isu2 pendidikan matematik

Upload: huud-sulong

Post on 06-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 ISU2 pendidikan matematik

    1/1

    ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK DI MALAYSIA

    (ICT, PPSMI, SEKOLAH BESTARI)

    PENGENALAN

    Malaysia adalah sebuah negara yang menuju kea rah negara maju menjelang

    2020. Oleh yang demikian dalam usaha memperbaiki dan mempertingkatkan

    kualiti pengajaran dan pembelajaran di negara ini, terutamanya dalam

    pembelajaran Matematik pelbagai usaha telah telah dilakukan secara kolektif

    untuk memperlihatkan pembentukan generasi yang memenuhi Falsafah

    Pendidikan Negara kita. Oleh itu, diharapkan semua rakyat dapat menggembleng

    tenaga dalam menjayakan aspirasi negara kita ini. Semua lapisan masyarakat

    bertanggungjawab dalam menjayakan hasrat murni negara kita ini. Segala

    usaha yang kita lakukan perlulah mengambil pelbagai aspek dan faktor

    persekitaran seperti sosioekonomi masyarakat, budaya dan kehendak

    masyarakat. Ini memerlukan pihak yang terlibat melihat isu dan permasalahan

    ini dari pelbagai aspek. Dengan adanya strategi penyelesaian masalah yang

    teratur dan berkesan , langkah-langkah yang diambil diharapkan membuahkan

    hasil yang kita ingini. Apakah itu PENDIDIKAN?. Menurut John Dewey (1977) ,

    pendidikan adalah satu proses pertumbuhan atau perkembangan yang

    merupakan daya usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan lagi

    pengetahuan yang sedia ada pada seorang individu. Menurut Hassan

    Langgulung (1981) pula, pendidikan adalah proses yang merangkumi aspek

    intelek, jasmani dan pembinaan akhlak yang mulia, berani serta menghormati

    antara satu sama lain. Apakah pula itu MATEMATIK ?. Menurut Mok Soon Sang(1995), matematik mengandungi unsur-unsur yang utama, iaitu simbolnya

    (seperti nombor, titik garisan,bentuk) dan bahasa matematik serta prinsip ,

    hokum, teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk

    menjalankan operasinya. Namun secara asasnya, matematik adalah stu cabang

    ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan terhadap kejadian

    alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik menjadi suatu

    sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa

    matematik yang tersendiri seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan operasinya.

    Ringkasnya matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir , kajian