laporan ahli jawatankuasa kebersihan

14
Laporan Ahli Jawatankuasa Kebersihan Seminar Halal Bukan Sekadar Makanan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Pada tanggal 4 Ma !"#$% satu program berupa seminar telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dari pukul &'(" pagi sehingga ##'(" pagi'' Semin ini diberi ta)uk Seminar Halal Bukan Sekadar pada Makanan dan mem*okuskan tentang konsep Halalan +o,,iba' Seminar ini merupakan an)uran para pela)ar daripada Program Persediaan I)a-ah Sar)ana Muda Perguruan di institut ini' Para pens,arah% sta* sokon serta semua pela)ar di institut di)emput menghadiri seminar ini ,ang diadakan di Bil Institut PendidikanGuru Kampus Batu Lintang' Seramai kira.kira #"" orang ,ang menghadiri seminar halal tersebut' Pen,ertaan ini adalah daripada empat bua Program Persediaan I)a-ah Sar)ana Muda Perguruan /PPISMP0% sebuah kelas Program I)a-ah Sar)ana Muda Perguruan/PPISMP0 serta beberapa orang pens,arah dan sta* sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang' Program ini diketuai oleh Moh 1ul*ad-le, Helm, bin Mohd He)emi dari kelas PPISMP Se)arah Jun !"#4 dan dibantu oleh semua pela)ar muslim PPISMP Jun !"#4'Seminar ini dipengerusikan oleh Mohd Ha-i2 bin Mang dan ditemani oleh Mohd Amiruddin bin Ismail' Baaan doa pula dikendalikan oleh saudara 3ur Adam bin Ismail' Gambar # Pengerusi ma)lis Gambar ! Baaan doa Program seminar halal ini adalah bertun)angkan kepada ob)ekti* untuk member pengetahuan baru kepada warga institut pendidikan guru ini tentang konsep halal ,ang sebenar mengikut Islam disamping memenuhi pro*orma pela)ar Program Persediaan I)a-ah Sar)ana Muda Perguruan bagi sub)ek Pendidikan Islam/ GPI#"&(0' Selain itu% seminar i turut bertu)uan untuk memberikan kesedaran kepada para pela)ar bahawa sebagai umat Islam kita perlu berhati.hati dalam memilih nmakanan dan kita perlu menitik beratkan aspek dalam kehidupan agar sentiasa halal' Ini bermaksud halal bukan setak 1

Upload: adeqchantek

Post on 04-Nov-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Menerangkan tugas ajk kebersihan dalam sesuatu organisasi

