jawapan kp1 (1-44) (1)

16
1. Ciri-ciri pernyataan masalah terdapat masalah kajian menonjolkan sedikit latar belakang tentang perkara yang hendak dikaji, yang telah dinyatakan dalam latar belakang kajian secara umum dengan huraian ringkas terangkan tentang mustahaknya masalah yang hendak dikaji dan implikasinya jika ia dibiarkan biasanya pendek boleh timbulkan soalan-soalan yang hendak dijawab oleh penyelidik perlu menyatakan variable utama kajian perlu menyatakan sasaran/populasi kajian:ciri-cirinya membuktikan masalah kajian dengan data berdasarkan rujukan yang sah (buku, jurnal, artikel, dll) mengulas masalah kajian dalam konteks usaha penyelesaian yang telah diambil (dari aspek program, aktiviti, cadangan, dll) mengetengahkan jurang atau gap yang perlu diambil tindakan 2. Perbezaan tujuan kajian dan objektif kajian Tujuan kajian : menghuraikan secara umum arah & tujuan kajian dalam bentuk matlamat kajian ia menerangkan hasrat utama kajian dijalankan perlu menyatakan setelah pengkaji mengenalpasti masalah kajian Objektif kajian : Kajian kuantitatif: setiap ayat objektif kajian mempunyai nilai hubungan perbezaan, sumbangan ataupun kesan interaksi di antara pembolehubah yang dikaji (bersandar & bebas) Cth : mengenalpasti hubungan motivasi dengan pencapaian pelajar Kajian kualitatif: ayat objektif mengambarkan penerokaan ke arah memahami Cth : mengenalpasti cara belajar pelajar cemerlang. 3. Nyatakan dua objektif kajian dan dua persoalan kajian Objektif kajian: Mengenalpasti hubungan motivasi dengan pencapaian pelajar Mengenalpasti pola makan orang-orang yang gemuk! Persoalan kajian: Adakah terdapat hubungan antara motivasi dengan pencapaian pelajar? Apakah bentuk pola makan orang-orang yang gemuk? 4. Nyatakan jenis pendekatan penyelidikan yang sesuai dan sebab.

Upload: nor-zulaika

Post on 10-Apr-2016

89 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kaedah penyelidikan

TRANSCRIPT

Page 1: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

1. Ciri-ciri pernyataan masalah terdapat masalah kajian menonjolkan sedikit latar belakang tentang perkara yang hendak dikaji, yang telah

dinyatakan dalam latar belakang kajian secara umum dengan huraian ringkas terangkan tentang mustahaknya masalah yang hendak dikaji dan implikasinya jika ia

dibiarkan biasanya pendek boleh timbulkan soalan-soalan yang hendak dijawab oleh penyelidik perlu menyatakan variable utama kajian perlu menyatakan sasaran/populasi kajian:ciri-cirinya membuktikan masalah kajian dengan data berdasarkan rujukan yang sah (buku, jurnal,

artikel, dll) mengulas masalah kajian dalam konteks usaha penyelesaian yang telah diambil (dari

aspek program, aktiviti, cadangan, dll) mengetengahkan jurang atau gap yang perlu diambil tindakan2. Perbezaan tujuan kajian dan objektif kajian

Tujuan kajian : menghuraikan secara umum arah & tujuan kajian dalam bentuk matlamat

kajian ia menerangkan hasrat utama kajian dijalankan perlu menyatakan setelah pengkaji mengenalpasti masalah kajian

Objektif kajian : Kajian kuantitatif: setiap ayat objektif kajian mempunyai nilai hubungan

perbezaan, sumbangan ataupun kesan interaksi di antara pembolehubah yang dikaji (bersandar & bebas)

Cth : mengenalpasti hubungan motivasi dengan pencapaian pelajar Kajian kualitatif: ayat objektif mengambarkan penerokaan ke arah memahami Cth : mengenalpasti cara belajar pelajar cemerlang.

3. Nyatakan dua objektif kajian dan dua persoalan kajianObjektif kajian:

Mengenalpasti hubungan motivasi dengan pencapaian pelajar Mengenalpasti pola makan orang-orang yang gemuk!

Persoalan kajian: Adakah terdapat hubungan antara motivasi dengan pencapaian pelajar? Apakah bentuk pola makan orang-orang yang gemuk?

