bil. 60 2016 / 1438h persekutuan seruan islam … filebil. 60 2016 / 1438h persekutuan seruan islam...

15
PERCUMA Bil. 60 2016 / 1438H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) P enerbitan rencana “Muhammad Sebagai Nabi Yang Ditunggu Oleh Penganut Hindu Sejak Ribuan Tahun” dak bermaksud mencampuri diayah agama lain; apa lagi mempersenda. “Tidak sama sekali…” “Bahkan kami menghorma semua bangsa di dunia yang terbuka ha mereka untuk menerima Islam sebagai agama yang diturunkan dari langit.” Apa yang berlaku semuanya atas gerak Allah; iaitu mengembalikan ‘ROH’ manusia kepada fitrahnya kepada pencipta-Nya; dengan menjadikan ‘Nabi Muhammad’ se- bagai lantaran atau asbab kepada pembuka hidayah. “Ia sesuai dengan peranannya (baginda) yang diutus oleh Allah SWT ke dunia ini untuk membawa cahaya kebenaran yang sebenar dan sekaligus sebagai pembimbing umat. NAM TV Jangan Banyak Hiburan Nabi Muhammad Rasul yang ditunggu-tunggu oleh penganut Hindu sejak ribuan tahun…>> hlm. 5 SJ60.indd 1 10/7/2016 4:02:08 PM

Upload: hoangkhanh

Post on 06-Aug-2019

263 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

PERCUMABil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH)

Penerbitan rencana “Muhammad Sebagai Nabi Yang Ditunggu Oleh Penganut Hindu Sejak Ribuan Tahun”

tidak bermaksud mencampuri diayah agama lain; apa lagi mempersenda. “Tidak sama sekali…”

“Bahkan kami menghormati semua bangsa di dunia yang terbuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai agama yang diturunkan dari langit.”

Apa yang berlaku semuanya atas gerak Allah; iaitu mengembalikan ‘ROH’ manusia kepada fitrahnya kepada pencipta-Nya; dengan menjadikan ‘Nabi Muhammad’ se-bagai lantaran atau asbab kepada pembuka hidayah.

“Ia sesuai dengan peranannya (baginda) yang diutus oleh Allah SWT ke dunia ini untuk membawa cahaya kebenaran yang sebenar dan sekaligus sebagai pembimbing umat.

NAM TV Jangan Banyak Hiburan

Nabi Muhammad Rasul yang ditunggu-tunggu oleh penganut Hindu sejak ribuan tahun…>> hlm.5

SJ60.indd 1 10/7/2016 4:02:08 PM

Page 2: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 2 No.60 • 2016/1437H

AHLI-AHLI JAWATANKUASA AGUNG JAM’IYAH SESI 2015–2017

PenaungYAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali

(Menteri Besar Selangor)

Yang DipertuaTuan Haji Zakariah Isa

Tim. Yang DipertuaProf. Madya Datuk Dr. Hj. Mohamad

Ali Hassan

Naib Yang Dipertua IHaji Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah

Naib Yang Dipertua IIDr. Ann Wan Seng

Setiausaha AgungHaji Milatusamsi Haji Hassan

Penolong Setiausaha IHaji Abdullah Usman

Penolong Setiausaha IIEn. Mohd Rijal A. Harris

BendahariHaji Fathil Gzali

Penolong BendahariHaji Isemaail Basri

Ahli-Ahli Jawatan KuasaDra. Hajjah Hafsah Haji Abd. Rahman,

Haji Ahmad Muhammad, Hajah Norsidah Harun, Umie Zaitun Junoh, Hajah Rokiah Mohaimidin, Noraini Yahya, Wan Rokiah

Wan Din, Sujaidi Dasuki @ Sabda S., Haji Faizal Amar Miskam Yahya,

Haji Nahrawi Idris, Dato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu Bakar Haji Abdul Hamid,

Dr. Muhammad Faisal Ashaari, Hajah Qurratul Aien Fatah Yasin,

Drs Haji R.S Sofyan, Haji Tumingan Marlan, Dr. Mokhtar Abu Bakar,

Haji Halhakasah Abdullah

Setiausaha KerjaEncik Nor Izham Ismail

SUARA JAM’IYAH diterbitkan oleh

Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH)

Persekutuan Darul Jam’iyah No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat,

off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.Tel: 03-40441950/1951 Faks: 03-40441952

Pengerusi PenerbitanHaji Milatusamsi Haji Hassan

Sidang RedaksiSujaidi Dasuki @ Sabda S., Abu Bakar Ali,

Tumingan Marlan, Muhammad Syawal Saad, Raudhah Othman

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara Jam’iyah alamatkan kepada:

[email protected]

PengedaranMohd Haiqal Idris, Saidatul Syazana,

Nasriah Ahmad, Nur Baity S. NorLangganan percuma alamatkan kepada:

E-mel: [email protected]

Cepat atau lambatnya (hidayah) adalah perancangan Allah.”

Demikian fikrah YDP Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) Ustaz Haji Zakariah Isa ketika diminta mengulas mock-up kandungan Suara Jam’iyah bil. 60 sebelum diterbitkan.

Sehubungan itu beliau yang juga Imam Besar Masjid Wilayah Perseku-tuan mengalu-alukan rancangan ke-rajaan yang akan mewujudkan saluran NAM TV dalam bahasa Tamil; iaitu sebuah lagi stesen televisyen percuma selepas TV1, TV2 dan TV Hijrah.

Sebelum ini katanya, terdapat rancangan khas berjudul Qudwah dalam bahasa Tamil yang merupakan sebuah rancangan dakwah, tetapi masa penyiarannya terlalu pendek dan tidak mencukupi memandangkan bilangan penonton dan pendengar Tamil yang bergama Islam di Negara ini ramai.

Mengulas lebih lanjut, Qudwah pernah diterbitkan melalui siaran Radio RTM sejak awal tahun 2000 dan kini diperluaskan penerbitannya melalui saluran TV. “Saya mengucap-kan tahniah kepada RTM atas pro-gram itu.”

Dengan kemunculan NAM TV itu nanti beliau berharap penonton yang berbahasa Tamil akan lebih banyak mendapat informasi sebenar mengenai Islam dan tarbiah dan

tidak hanya membanyakkan program hiburan dan lain-lain rancangan yang melalaikan.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan dakwah melalui media elektronik beliau memuji stesen-stesen televisyen yang menerbitkan berbagai rancangan dakwah yang diselangi dengan muzik dan hiburan; namun katanya, pihak penerbit mestilah menjaga kemurnian dakwah sebagai seruan ‘kalimah tayyibah’.

