jabatan agama islam wilayah persekutuan · termasuklah pusat pungutan zakat majlis agama islam...

9
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : ZAKAT MEMBUAHKAN BERKAT Tarikh Dibaca : 17 SYAWAL 1440H/ 21 JUN 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah Dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: voduong

Post on 11-Jul-2019

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

ZAKAT MEMBUAHKAN BERKAT

Tarikh Dibaca :

17 SYAWAL 1440H/

21 JUN 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah Dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

1

ZAKAT MEMBUAHKAN BERKAT 21 Jun 2019M/ 17 Syawal 1440H

مد لل ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أنف سنا ومن إن الحا مرشدا.سي ئات أعمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد و من يضلل فلن تجد له ولي

ه إل ا إلأشهد أن ل هم ا الل ه لل دا عبده ورسوله، ا يك له، وأشهد أن محم وحده لا شر وسل م د وعلى صل آعلى نبي نا محم د ين.لى يوم الإ ن دعا بدعوته له وصحبه وم

ا بعد، فيا عباد الل ه قو أم اوصيكم ونفسي ا الل ه،، ات تقوى الل ه وطاعت ون.ب كم تفل ه لعلك

ٹ ٹ

ہ ھ ہۀ ۀ ہ ہ ڻڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ

ھ ھ

Kaum muslimin yang dimuliakan,

Tiada nilainya seorang manusia tanpa takwa dalam kehidupannya. Takwalah

menentukan seseorang mendapat redha dan rahmat Allah SWT. Justeru,

berazamlah untuk menjadi hambaNya yang bertakwa. Semoga akhirat kelak

tidak sia-sia bahkan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisiNya.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk “Zakat

Membuahkan Berkat”

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Harta merupakan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada

manusia. Manusia menggunakan harta untuk mencapai suatu taraf hidup

Page 3: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

2

yang selesa di dunia ini. Justeru sebagai seorang hamba, sewajarnya kita

bersyukur atas nikmat harta dan kekayaan yang dikurniakan kepada kita.

Firman Allah SWT menerusi Surah Ibrahim ayat 7 :

ڄ ڄ ڃ ڃ ڃ ڃ ڄڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ

Bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi

sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu

kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar

sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Dalam kita menikmati harta yang dikurniakan oleh Allah SWT, jangan lupa

untuk menzahirkan rasa syukur kepadaNya dengan melaksanakan

kewajipan berzakat yang merupakan rukun Islam ketiga. Perintah Allah SWT

ini termaktub di dalam Surah At-Taubah, ayat 103 yang bermaksud :

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya

dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan

mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana

sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah)

Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Selain sebagai suatu kewajipan kepada Allah SWT, zakat juga adalah satu

tanggungjawab mereka yang berharta terhadap orang-orang miskin bagi

memastikan kestabilan sosial terjamin. Perkara ini disentuh di dalam Surah

Al-Baqarah ayat 83 :

Page 4: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

3

ۇ ۇ ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ

ې ې ې ې ى ى ائ ائ ەئ ەئ

وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ

Bermaksud : “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat

perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu

menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,

dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan

katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan

dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling

membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari

kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan

perjanjian setianya.”

Bagi memastikan golongan yang berhak atau asnaf zakat mendapat

pembelaan yang sewajarnya, kita dapat lihat pada zaman Rasulullah SAW,

Baginda telah melantik amil-amil zakat dari kalangan para sahabat untuk

mengutip zakat harta. Maka pada hari ini wujudlah institusi amil atau badan

mengurus zakat sepertimana yang terdapat di seluruh negeri di Malaysia

termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

(PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

agar falsafah dan matlamat akhir ibadah zakat dapat direalisasikan

sepertimana yang telah digariskan oleh syarak dalam rangka meningkatkan

taraf sosioekonomi umat Islam khususnya golongan yang amat memerlukan.

Kaum Muslimin yang dikasihi sekalian,

Page 5: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

4

Allah SWT mencela orang yang tidak menunaikan tanggungjawab berzakat.

Tergamak mereka membuat alasan-alasan tertentu bagi mengelakkan diri

daripada melaksanakan kewajipan tersebut. Allah SWT memperingatkan hal

ini melalui Surah Ali ‘Imran, ayat 180 :

ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی یی ی جئ حئ مئىئ

يئ جب حب خب مب ىبيب جت حت خت متىت يت جث مث ىث

يث

Bermaksud : “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta

benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya -

menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia

adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa

yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak

milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha

Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan.”

Sifat bakhil sebenarnya sengaja dibisikkan oleh syaitan ke dalam hati

manusia agar manusia terasa berat untuk mengeluarkan zakat. Syaitan

menakut-nakutkan manusia dengan kemiskinan sekiranya manusia

mengeluarkan zakat atau sedekah. Godaan syaitan ini telah dibongkarkan

oleh Allah SWT menerusi Surah Al-Baqarah, ayat 268 :

ڭ ڭ ڭ ۇ ۇۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋۋ ۅ

ۅ ۉ ۉ

Bermaksud : “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan

kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia

Page 6: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

5

menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut);

sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta

kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya,

lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”

Oleh itu, bersegeralah dalam menunaikan kewajipan zakat. Selain daripada

membayar zakat melalui kaunter PPZ-MAIWP, terdapat juga perkhidmatan

lain bagi memudahkan urusan membayar zakat. Misalnya, Kaunter Zakat

Bergerak disediakan untuk mereka yang ingin membayar zakat sebanyak

lima ribu ringgit dan ke atas. Selain itu, pembayaran zakat dapat

dilaksanakan secara di dalam talian 24 jam 7 hari seminggu melalui laman

web. Pembayaran zakat turut dapat dilaksanakan secara bulanan melalui

Skim Potongan Gaji Zakat. Lebih menarik, kini zakat boleh dibayar di mana-

mana kaunter pejabat POS di seluruh Wilayah Persekutuan.

Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan, tiada alasan lagi

bagi umat Islam melengah-lengahkan untuk berzakat apatah lagi tidak

melaksanakannya. Semoga dengan terbitnya kesedaran untuk berzakat,

mudah-mudahan Allah SWT akan mensucikan dan membuahkan keberkatan

pada harta yang kita perolehi. Harta kekayaan yang kita miliki itu adalah

amanah Allah. Setiap rezeki yang diperolehi, meskipun atas usaha dan penat

lelah kita, bukanlah menjadi milik mutlak diri kita sendiri. Ini adalah kerana

dalam harta tersebut terdapat hak untuk isteri, anak-anak, kaum kerabat dan

jiran tetangga yang memerlukan pertolongan, fakir miskin yang

mengharapkan belas dan ihsan

Para tetamu Allah yang dimuliakan

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita renungi kesimpulan khutbah

seperti berikut:

Page 7: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

6

Pertama : Membayar zakat merupakan tanda syukur hamba Allah SWT

terhadap nikmat harta yang dikurniakan kepadanya.

Kedua : Sikap bakhil mengundang kemurkaan Allah SWT dan azab yang

pedih di akhirat.

Ketiga : Bersegeralah menunaikan kewajipan berzakat setelah sempurna

haul dan nisabnya.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Dzariyat, ayat 19:

ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ

Bermaksud : Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka

tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin

yang menahan diri (daripada meminta).

اكم بما فيه من الآيات والذ كر ا ،بارك الل ه لي ولككم بالقرآن العظيم ،لحكيم ونفعني وإي ل من ي ومنكم تل ميع العليم.وتقب ه هو الس اوته إن فر الل ه العظيم ذا وأستغ أقول قولي ه

المسلمين والمسلمات ،لي ولككم ئر نهم الأحياء م ،والمؤمنين والمؤمنات ،ولسا ،والأموات حيم ه هو الغفور الر .فاستغفروه إن

KHUTBAH KEDUA

د الحم ل ل ه ب ر ال ع ال الص و ،ين م ل الس و اة ل ام د سي دنا لى ع بي الأمي ن محم ، و ن الن ع ل ه ى آل ص أ و ح ين ه اب اهر ن م و الط ت ب ع م ه إ ان س ح إ ب ل .ين الد م و ى ي

أشهد أن ا إله إلا الل ه دا عبده ورسوله. ل يك له، وأشهد أن سي دنا محم وحده لا شر

Page 8: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

7

ا قوا الل ه أم بعد، فيا عباد الل ه، ات اع و حق تقاته وا أن الل ه أ لم م أ ، يم ظ ر ع م أ ركم ب ركم م

الص ب س ت الاة و ل يل م ع ل ى ن ه الك ي ب تعالى:يم ر ك ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي

اشدين لفاء الر هم عن الخ ن ع و وارض الل ب حابة أجمعين، ة ي ق ت ال ن ع و الص اب و ين ع ت ي ع اب الت اب اومن ين ع م تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن ع م ه ك ا أ ي ك أ ال م ر .ين م ر

هم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات. الل

هم أي د الل وفيق والهداية دوام ب لامة الت ة والس ح دولي يككباوه ناكملككوالص ڠ م ه ليا وا م الد ين الكمصطف يڠ دڤرتوان اڬوڠسري ڤدوك بڬيندا ى ، السلطان عبد الل ه رعاية

بن سلطان حاج أحمد شاه الكمستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا

كذلك ككباوه و دولي يڠ م ه سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، لياوا مية بنت الكمرحوم الكمتوك ل على (Tunku)تونكو حاجه عزيزة أمينة ميمونة إسكندر

اج. الل ه سلطان إسكندر الح

اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات ب هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم الل حمتك راحمين . يا أرحم الر

Page 9: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN · termasuklah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Wilayah Persekutuan. Tujuannya, adalah untuk menjamin

Khutbah Jumaat Zakat Membuahkan Berkat

8

لدن هم اجعل ب يا ا الل ، سخاء رخاء، دار عدل وإيمان، وأمن وأمان، اآمنا مطمئن ماليزئر بلاد الكمسلمين .وسا

هم أعز الإسلام والمسلمين ، ودم ر أعداءك أعداء الد ين وانصر من نصر الد ين، الل واخذل من خذل المسلمين، وأعل كلمتك إلى يوم الد ين.

ڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ي ٢ ڠاوركنله كامي جادييا اهلل،

ڬولوڠن سرتا رحمتيله سالم واليه ڤرسكوتوانإاة مجليس اڬام ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زك

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWP. جاديكنله اوسها زكاة منونايكن ڠي

كميسكينن. بلڠڬوف دري اصناسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن

نيا حسنة وفي الآخرة نا في الد نا آت ب ار ر .حسنة وقنا عذاب الن

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسألوه من فضله يعطكم فاذكروا الل ه العظيم والل ه يعلم ما تصنعون.ولذكر الل ه أكبر،