jawatankuasa kebersihan sekolah 3k

5
Jawatankuasa Kebersihan Sekolah - skop dan bidang tugas Penyelaras : Ahli Jawatankuasa : PENDAHULUAN Cabaran kepada Sistem Pendidikan Negara masa kini antaranya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan dan berkeperibadian unggul, bagi menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menyedari cabaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahap kebersihan sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, amalan kebersihan perlu ditegaskan dan dilaksanakan oleh sekolah pada setiap masa. Segala usaha ke arah ini hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan warga sekolahnya benar-benar memahami dan menghayati serta mengamalkan kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan. OBJEKTIF 1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. 3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. 4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan

Upload: cammry-anna

Post on 11-Jul-2016

257 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: Jawatankuasa Kebersihan Sekolah 3k

Jawatankuasa Kebersihan Sekolah - skop dan bidang tugas

Penyelaras :Ahli Jawatankuasa :

PENDAHULUAN

Cabaran kepada Sistem Pendidikan Negara masa kini antaranya adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan dan berkeperibadian unggul, bagi menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menyedari cabaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahap kebersihan sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Sehubungan dengan itu, amalan kebersihan perlu ditegaskan dan dilaksanakan oleh sekolah pada setiap masa. Segala usaha ke arah ini hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur. Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan warga sekolahnya benar-benar memahami dan menghayati serta mengamalkan kebersihan sebagai amalan dalam kehidupan.

OBJEKTIF 1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. 3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. 4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. 6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

KONSEP

Program kebersihan sekolah didefinisikan sebagai lanjutan pendedahan awal tentang kebersihan yang bermula dari rumah, pengukuhan dan pengembangan di sekolah dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hayat oleh setiap insan.

SKOP DAN BIDANG TUGAS

Page 2: Jawatankuasa Kebersihan Sekolah 3k

1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan. 1.1 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah. 1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan.1.3 Menentukan keperluan-keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah.1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan. 1.5 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah. 1.6 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/ kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah.3.1 Mewujud serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.

6. Menyedia dan membuat laporan berkala.

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Melaksanakan program-program kebersihan 1.1 Kebersihan diri-Program Penjagaan Gigi dan Mulut -Program Bebas Kutu -Program Cuci Tangan -Program Penjagaan Kuku -Program Kemas Diri -Program Membasmi Kudis Buta

1.2 Kebersihan Fizikal-Pertandingan Kebersihan Kelas-Pertandingan Landskap Antara Kelab/ Persatuan-Pelaksanaan Kantin Ala Kafeteria-Tandas Angkat Kelas

1.3 Kebersihan Persekitaran-Program Bebas Denggi -Sudut Keceriaan -Sekolah Kawasan Larangan Merokok

1.4 Penghayatan Kebersihan-Pertandingan Melukis dan Mewarna-Pertandingan Kuiz, Pidato, dan Bahas Bertemakan Kebersihan-Pertandingan Melukis Poster-Pameran Bertemakan Kebersihan

Page 3: Jawatankuasa Kebersihan Sekolah 3k

Posted by monasrim at 7:25 PM 0 comments

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels: Kebersihan

Sunday, August 28, 2011

Amalan Kebersihan Bilik Khas

Perkara Amalan Pelaksanaan Jadual Kerja Kerjasama dan Tindakan

1. Meja kerja/

lantai/ peralatan

 Dibersihkan mengikut jadual tugas yang ditetapkan

 Menyusun alatan di tempat asal

 Sepanjang masa

 Selepas penggunaan

 Murid/ Guru/ Pekerja

2. Siling/ kipas/

lampu

 Dibersihkan

 Padamkan suis lampu dan kipas

 Sebulan sekali

 Sebelum meninggalkan bilik

 Murid/ Guru/ Pekerja

3. Peraturan

keselamatan

penggunaan

bilik

 Patuhi peraturan keselamatan penggunaan bilik

 Dipamerkan

 Sentiasa  Murid/ Guru/ Pekerja

4. Alat pemadam

api

 Periksa alat pemadam api

 Pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

 Seminggu sekali

 Setahun sekali

 Guru bertugas mingguan

 Pentadbir sekolah

5. Kit kecemasan  Periksa kelengkapan alat  Seminggu sekali  Guru bertugas mingguan

6. Bakul sampah/

penyodok

sampah

 Dibersihkan

 Sampah dibuang ke tempat pembuangan sampah

 Setiap kali selepas penggunaan

 Murid/ Pekerja

7. Sinki  Paip air ditutup

 Bersih dan berfungsi

 Selepas digunakan

 Sentiasa

 Murid/ Guru/ Pekerja

Page 4: Jawatankuasa Kebersihan Sekolah 3k

8. Tingkap  Dibersihkan

 Tingkap dibuka

 Tingkap ditutup

 Dua kali seminggu

 Semasa kerja dijalankan

 Sebelum meninggalkan bilik

 Murid/ Guru/ Pekerja

9. Penggunaan

alatan elektrik

 Cara kerja yang selamat

 Tutup suis

 Sentiasa

 Sebelum meninggalkan bilik

 Murid/ Guru/ Pekerja

10. Penggunaan

gas

 Periksa keselamatan tangki gas

 Cabut kepala gas

 Setiap kali penggunaan

 Sebelum meninggalkan bilik

 Murid/ Guru/ Pekerja