“Walau pun kita disarankan meng-gunakan ‘hikmah atau kebijaksana an’ dalam dakwah, namun tidak se mesti-nya semua program dakwah diselitkan dengan nyanyian dan hiburan.”

Menurutnya, masyarakat Malaysia memang menyukai muzik, artis, pe-lakon dan berbagai bentuk hiburan tetapi jangan sampai ciri-ciri lagho mendominasikan program dakwah.

“Kita bimbangkan keberkatan dakwah hilang semata-mata kerana penonton hanya menanti-nanti per-sembahan muzik dan nyanyian hingga lupa apa yang disampaikan oleh pendakwah.”

Keberkesanan dakwah katanya, tidak hanya dilihat melalui populariti-nya sahaja, tetapi perlu dijaga aspek-aspek penampilan para peserta dan percampuran bebas antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim yang boleh mengundang fitnah.

Barisan para peserta program da’i yang diterbitkan oleh sebuah stesen TV popular dan yang mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan berbagai peringkat penonton.

SJ60.indd 2 10/7/2016 4:02:11 PM

Page 3: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 3 No.60 • 2016/1437H

Menderma Untuk Ketenangan Jiwa dan Menjaga Keselamatan

Harta – YdpOrang ramai diseru agar menjadikan

amalan menyumbang untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dijadikan sebagai amal jariah yang berterusan

disamping zakat wajib yang ditunggu-tunggu oleh para asnaf dan yang sememangnya menjadi hak mereka.

Kedua amal ini jika dijadikan budaya kita akan menjadi asbab keberkatan dan sekaligus memberi

ketenangan jiwa dan keselamatan harta yang kita miliki.

Demikian kata selingan dari teks ucapan Yang Dipertua Jami’yah, Ustaz Hj. Zakariah Isa di majlis Sumbangan Hari Raya 1437H yang diadakan di Masjid Bandaraya, Kuala Lumpur.

Dengan amalan itu juga diharapkan akan tidak ada golongan yang terpinggir ketika seluruh umat Islam sedang dalam suasana

Ydp Jam’iyah Ustaz Hj. Zakariah Isa berucap di Majlis Sumbangan Hari Raya 2016. Kiri berbaju batik ialah Tuan Hj. Yaakob Abdul Rahim, Tim. pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam W.p. (JAWI) dan prof. Madya datuk dr. Hj. Mohamad Ali Hassan, Tim. Ydp Jam’iyah (berbaju hijau).

“Ganjaran membaca al-Quran dikira setiap huruf seperti alif (satu), lam (dua), dan

mim (tiga)... bayangkan

jika kita dapat membaca tiga

juzuk atau lebih di malam

Qadr...”

–Yaakub Abd. Rahim

SJ60.indd 3 10/7/2016 4:02:12 PM

Page 4: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 4 No.60 • 2016/1437H

bergembira kerana menyambut hari raya.

Beliau yang juga Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan yakin bahawa kes ke ter pinggiran asnaf tidak berlaku jika semua NGO menggerakkan semua pihak, yang bukan sahaja orang kaya dan agensi; bahkan orang ramai ter-masuk para pekerja dan petugas koler biru menjadi dermawan.

Pada tahun ini kira-kira 1000 orang yang terdiri dari kalangan OKU, fakir miskin, ibu tunggal, mualaf, orang-orang buta dan sebilangan pesakit telah menerima bantuan dari Jam’iyah.

Katanya, usaha murni ini tidak akan berterusan tanpa adanya rasa mahabbah dan kesedaran syariah dari setiap orang Islam yang ingin melihat saudara seagamanya turut bergembira di hari lebaran.

Katanya lagi, selain mendapat gan-jaran kerana bersedekah, para pe nyum-

bang juga mendapat ganjaran ke rana melakukan ‘dakwah bil hal’ serta men-jadi contoh yang baik kepada orang Islam yang lain supaya turut menyum-bang dan sekaligus mem perlihat kan sikap keperihatinan umat di mata masyarakat bukan Islam.

“Para dermawan menghulurkan sumbangan kepada Jam’iyah, semen-tara Jam’iyah menyalurkannya kepada pihak yang berhak menerima nya se cara berkumpulan; adalah suatu metode dakwah berangkai yang telah kami amalkan sejak bertahun lamanya, dan kita harap usaha murni ini akan ber-terusan.”

Sementara itu Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Hj. Yaakob Abdul Rahim yang mewakili Pengarah JAWI menasihatkan orang ramai agar merebut keutamaan ganjaran di fasa terakhir bulan Ramadhan dengan memburu Lailatul Qadr.

Untuk jadi pemburu hadirin di-nasihatkan agar menjadi pelumba yang hebat bagi memastikan kemenangan di saat-saat akhir perlumbaan. “Man-faatkanlah usia yang ada kerana kita tidak pasti dapat menemui Ramadhan pada tahun hadapan.”

Justeru katanya, rebutlah peluang untuk jadi jutawan segera pada saat akhir Ramadhan. Beliau memberi contoh bahawa pahala membaca al-Quran di malam Qadr akan diberi berlipat ganda. “Ini kerana ganjaran pahala yang diberi oleh Allah SWT bukan pada setiap ayat, bahkan bagi setiap huruf yang kita baca… seperti alif, lam, mim…”

Bayangkan jika kita dapat membaca satu juzuk atau dua juzuk; apatah lagi jika dapat membaca lebih dari itu; dan ianya disamakan dengan ibadat selama seribu bulan sudah pasti ganjarannya berjuta-juta…

Sebahagian kaum wanita yang menerima sumbangan.

SJ60.indd 4 10/7/2016 4:02:15 PM

Page 5: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 5 No.60 • 2016/1437H

Rupa-rupanya…Muhammad SAW Nabi yang

ditunggu oleh penganut Hindu Sejak Ribuan Tahun

Rupa-rupanya kelahiran Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman bukan sahaja disebutkan di dalam kitab-kitab Zabur, Taurat dan Injil.

Bahkan disebut juga di dalam kitab-kitab suci agama Hindu.

Menurut kajian, terdapat banyak kitab agama Hindu yang di dalam nya memberi gambaran yang jelas menge-nai kedatangan seorang pemim pin umat yang ciri-ciri dan ketokohan nya

bertepatan dengan Nabi Muhammad SAW.

Antara disebutkan dalam kitab-kitab Weda serta pecahan-pecahannya seperti Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas dan lainnya.

Para pengkaji juga menemui bebe-rapa frasa dan mantra dalam Bhavisa Puranas dan dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 – 27 sebagai berikut:

“Aryadarma akan muncul mem-bawa kebenaran dan akan memim pin dunia ini. Saya diutus oleh Isypar-matma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan yang rambut nya tidak berkuncit; mereka akan memelihara janggut dan akan men dengarkan wahyu, mereka akan men dengar kan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa saja ke-cuali daging babi, mereka tidak akan menyuci kan diri melalui makanan yang

Nama Junjungan Besar Muhammad SAW terpahat di planet Marikh.