TRANSCRIPT

Laporan Ahli Jawatankuasa KebersihanSeminar Halal Bukan Sekadar Makanan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Pada tanggal 4 Mac 2015, satu program berupa seminar telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dari pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi.. Seminar ini diberi tajuk Seminar Halal Bukan Sekadar pada Makanan dan memfokuskan tentang konsep Halalan Toyyiba. Seminar ini merupakan anjuran para pelajar daripada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di institut ini. Para pensyarah, staf sokongan serta semua pelajar di institut dijemput menghadiri seminar ini yang diadakan di Bilik Latihan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Seramai kira-kira 100 orang yang menghadiri seminar halal tersebut. Penyertaan ini adalah daripada empat buah kelas Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), sebuah kelas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP) serta beberapa orang pensyarah dan staf sokongan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Program ini diketuai oleh Mohd Zulfadzley Helmy bin Mohd Hejemi dari kelas PPISMP Sejarah Jun 2014 dan dibantu oleh semua pelajar muslim PPISMP Jun 2014.Seminar ini dipengerusikan oleh Mohd Haziq bin Mang dan ditemani oleh Mohd Amiruddin bin Ismail. Bacaan doa pula dikendalikan oleh saudara Nur Adam bin Ismail. Gambar 1: Pengerusi majlis Gambar 2: Bacaan doaProgram seminar halal ini adalah bertunjangkan kepada objektif untuk memberi ilmu pengetahuan baru kepada warga institut pendidikan guru ini tentang konsep halal yang sebenar mengikut Islam disamping memenuhi proforma pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi subjek Pendidikan Islam( GPI1083). Selain itu, seminar ini turut bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar bahawa sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam memilih nmakanan dan kita perlu menitik beratkan segala aspek dalam kehidupan agar sentiasa halal. Ini bermaksud halal bukan setakat perlu diperhatkan daripada dari segi makanan malahan daripada perbuatan mahupun percakapan. Para pelajar perlu mengetahui dengan lebih mendalam kerana sebagai seorang guru kita perlulah mempunyai pengetahuan luas tentang konsep halal agar nanti kita mampu menyedarkan orang lain.Penceramah khas iaitu Tuan Haji Norhaza Ahmad Redzuan bin Abdullah diundang untuk menyampaikan ceramah pada hari tersebut. Dalam sesi pertama seminar tersebut, penceramah menerangkan tentang halal dalam makanan dan cara sembelihan yang betul. Disini kita akan lebih mengetahui secara mendalam tentang halal haram sesuatu makanan. Disaming itu, kam juga berpeluang untuk mengetahui dengan lbih lanjut tentang logo halal sesuatu makanan serta makanan tiruan yang boleh membahayakan kesihatan. Dalam segmen yang kedua pula, kami diterangkan tentang Halal dalam Bermuamalat. Muamalat adalah tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesame manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah S.W.T yang melibatkan bidang ekonomi dan social Islam. Cara bermuamalat dengan betul adalah dengan menginfakkan kekayaan yang kita perolehi ke jalan Allah S.W.T. Dalam segmen kedua ini kami turut berpeluang untuk menyaksikan pelbagai video yang menunjukkan kezaliman manusia terhadap binatang untuk dijadikan sumber pendapatan. Kita dapat melihat betapa mudah dan indahnya Islam melalui video-video ini kerana Islam mendidik kita melakukan sembelihan dengan betul dan bukannya menzalimi binatang, Pada akhir seminar ini, diadakan satu segmen soal dan jawap. Para peserta sangat memberi kerjasama dengan ertanyakan soalan kepaa penceramah tentang isu-isu yang menjadi keraguan mereka Gambar 4: Peserta sedang menanyakan soalanSepanjang perjalanan program ini, secara amnya tugas ahli jawatankuasa adalah untuk memastikan bilik latihan yang kami gunakan untuk seminar sentiasa bersih sebelum dan selepas seminar ini. Oleh itu, kami ahli jawatankuasa kebersihan aka dating awal untuk memastikan kerusi dan meja disusun mengikut kriteria yang telah ditetapkan, Selain itu, kami turut menyediakan tong sampah diluar bilik latihan agar para peserta seminar tidak membuang sampah di merata tempat. Setelah berakhirnya seminar ini, kami selaku ahli jawatankuasa kebersihan akan balik paling lewat. Hal ini demikian kerana, kami perlu meastikan tempat tersebut bersih dan kemas.Tugas Ahli jawatankuasa kebersihan ini tidaklah seberat tugas ahlijawatankuasa yang lain namun, kami telah berusaha untuk memastikan kebersihan sentiasa diutamakan agar Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang tidak dipandang serong oleh orang lain. Terdapat kekurangan dan kekuatan sepanjang program ini dilaksanakan. Terdapat penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan sesuatu program ini lebih sistematik pada tahun yang akan datang.Seminar ini telah dirancang daripada bulan Mac lagi dan pelbagai rombakan telah dilaksanakan demi kebaikan. Misalnya, aktiviti sebenar yang ingi diadakan adalah festival halal namun aktviti ini dikecilkan skop pelaksanaannya iaitu daripada mengadakan festival kepada mengadakan seminar sahaja. Hal ini demikian kerana, kekangan masa dan dana. Selain itu, seminar ini juga kurang dihebohkan kepada orang ramai. Disebabkan hal ini lah, kurangnya hebahan dan ahli jawatankuasa publisiti perlu lebih bertindak dengan menyediakan banner dan pelbagai risalah kepada para warga institut pendidikan guru ini agar mereka lebih mengetahui tentang seminar ini. Sehubungan dengan itu, seminar ini tidak mampu menarik minat pelajar kerana hanya mendengar penceramah berucap. Program seminar halal ini boleh ditambah baik lagi dengan menyediakan permainan ataupun kuiz mengenai konsep halalan toyyiba selang 30 minit penceramah berucap. Hal ini kerana, interaksi dua hala antara penceramah dan pendengar perlu ada untuk memastikan pendengar memahami apa yang diucapkan oleh penceramah.Saya berharap program sebegini akan lebih banyak diadakan agar warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang mendapat manfaat. Selain itu, seminar seperti ini perlu diadakan agar setiap pelajar lebih mandalami Islam seterusnya mampu menghayati Islam. Seminar Hlal ini berlangsung dengan lancer kerana adanya kerjasama daripada semua pihak yang menganjurkannya dan kerana dibawah pimpinan ketua yang cukup berkaliber dan berkepimpinan tinggi. Selain itu, atas tunjuk ajar Ustazah Wan Hasmah Laili binti Wan Hamat barulah seminar ini mampu bergerak dengan lancar dan menepati kriteria yang diharapkan.