4. Nyatakan jenis pendekatan penyelidikan yang sesuai dan sebab.

5. Senaraikan kata kunci bagi tajuk penyelidikan

Page 2: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

Kata Kunci Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut. Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang tidak melebihi tiga perkataan. Jumlah kata kunci hendaklah tidak melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata.

Contoh: Masyarakat peribumi, kemiskinan, permasalahan akademik, keusahawanan, mahasiswa

6. Pemilihan laporan penyelidikan. Blog, Surat Khabar, Analisa Jabatan Polis, Artikel. Pilih yang sesuai dan mengapa? Artikel :

Artikel dikategorikan sebagai sumber rujukan berbentuk ilmiah. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal yang mempersembahkan sesuatu idea, konsep, kajian yang melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada seperti jurnal dan buku-buku ilmiah yang lain.

7. Bezakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif Kuantitatif : positivis, eksperimental, data numerik, ujian statistik Kualitatif : interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian

kes, data verbal, triangulasi data8. Contoh-contoh bagi persampelan kebarangkalain dan bukan kebarangkalian

9. Tentukan jenis skala: darjah persetujuan, pendapatan, senarai keutamaan strategi pembelajaran, satu pilihan kereta dari senarai.

Page 3: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

10. Terangkan dua jenis reka bentuk eksperiman dan kuasi eksperimen Reka Bentuk Eksperimen

- Penyelidikan eksperimen adalah penyelidikan di mana penyelidik secara sengaja dan sistematik memperkenalkan olahan atau ‘treatment’ kepada kumpulan yang diambil secara pembahagian rawak (random assignment) dan mencerap rentetan perubahan yang berlaku pada kumpulan tersebut.

- Fungi reka bentuk eksperimen:i) Menentukan situasi perbandingan yang diperlukan oleh hipotesis.ii)Memberi tafsiran yang bermakna kepada dapatan penyelidikan.

Reka Bentuk Kuasi Eksperimen- Digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila responden

kajian tidak dapat diagihkan secara rawak.- Dua kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak

mempunyai ciri-ciri yang sama. - Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka

berbentuk eksperimen tulin apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik .

- Kajian ini dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen.

- Penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan .

11. Ciri – ciri kesahan dalaman yang rendah Kesahan dalaman merujuk kepada sejauhmana dapatan penyelidikan dipengaruhi

oleh pembolehubah-pembolehubah luaran. Ciri-ciri kesahan dalaman yang rendah adalah seperti :

i) Sejarah – merujuk kepada keadaan /latarbelakang respondenii) Kematangan – perubahan yang berlaku semasa kajian dilakukaniii) Experimental Mortality – keciciran kerana kajian terlalu panjangiv) Intrumen yang digunakan – tidak tepat/tdk menepati kajian yg dilakukan.

12. Dua sebab mengapa kesahan dalaman rendah dalam kajian eksperiman Pembinaan item tidak tepat Perubahan yg berlaku seperti cuaca/keadaan

13. Langkah-langkah penyelidikan deskriptif Menyatakan masalah dengan tepat dan jelas. Menentukan populasi dan pemboleh ubah yang berkaitan dengan tepat dan jelas. Mengenal pasti maklumat yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah. Membentuk atau memilih alat bagi mengumpul maklumat.

14. Bezakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam penyelidikan deskriptif Penyelidikan kuantitatif adalah penyelidikan yang berkaitan pemerhatian dan

teori berasaskan semula jadi.

Page 4: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

Penyelidikan kualitatif adalah penyelidikan yang berkaitan pemerhatian dan teori berasaskan eksperimen.

15. Berikan perbezaan penyelidikan causal comparative dan eksperiman Penyelidikan causal comparative – Penyelidikan causal comparative termasuk di

dalam penyelidikan deskriptif iaitu mengutip maklumat mengenai sesuatu kejadian dari orang ramai. Causal comparative ialah melihat sebab masalah antara kejadian. Contoh: tahap merokok dengan kemerosotan kesihatan.

Penyelidikan eksperimen - Penyelidikan eksperimen adalah penyelidikan di mana penyelidik secara sengaja dan sistematik memperkenalkan olahan atau ‘treatment’ kepada kumpulan yang diambil secara pembahagian rawak (random assignment) dan mencerap rentetan perubahan yang berlaku pada kumpulan tersebut.