SJ60.indd 5 10/7/2016 4:02:16 PM

Page 6: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 6 No.60 • 2016/1437H

tidak ber nyawa (sayur-sayuran dan biji-bijian) dan mereka gemar mati di medan perang.”

Jika kita teliti paragraf di atas ia merupakan gambaran umum umat Islam yang berpegang teguh dengan sifat-sifat lahiriah para nabi dengan menyimpan janggut; bersegera me-nunaikan solat sebaik mendengar azan dan ingin mati syahid di medan perang serta makan apa sahaja kecuali babi (dan lain-lain yang ditegah) serta tidak mengamalkan vegetarian.

Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shalokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yang membayangkan kedatangan Nabi Muhmmad sebagai berikut:

MANTRA 1 menyebutkan bahawa akan datang seorang pemimpin yang dikatakan mempunyai sifat-sifat mulia sebagai narasangsa. Dalam bahasa Sans krit nara bererti orang, sementara sangsa ertinya yang terpuji. Justeru gabungan narasangsa itu bermaksud ‘orang yang terpuji’. Di dalam bahasa

Arab nama Muhammad juga bererti orang yang terpuji. Jadi jelaslah bahawa ‘narasangsa’ dalam bahasa Sanskrit meng gambarkan identiti Nabi Muham-mad sebagai yang disebut dalam al-Quran.

Narasangsa/Muhammad juga di-sebut sebagai ‘kaurama’ yang mem-bawa erti ‘pemimpin kedamaian’ yang ba kal berpindah atau hijrah. (Dan se ba gai yang kita maklum bahawa Nabi Muham mad adalah seorang nabi yang hijrah dari Makkah ke Madinah). Beliau akan di lindungi dari musuh yang jumlah nya 60,000 orang. (Jumlah itu me rujuk kepada bilangan penduduk Makkah yang ketika baginda hijrah ke Madinah sekitar 60,000 orang).

MANTRA 2 menyebutkan bahawa tokoh atau identiti yang disebut sebagai kaurama/nasangsa itu sentiasa menaiki unta. Melalui kelaziman tokoh berkenaan yang dikatakan gemar menaiki unta menunjukkan bahawa ‘pemimpin kedamaian’ itu bukanlah seorang bangsawan India; kerana di

dalam Mansuriti 11 : 202 mengatakan bahawa Brahmin tidak boleh menaiki unta atau keledai. Justeru tokoh yang disebutkan di dalam kitab Hindu tua itu bukanlah dari golongan kelas pendeta; tetapi orang asing dari kalangan orang kebanyakan dan bukan berbangsa India.

MANTRA 3 menyebutkan bahawa kaurama/nasangsa itu sebagai mama rishi atau ‘orang suci/pertapaan’. Ciri ini dapat kita rujuk kepada tabiat baginda Nabi Muhammad yang sen-tiasa bertapa di Gua Hira’.

MANTRA 4 menyebutkan bahawa tokoh yang bakal lahir itu mempunyai sifat washwereda yang membawa erti ‘yang terpuji’. Dalam bahasa Sanskrit disebut rebb yang juga membawa erti ‘terpuji’. Hal ini benar kerana al-Quran juga menyebutkan baginda Nabi Muhammad sebagai Ahmad yang ber-erti ‘orang yang terpuji’.

Ramalan-Ramalan Lain:Dalam Atharvaveda book 20 hymn

21 : 6 terdapat perkataan akkaru yang ertinya “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh

Sumber dari Google menunjukkan salah satu halaman dari mashaf al-Quran tanpa baris (kanan) dan salah satu halaman dari kitab agama Hindu Weda/Veda (kiri).

SJ60.indd 6 10/7/2016 4:02:16 PM

Page 7: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 7 No.60 • 2016/1437H

tanpa pertumpahan darah. Hal ini me-rujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa per tumpahan darah.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 pula dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Aban-du bermaksud seorang yatim dan ber-tepatan dengan keadaan baginda yang sememangnya yatim sejak dilahirkan dan setelah kenabian baginda berupaya mengalahkan bebe rapa suku kaum di sekitar Makkah yang berjumlah sekitar 20 kaum.

Dalam Rigveda book 1 Hymn 53: 9 tokoh pemimpin umat yang di-tunggu-tunggu itu dipanggil sebagai suslama yang juga bermaksud ‘orang yang terpuji’ yang membawa maksud Ahmad di dalam bahasa Arab.

Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahawa ‘orang yang terpuji’ itu tidak disusui oleh ibu kandungnya. Hal ini persis Nabi Muhammad yang tidak disusui oleh ibunya (Aminah) tetapi oleh seorang wanita bernama Halimah.

Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahawa ‘orang yang terpuji’ itu akan dianugerahi undang-undang abadi; di mana ianya merujuk kepada Nabi Muhammad yang dianugerahkan dengan mukjizat al-Quran. Tetapi oleh kerana orang India yang berbahasa Sanskrit tidak faham kata Ahmad, maka diter jemah kan menjadi ‘a’dan mahdi’ yang di maksud-kan sebagai “saya sen diri” sedang mak-sud sebenarnya Muhammad lah yang dianugerahi undang-undang abadi itu.

Amahdi (orang yang terpuji) di-kata kan tidak kurang dari 16 tempat disebut kan dalam kitab Weda dan bebe rapa kitab Hindu yang lain apa bila mengaitkannya dengan tokoh nara-sangsa sebagai yang disebutkan dalam Mantra 1.

Pundit Vaid Parkash – seorang professor (yang menulis buku berjudul “Kalky Avtar”), secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kerana menurutnya, sebenarnya Nabi Muhammad adalah

tokoh yang dinanti-nantikan sebagai pemimpin pembaharuan spiritual dalam agama Hindu.

Disebutkan dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad diberi jolokan dengan nama Kalky Avtar dan Amtim Rishi (pemimpin terkahir). Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan bahawa dalam rumah Visnuyash akan lahir Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia yang terkenal dengan sifat-sifatnya yang mulia.

“Dia akan diberi tanda-tanda. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah ken-daraan yang cepat. Dia akan menaiki kuda putih dengan memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan terkenal di dunia.”

Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 pula disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash.

Dalam Kalky Purana (2) : 4, 5 dan 7 pula disebutkan bahawa di rumah Visnuyash akan lahir Kalky Avtar yang akan menjadi pemimpin di kampung Sambala. Dia bersama empat orang sahabatnya mengalahkan orang-orang jahat dan dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang. Dan di dalam Kalky Purnama (2) : 15 disebutkan bahawa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop.

