jawapan amali maria

15
1. Lengkapkan gambar rajah di bawah dengan komponen-komponen lengkung refleks (Reflex Arc) yang berkaitan. (5 markah) Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012 Page 1 Pusat Refleks (saraf Tunjang) Sensori Reseptor Efektor Neuron Perantaraan Motor Neuron Sensori Neuron

Upload: umar-qayyum

Post on 24-Apr-2015

102 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

amali

TRANSCRIPT

Page 1: Jawapan Amali Maria

1. Lengkapkan gambar rajah di bawah dengan komponen-komponen lengkung refleks (Reflex Arc) yang berkaitan. (5 markah)

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 1

Pusat Refleks(saraf Tunjang)

Sensori Reseptor Efektor

Neuron Perantaraan

Motor Neuron

Sensori Neuron

Page 2: Jawapan Amali Maria

2. Refleks merupakan respons yang spontan dan cepat terhadap suatu rangsangan stimuli. Proses yang terjadi pada refleks melalui jalan tertentu disebut lengkung refleks. Terdapat 5 komponen lengkung refleks (Reflex Arc). Lengkapkan jadual lengkung refleks bagi knee-jerk refleks yang berikut. (10markah)

BIL KOMPONEN CIRI-CIRI FUNGSI

1 Sensori Reseptor

- Terletak pada hujung saraf pada otot

- boleh meregang dan menghantar isyarat bagi maklumat rangsangan yang diterima

- Mengenal pasti rangsangan stimulus yang diberi

- Menghantar maklumat ke saraf tunjang

2 Sensori Neuron

- Merupakan impuls saraf yang akan dilalui menuju saraf tunjang

- Menghantar impuls yang diterima ke saraf tunjang

3 Neuron Perantaraan

- Terletak pada saraf tunjang

- Menghubungkan sensori neuron dan motor neuron melalui synapse pada gray matter di saraf tunjang

- Melibatkan monosynaptic reflec arc bagi satu synapse dan polysynaptic reflex arc untuk dua atau lebih synapse.

4 Motor Neuron - Laluan yang terdiri daripada dua, iaitu membenarkan motor neuron somatik dan menyekat motor neuron somatik

- Menghantar impuls tindak balas daripada saraf tunjang kepada efektor

5 Efektor - Merupakan otot atau kalenjar yang memberi

- Memberi tindak balas selepas

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 2

Page 3: Jawapan Amali Maria

tindak balas- Terdapat dua efektor

iaitu (i) Kuadriceps yang bertindak balas mengakibatkan pengecutan otot dan (ii) Otot hamstring yang kekal mengendur membenarkan pemanjangan otot

menerima mesej/impuls daripada motor neuron

- Bagi refleks somatic, efektor adalah otot rangka

- Bagi refleks autonomik, efektor adalah otot licin seperti otot kardiak ataupun kalenjar

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 3

Page 4: Jawapan Amali Maria

3. (i) Berdasarkan aktiviti amali yang telah dijalani oleh anda dan rakan-rakan sekelas, nyatakan hasil ujian refleks berserta analisis refleks rakan-rakan anda (5 markah)

BIL AKTIVITI AMALI HASIL AMALI

REFLEKS

ANALISIS REFLEKS

1 Menepuk-nepuk pipi kawan

- Kelopak mata tertutup

- Berlaku “pupil’s reflex” di mana kelopak mata tertutup bagi melindungi mata

2 Mengimbang sebatang pen di atas telapak tangan

- Tapak tangan berkerut/melengkung

- Tapak tangan berkerut/melengkung bagi menyeimbangkan pen/mengelak pen dari terjatuh

3 Menggerakkan sebatang pen pada tapak kaki seakan menulis

- Ibu jari kaki bergerak-gerak

- Tapak kaki berkerut/bergerak-gerak

- Menguji “Barbinski reflex” iaitu mengenal pasti sama ada berlaku sebarang pergerakan atau refleks pada bahagian bawah kaki.

- Kaki yang berkerut/bergerak-gerak merupakan gerak balas akibat rasa geli

4 Berdiri tegak sambil menutup mata selama 1 minit

- Tidak berlaku apa-apaatau

- Badan bergerak

- Tubuh badan seimbang

- Mata perlu berkoordinasi

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 4

Page 5: Jawapan Amali Maria

sedikit sejurus membuka mata

dengan badan bagi keseimbangan tubuh

5 Berdiri tegak dengan kaki bersilang dan berpeluk tubuh sambil menutup mata selama 1 minit

- Tubuh badan bergerak/bergoyang/seakan mahu jatuh/tidak seimbang/tidak stabil

- Menguji “Romberg’s test” iaitu mengenal pasti beberapa deria tubuh badan berfungsi dalam mengekalkan keseimbangan tubuh

- Faktor keseimbangan yang diuji ialah (i) Proprioception (kebolehan untuk mengetahui kedudukan kepala di udara) (ii) Vestibular Function (kebolehan untuk mengetahui kedudukan kepala di udara) dan (iii) Penglihatan (memerhati perubahan pada kedudukan tubuh)

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 5

Page 6: Jawapan Amali Maria

(ii) Terdapat beberapa ujian yang boleh dijalankan untuk mengetahui kadar refleks tubuh badan manusia seperti Barbinski Test dan Romberg Test. Terangkan beberapa contoh ujian refleks termasuk tujuan dan prosedur ujian. (30 markah)

BIL

UJIAN TUJUAN PROSEDUR

1 Ujian Refleks Biseps

Memeriksa saraf-saraf pada bahagian atas saraf tunjang

Ujian dilakukan dengan menekan tendon pada biseps. Ujian adalah negatif jika badan secara automatik menggerakkan bahagian biseps dan ujian positif apabila tiada atau kurang gerak balas refleks pada biseps.

