jawapan novel

Upload: langgit7

Post on 09-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MM

TRANSCRIPT

BERDASARKAN NOVEL Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman, tema yang ditonjolkan ialah Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.Manakala persoalan yang disampaikan ialah persoalan Kasih sayang antara keluarga. Contohnya Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.Selain itu Ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contohnya Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.

Berdasarkan novel cempaka putih untukmu karya Rohani Deraman beberapa pengajaran boleh dicontohi antaranya kita hendakalah berani berdepan dengan sebarang masalah yang dihadapi contonya Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital. Selain itu kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup contohnya Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.Disamping itu kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkerjaan yang diamanahkan Contohnya Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di sana.