Penjelasan:Di rumah Visnuyash bererti di ru-

mah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah dari Nabi Muham mad adalah bernama Abdullah yang ertinya adalah hamba Allah (pe ngikut Tuhan). Orang Islam menye but Allah sebagai Tuhan, sedang orang Hindu menyebut Vishnu sebagai Tuhan. Jadi di rumah Visnuyash adalah di rumah Abdullah.

Summati dalam bahasa Sanskrit bermaksud orang yang sangat amanah. Hal ini benar kerana ibunda Nabi Muhammad yang bernama Aminah yang dalam bahasa Arab ertinya juga orang yang amanah.

Sambala bahasa Arabnya adalah tempat yang aman dan damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama Darul Aman iaitu tempat yang aman dan damai. Ayat “Akan lahir di antara kepala suku

Sambala …” membawa maksud baha-wa Nabi akan lahir dari kalangan kepala suku di Makkah.

“Lahir pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop...” merujuk kepada kelahiran Nabi Muhammad pada tanggal 12 Rabiul Awal sebagai Amtim Rishi (pemimpin terakhir).

“Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah Utara.” Ayat ini bertepatan dengan peristiwa Nabi Muhammad yang memperoleh wahyu pertamanya di gua Hira, di Jabal Nur lalu kembali ke rumahnya ke Makkah.

Kalky Avtar akan diberi lapan ke-mampuan spiritual, iaitu; perkataan sen tiasa benar, bijaksana, punya kendali diri, keturunan yang terhormat, punya pengetahuan melalui wahyu, berani, sangat dermawan dan sangat ramah. Gambaran ini bertepatan dengan mafhum surah al-Qalam ayat 14 yang menyebutkan: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur.”

“Beliau akan diberi kenderaan yang sangat cepat oleh Shiva.” Nabi Muhammad juga diberi buraq yang sangat cepat oleh Allah yang mem-bawa nya ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

“Beliau akan naik kuda putih de-ngan tangan kanannya memegang pedang.” Nabi Muhammad juga turut serta dalam peperangan dengan me-nunggang kuda dengan tangan kanan-nya memegang pedang.

“Beliau akan menjadi penyelamat umat manusia.” Dalam surah al-Faatir (35) ayat 24 dan Saba (34) ayat 28 disebutkan bahawa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira dan peringatan bagi seluruh umat manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak me-nge tahui.

“Beliau akan menjadi pembimbing ke jalan yang benar.” Nabi Muhammad hidup di zaman jahiliyah yang penuh kegelapan; tetapi setelah kedatangan-nya membawa umatnya ke jalan yang terang benderang.

“Beliau akan dibantu oleh empat sahabatnya.” Kita tahu bahawa empat orang sahabat yang dimaksudkan ialah

Bersambung ke muka 26

SJ60.indd 7 10/7/2016 4:02:16 PM

Page 8: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 8 No.60 • 2016/1437H

aya masih terpanggil memperkatakan peranan Jam’iyah di luar geografi sebagai kesinambungan

keluaran Suara Jam’iyah bil. 59 yang lalu. Ini kerana masih ada kalangan ahli yang mempersoalkan apa perlu nya ahli Jam’iyah aktif keluar negara; sedang medan dalam ne gara masih terbuka luas.

Melalui ruangan ini saya ingin mem buat penjelasan bahawa – walau pun Jam’iyah merupakan pertubuhan lokal iaitu Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, namun pada hakikatnya dakwah itu tidak ada batas sempadan sebagai-mana yang termaktub di dalam per-lembagaan Jam’iyah sendiri.

Saya perlu memberi penjelasan ini kerana ada kalangan ahli sendiri yang mempersoalkan ruang lingkup daerah dakwah bagi Jam’iyah yang seharusnya hanya sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja. Tidak!

Sebelum ini pun Jam’iyah sudah banyak melaksanakan aktiviti ke-manusiaan di beberapa buah negara seperti di Fili pina, Acheh Indonesia dan Sri Lanka.

Untuk pengetahuan para pembaca bahawa Jami’yah pada awalnya di-asaskan di Singapura oleh Maulana Shah Mohammad Abdul Aleem as-Siddiqi al-Qaderi pada tahun 1932; di mana Malaysia (Malaya ketika itu) hanya merupakan cawangannya yang ditubuhkan pada tahun 1949 dan didaftarkan secara rasmi pada 12 Jun 1950. Pejabat rasminya ketika itu ialah

Alangkah Molek... Jam’iyahAktif Semula di Empat Negeri

minda sua

di Masjid Jamek Jalan Mountbantten (kini Jalan Tun Perak).

Selang beberapa tahun kemudian empat buah negeri iaitu Perak, Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan telah me-nubuhkan Jam’iyah masing-masing; namun kini kelihatannya hanya Jam’iyah Perak sahaja yang masih aktif de ngan mempunyai bangunannya sen diri berserta aktivitinya sepanjang tahun.

Jam’iyah Melaka umpamanya yang juga mempunyai bangunan sendiri dan suatu ketika aktif pada awal tahun 2000, tetapi ‘sejuk’ dengan tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya.

Selaku Jam’iyah yang masih aktif kami bersedia membantu secara teknikal ke arah mengaktifkan semula jika ada pihak yang ingin berbuat demikian. Hal ini telah kami sebut dalam mesyuarat AJK Jam’iyah pada 6 Ogos lalu semata-mata kerana ingin melihat Jam’iyah kembali aktif di setiap negeri seperti dahulu.

Dakwah Tanpa SempadanSaya pernah menyebutkan bahawa

Jam’iyah mempunyai hubungan lang sung dengan ISESCO (Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization) dan IICO (International Islamic Charitable Organization) iaitu dua buah pertubuhan bertaraf dunia yang aktif dalam memberi sumbangan dan nasihat mengenai pendidikan Islam, budaya dan dakwah.

Jam’iyah pernah mengikuti program-program mereka sebanyak tiga kali di Singapura; namun pada akhir-akhir ini apabila mereka menukar

venue di luar Singapura menjadikan pe nyertaan kami agak terbatas.

Melalui program-program ISESCO kami juga berkesempatan men jalin hubungan dengan beberapa pertubu-han Islam di luar negara seperti: 1. Pusat Komuniti Islam Timor Leste

(Centro Da Comunidade Islamica De Timor-Leste).

