkan dengan aktiviti kemahiran bahasa. Contohnya, melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membaca teks yang mengandungi peribahasa dan kosa kata (sama ada umum atau istilah), atau melalui latihan penggunaan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.Prinsip penggabungjalinan Terdapat prinsip-prinsip dalam strategi penggabungjalinan. Antaranya ialah guru harus menentukan terlebih dahulu kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pengajaran.

Guru hendaklah memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

Kemahiran utama akan menjadi fokus utama pembelajaran, manakala kemahiran sampingan akan menjadi fokus sampingan pembelajaran.

Aras pengajaran dan aktiviti pelajaran berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid.

Guru boleh menggabungjalinkan apa jua sekalipun yang bersesuaian, berdasarkan sukatan pelajaran, asalkan mencapai objektif.Bentuk Penggabungjalinan Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990).

Di dalam bentuk penggabungjalinan kemahiran, terdapat dua jenis gabungjalin, iaitu penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran ke dalam satu pelajaran.

Bagi penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran, guru boleh menggabungkan semua atau beberapa kemahiran bahasa ke dalam satu pengajaran. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim, 1980).

Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran pula, contohnya seperti dalam satu pelajaran bahasa, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa menjadi kemahiran fokus, manakala kemahiran pendidikan seni dan muzik, menjadi kemahiran sampingan.

Penggabungjalinan bahan pula melibatkan jenis bahan atau tema yang digunakan, Kamarudin Hj Husin (1990). Bahan-bahan itu terdiri daripada bahan utama (petikan), bahan ransangan (bahan sokongan) dan bahan lisan (aksi rakaman). Contoh bahan utama adalah seperti rencana, ucapan, laporan, dan sebagainya. Contoh bagi bahan ransangan pula ialah gambar, carta, graf, rajah, dan data. Manakala, bahan lisan pula terdiri daripada rakaman ucapan, wawancara, lakonan, ceramah, dan lain-lain. Berdasarkan contoh, guru boleh menggabungkan sekurang-kurangnya dua jenis bahan atau ketiga-tiga jenis bahan dalam satu pengajaran. Namun begitu, guru mestilah memastikan bahan mempunyai pertalian dan urutan yang baik serta boleh digabungjalinkan dengan berkesan. Contoh aktiviti ialah guru memberikan teks berita kepada murid, kemudian murid membuat ulasan mengenai berita tersebut. Seterusnya ialah penggabungjalinan aktiviti. Menurut Kamarudin Hj Husin (1990), dalam perlaksanaan penggabungjalinan aktiviti, guru mestilah meneliti jenis aktiviti yang saling berkait dan boleh digabungjalinkan. Terdapat tiga jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Pertama, aktiviti lisan seperti perbualan, temuramah, bercerita, lakonan, dan sebagainya. Contoh aktiviti kedua pula iaitu aktiviti bacaan dan kefahaman. Misalnya, mengesan isi penting, memberi makna perkataan atau rangkai kata, membina ayat, dan lain-lain. Ketiga, aktiviti tulisan seperti mencatat isi, membuat karangan, laporan, atau berita. Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua atau ketiga-tiga jenis aktiviti. Semasa melaksanakannya, guru mesti memastikan aktiviti-aktiviti itu saling berkait.

Jadi, menerusi strategi penggabungjalinan ke dalam satu mata pelajaran bahasa, pelbagai kemahiran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Strategi ini dapat mengelakkan kebosanan pelajar terhadap pelajaran, jika hanya satu kemahiran sahaja diajarkan. Interaksi antara guru dan murid juga akan lebih mesra (Ee Ah Meng,1990).Nota BMM 3101 - Konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa MelayuStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Melalui proses 5P, pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh sekali gus akan mengelakkan pelajar daripada berasa bosan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.1. Penggabungjalinan

