jawapan kata ganti nama

6
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "__________ sedang menanti ayah," kata Faiz kepada Faris. (ID:1206234337571 ) A Kita B Saya C Kami D Kamu Huraian A. Kita -kata ganti nama diri orang pertama (banyak) B. Saya -kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - percakapan rasmi C. Kami -kata ganti nama diri orang pertama (banyak) D. Kamu -kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) [Atas ] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 2 Guru Besar tidak dapat hadir di majlis perasmian pusat sumber itu kerana __________ berada di luar negara. (ID:1133451212981 ) A dia - Kata ganti nama diri ketiga (tunggal) B kamu - Kata ganti nama diri kedua (tunggal) C beli au - digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu bapa, guru, menteri dan sebagainya. D engk au - Kata ganti nama diri kedua (tunggal) [Atas ] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 3 Para hadirin bertepuk tangan setelah selesai __________ bertitah.(ID:1202119972526 ) A dia B nya C patik D bagin da Jaw ab Jaw ab Jaw ab

Upload: snagendran

Post on 24-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Jawapan

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Kata Ganti Nama

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "__________ sedang menanti ayah," kata Faiz kepada Faris.(ID:1206234337571 )

A Kita

B Saya

C Kami

D Kamu

Huraian

A. Kita - kata ganti nama diri orang pertama (banyak)

B. Saya - kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - percakapan rasmi

C. Kami - kata ganti nama diri orang pertama (banyak)

D. Kamu - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal)

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.2 Guru Besar tidak dapat hadir di majlis perasmian pusat sumber itu kerana __________

berada di luar negara.(ID:1133451212981 )

A dia - Kata ganti nama diri ketiga (tunggal)

B kamu - Kata ganti nama diri kedua (tunggal)

C beliau - digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu bapa, guru, menteri dan sebagainya.

D engkau - Kata ganti nama diri kedua (tunggal)

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.3 Para hadirin bertepuk tangan setelah selesai __________ bertitah.(ID:1202119972526 )

A dia

B nya

C patik

D baginda

Huraiandia - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal) - orang biasa.

nya - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal).

Patik - kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - apabila bercakap dengan raja.

baginda - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal) - untuk raja.

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.4 __________ Sultan Kedah akan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama

rakyat selepas sembahyang pada hari raya pertama.(ID:1201943776607 )

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 2: Jawapan Kata Ganti Nama

A Beta

B Patik

C Beliau

D Baginda

HuraianA. Beta - kata ganti diri orang pertama (untuk raja sahaja).

B. Patik - kata ganti diri orang pertama (untuk rakyat berbahasa dengan raja).

C. Beliau - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal) - untuk orang dihormati.

D. Baginda - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal) - untuk raja sahaja.

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.5 "__________ tidak boleh bercakap kasar dengan orang-orang tua," nasihat Ustaz Halim

kepada murid-muridnya.(ID:1201806151384 )

A Kita

B Saya

C Kami

D Kalian

HuraianA. Kita - kata ganti nama diri orang pertama (banyak).

B. Saya - kata ganti nama diri orang pertama (tunggal).

C. Kami - kata ganti nama diri orang pertama (banyak).

D. Kalian - kata ganti nama diri orang kedua (banyak).

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.6 "Sudahkah __________ menyiapkan buku skrap yang disuruh oleh Cikgu Aina pada

minggu lepas?" tanya Salmi kepada Anita.(ID:1111584433931 )

A kalian

B anda

C tuan

D awak

HuraianA. Kalian - (kata ganti nama diri kedua) bermaksud untuk beberapa orang

yang dilawan bercakap.

B. Anda - (kata ganti nama diri kedua) bermaksud untuk diri orang kedua yang tidak berhadapan dengan orang yang pertama.

C. Tuan - (kata ganti nama diri kedua) bermaksud untuk orang yang berpangkat, berjawatan tinggi dan dihormati.

D. Awak - (kata ganti nama diri kedua) bermaksud untuk orang yang rapat hubungannya dengan orang yang pertama.

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 3: Jawapan Kata Ganti Nama

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.7 "Sungguhpun sentiasa sibuk, tetapi __________ tidak mengabaikan tanggungjawab,"

kata Cikgu Hassan kepada murid-muridnya.(ID:1206284862483 )

A aku

B saya

C dikau

D engkau

HuraianA. Aku - Kata ganti nama diri orang

pertama (tunggal). Biasanya digunakan ketika berdoa kepada Tuhan. Boleh juga digunakan untuk orang yang akrab perhubungan mereka atau mereka yang setara umurnya. Walau bagaimanapun, agak kasar jika digunakan terhadap orang yang dihormati atau berjawatan.

B. Saya - Kata ganti nama diri pertama tunggal yang lebih halus daripada aku. Biasanya digunakan dalam majlis rasmi dan bercakap dengan orang yang lebih dewasa, dihormati atau berjawatan.

C. Dikau - Kata ganti nama diri orang kedua (tunggal)  bermaksud kamu atau engkau (digunakan jika perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf  n). Contohnya dengan dikau, akan dikau dan sebagainya.

D. Engkau

- Kata ganti nama diri orang kedua (tunggal). Biasanya digunakan untuk orang yang setaraf atau yang lebih rendah. Boleh juga digunakan untuk Tuhan ketika berdoa.

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.8 "Aku harap __________ dapat bersama-sama menyertai rombongan itu," kata Herman

kepada kawannya.(ID:1202125794215 )

A tuan

B kamu

C beliau

Jaw ab

Jaw ab

Page 4: Jawapan Kata Ganti Nama

D hamba

Huraiantuan - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) - orang kenamaan.

kamu - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) - percakapan harian.

beliau - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal) - orang kenamaan.

hamba - kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - bahasa Melayu lama.

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.9 Sani seorang guru yang rajin. __________ sangat disayangi oleh murid-muridnya.

(ID:1202124151850 )

A Dia

B Kamu

C Beliau

D Mereka

HuraianDia - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal).

Kamu - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) - percakapan harian.

Beliau - kata ganti nama diri orang ketiga (tunggal) - orang kenamaan.

Mereka

- kata ganti nama diri orang ketiga (banyak).

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.10 "Sekiranya __________ sudi, bolehlah berjumpa hamba di istana nanti," kata

Bendahara kepada Hang Tuah.(ID:1202111786615 )

A tuan

B hamba

C tuanku

D tuan hamba

Huraianhamba - kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - bahasa Melayu

lama.

tuan - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) - untuk orang kenamaan.

tuanku - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) - untuk raja.

tuan hamba - kata ganti nama diri orang kedua (tunggal) - bahasa Melayu lama.

Jaw ab

Jaw ab