2. Australian Federation of Islamic Councils (AFIC).

3. The Islamic Society of Papua New Guinea (ISPNG).

4. Korea Muslim Federation (KMF). 5. Komu niti Islam China; yang ber-

pusat di Beijing yang kese muanya menambah pengalaman bagi Jam’iyah.Di peringkat regional pula Jam’iyah

mempunyai hubungan rapat de ngan RISEAP (Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and The Pacific) kerana pertubuhan ber kena-an mempunyai pejabat cawa ngan di bangunan PERKIM (bersebe lahan bangunan Jam’iyah) di mana para pe-mimpinnya yang terdiri dari beberapa buah negara Asia Tenggara juga sering berkunjung ke pejabat Jam’iyah ‘mengeteh’ sambil bertukar-tukar pan dangan mengenai kepelbagaian karenah mad’u yang memerlukan pel-bagai metode dan pendekatan yang berbagai.

Justeru tidak hairanlah jika ahli-ahli Jam’iyah terus bertebaran ke serata alam bagi melakukan kunjung balas di samping melakukan aktiviti susulan seperti ke Filipina, Kemboja, Acheh hatta ke Amerika Syarikat seperti yang

SJ60.indd 8 10/7/2016 4:02:16 PM

Page 9: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 9 No.60 • 2016/1437H

Gambar bangunan Persekutuan Seruan Islam Perak. Gambar bangunan Persekutuan Seruan Islam Melaka.

dilakukan oleh Tuan Haji Abu Bakar Ali yang ke Orlando dengan belanja sendiri.

Di Orlando dan di Bogota saja me nurut beliau puluhan orang telah me meluk Islam setiap bulan dan mereka memerlukan bahan bacaan yang ber kaitan dengan Islam; mereka juga memerlukan khidmat susulan dan bim bingan bagi kelangsungan hidayah yang mereka terima; kerana

jika tidak ada usaha yang dibuat bagi men dekati nya ada kemungkinannya mereka kem bali kufur dan murtad (rujuk rencana Our Young Generations in Greet Danger – SJ bil. 59).

Apa yang menariknya – terdapat beberapa NGO Islam di sana yang berminat dengan Jam’iyah dan secara drastik mengutus emel meminta bahan-bahan bacaan dan kain telekong untuk digunakan dalam bersolat.

Antara NGO itu ialah Al-Faruq Dakwah Group, Vallendupa dan Masjid Abou Bakar al-Siddiq, Bogota, Colombia.

Justeru jika ada ahli-ahli Jam’iyah dan orang ramai yang ingin turut me-nyumbang dalam bentuk buku-buku bacaan kami amat menyanjung tinggi. Segala pertanyaan mengenainya boleh berhubung terus dengan kami di talian:

03 - 4044 1950/51 Haji Milatusamsi Haji Hassan (SUA).

Bangunan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Bangunan JAMIYAH Singapura.

“Terdapat beberapa

NGO Islam di Bogota dan Vallendupa

yang berminat dengan

Jam’iyah dan secara drastik

mengutus emel meminta bahan-bahan

bacaan dan kain

telekong...”

SJ60.indd 9 10/7/2016 4:02:18 PM

Page 10: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 10 No.60 • 2016/1437H

A l-Quran bukan sebarang kitab atau bahan bacaan; tetapi ia adalah al-Kitab (Kitab khusus yang me-

rupakan kalam Allah) yang datang-nya daripada Allah dan diturunkan dari langit. Al-Quran dinamakan al-Quran (Bacaan khusus) oleh Allah SWT sendiri.

“Alif, lam, raa. Itu adalah ayat-ayat al-Kitab, iaitu Bacaan yang penuh penjelasan. (15:1).

Dalam ayat lain, disebutkan kalimah al-Quran.

“Diwahyukan kepadaku al-Quran ini supaya dengannya aku memberi per-ingatan kepadamu dan kepada orang-orang yang sampai al-Quran ke pada-nya.” (6:19)

“Sesunggguhnya al-Quran ini mem-berikan petunjuk (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira ke pada orang-orang yang ber iman yang me lakukan amalan soleh bahawa bagi me reka ganjaran yang besar.” (17:9)

Banyak lagi kalimah ‘al-Quran’ disebut oleh al-Quran. Hampir 60 kali kalimah al-Quran disebut. Ini tidak termasuk kalimah “Quraanan”. Selain dari al-Quran, ia juga disebut dengan beberapa nama lain seperti al-Furqan (pemisah antara yang hak dan yang bathil) (2:185), (3:4), (25:1); az-Zikr (peringatan) (15:6/9), (16:44), (21:50).

Banyak perkataan ‘zikrun’ disebut dalam bentuk idhafah yang memberi makna al-Quran. Contohnya: ZikrulLah (24:37) dan ZikrurRahman (21:36).

Banyak lagi nama-nama al-Quran

Oleh Afifi Ahmad

yang lain seperti al-Mau’izah, ar-Rahmah, al-Huda, at-Tamsil, ar-Ruh, al-Khair, al-Bayan, an-Ni’mah, al-Burhan, al-Qayyim, al-Muhaimin, an-Nur, al-Haq, HablulLah dan al-Mubin. Namun begitu nama-nama ini tidaklah sepopular al-Quran.

Ada ketikanya al-Quran disebut se-bagai al-Kitab. Al-Kitab adalah merujuk kepada al-Quran ketika di Luh Mahfudz sebelum ia diturunkan ke langit dunia. Kitab adalah kumpulan tulisan tentang takdir yang Allah takdirkan. Kemudian dari situ ia diturunkan berperingkat-peringkat selama 23 tahun kepada Nabi Muhmmad SAW. Apabila ia disampai-

kan kepada Rasulullah SAW ia menjadi Bacaan (al-Quran).

“Nuun, demi qalam dan apa yang mereka tulis.” (68:1)

Allah menyebut tentang Qalam iaitu antara makhluk terawal yang di ciptakan untuk menulis Kitab-Kitab Allah. Ketika diperintahkan ke pada qalam supaya menulis, qalam bertanya: “Apa yang hendak ditulis?” Allah meme rintahkan-nya menulis tentang Takdir segala se-suatu. Itulah isi kandungan Kitab-kitab Allah termasuk al-Quran.

Al-Quran mengandungi takdir-takdir Allah tentang kehidupan manusia baik kehidupan di dunia mahupun

Cabaran Menegakkan

al-Quran

Seorang remaja dari masyarakat Asli Ulu Tamu mengucap Syahadah di hadapan YDP Jam’iyah Ustaz Haji Zakariah Isa. Turut menyaksikan ialah SUA, Tuan Hj. Milatusamsi Hj. Hassan (tengah) dan Naib Yang Dipertua I, Tuan Hj. Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah (belakang).