Terdapat dalam situasi bahasa apabila seseorang perlu memainkan dua peranan dalam situasi yang sama. Contohnya, seseorang perlu mendengar dan bercakap apabila mengadakan perbincangan, wawancara dan temuduga. Secara tidak langsung, konsep penggabungjalinan telah digunakan.Menurut Abdul Aziz Abd Talib (2000: 262), penggabungjalinan dalam bahasa bermakna guru menggabungjalinkan sesuatu kemahiran bahasa itu dengan satu lagi kemahiran bahasa.Kamus Dewan (2002:358), penggabungjalinan bermaksud perbuatan menggabungjalinkan iaitu mencantumkan dan menjalinkan.Penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa dengan memecahkan atau mengasingkan bahagian-bahagian yang berkait rapat. Konsep ini bertujuan memperkukuh satu aspek kemahiran bahasa dengan yang lain dan menjadikan pengajaran lebih berkesan. Melalui proses penggabungjalinan juga, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak, hal ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik serta menjadikan murid-murid tidak cepat bosan dan jemu.2. Penyerapan

Penyerapan adalah starategi yang boleh dilaksanakan dalam pengajaran lisan. Ia merupakan strategi penyatuan isi pengetahuan dari satu mata pelajaran dengan bidang kemahiran dalam mata pelajaran yang lain. Penyerapan boleh dilakukan di dalam mana-mana kemahiran bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral , pendidikan Agama, Matematik , Pendidikan Jasmani , Muzik boleh diserap dalam mana-mana pelajaran bahasa.Dalam pengajaran Bahasa, guru boleh menggunakan bahan-bahan pengetahuan daripada mata pelajaran lain umpamanya geografi, sejarah, agama, perdagangan dan lain-lain sebagai bahan utama.Dalam sesuatu pelajaran bahasa pada tahap satu, penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Contohnya, guru mengajar isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran bahasa , pendidikan seni dan muzik. (Kamarudin Hj. Husin, 2000:214)Dalam pengajaran Bahasa Melayu , unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran.3. Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.Proses Pengayaan merupakan aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran dan boleh diadakan samada di dalam mahupun di luar kelas. Aktiviti Pengayaan lazimnya akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menguasai proses P&P dalam sesebuah topik pelajaran. Aktiviti dijalankan bagi memberi pengukuhan yang lebih agar pelajar bertambah faham dan lebih menguasai proses pembelajaran mereka. Di samping itu, proses ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk lebih memahami apa yang telah mereka pelajari sebelumnya.Aktiviti pengayaan adalah sangat berlainan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran asas. Ini kerana, aktiviti pengayaan ini akan dijalankan selepas murid-murid berjaya menguasai satu ataupun beberapa kemahiran asas tertentu. Melalui aktiviti pengayaan ini, murid-murid akan menggunakan asas kemahiran yang telah mereka kuasai untuk menjalankan aktiviti ini. Oleh itu, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.4. Pemulihan

Pendidikan pemulihan adalah merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan pemulihan ini biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus kepada usaha mengatasi kelemahan mereka. (Kamarudin Haji Husin, 1998 : 339)Kanak-kanak yang mendapat pendidikan ini bukanlah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan akal atau terencat akal , tetapi mereka sering memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran berbanding rakan sebaya yang lain. Kanak-kanak ini walaupun sudah berada pada tahap dua, mereka masih tidak pandai membaca. Hal ini akan menyebabkan mereka ketinggalan atau gagal menghadapi kerja-kerja normal sekolah mereka.Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Objektif proses pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikut aktiviti-aktivit alternatif yang bersesuaian dengan kemahiran dan kebolehan mereka.5. Penilaian

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. (Kamarudin Haji Husin, 1998: 327).Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.Penilaian dalam kelas biasanya mengutamakan penilaian formatif iaitu mengesan perkembangan pembelajaran dengan serta-merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan murid-murid. Penilaian sumatif dilakukan pada peringkat kritikal untuk mengetahui secara menyeluruh penguasaan dan taraf pencapaian pembelajaran murid-murid. (Kamarudin Haji Husin, 1998: 327).