16. Bezakan penyelidikan kajian tindakan dan penyelidikan kuantitatif yang lain Penyelidikan Kajian Tindakan ialah satu bentuk penyelidikan gunaan berbentuk

inkuiri refleksi kendiri melalui tindakan praktik/intervensi mereka sendiri.Ia difokuskan kpd penyelesaian masalah yg spesifik dihadapi oleh pengamal lokal.

Penyelidikan Kuantitatif yg lain ialah kajian yang dijalankan untuk mendapatkan fakta meggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu perkara /fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.

17. Huraikan satu contoh penyelidikan kualitatif. Satu contoh penyelidikan kualitatif ialah Budaya Gansterism di Sekolah

Menegah.- Bagi kajian ini, penyelidik harusla menghuraikan ciri/karektor

sekolah,pengurusan organisasi sekolah, faktor-faktor penyesuaian yg dialamai oleh pelajar apabila memasuki sekolah menengah dari sekolah rendah, kualiti hubungan guru dan murid,budaya lepak dikalangan pelajar dan byk lagi.

- Kaedah yang boleh digunakan ialah pemerhatian turutserta, pemerhatian tidak turut serta, temubual, kajian kes dan kajian sejarah.

18. 4 sebab mengapa penyelidikan penting Untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan sistematik Mendapatkan produk yang baru Untuk memperbaiki kehidupan sejagat Untuk mendapatkan kepuasan intelektual

19. Persamaan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, senaraikan. Inferensi

Melibatkan inferensi detil-detil pengamatan empiris ke suatu kesimpulan umum.

Keterbukaan Menerapkan metode pengumpulan data yang sistematis dan terbuka hingga bisa dinilai pihak lain.

Perbandingan Membandingkan data, mencari kesamaan dan perbedaan untuk menemukan polatertentu pada data.

Page 5: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

Koreksi Menggunakan prosedur untuk menghindari kesalahan analisis dan penarikan inferensi.

20. Apakah tujuan literatur dalam kajian kuantitatif

memberi idea mengenai pembolehubah

mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.

mengetahui status kajian.

Memberikan sumbangan pengetahuan dan penelitian.

mengenalpasti masalah sebenar

membina hipotesis kajian

merancang metodologi yang sesuai

Sorotan dapat memudahkan seorang untuk mencari topik yang releven dan menarik untuk dikaji.

Dengan mempelajari, memilih dan melaporkan literatur yang digunakan. Ini akan menjadikan kajian seseorang itu mempunyai nilai akademik.

Literatur juga dapat menyedarkan pembaca akan potensi kesukaran kajian yang hendak dilakukan.

21. Apakah maksud rekabentuk kajianReka bentuk kajian memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi yang menentukan prosedur kajian. Aspek-aspek reka bentuk merangkumi:

Pendekatan kajian Kaedah persampelan Cara pengumpulan data Teknik memproses dan menganalisis data

Penulisan laporan.22. Senaraikan ciri-ciri kajian kuantitatif

Data berbentuk angka yang boleh diukur Menggunakan instrumen seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi

memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut. Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih

dengan menggunakan teknik persampelan tertentu Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz

sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

23. Senaraikan ciri-ciri kajian kulitatif

Page 6: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

24. Apakah yang dimaksudkan dengan idea utama dalam penyelidikanMaksud idea utama dalam penyelidikan ialah untuk menguji idea mengenai aspek tertentu, untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut kejadian sesuatu dalam kajian yang dijalankan.

25. Senaraikan jenis data base yang digunakan untuk pencarian data Emerald Google Sholar Ebscohost DOAJ JSTOR Scopus

26. Apakah maksud pembolehubahPemboleh ubah merupakan konsep, simbol, konstruk, gagasan, idea atau apa sahaja

dinyatakan secara nilai atau angka berupa apa sahaja berdasarkan kepada tajuk atau

masalah kajian sesuatu yang boleh menyebabkan perbezaan atau perubahan kepada

sesuatu nilai. Gay & Arasian (2000) juga menyatakan pemboleh ubah adalah konsep

ataupun konstruk yang diselidik oleh penyelidik iaitu merupakan ciri atau faktor

dalam sesuatu penyelidikan yang berubah-ubah dari segi kualiti atau kuantiti.