SJ60.indd 10 10/7/2016 4:02:21 PM

Page 11: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 11 No.60 • 2016/1437H

ke hidupan di akhirat. Takdir atau kete tapan Allah itulah yang menjadi hidayah (2:2) atau penjelasan-penjelasan tentang petunjuk (2:185). Takdir kehidupan di dunia ini, antara-nya Allah menciptakan manusia ber pasangan (36:36), demikian juga dengan makhluk-makhluk lain. Allah men ciptakan matahari, bulan dan bintang-bintang dan mereka tunduk patuh, beredar pada orbitnya tanpa lari sedikit pun (36:38-40).

Allah juga menjelaskan takdir-takdir yang bakal terjadi, iaitu kematian kita (21:35) dan kemusnahan alam (kiamat) (6:12), kemudian manusia dihidupkan semula (36:12). Kemudian di sana di alam akhirat manusia akan hidup kekal abadi di mana manusia akan diadili (4:141), (10:60), kemudian mendapat balasan sesuai dengan amalan mereka di dunia (25:69).

Keseluruhan kandungan al-Quran menjadi petunjuk dan cahaya kepada orang-orang yang beriman untuk membolehkan mereka melalui takdir Allah dengan selamat dan sejahtera. Selama mana mereka beriman, tunduk patuh dan bekerja keras sesuai dengan ketetapan-ketetapan Allah itu, mereka akan selamat baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Inilah jalan lurus (siratul mustaqim) (19:36).

Al-Quran mengandungi ayat-ayat yang jelas nyata dan ayat-ayat yang kabur (ayat muhkamat dan mutasyabihat). Dalam al-Quran Allah

menjelaskan kedudukan ayat-ayat ini.“Dia-lah yang menurunkan al-Kitab

(al-Quran) kepada engkau. Di antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihat. Adapun orang-orang yang dalam hati nya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyaabihat daripadanya untuk me-nimbul kan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya; padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmu nya berkata, ‘Kami beriman ke-pada ayat-ayat yang mutasyaabihat, semua itu dari sisi Tuhan kami.’ Dan tidak dapat mengambil pelajaran dari-padanya melainkan ulul albab.” (3:7).

Dengan jelas Allah mengingatkan supaya tidak menta’wilkan ayat-ayat mutasyaabihat. Contohnya huruf-huruf muqatta’ah seperti alif, lam, mim dan seumpamanya. Ia tidak boleh dita’wil atau ditafsirkan kerana Allah sendiri mengingatkan kita bahawa hanya Dia sahaja yang mengetahui ta’wilnya. Begitu juga dengan ayat-ayat tentang istawa (bersemayam), ‘Arasy, tangan dan seumpamanya yang disebut oleh al-Quran. Kita terima semuanya sebagai ayat mutasyaabihat, dan jangan sekali-kali kita menta’wilnya.

Hari ini kita dapati segolongan umat Islam suka berbahas dan berhujjah ten tang ayat-ayat ini menyebabkan per-debatan yang tiada hujungnya. Sedang-

kan Allah mengingatkan supaya jangan dibincangkan (cukup sekadar beriman dan serahkan kepada Allah); apa bila kita membincangkannya, ber hujjah dan berdebat maka ia jadi fitnah dan kesan-nya pecah-belah dalam masyarakat dan umat Islam.

Sebenarnya jikalau kita semua fa ham ayat 3:7 dan patuh taat kepada-nya, tidak timbul sebarang isu. Masalah nya hebohnya orang di luar sana ber debat, berhujjah tak habis-habis ke rana mereka tidak faham ayat 3:7 ini.

Marilah kita jadi orang yang ber-ilmu, seperti yang Allah sebutkan itu, yang mengambil sikap “kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyaabihat, semua itu dari sisi Tuhan kami.” Apa sahaja lafaz yang Allah sebutkan, con-toh kalimah ‘yadun’ atau se umpama-nya, kita terimalah tanpa menta’wilnya kerana Allah melarang kita berbuat demikian. Dengan itu kita terselamat daripada fitnah ketika mana orang menta’wilkannya.

Umat Islam tidak patut berpecah-belah hanya disebabkan perbezaan pendapat dan fahaman fiqhiyah, apabila kita faham al-Quran. Sebarang perselisihan akan menemui titik temu-nya di dalam al-Quran. Benarlah pe-sanan Rasulullah SAW: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.”

Pengasas RLQ (Revolutionary Way of Learning al-Quran), Ir. Aris Gunawann (tengah berbaju hitam) bersama para peserta tadabbur al-Quran di Kuala Lumpur. Penulis, Ustaz Hj. Afifi Hj. Ahmad (duduk tiga dari kiri).

SJ60.indd 11 10/7/2016 4:02:22 PM

Page 12: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 12 No.60 • 2016/1437H

Masalahnya sekarang, orang-orang Islam tidak merujuk kepada dua sumber ini, khususnya al-Quran. Mereka ta’sub dengan kitab imam-imam atau guru-guru mereka, ta’sub dengan kefahaman yang mereka dapati daripada pengajian mereka; akhir nya berbezalah dengan orang lain. Kemu dian mempertahankannya pula ber mati-matian dan menuding jari me nyalah kan orang lain. Hal ini disebut oleh Ibn Mas’ud seorang saha-bat Nabi SAW: “Telah binasa ahli-ahli Kitab sebelum kamu kerana me reka mengikut kitab-kitab ulama me reka, dan meninggalkan Kitab Tuhan me-reka.”

Kata-kata atsar Ibn Mas’ud itu sangat menepati situasi orang Islam sekarang. Mereka berpecah kerana mengikut kitab-kitab ulama mereka, sedangkan al-Quran tidak diikuti. Insya Allah ketika kita dapat kembali kepada al-Quran, membacanya, fahaminya dengan benar (2:121), maka kita tidak perlu membazir masa berdebat se-bagai mana yang berlaku pada isu Sifat 20 atau tauhid Uluhiah/Rububiah.

Apa yang perlu kita lakukan seka-rang ialah melakukan Islah. Islah bukan mencipta suatu pembaharuan; sebalik-nya ia adalah pemurnian. Makna nya, yang hendak dimurnikan itu ada lah perkara sedia ada tetapi kerana ia telah kabur, berjelaga dan gelap; maka usaha Islah ialah mem bersih kannya kembali sehingga ia kem bali jernih dan terang jelas. Inilah konsep islah.

Kerja atau amal utama kita sekarang ialah menegakkan al-Quran, kerana ia adalah Sunnah Nabi SAW paling agung. Perutusan Rasulullah SAW sen diri adalah bertujuan membawakan al-Quran, membacakan al-Quran kepada manusia (6:19), (42:7). Kerja ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka jadilah ia jihad fi sabilillah.