Disediakan oleh 9 MAC 2015

Nor Farina binti ZulkipliAhli Jawatankuasa Kebersihan Seminar Halal

Refleksi Kursus Pendidikan Islam(GPI1083)Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya saya dan rakan-rakan berpeluang untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam ini(GPI1083) disamping meningkatkan pengetahuan tentang Islam. Kursus Pendidikan Islam ini memberi tumpuan kepada peranan Al-quran dan As-sunnah dalam kehidupan seharian. Selain itu, kursus ini juga membincangkan konsep akidah mukmin dan cara seorang muslim menjalani kehidupan harian agar tidak menyalahi syariat Islam. Disamping itu, kursus ini juga memperihalkan kepentingan solat, asas muamalat Islam, institusi kekeluargaan dalam Islam, konsep akhlak dan moral, hijrah Rasulullah S.A.W serta kepimpinan baginda. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada Ustazah Wan Hasmah Laili binti Wan Hamat atas tunjuk ajar beliau sepanjang pembelajaran kursus ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli kumpulan pembentangan saya iaitu Tuan Siti Najwa binti Tuan Hashim, Nur Atiqah binti Ali dan Azura binti Hazmi kerana memberi kerjasama yang secukupnya semasa menyiapkan slaid pembentangan kami dan kerjasama semasa pembentangan. Tidak lupa juga kepada ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Program Persediaan Pendidikan Guru( PPISMP) yang lain kerana memberikan kerjasama serta bantuan kepada saya.Sepanjang pembelajaran kursus ini, saya mendapat pelbagai input mengenai agama Islam. Untuk memenuhi proforma kursus ini, Ustazah Wan Hasmah telah membahagikan pelajar kelas tersebut mengikut bilangan topik dalam kursus ini. Kursus ini merangkumi Sembilan topik yang utama iaitu Al-quran dan As-sunnah Sebagai Panduan Hidup dalam pelbagai bidang dalam kehidupan muslim, konsep akidah dalam kehidupan muslim, fiqh solat, fiqh muamalat, fiqh munakahat, fiqh jinayah, akhlak, sirah dan peranan manusia sebagai khalifah. Kumpulan kami telah mendapat topic ketujuh iaitu akhlak. Melalui tajuk ketujuh ini saya dapat mengetahui tentang konsep akhlak dan moral dalam kehidupan dan cra mengaplikasikan akhlak Islamiyah ini dalam kehidupan seharian kita. Selan itu, saya juga dapat mendalami tentang sifat mahmudah dan mazmumah. Sifat mahmudah dikategorikan sebagai sifat-sifat yang baik dan perlu diamalkan oleh seseorang insan manakala sifat mahmudah adalah perbuatan-perbuatan yang berlawanan dengan mahmudah. Saya mula mengaplikasikan sifat mahmudah ini setelah mempelajarinya dan memahami ganjaran yang bakal diperolehi sekiranya mengamalkan sifat tersebut. Misalnya, kita hendaklah sentiasa ikhlas dalam setiap perlakuan kita, Dalam topic tujuh ini juga kami tlah mempelajari konsep ummah dan ukhuwah dari segi kepimpinan dane adab-adab perjuangan serta isu semasa berkait rapat dengan akhlak dalam pendidikan. Ekonomi. Social, pendidikan dan politik. Disamping itu, saya mampu menilai sejauh mana pengamalan ajaran Islam dalam kehidupan saya sendiri dan boleh membaiki diri saya setelah mendapat tunjuk ajar daripada rakan-rakan serta pensyarah pembimbing iaitu Ustazah Wan Hasmah binti Wan Hamat. Melalui tajuk pertama dan kedua dalam kursus ini akhirnya saya mampu mengaitkan serta mengaplikasikan al quran dan as Sunnah dalam kehidupan. Selain itu, saya turut