27. Senaraikan ciri-ciri semua jenis skala

Page 7: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

Skala Nominal Skala Ordinal Skala Sela Skala Nisbah

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah.

Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan.

Data disusun terendah kpd tertinggi @lemah kpd cemerlang.

Nombor atau kategori ukuran asal pembolehubah mengikut susunan drpd kecil kpd besar@drpd kategori baik kpd lebih baik.

Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan danperbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai.

menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkankesamaan dalam unit ukuran yang digunakan.

Skala yang mempunyai semua ciri skala seladan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong.

Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja,

Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapidianggap sebagai nama kategori sahaja.

Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.

Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif.

Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.

Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang

atau lebih berbanding kategori lain.

Kategori mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif.

Ukuran menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.

Ukuran mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran lebih kecil @lebih besar daripada yang lain.

Ukuran bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari.

Perbezaan ukuran bernilai sama bagi semua perbezaan ukuran.

Contoh

Pelajar ikut etnik atau jantina

Contoh

skala Likert

Contoh

perbezaan suhu, markah

Contoh

wang, jarak dan tinggi

28. Apakah maksud pembolehubah yang dimanipulasi dan berikan contohJuga dikenali sebagai pembolehubah bersandar. Ia adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion.

Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”. “Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”. Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli maka warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna dan minat membeli pengguna. Ini

Page 8: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain. Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja, komitmen, kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.

29. Apakah beza hipotesis dan hipotesis nol

Hipotesis Hipotesis nol• Satu tekaan/agakan/ramalan

(conjecture) logikal hubungan antara dua atau lebih p.u. yang dinyatakan dalam bentuk kenyataan yang boleh diuji (testable). Biasanya ramalan dibuat berdasarkan teori

• Cth: menghadiri kuliah boleh meningkatkan pencapaian akademik.

Sumber hipotesis • Dibentuk berdasarkan teori-teori

dalam pelbagai bidang seperti psikologi, ekonomi, sosiologi dll. Cth teori sikap

• Andaian bahawa tidak ada perbezaan antara sample statistik dan parameter populasi yang dihipotesiskan. Min populasi sama.

• P.U. bersandar tidak mempunyai kesan ke atas P.U. bersandar

• Dinyatakan dalam bentuk “Tidak ada perbezaan” ATAU dalam bentuk penafian

• Ditulis sebagai Ho

Contoh:• Ho : Tidak ada perbezaan antara

remaja lelaki dan perempuan berhubung persepsi terhadap sokongan emosi daripada rakan sebaya

• Ho : Tidak ada perbezaan kesedaran IT antara pensyarah berpengalaman dan kurang pengalaman

30. Apakah fokus utama kajian kualitatif

Page 9: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

31. Berikan contoh dan huraian kepada persampelan stratifikasi- Digunakan untuk populasi yang tidak seragam.

contoh: mengkaji komitmen guru mengikut kelulusan akademik.- Tidak boleh mengguna sampel rawak mudah kerana tidak adil jika satu

golongan tidak diwakili mengikut bilangan dalam populasi.- Boleh mengurangkan ralat persampelan iaitu dengan mengurangkan varians

bagi anggaran sampel.- Semakin seragam keadaan dalam lapisan, semakin kecil varians anggaran

sampel.- Diperoleh dengan memilih sampel rawak mudah daripada lapisan(strata) yang

berlainan daripada strata dalam populasi. - Strata dalam populasi mempunyai ciri tertentu seperti gender, pemilihan

dilakukan bagi setiap strata. - Populasi boleh dibahagikan kepada kumpulan berlainan seperti berdasarkan

kepada sesetengah ciri atau pembolehubah seperti pendapatan. 32. Apakah maksud persampelan”bola salji” dan apakah jenis penyelidikan ini?- Dikenali sebagai snowball- Digunakan untuk kajian kualitatif- Responden yang ditemubual memberi cadangan kepada penyelidik untuk

mendapatkan responden seterusnya berdasarkan ciri-ciri sampel yang diperlukan- Contoh: responden pertama yang ditemubual oleh penyelidik merupakan bekas

penagih dadah dan beliau menyarankan penyelidik menemu bual rakannya yang juga bekas penagih dadah

33. Apakah yang digambarkan oleh nilai r bagi skor yang diberikan oleh dua orang penilai?

34. Bezakan pembolehubah bersandar dan bebas beserta contoh?

Pembolehubah bersandar

• Juga dipanggil criterion variable.