Proses ini perlulah berteraskan pesanan Nabi SAW, hadis riwayat Othman ‘Affan: “Sebaik-baik kamu ada lah orang yang belajar al-Quran dan yang mengajarkannya.” (HR Bukhari 2057)

Proses pertama adalah belajar al-Quran. Kebanyakan kita sudah belajar membaca al-Quran sehingga kita boleh membacanya dengan betul sesuai dengan sebutan Arab. Malahan

ramai pula di kalangan kita yang mahir ilmu qiraat dan tajwid, membolehkan sebahagian kita bertarannum, melagu-kan al-Quran dengan sangat indah.

Namun belajar al-Quran yang di-maksud oleh hadis Nabi SAW di atas, tentulah merujuk kepada belajar al-Quran sehingga kita faham isi kandu-ngannya. Dengan itu barulah kita dapat memahami perintah-perintah Allah dalam bentuk suruh dan larangan. Dengan memahaminya barulah dapat kita menterjemahkan isi al-Quran ke dalam kehidupan, menjadi akhlak kita, sebagaimana Rasulullah SAW telah melakukannya.

Islah dalam pengajian al-Quran adalah kembali kepada makna tersurat dan tersirat dalam hadis di atas, di mana Rasulullah SAW meminta kita umatnya menjadi orang yang terbaik, iaitu orang yang belajar dan mengajar al-Quran. Aktiviti pengajian al-Quran sudahpun wujud sejak sekian lama, cuma apa yang perlu kita lakukan ialah menyemak kembali tahap pem-belajaran al-Quran itu berada di tingkat mana.

Alhamdulillah masyarakat Islam kita rata-rata boleh membaca al-Quran. Adakah kita berpuas hati dengan hanya membaca lafaz tanpa memahaminya? Demikian juga dengan perkembangan pusat pengajian tahfiz yang begitu pesat kini. Adakah kita berpuas hati dengan melahirkan ribuan Hafiz yang mampu menghafal seluruh isi al-Quran, tetapi dia sendiri tidak memahami al-Quran? Cukupkah kita berbangga dengan penganjuran musabaqah mem-baca al-Quran sehingga ke peringkat antara bangsa, tetapi kita masih di tahap membaca al-Quran tetapi tidak faham isi kandungannya?

Islah pembelajaran dan pengajaran al-Quran perlu bermula di titik ini. Sekarang menjadi tanggungjawab kita untuk secara peribadi, belajar me-mahami al-Quran, belajar terjemahan-nya, belajar Bahasa al-Quran dan tadabbur. Kaedah pembelajaran yang berasaskan bidang di atas, akan mem-bawa kita kepada faham al-Quran. Kita perlu membangunkan kaedah pembelajaran (teaching method) yang mudah, sederhana dan menarik untuk menggalakkan umat Islam me-ngi kutinya. Memandangkan kita di

Malaysia dan di negara-negara lain yang bukan Arab dan bukan berbahasa Arab, mempelajari Bahasa Arab al-Quran adalah perkara utama. Itulah pintu kepada memahami al-Quran.

Sebuah pusat pengajian akan me-merlukan orang yang belajar (pelajar) dan juga orang yang mengajar (guru). Oleh itu dalam proses pembelajaran al-Quran ini, kaedah belajar adalah diterapkan dengan kesedaran untuk mengajar sesudahnya. Niat belajar perlulah dimulakan dengan niat untuk mengajar sesudah mendapat ilmu. Niat ini sangat penting kerana ia memacu ‘wellform outcome’ (maqasid) dari pada pembelajaran al-Quran.

Pusat pengajian al-Quran ini akan fokus kepada pembelajaran dan juga pengajaran, iaitu para pelajar belajar memahami al-Quran sehingga mem-bolehkan mereka nanti mengajarkan-nya pula. Sekali gus mereka dilatih men jadi guru, di mana mereka juga akan dibekalkan dengan ilmu-ilmu asas pen didikan seperti pedagogi, psikologi, kaedah pendidikan, kaunseling dan se umpamanya. Dengan cara inilah kita akan dapat memenuhi maksud hadis Nabi SAW tentang belajar dan me-ngajar al-Quran itu.

Pendekatan ini sangatlah penting kerana nanti kita hendak mengem-bang kan pengajian ini dengan mem-buka lebih banyak pusat-pusat se-umpamanya di seluruh negara dan serantau, di negara-negara yang ada umat Islam seperti Indonesia, Singa-pura, Brunei, Thailand, Kemboja, dan Filipina. Perancangan jangka pan jang perlu mengambil kira projek mengem-bangkan pusat pengajian begini ke peringkat serantau, khususnya yang berbahasa Melayu.

Usaha ini tidaklah semudah me-lakar nya di atas kertas. Namun be-gitu ianya juga bukanlah terlalu sukar, kerana aktiviti belajar al-Quran sudah sedia ada.

Apa yang hendaklah dilaku kan ialah proses islah untuk membawa masyarakat Islam kembali kepada konsep membaca al-Quran yang se-benar (1:121). Ia perlulah dilakukan dengan bekerja keras (berjihad). Insya Allah Tuhan akan membantu usaha mulia ini selama mana kita mahu bekerja untuk itu.

SJ60.indd 12 10/7/2016 4:02:22 PM

Page 13: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 13 No.60 • 2016/1437H

Allah SWT menurunkan al-Quran dan di dalamnya ter da pat sebuah surah yang begitu penting. Surah ini me ngan-dungi tujuh ayat yang di ulang-

ulang. Pentingnya surah ini, ia juga di sebut sebagai induk Kitab (ummul kitab), pem-buka Kitab (fatihatul kitab), sab’al mathaani (tujuh yang diulangi) dan bebe rapa nama lagi.

ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ ۉ ۉ “Sesungguhnya Kami telah berikan

ke padamu tujuh ayat yang dibaca ber ulang-ulang dan al-Quran yang agung.” (15:87)

Tujuh ayat ini diulang-ulang kerana ia berada dalam surah al-Fatihah, dan surah ini dibaca tidak kurang 17 kali sehari ketika melaksanakan solat. Ia di baca dalam tiap rakaat solat. Ia di ulang baca berkali-kali se-suai dengan gan di ngan perintah solat dan al-Quran.

ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅۉ ۉ ې ې ې ې ىى

ائ ائ ەئەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ“Dan bacalah apa yang telah diwahyu-

kan kepadamu iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Dan se sungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mung kar. Dan sesungguhnya per inga tan Allah (memahami Quran) itu ada lah le bih besar (keutamaannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (29:45)

Membaca tujuh ayat dari surah al-Fatihah menjadi syarat sahnya solat. Ia

Awas Ayat yang diulang-Ulang...