2 Ujian Finkelstein Menguji jika adanya kehadiran sindrom De Quervain / de Quervain’s tenosynovities.

Ibu jari dibengkokkan melalui tapak tangan dan ibu jari ditahan menggunakan empat jari yang lain. Kemudian, pergelangan tangan dibengkokkan ke bawah menuju arah jari kelingking. Jika merasa sakit, individu berkemungkinan mengalami de Quervain’s tenosynovities Syndrome.

3 Ujian Watson Menguji jika terdapat ketidakseimbangan di antara tulang scaphoid dan lunate di bahagian pergelangan tangan

Penguji akan meletakkan ibu jarinya pada scaphoid tubercule pesakit bagi memberi tekanan dorsal. Pergelangan tangan digerakkan mengikut arah bermula daripada ulna ke radial. Ujian adalah positif jika terdapat bunyi dentangan yang menyakitkan apabila pergerakan dilakukan

4 Ujian Axial Grind Menguji osteoarthritis ibu

Penguji menggenggam metacarpal ibu jari dan

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 6

Page 7: Jawapan Amali Maria

jari pada sendi trapezium-matakarpal

mengenakan daya aksial dengan putaran. Ujian adalah positif jika mengalami rasa sakit.

4. (i) Reaksi refleks bayi terdiri daripada Moro reflex Sucking reflex (sucks when area around mouth stimulated) Startle reflex (pulling arms and legs inward after loud noise) Step reflex (stepping motions when sole of foot touches hard surface)Terangkan reaksi refleks bayi tersebut. (20 markah)

REAKSI

REFLEKS

PENERANGAN

Moro reflex Moro refleks yang juga dikenali sebagai refleks sentak berlaku apabila bayi terkejut disebabkan bunyi kuat atau pergerakan daripada persekitarannya. Sebagai gerak balas bagi Moro refleks ini, bayi akan menggerakkan kaki dan tangan serta kepala sambil menangis. Bayi akan menarik kaki dan tangan dan kemudian meregang semula. Kadang-kadang tangisan bayi itu sendiri boleh menyebabkan bayi terkejut dan memulakan refleks ini. Refleks ini boleh berlanjutan sehingga usia 5 hingga 6 bulan dan dipercayai merupakan satu-satunya pergerakan refleks yang bukan dipelajari dalam kalangan bayi.

Sucking reflex Sucking refleks yang juga dikenali sebagai refleks hisap/sedut berlaku apabila bayi diberi rangsangan seperti mulutnya diusap atau disentuh yang menyebabkan bayi bersedia untuk menghisap. Refleks ini sebenarnya bermula daripada kandungan ibu iaitu bermula sehingga minggu ke-32 kehamilan. Maka bayi yang tidak matang atau lahir pra-matang berkemungkinan besar memiliki kebolehan menghisap yang lemah. Selain itu, bayi juga mempunyai refleks dari tangan ke mulut yang menyebabkan sentuhan dan hisapan serta mendorong kepada perbuatan bayi menghisap jari atau tangan .

Startle reflex Startle refleks juga hampir sama seperti Moro refleks, iaitu berlaku apabila bayi terkejut. Namun, startle refleks ini biasanya berlaku seperti proses “flight or fight” di mana jika bayi merasakan bahaya seperti ingin terjatuh atau

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 7

Page 8: Jawapan Amali Maria

mendengar bunyi-bunyian yang kuat seperti salakan anjing atau bunyi pintu tertutup. Tindak balas bayi adalah meregang kaki dan tangan dengan menggenggam tapak tangan serta menari lengan ke aras dada. Bayi mungkin akan menangis dan Moro refleks boleh turut terjadi bersama. Di samping itu, denyutan jantung dan kadar pernafasan bayi juga akan meningkat tanpa sedar.

Step reflex Step atau stepping refleks yang juga dikenali sebagai refleks berjalan berlaku apabila seseorang memegang tangan bayi di samping kaki bayi tersebut menyentuh permukaan rata, bayi mula mengorak langkah dan seakan menari atau melompat. Refleks ini berlaku pada awal usia kelahiran walaupun bayi belum dapat menyokong berat tubuh badannya sendiri .