• Merupakan variable tumpuan dalam kajian.

• Matlamat kajian ialah untuk memahami, menjelaskan, atau meramal (predict) pembolehubah ini.

• Contoh: prestasi pelajar, keterlibatan pelajar, kepuasan kerja

Pembolehubah tidak bersandar (bebas)

• Juga dipanggil predictor variable.

• Pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah bersandar i.e. sejauhmana variance dalam variable bersandar dipengaruhi oleh variable tidak bersandar.

Page 10: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

• Jika wujud perhubungan “sebab-akibat” maka p.u. tidak bersandar boleh mempengaruhi p.u. bersandar secara positif atau negatif.

• Bagi p.u. kategorikal seperti jantina, tidak ada hubungan causal tetapi hanya “hubungan’ antara dua pembolehubah.

• Contoh: jantina, umur, pengalaman kerja.

35. Mengapa penyelidikan kualitatif menggunakan bilangan sampel yang sedikit?- Kerana kajian kualitatif fokus kepada individu, interaksi seorang dengan

seorang,- Kerana masa yang diperuntukkan sangat panjang di set kajian dengan

responden36. Apakah kelemahan kaedah temubual?

Melibatkan kos dan masa yang banyak. Memerlukan penemubual yang mahir dengan bahasa komunikasi. Perlukan latihan bagi penemubual yang ramai bagi mengelak ralat atau bias. Subjek mungkin bersikap memuaskan hati penemubual sahaja Kedudukan sosial pengumpul data boleh mempengaruhi jawapan yang

diberikan

37. Senaraikan ciri penyelidikan eksperiman

3 ciri utama :

1. Olahan pemboleh ubah tak bersandar.

Penyelidik perlu menentukan satu set situasi yang sesuai dan mengenakan olahan (treatment) kepada subjek yang dikaji.

Set situasi haruslah mempunyai perbezaan sehingga kesannya boleh dicerap pada pemboleh ubah bersandar.

Set situasi perlu sesuai terutamanya kepada subjek manusia iaitu tidak mendatangkan kesan kekal kepada subjek.

2. Pencerapan kesan pemboleh ubah tak bersandar kepada pemboleh ubah bersandar.

Dilakukan bagi mengukur kewujudan kesan pembolehubah tak bersandar kepada pembolehubah bersandar.

Sistem pengukuran mestilah sah dan dipercayai supaya data empirik yang dikumpul boleh dijadikan bukti yang sahih bagi penerimaan atau penolakan sesuatu hipotesis.

3. Kawalan pemboleh ubah luaran.

Pembolehubah yang tak dikaji tetapi mungkin hadir atau wujud dalam penyelidikan eksperimen.

Page 11: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

Boleh mempengaruhi atau mendatangkan kesan ke atas pembolehubah tak bersandar.

Perlu mengawal kesan pembolehubah ini untuk mendapatkan hasil atau keputusan yang sahih, benar dan tepat.

Boleh mempengaruhi pembolehubah bersandar dan tak bersandar atau kedua-duanya sekali.

Pembolehubah luaran perlu dikawal bagi memastikan kesahan penyelidikan eksperimen

38. Berikan pembahagian nilai r dalam korelasiUji korelasi bertujuan untuk mengetahui arah dan kekuatan hubungan antara variabel numerik dan numerik, contoh untuk mengetahuai hubungan berat badan (numerik) dan tekanan darah (numerik). Arah hubungan dalam korelasi ada dua, yaitu : Bila kenaikan suatu variabel diikuti oleh kenaikan variabel lain, arah ini disebut arah positif. Bila kenaikan variabel diikuti penurunan oleh variabel lain, ini disebut arah negatif. Untuk mengetahui korelasi pada uji parametrik digunakan Koefisien Korelasi Pearson (r), dengan rumus sebagai berikut : -

Keterangan :n = banyaknya sampelX = variabel independen (prediktor)Y = variabel dependen (outcome)

Nilai “r” berkisar antara 0.0 yang berarti tidak ada korelasi, sampai dengan 1.0 yang berarti adanya korelasi yang sempurna. Semakin kecil

nilai “r” semakin lemah korelasi, sebaliknya semakin besar nilai “r” semakin kuat korelasi.