Oleh Afifi Ahmad

Mantan AJK Jam’iyah Ustaz Azhar Yahya (kanan) di hadapan 30 juzul al-Quran al-Akbar (Wisata Religi Quran Raksaksa) di Gandus, Palembang Indonesia yang ditulis dengan tinta emas di atas kepingan kayu Tembusu.

SJ60.indd 13 10/7/2016 4:02:22 PM

Page 14: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 14 No.60 • 2016/1437H

sesuai dengan ayat (15:8) dan ayat (29:45). Di dalam solat kita membaca dan mendengarkan al-Quran. Ketika imam membaca tujuh ayat ini, para makmum mendengarkannya. Ketika mendengar bacaan al-Quran ketika solat, kita dianjurkan supaya mende-ngar dengan penuh fokus dan mema-hami pesanan-pesanan al-Quran.

ۆ ۆ ۈ ۈ ٴۇ ۋ ۋ ۅ ۅ

“Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikan dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (7:204)

Selain dari tujuh ayat ini kita juga disaran juga membaca ayat-ayat al-Quran yang lain. Dengan itu sesi solat menjadi sesi wajib kepada kita men-dengarkan al-Quran (yang dibacakan imam, khususnya ketika dibaca jahar).

ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄڃ ڃ ڃ ڃ چ چ

“Dirikanlah solat dari sesudah mata-hari tergelincir sampai gelap malam dan bacalah Quran sampai fajar. Se-sung guhnya bacaan al-Quran sampai fajar itu disaksikan (oleh malaikat).” (17:78)

Demikian rapatnya gandingan solat dan al-Quran.

Ketika kita mengulang-ulangi tujuh ayat dalam solat itu, kita melafazkan (rukun qauli) al-Quran yang lengkap dengan maqasid solat itu sendiri. Solat adalah wadah bagi hamba melafazkan syukur kepada Allah, dengan memuji-Nya. Solat juga tempat hamba me-ngadu dan memohon pertolongan (ber-doa). Solat tempat hamba berikrar setia ke pa da Rabb nya.

Kesyukuran hamba dilafazkan de-ngan penuh sedar dan insaf.

پ پ پ پ ڀ “Segala pujian kesyukuran itu

(adalah wajib) bagi Allah Tuhan yang mencipta dan memerintah sekalian alam.” (1:2)

Kesyukuran itu menjadi wajib ke-rana Allah adalah Tuhan yang mencipta diri manusia dan sekalian alam ini. Tuhan (Rabb) ini juga yang menjadi sembahan (Ilah) yang berhak diberikan seluruh pengabdian diri kepada-Nya.

پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ ٺ ٿ

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Ilah (yang hak) selain Aku, maka abdikanlah diri kepada-Ku dan

dirikanlah solat untuk mengingat-Ku/mengingat peringatan-Ku.” (20:14)

Kesyukuran itu menjadi wajib ke atas kita, ketika kita sedar bahawa Dia adalah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sifat-sifat ar-Rahman dan ar-Rahim itu dijelaskan pada diri kita sendiri. Allah mencipta kita, memberi rezeki kepada kita (termasuk orang-orang yang ingkar dan menderhakai-Nya juga diberikan rezeki) (2:126).

ڀ ڀ ڀ “Yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang.” (1:3)Kerana Rahmannya Allah, di-

anugerahkan kita al-Quran sebagai pan duan hidup, petunjuk yang mem-bimbing kita menjalani kehidupan dunia hingga kepada kehidupan akhirat.

ڃ ڃ ڃ چ چ “Tuhan Yang Maha Pemurah, yang

telah mengajarkan al-Quran.” (55:1-2)Kerana Rahmannya Allah, Dia

menciptakan manusia, mengajarnya sampai boleh berbicara.

چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ “Dia menciptakan manusia, me-

ngajar nya pandai berbicara.” (55:3-4)Dan Allah juga telah menciptakan

Salah satu Majlis Usrah yang diadakan di Darul Jam’iyah Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

SJ60.indd 14 10/7/2016 4:02:24 PM

Page 15: Bil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM … fileBil. 60 2016 / 1438H pERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH pERSEKUTUAN (JAM’IYAH) PERCUMA P enerbitan rencana “Muhammad

SUARA JAM’IYAH 15 No.60 • 2016/1437H

matahari dan bulan mengikut perhitu-ngannya. Demikian juga dengan bintang-bintang dan pohon-pohon. Allah meninggikan langit dan me rata-kan bumi. (55:5,6,7,10)

ٺ ٺ ٺ ٺ “Yang berkuasa pada hari bagi

pembalasan.” (1:4)Dengan melafazkan ayat di atas,

kita sedar bahawa Allah yang berkuasa pada hari akhirat kelak, di mana Dia akan memberikan pembalasan kepada manusia sesuai dengan amal dan usaha nya semasa hidup di dunia.

Kita juga berikrar, menyatakan per-akuan tauhid kita kepada Allah.

ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ “Hanya kepada Engkau kami meng-

abdikan diri dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (1:5)

Inilah ikrar tauhid kita sesuai de-ngan perintah ayat (20:14).

Setelah mensyukuri dengan lafaz hamdalah, kita berikrar, kemudian kita berdoa memohon pertolongan (1:5).

ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ

ڄ ڄ

“Tunjukilah olehmu akan kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai ke atas mereka dan tidak sekalian jalan orang yang sesat.” (1:6-7)

Kita mohon petunjuk daripada Allah. Setiap hari kita ulangi doa ini ber-ulang-ulang (17 kali sehari se malam) minima. Kita mohonkan jalan orang-orang yang Allah anugerahkan nikmat-Nya kepada mereka. Siapa mereka itu?

ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ “Dan barang siapa yang mentaati

Allah menerusi rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, para siddiqqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (4:69)

Untuk menyertai mereka menikmati apa yang Allah kurniakan kepada me reka, maka kita terus menerus me mohon (berdoa) (1:6-7). Kita terus me ng aju kan permohonan – mohon petun juk.

Sebetulnya petunjuk yang kita mohon itu ada dalam al-Quran kerana Quran itu adalah petunjuk kepada kita.

ٻ ٻ ٻ پپ پپ ڀ ڀ ڀ“Itu (iaitu) al-Kitab tiada sebarang

keraguan di dalamnya, petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.” (2:2)

ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ

ڻ“Bulan Ramadhan, diturunkan

padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-pen-jelasan tentang petunjuk serta furqan (pemisah antara yang benar dan yang salah).” (2:185)

ٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ

ڤ ڤ ڦ ڦ “Sesungguhnya al-Quran ini mem-

berikan petunjuk kepada jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gem-bira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (17:9)

Majlis Khatam al-Quran AJK dan staf Jam’iyah di ibu pejabat Jam’iyah, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

SJ60.indd 15 10/7/2016 4:02:27 PM