(ii) Contoh bagi refleks yang kekal sehingga dewasa ialah: Blinking reflex - (you blink your eyes when they are touched or when sudden

bright light appears) Cough reflex - (you cough when your airway is stimulated) Sneeze reflex - (you sneeze when nasal passages are irritated)

Yawn reflex - (you yawn when the body needs additional oxygen)

Berikan contoh lain refleks tubuh badan manusia dan terangkan proses reaksi refleks tersebut. (10 markah)

REFLEKS TUBUH BADAN PROSES REFLEKS

Shivering atau menggigil Refleks ini terjadi apabila tubuh badan bertindak untuk memberi gerak balas terhadap kesejukan di mana suhu badan menurun. Apabila suhu badan menurun, refleks menggigil terjadi bagi mengekalkan homeostasis dalam badan. Ini terjadi apabila kumpulan otot pada sekitar organ-organ tertentu mula bergetar secara minimum bagi menghasilkan haba dengan menggunakan tenaga. Antara kaitan tindak balas menggigil semasa demam ialah apabila individu berasa sangat sejuk walaupun suhu badan sedang ditingkatkan oleh tubuh badan itu sendiri.

Sneezing atau bersin Refleks ini terjadi apabila tubuh badan bertindak

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 8

Page 9: Jawapan Amali Maria

untuk memberi gerak balas pernafasan yang hampir sama seperti refleks batuk namun lebih kepada rongga hidung dan mulut. Apabila refleks ini berlaku, udara yang bergelora dikeluarkan separa automatik daripada paru-paru melalui hidung dan juga mulut. Ia biasanya disebabkan kehadiran zarah asing yang mengganggu mukosa hidung. Refleks bersin juga boleh tercetus melalui pendedahan mengejut kepada cahaya terang, perut yang agak penuh, atau jangkitan virus, yang boleh membawa kepada penyakit. Walaupun begitu, bersin dapat membantu membersihkan rongga hidung daripada zarah atau gangguan asing.

5. Terdapat dua jenis reaksi dalam tubuh badan manusia iaitu pergerakan bawah sedar (refleks) dan pergerakan sedar (voluntary action). Jelaskan persamaan dan perbezaan antara dua reaksi sistem saraf ini. (20 markah)

PERGERAKAN BAWAH SEDAR (REFLEKS)

PERGERAKAN SEDAR

PERSAMAAN - Merupakan pergerakan yang berlaku secara gerak balas kepada persekitaran.

PERBEZAANPERGERAKAN BAWAH SEDAR

(REFLEKS)

PERGERAKAN SEDAR

KAWALAN Merupakan tindakan yang dilakukan tanpa kawalan oleh tubuh. Aktiviti yang dilakukan tidak dicetuskan oleh individu itu sendiri

Tindakan yang dilakukan mengikut kehendak individu. Individu menyedari tindakan yang dilakukannya.

RANGSANGAN Rangsangan/ stimulus bermula daripada reseptor bergerak ke saraf tunjang tanpa terus ke otak. Saraf tunjang yang memberi tindak balas ke bahagian tubuh badan bagi melaksanakan

Rangsangan/stimulus dihantar ke otak untuk penilaian dan isyarat balas diberikan oleh otak yang bermula di korteks serebral.

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 9

Page 10: Jawapan Amali Maria

gerak balas/tindakan.KAWASAN TERLIBAT Stimulus, saraf dan

tindakan berada di bahagian badan yang sama

Impuls melalui kawasan badan yang bertentangan. Ini bermakna, bahagian otak kiri mengawal bahagian kanan badan dan sebaliknya.

KADAR Kadar penyampaian maklumat adalah cepat. Ini kerana hanya terdapat tiga sel dan dua sinaps yang menyebabkan tindak balas berlaku dengan lebih cepat

Kadar penyampaian adalah lambat. Ini kerana banyak sel dan sinaps serta laluan yang panjang terlibat menyebabkan kadar reaksi agak lambat berbanding refleks.

ISYARAT STIMULUS Bermula daripada rangsangan terhadap saraf atau mana-mana bahagian tubuh badan penerima iaitu kulit

Bermula pada korteks serebral di otak atas cetusan idea individu

SUMBER RUJUKAN:

Gerard J. Tortora, Bryan Derrickson. Essentials of Anatomy and Phsiology 8th Ed. John Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd

http://www.pustakasekolah.com/macam-macam-gerak-refleks.html

http://www.bbc.co.uk/science/humanbody/body/factfiles/reflexes/reflexes.shtml

http://www.dartmouth.edu/~dons/part_1/chapter_8.html

http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/Reflex+Tests

http://www.brainmetrix.com/reflex-test/

http://www.cliffsnotes.com/study_guide/Reflexes.topicArticleId-277792,articleId-277641.html

http://michaeldmann.net/mann15.html

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 10

Page 11: Jawapan Amali Maria

http://csmbio.csm.jmu.edu/biology/danie2jc/reflex.htm

http://kidshealth.org/kid/talk/qa/reflexes.html

http://quizlet.com/11363371/types-of-reflexes-flash-cards/

http://library.thinkquest.org/28457/actions.shtml

Maria Marcellinus/ PISMP Matematik Ambilan Januari 2012Page 11