mempelajari semula tentag aqidahIslamiyah yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang muslim. Melalui topik tiga, empat,, lima, dan enam saya belajar tentang ilmu fiqh. Ilmu fiqh yang dipelajari ini terdiri daripada fiqh solat yang membicarakan serta memurnikan pengetahuan saya tentang solat.Disamping itu, ilmu fiqh muamalat yang memperihalkan tentang asas muamalat Islam iaitu jual beli, saham, pinjaman, hutang, riba, sewaan dan gadaian. Melalui ilmu fiqh muamalat ini kita boleh mempelajari serta membezakan apa yang patut kita lakukan semasa bermuamalat dan bagaimana cara yang sebetulnya bagi mengaut keuntungan yang halal. Ilmu fiqh munakahat yang akan menyedarkan kita tentang peranan sebenar lelaki dan wanita dalam institusi kekeluargaan. Akhir sekali mengenai ilmu fiqh jinayah yang memperihalkan jenayah dan pelaksanaan menurut konteks Islam. Melalui kursus ini juga saya juga dapat menghayati semula sirah Rasullulah dalam topic kelapan. Semasa berlangsungnya pembelajaran kursus ini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan dan kekuatan. Antara kekuatannya adalah cara pembelajaran melalui pembentangan pelajar ini sememangnya berkean untuk menjadikan seseorang guru pelatih itu lebih yakin dan ini akan membantu mereka setelah bertugas nanti. Selain itu, kerja berkumpulan ini akan membuatkan para guru pelatih yang berasal daripada kelas yang berlainan kelas mampu duduk berbincang dan bekerjasama. Ini akan mengeratkan silaturrahim seterusnya mengukuhkan perpaduan antara mereka. Disamping itu, isi dalam kursus ini merangkumi seluruh kehidupan seorang muslim. Hal ini sangat baik kerana ianya bakal membentuk aqidah seorang guru muslim yang berteraskan Islam yang sebenar, dan bukannya hanya mengucapkan di mulut semata-mata. Kursus ini sangat membantu guru pelatih membaiki diri mereka kearah yang lebih baik.Antara kelemahan sepanjang kursus ini adalah apabila semua kelas PPISMP digabung dalam satu kelas, kelas tersebut terlampau padat, Apabila terlampau padat, para guru pelatih mungkin tidak mendapat sepenuhnya input yang hendak disampaikan oleh para pembentang. Pihak institute perlu memikirkan onotiatif seperti memisahkan kelas PPISMP ini kepada dua untuk mengelakkan kelas tersebut terlampau padat sehingga ada pelejar yang boleh bermain ahupun membuat kerja lain semasa pembelajaran kursus ini. Selain itu, cara pembentangan sesetengah guru pelatih termasuk saya sendiri belum memenuhi kriteria yang diiginkan sebagai seorang guru. Namun, hal ini boleh diatasi apabila guru-guru pelatih ini sentiasa diberi latihan dan peluang bercakap dihadapan. Tugasan yang perlu kami lakukan pada tahun ini adah berkaitan dengan konsep halalan toyyiba dalam kehidupan muslim. Oleh itu, kami diminta mengadakan sat seminar untuk memenuhi proforma semester dua ini. Kami telah mendapat pelbagai input melalui seminar tersebut.Kesimpulannya, kursus Pendidikan Islam ini amat memberikan manfaat kepada guru pelatih untuk menjalanka hidup sebagai pelajar mahupun ketika telah bertugas kelak, Sekali lagi saya merakamkan jutaan penghargaan kepada pensyarh lursus ini. Ustazah Wan Hasmah dan rakan guru pelatih yang lain. Saya berharap kursus ini terus dijadikan salah satu subjek dalam PPISMP untuk dijadikan persediaan kepada pelajar.

LAMPIRAN

14