Berikut pembagian kekuatan korelasi menurut Colton :r = 0,00 - 0,25 --> tidak ada hubungan/hubungan lemah

r = 0,26 - 0,50 --> hubungan sedangr = 0,51 - 0,75 --> hubungan kuat

r = 0,76 - 1,00 --> hubungan sangat kuat/sempurna

39. Apakah tujuan kajian mixed methodKaedah ini menggabungkan teknik dan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Metodologi kajian mixed methods melibatkan proses penyelidikan seperti tujuan, reka bentuk keseluruhan, persampelan, pengumpulan data serta analisis dan penginterpretasian data.Tujuan kaedah ini adalah untuk

Page 12: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

menghasilkan penyelidikan yang kukuh untuk memahami fenomena kajian sepenuhnya berbanding menggiunakan kaedah kuanti/kuali secara sendiri. Di samping memantapkan sokongan tehadap sesuatu hujah/pendapat yang diperoleh dari pelbagai perspektif.

40. Apakah tujuan kajian rintisKajian rintis dijalankan sebelum melakukan kajian sebenar. Tujuan kajian rintis dibuat ialah untuk mendapatkan ketelusan data daripada ujian percubaan melalui kumpulan kecil individu.tujuan lain adalah untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian daripada aspek; aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item itu sendiri.

41. Senaraikan tajuk-tajuk yang perlu ada dalam setiap bab tesis kajiana) Abstrakb) Pengenalanc) Kajian literaturd) Teori/metodologie) Analisis dataf) Diskusi/perbincangang) Kesimpulan/penutuph) Rujukan

42. Apakah tujuan ujian signifikan statistik dijalankanUntuk mengkaji hipotesis , Satu darjah yang boleh diterima oleh penyelidik untuk membuat keputusan sama ada menolak atau menerima hipotesis nol.

43. Apakah jenis-jenis ujian korelasi dan skala yang sesuai bagi setiap ujian tersebut. (soalan ni tergantung tp ni example jenis yea)Terdapat tiga jenis ujian korelasi iaitu :a. Korelasi pearsonb. Korelasi spearmanc. Korelasi spara

 Apa yang membezakan di antara ketiga-tiga ujian korelasi ini ialah bergantung kepada jenis skala pengukuran dan bilangan pemboleh ubah yang terlibat.

Ujian korelasi pearson product-moment dan korelasi spearman rho merupakan jenis analisis bivariat yang mana melibatkan dua pemboleh ubah (IV & DV). Jika kita menjalankan analisis secara ujian parametrik dan terbukti data kita bertaburan normal maka kita boleh menggunakan ujian korelasi pearson ini untuk mengenal pasti hubungan di antara IV dan DV yang berskala interval atau ratio. Namun, jika kita dapati data kita tidak bertaburan normal yang mana data berskala ordinal, kita masih ada pilihan dengan menggunakan ujian korelasi spearman rho. 

Manakala ujian korelasi spara merupakan analisis multivariat yang mempunyai pemboleh ubah kawalan (covariate). Pemboleh ubah kawalan ini adalah pemboleh ubah yang kita tidak ingin kaji tetapi berkemungkinan mempunyai kesan kepada pemboleh ubah kajian. Sebagai contohnya

Page 13: JAWAPAN KP1 (1-44) (1)

kajian kita ingin mengenal pasti perkaitan di antara tahap komunikasi interpersonal dan self-efficacy dalam kalangan pekerja dengan mengawal faktor umur. Berkemungkinan umur mempunyai kesan terhadap tahap komunikasi interpersonal dan self-efficacy yang perlu kita kawal dalam kajian tersebut.

44. Apakah perbezaan ujian parametrik dan non parametrik

U. Parametrik U. Non Parametrik Ujian statistik yang melibatkan

data normal, sebgaimana data dalam populasi yang menganggar parameter.(population characteristic)

Melibatkan data tidak normal, yang memerlukan beberapa andaian dipenuhi bagi menganggar parameter/populasi, ataupun syarat kenormalan data tidak dipenuhi