ithink

8
Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5 Kelas : Tahun 5 Bestari Tempoh : 60 Minit Bilangan murid : 26 orang Mata pelajaran : Sains Tema : Rantai Makanan Liputan Kurikulum : a. Mengetahui tabiat makan haiwan yang terlibat dalam Rantai Makanan. Hasil Pembelajaran : Memahami tabiat Makan sebagai hubungan makanan antara hidupan Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran ini, murid dapat: a.Matapelajaran Memahami 3 tabiat makan haiwan Mengelaskan haiwan kepada herbivore, karnivor dan omnivor b. Kemahiran saintifik (Kemahiran Proses Sains) Membuat ramalan terhadap situasi yang diberikan oleh guru mengenai tabiat makan Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.

Upload: mottong

Post on 15-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Persediaan Mengajar Sains Tahun 5

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5Kelas:Tahun 5 Bestari

Tempoh:60 Minit

Bilangan murid:26 orang

Mata pelajaran:Sains

Tema:Rantai Makanan

Liputan Kurikulum:a. Mengetahui tabiat makan haiwan yang terlibat dalam Rantai Makanan.

Hasil Pembelajaran:Memahami tabiat Makan sebagai hubungan makanan antara hidupan

Objektif Pembelajaran:Di akhir pengajaran ini, murid dapat:

a. Matapelajaran

Memahami 3 tabiat makan haiwan Mengelaskan haiwan kepada herbivore, karnivor dan omnivorb. Kemahiran saintifik (Kemahiran Proses Sains)

Membuat ramalan terhadap situasi yang diberikan oleh guru mengenai tabiat makan Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.

c. Sikap saintifik dan nilai murni

a. Hormat-menghormati dan bekerja sama antara guru dan rakan sebaya di dalam aktiviti pembelajaran.b. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Pengetahuan Sedia Ada:a. Murid perlu tahu makanan haiwan disekeliling.b. Murid perlu tahu bahawa ada haiwan yang makan daging dan juga tumbuhan.

Keperluan Khas:a. Sebuah komputer dan speaker untuk keperluan guru.c. Manila Kad dan kertas mahjong untuk pembentangan perbincangan murid dalam kumpulan.

Persediaan Guru:a. Lagu MP3 tabiat makan dan trek tek tekb. White Board yang mengandungi ruangan untuk murid menulis hidupan dan makanannya.

c. Gambar yang menunjukkan makanan

d. Kad Gambar yang menunjukkan contoh-contoh haiwan

Peta Pemikiran:a. Peta bulat (mendefinasi mengikut konteks)

yang digunakan b. Peta titi (hubungan yang sama)

c. Peta Pokok (membuat pengelasan)LangkahIsi PelajaranKaedah PenyampaianCatatan

Permulaan

Murid membaca doa belajar.

Guru sediakan alat-alat yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Set induksi

(Orientasi)

Pengenalan kepada tajuk:

.Istilah:

Piramid makananGuru menunjukkkan gambar makanan.

Minta murid jawab soalan berikut:1)apakah gambar yang ditunjukkan?

2)Apakah kepentingan gambar tersebut kepada manusia?Guru menyediakan peta bulatan dan agihan kad untuk dijawab dan dilengkapkan oleh setiap murid di papan putihGuru memperkenalkan tajuk tabiat makanStrategi P&P:

Kaedah: Kelas

Teknik : Soal Jawab

Alat: Gambar piramid makananKemahiran berfikir: Kritis & KreatifNilai:

Hormat menghormati

Peta Pemikiran:Peta Bulatan

Langkah 1

(Pencetusan Idea)Penerangan mengenai tabiat makan hidupan lain Buat perkaitan tentang gambar tadi dengan tajuk bagi mengaitkan haiwan lain dengan makanan yang dimakan.Guru mengedarkan manila Kad dan membantu murid secara berkumpulan mencari faktor penghubung diantara haiwan dengan makanan yang dimakan.Minta murid membentangkan hasil menggunakan peta titi.Strategi P&P:

Kaedah: Kelas

Teknik : Penerangan

Alat: Manila KadKemahiran berfikir: Kritis & Kreatif

Nilai:Yakin DiriPeta Pemikiran :

Peta Titi

Langkah 2

(Penstrukturan Idea)Menperkenalkan istilah yang terdapat dalam tabiat makan.Herbivor

Karnivor

OmnivorPasangkan lagu Tabiat Makan dari computer dan minta murid mendengar dengan teliti.

Perkenalkan istilah berdasarkan lagu yang diperdengarkan1)Herbivor (makan daging)2)Karnivor (makan Tumbuhan)

3)Omnivor (makan semuanya)Minta murid beri contoh hidupan lain secara lisan dan membina perkaitan antara Herbivor, Karnivor dan Omnivor Strategi P&P:

PemerhatianKaedah: Kelas

Teknik :

Penerangan

Perbincangan

Alat:

Lagu MP3 Komputer.

Kemahiran berfikir: Kritis & Kreatif

Nilai:

Hormat-menghormati

Langkah 3

(Aplikasi Idea)Perbincangan dalam kumpulan: Mengelaskan tabiat makan dengan haiwan

Bentuk enam kumpulan dan lantik ketua.

Arahkan setiap kumpulan bina peta pokok pada Kertas Mahjong berdasarkan tabiat makan yang diketahui.

Guru mengedarkan Kertas mahjung dan membantu murid.

Strategi P&P:

Kaedah: KumpulanTeknik :

Perbincangan

Bimbingan

Alat:

Kertas Mahjung Papan PutihKemahiran berfikir: Kritis & KreatifNilai:

Tolong Menolong Peta Pemikiran :

Peta Pokok

Langkah 4

PembentanganMinta ketua membentangkan hasil perbincangan yang dijalankan dalam kumpulan.Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan.

Contoh situasi:

Apa akan jadi pada haiwan herbivor jika tumbuhan berkurangan?

Apa pula akan terjadi jika bilangan haiwan karnivor bertambah?

Minta murid buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi guru hasil dari pembentangan kumpulan.Strategi P&P:

HipotesisKaedah: Kelas

Teknik : Penerangan

SumbangsaranKemahiran Belajar: Kritis & Kreatif

Nilai:Hormat Menghormati

Rumusan(Refleksi)KesimpulanGuru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.Murid menyanyikan kembali lagu Tabiat Makan secara beramai-ramaiStrategi P&P:

Kaedah: Kelas

Teknik : Bimbingan

Alat:

Lagu MP3 Komputer.Kemahiran Belajar: Kritis & Kreatif

Nilai:

Bersyukur

PenutupPeneguhan tentang Peta PemikiranMurid dengan iringan muzik menyanyikan lagu peta pemikiran dengan menggayakan isyarat tangan dan juga isyarat badan dengan pempinan guru

Alat:

Lagu MP3 Komputer.

PAGE 1______________________________________________________________________

https://www.facebook.com/SKJERONG

[email protected]